Fesyen Pakaian Muslimah Remaja
Being a Muslim tidak bermakna anda
tidak boleh mengikuti trend fesyen terkini. No no no ! You’re totally wrong.
Untuk tampil bergaya juga tidak bermakna anda harus memakai pakaian yang
terdedah atau seksi meksi yang menyeksakan bebola mata melihatnya. Haha. Anda
hanya perlu bijak memadankan koleksi pakaian anda dan bergaya dengan kombinasi
pakaian yang betul. Mix and match tu penting tau. Khususnya untuk golongan
remaja, kini terdapat banyak koleksi pakaian Muslimah yang trend dan moden yang
boleh acah acah hipster chipster tu boleh anda temui di pasaran seperti
berikut:
Gaya yang paling ringkas adalah
kombinasi jeans dan t-shirt serta pemakaian outerwear di bahagian luar.
Walaupun tampak ringkas, namun ia merupakan gaya fesyen yang terbaik dan sesuai
digayakan oleh sesiapa sahaja. Nad selalu la juga pakai macam ni bila dah datang
mood malas yang menggunung tu. Jeans or seluar slack tu wajib. Simple is enough,
right?
Jika anda tidak menggemari pemakaian
jeans, tampil lebih selesa dengan pemakaian koleksi jogger pants atau harem
pants yang bermotif ceria seperti berikut. Jogger pants bukannya sekadar untuk
pergi jogging je tau. Nama je jogger pants. Nak pakai pergi shopping mall pun
boleh. Nampak hipster dan cool gitu. Ia boleh digayakan dengan pemakaian
t-shirt atau blouse seperti berikut. Harem pants tu pun korang boleh pakai. Tak
haram tau. Haha.
Untuk penampilan yang lebih formal,
anda boleh bergaya dengan kombinasi seluar slacks dan blouse seperti berikut
dan padankan juga bersama pemakaian blazer. Haha. Style ni memang nad selalu
buat bila nak pergi office memandangkan tak boleh pakai t-shirt. Sedih oiii.
Huhu.
Seterusnya adalah gaya yang lebih
feminine (tapi nad pakai tetap tak nampak feminine. Muahaha) dimana anda
menggayakan koleksi maxi skirts bersama padanan t-shirt berlengan panjang
ataupun koleksi blouse. Lagipun dah ada pelbagai jenis skirt yang wujud sekarang
ni. Skirt chiffon, satin, crepe, durian crepe (ehh) etc. Skirt straight,
kembang payung, buat pemakainya kembang hidung etc. Haha
Dan yag terakhir adalah dengan
pemakaian koleksi maxi dress atau dress Muslimah yang modern seperti berikut.
Anda boleh memadankan koleksi dress ini dengan penggayaan jacket atau cardigan
di bahagian luar untuk tampil lebih sopan. Cara ni paling selamat bila kau
teringin sangat nak pakai dress tapi dress tu sleeveless or short sleeve.
Daripada korang kena penampar dengan mak korang sebab mengada nak hentak hentak
kaki kalau tak boleh pakai dress, better korang guna style ni. Menutup aurat la
pula tu. Tak la terdedah bekas injection kau tu. Ye ke idok?