Sunday, September 29, 2019

Blogger Challenge #15



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Happy Monday. Hopefully tak Monday Blues la ye hehe. So, entry kali ni nad tentang Blogger Challenge yang ke 15 which is the last one, "Five things you hope to have in your future". Quite senang la sebab umur macam nad ni memang dah start fikir pasal future haa.

1. Financially stable 

Benda ni paling penting kot. Tak ada la nak sengkek je. Bukannya kena jadi jutawan ke apa. Tapi cukuplah sekadar ada duit simpanan sikit. Cukup makan pakai. Boleh belanja mama abah tiap bulan. Rezeki pula selalu datang. Yes, duit bukan segalanya. Tapi duit tu la merupakan salah satu kebahagiaan kan?

2. My own camera

Benda ni dah lama pasang niat. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi, tak tertunai lagi. Entah la. Kena slow slow dulu kot. Senang sikit kalau dah ada camera sendiri. Tak la duk tak puas hati kalau kualiti gambar dari phone tak begitu memuaskan. Tak dapat DSLR pun tak apa, mirrorless pun okay je. Camera yang kecil comel comel pun tak apa. Asalkan hasilnya okay. Tu dah memadai bagi nad.

3. Travelling 

Since dah ada passport, so why not la kalau pi bercuti kat luar negara. At least once a year. Pi negara yang dekat dekat macam Indonesia dulu pun tak apa. Asalkan boleh lihat sendiri macam mana kehidupan kat negara lain haa. Kalau buat style backpackers pun cun juga. Boleh jimat sikit. 

4. My own car

Sebelum ada kereta, kena la buat driving license dulu. Bila entah nak buat. Plannya next year baru nak register kat driving class. Hopefully jadi la ye. By hook or by crook, kena juga. Sampai bila nak bergantung kat abah je (walaupun abah tak pernah merungut pun, but I know that dia mesti penat hantar nad ke hulu ke hilir). Tak nak susahkan abah nanti. Kesian abah. Tapi kan, nad rasa macam nanti nak beli kereta yang boleh jimat minyak. Dengan ekonomi yang macam ni, better beli kereta yang biasa biasa je. For me la kan. Lain orang, lain pandangannya.

5. Getting engaged and married 

For now, nad tak plan untuk ke arah situ lagi. Sebab rasa masih muda lagi dan I'm not ready yet. For me, bab ni no need to rush la. Enjoy your life dulu. Peduli la apa orang kata. Nanti dah kahwin, kena ikut cakap suami kan. Tak boleh nak enjoy sangat. Tapi kalau dah sampai seru tu, nad tak menolak juga. Better slow slow dulu sambil perbaiki diri sikit sikit.

Finally, habis juga Blogger Challenge. Take time juga nak habiskan. Orang lain dah habis lama dah, tapi nad baru nak habiskan. Better late than never kan? Hihi :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg