Assalamualaikum w.b.t.
Holla, guys ! Tetiba rasa macam nak muntah pelangi je bila baca tajuk entry ni. Saje je bagi tajuk macam tu. Macam orang tengah angau je. Konon kononnya. Padahal tak pun Haha. Well. Drama Hati Perempuan dah pun melabuhkan tirainya semalam. Nad sempat la tengok juga. Happy ending gitu. Bagus bagus. Haha. Drama tu dah habis pun, kau masih tak boleh move on. Nak juga cerita pasal tu juga. Biar la. Ni kan blog nad. Kalau tak suka, boleh tekan pangkah laju laju. Hihi.
Nak share something ni. Ada kaitan la juga dengan pelakon yang memegang watak Syed Ammar dalam Hati Perempuan tu. Apa dia ? Meh sini. Semalam nad memang susah sangat nak tidur. Entah kenapa la. Dalam around pukul 3 pagi macam tu, saje je on insta memandangkan line wifi tengah laju masa tu. Stalk la kejap insta Tengku Zaqif tu. Saje nak tengok video yang dia post. Sumpah kelakar kot video yang Nadzmi Adhwa post semasa dia shooting untuk Hati Perempuan. Then, terjumpa la insta Syed Ammar.
Mula mula tengah decide, nak follow ke tak nak follow ke tak (complicated betul perempuan ni). Tekan je la follow padahal jari tengah gatal nak tekan. Then, stalk la insta dia. Like la gambar Syed Ammar tu banyak banyak. Macam boom gitu. Kahkah. Scroll la gambar kat insta dia tu sampai penat. Nak dekat pukul 4 macam tu, baru la boleh melelapkan mata. Bila on je balik insta tengah hari tadi, tetiba dapat comment. Pelik la juga. Siapa pula yang sudi comment kat insta nad yang entah apa apa tu. Bila dah baca comment tu, terus je tergelak sendiri. Nak tahu kenapa ? Jeng jeng jeng...
What a surprise ! Luls
Sumpah tak sangka dan terkejut bila Mustaqim Bahadon comment macam tu. Hua hua hua. Terharu kejap. But thanks for what ? Blur kejap. Ohh ye. Maybe sebab nad like gambar dia banyak banyak kot. Tu la yang buat dia comment kat insta nad kot. Assume je la macam tu. Kihkih. Part yang dia sebut dik tu tak boleh blah la. Tahu la tua 10 tahun dari nad. Hehe. No wonder la boleh dapat comment macam ni. Nad tengok pun dia tu friendly la juga. Rajin la juga balas comment dari peminat dia (nad tak comment langsung tau). Hihi.
See ? Dia orang Peghlih kot. Orang Kangaq tu. Wuu.. Boleh la jumpa nanti (berangan je la oii). Nad suka tengok lakonan dan watak dia dalam Hati Perempuan tu. Nampak baik dan cool je dia tu. BFF Tengku Zaril tu. Muka dia pula macam ala-ala pelakon Hindustan sikit. Nad yang nampak macam tu. Tak tahu la kalau orang lain. Dah la sado dan orangnya tinggi lampai. 184 cm kot. Fuyoo ! Tinggi giler kot. Kalau nak pandang dia, kena dongak je la. Maklum la. Nad cuma 160++ cm je. Pendek la tu. Huhu.
Mustaqim Bahadon sebagai Syed Ammar. Handsomenya. Berterabur iman ni dibuatnya. Mohon control hati ni sikit.
With Daniel Idrus (Hafreez Adam). HA shave janggut dah macam rupa hero Twillight pula.
With Tengku Zaqif (Nadzmi Adhwa). Meltingnya lahai
With Tengku Zaril aka Ku Ril (Syarul Ridzwan) dan Tengku Amalin aka Ku Lin (Bella Nazari)
Dalam banyak banyak watak la kan, nad salute la watak Ku Lin yang dilakonkan oleh Bella Nazari tu. Memang jahat dan psycho habis. Sebijik macam kat dalam novel. Mengalahkan ahli sihir. Hehe. Dah la dia tu cantik. Suara pun sedap. Bila tengok gambar Ku Lin without make up, ya Allah. Memang cantik kot dia tu. Natural beauty gitu. Flawless pula tu. Haishh. Ni yang buat rasa insecure semacam (biasa la, perempuan).
Tak sangka dia yang pegang watak Raja Gufran dalam Jodoh 2 dulu. Ni pun ingat ingat lupa je