Assalamualaikum w.b.t.
Holla, guys!!! Nampak tak tajuk kat atas tu? Haa... kali ni nad nak share something. Tak banyak pun. Sikit je. Saje je nak share. Kalau ada ilmu even sikit, better share kan? Tak baik kedekut ilmu. Nanti Allah tarik ilmu tu karang, menyesal tak sudah. Huhu.
Kenapa bahasa Inggeris? Kenapa tak bahasa Melayu? Bahasa Cina? Bahasa Arab? Well.. Sebab bahasa Inggeris amat penting dalam life sekarang ni. Maybe korang takkan nampak sekarang apa kepentingannya tapi lambat-laun korang akan tahu juga nanti. Especially bila korang further study nanti. Silibus dalam English, beb. Nak jawab exam pun dalam bahasa Inggeris. Ada je sesetengah lecturer yang tak kisah kalau jawab dalam BM. Tapi dah tambah 1 kerja pula. Nak translate semua nota yang ada. Bila dah translate, maksudnya weird la pula. Kan dah haru-biru hidup tu.
Ok. Sekarang nad nak share beberapa tips nak kuasai bahasa Inggeris dengan mudah. Tak la jadi terer mana. Tapi ok la daripada berterabur tak tentu pasal. Hehe
1.Selalu dengar lagu Inggeris. Cara ni selalu nad gunakan. Dengarlah apa-apa lagu pun. Dengan cara ni, kita boleh la ingat macam mana nak bina sesuatu ayat based on lirik lagu tersebut. Kalau nak advance lagi, install apps lirik lagu kat playstore. Bila play lagu, automatik lirik tu akan keluar. Kan senang nak baca dan faham.
2.Memperbanyakkan membaca dalam bahasa Inggeris. Tak kisah la baca apa pun. Baca majalah, surat khabar, novel, artikel, jurnal dll. Lebih bagus kalau ada words yang kita tak faham, kita catat dalam note book. Dalam buku 555 pun boleh. Haha. Then, carilah maksud words tu.
3.Diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kamus. Wajib!!! Tak kira la besar atau kecil. Tebal atau nipis. Asalkan kamus. Tak la menggagau nak cari maksud sesuatu perkataan nanti.
4.Rajinkan diri menonton movie or drama Inggeris. Ni perlukan effort yang lebih sikit. Sekarang kan dah ada macam-macam rancangan. Especially kat Astro. Kalau tak berkenan juga, tengok la movie or drama Melayu tapi yang ada subtitle dalam bahasa Inggeris. sambil tengok tu, boleh la tengok subtitle tu sekali.
5.Search media sosial yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa Inggeris. Sekarang kan zaman teknologi canggih ada berlambak. Manfaatkanlah sebaik mungkin. Sebagai contoh, click SINI dan SINI.
6.Mantapkan basic grammar terlebih dulu seperti noun, pronouncation, tenses dan sebagainya. Tak terlupa juga spelling. Nanti beria-ia je nak tulis words tu, tapi spelling ke laut. Tak ke malu nanti dibuatnya.
Ok. Setakat ni saje yang nad dapat share untuk korang semua. Harap dapat membantu korang untuk memantapkan lagi English korang semua. Kalau ada yang salah, harap dimaafkan. Nad bukannya pakar bahasa. Cuma seorang insan yang pernah berhasrat untuk mengambil TESL tapi tak kesampaian. Hahaha.
*MUET kena band 3 oii... Nasib la amik engineering*
nice sharing.. TQ utk perkongsian.. ^_^
ReplyDeleteSekarang dah macam-mcam cara kan. :)
ReplyDeleteYup. Semuanya di depan mata je. Haha
ReplyDelete