Friday, July 19, 2019

Blogger Challenge #1



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Bertemu kembali dalam rancangan ehhh. Merepek je la dia ni hehe. Apa khabar semuanya? Kalau tak sihat, pi la klinik eh. Jangan lupa rehat secukupnya ye :)

So, based on tajuk entry kali ni, what is blogger challenge? Actually blogger challenge ni dibuat oleh Rrai, blogger yang legend ni. Siapa yang kenal pemilik blog tersebut, mesti tahu kan orangnya macam mana kan? Hehe. Dulu dia la yang busy amik tempahan design blog. Template blog nad sekarang ni pun, dia yang design. Sayang nak tukar lain. When come across to her blog, I'm extremely happy. Sebabnya kan wujudnya challenge ni. At least, ada la juga idea untuk menaip. Tak la mati kutu. Nad pun mengambil kesempatan untuk join sekali. Why not kan? Hopefully boleh la berblogging dengan konsisten lepas ni. Tak la blogging seminggu sekali je 😂

First thing first, introduction and your recent photo. Macam dalam sesi taaruf pula. Nama diberi Nurnadhira Afiqah. I have a various kind of nicknames. Not prefer to use my second name (Afiqah). Lahir pada 28 April (pre mature baby). Terlahir awal maybe sebab excited sangat nak lihat dunia kot. Unofficially graduated from Universiti Malaysia Perlis. Currently as penanam anggur yang tersangat berjaya hahaha. Obviously a job hunter. Penat la jobless. Long short story, changed from diploma in Computer Engineering to bachelor degree of Communication Engineering which is based in electronics and telecommunications. Nasib baik masih dalam school (fakulti) yang sama. Will graduate on November 2019.

Someone that can be an introvert or extrovert based on environment. Mempunyai tangan cap kayu (tiada seni) langsung. Peminat warna merah dan cream. Unicorn and mermaid lover too eventhough tak feminine mana pun. Tak suka warna pink (pakai pun terpaksa je). Anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Tak nampak macam anak sulung kan? I wish I have a brother :') Pernah dapat offer matrik dan STAM, but I turned them down. Why? Entah la. I'm not confident if I'm able to handle it.

Have insecurity of not being pretty enough, smart enough, good enough and worth enough. I don't have any driving license. My bad. Bila nak ada entah. I can be both sneakers and heels person. But most of the time, sneakers la. Pernah simpan cita-cita nak jadi flight attendant (tergelak pula bila teringat balik). But, kena la simpan je angan-angan tu. Memandangkan nad maybe akan jadi macam citer Awan Dania tu hahaha. Nasib baik sedar diri lagi. Have passion in photography and graphic design but I'm still learning.

Selfie je yang mampu. Masa ni otw pi Graduan Aspire career fair. Edit guna vsco apps je ;)

Final Result After 6 Years



Image result for jumping happily animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semuanya berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Okay la. Based on tajuk entry kali ni, finally last result nad after 6 years (3 years diploma + 3 years degree) pun dah keluar. Result apa pula ni? Result degree nad la. Result nad keluar pada Selasa lepas. Mula-mula tu ingatkan result keluar pada Isnin lepas. Rupa-rupanya nad tersilap pandang hahaha. Excited sangat ke tu? 👀

Image result for nervous animated gif

Overall, result nad okay la juga. Walaupun tak seperti yang diharapkan. Alhamdulillah, lulus semuanya. Risau juga kalau ada subjek yang sangkut. Tak memasal kena extend sem tetiba. Ye la kan, nad pun sedar yang nad ni tak pandai sangat dan tak bodoh sangat. Somewhere in between gitu hehehe.  Biashe biashe je. Sebelum nak check result tu kan, punya nervous gila. Gila tak nervous. Tu la penentu sama ada boleh grad on time this year atau tak. Tangan tu tak payah cakap la. Sejuk beku macam duk dalam peti ais 😅

Image result for mental breakdown animated gif

Bila dah check tu, lega juga la sikit. Walaupun rasa mental breakdown sat. Biasa la kan. Frust sikit sebab tak dapat seperti yang diharapkan. Rasa macam nak isolatekan diri je. Ye la. Nad pun kelam kabut masa jawab final exam hari tu. Mana taknya, first paper on 17 Jun dan last paper on 18 Jun. Tak ke stressnya dapat paper straight. Dah la 2 paper tu killer semacam. Pencil box boleh pula tertinggal kat rumah. Dengan tak cukup masanya, dengan tetiba blanknya. Nak kata tak study, dah study dah. Tapi tu la kan. Benda nak jadi 😊

At  least, nad puas hati dengan FYP nad. Sebabnya result FYP nad meningkat. Unbelievable betul 😱 From B+ to A-. Walaupun tak dapat A, tapi okay la tu. Berbaloi juga usaha selama ni. Tak sia-sia nad terkejar-kejar berulang-alik dari kolej which is kat Pauh ke Kangar semata-mata nak jumpa supervisor FYP dan siapkan FYP. Sampaikan terpaksa bertapa kat lab FYP especially on weekend. Ada some weekend tu nad tak jumpa housemate sangat pun. Ye la. Pi lab FYP waktu pagi, then sampai kolej pula dah nak dekat Maghrib. Malam tu dah sah bertapa dalam bilik nak sambung buat FYP. Nasib la dapat tajuk FYP yang gunakan software yang lesennya hanya ada kat lab FYP. Kalau nak guna software tu kat kolej, memang tak boleh la. Takkan pernah dapat hahaha. A few months sebelum viva, nad terpaksa tukar tajuk FYP atas suggestion supervisor sendiri. And then kena tambah part hardware. Tipu la kalau tak stress. But, life must go on.

Here are some tips to get a good mark for FYP. Tak la tips sangat cuma just share apa yang nad buat sepanjang bergelar FYP student. 

  • Make sure faham betul betul tajuk FYP tu. Do some reading and research based on previous research paper. Boleh cari kat laman web ieee atau google scholar
  • Kalau guna software, install software tu awal awal. Senang nanti nak buat progress. Kalau part hardware, beli awal awal juga components, equipments dan seangkatan dengannya. Kalau tersilap beli atau rosak ke apa, boleh la ganti nanti
  • Kerap berjumpa dengan supervisor FYP. Tak tau la if universiti lain. Tapi yang nad perasan, uni nad ada markah (project management) bila berjumpa dengan supervisor. If compare between FYP 1 dengan FYP 2, FYP 1 nad dapat markah sikit maybe disebabkan jarang jumpa supervisor masa FYP 1 dulu
  • If ada masalah, jangan malu untuk discuss dengan supervisor. Supervisor tu tak makan orang aih. Unless kalau supervisor tu busy sangat, baru la kena ikhtiar lain which is tanya kawan-kawan atau lecturer lain
  • Follow report's formatting and requirements. Macam nad, committee dah bagi siap report's template. Just follow je template tu. For requirements pula, kalau ada kena completekan dan signature supervisor untuk borang itu borang ini and so on, just do it. Kalau kena ada turnitin report, nak tak nak kena la guna turnitin untuk check plagiarism
  • Avoid buat report last minute. Kitorang kena submit progress dan final report through elearning system. Dan pada hari due datenya, tak sah kalau system tak down. Jammed kot. So, kena la guna alternatif lain which is send it via email. Nak buat report last minute tu boleh je, tapi janganlah sampai over due date untuk mengelakkan mark deduction
  • Berbuat baiklah dengan supervisor. Kalau kena marah ke apa ke, hadap je. Dia juga penyumbang utama untuk markah nanti

Tu je la kot yang nad mampu share. Tu pun rasanya macam dah panjang je ni. Terima kasih tak terhingga kepada supervisor nad iaitu Ir. Dr. Mohd Rashidi Che Beson kerana sudi menerima student FYP macam nad ni hehe dan banyak membantu sepanjang 1 tahun nad bergelar sebagai FYP student. Ada rezeki boleh bertemu lagi waktu convocation nanti. Last but not least, good luck for FYP student. Fighting!!! 💪

You may read this : Done Viva FYP 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg