Assalamualaikum w.b.t.
Holla !!! Aihh... rasanya dah lama tak mebebel kat sini. Tetiba rasa rindu la pula. Hihi. Dah lama sangat nad menghilang ni. Cuti mid sem hari tu pun nad tak update entry. Teruk betul kan. Nawaitu memang la ada tapi agak busy la cuti mid sem hari tu. End upnya terlupa yang nad ni ada blog. Nyanyuk betul. Kesian kat blog ni. Terbiar lama. Kalau blog ni hidup, dah lama dia menangis meraung. Siap cari tuan baru lagi tu. Hahaha. Merepek sudah.
Ekceli, nad baru je habis menjawab test. Test Data Communication & Network. Not bad la. Redha je la dengan markah yang bakal dapat tu. Hehe. Bila balik rumah je, mama mesti tanya "Bila nak ambil Muet ?". Gulp... Rasanya soalan tu mama asyik duk tanya sejak nad masuk sem 1 lagi. Sekarang ni dah masuk sem 4. Lama juga mama tanya tu. Haha. Tapi biasa la. Anak dia ni boleh jawab dengan selamba dan buat lek buat peace lagi "Nanti la kakak ambil". Nampak sangat macam nad tak ambil kisah sangat. Mama pula yang over kisah. Haha.
Nad memang tak tahu langsung pasal Muet ni. Zero betul. Ye la. Nad mana la ada kakak or abang nak cerita pasal Muet ni. Dapat tahu sikit sikit pun sebab stalk ehem ehem hari tu. Jadi la daripada tak tahu langsung. Nasib kat universiti ni kena ambil subjek English. Dapat la lecturer terangkan sikit. Kalau tak, memang macam katak di bawah tempurung. Nasib baik ada subjek English ni. Kalau tak berkarat la English nad ni. Berterabur dan tunggang-langgang habis.
Tadi search kejap pasal Muet ni. Dapat la info sikit. Mehh... nak story sikit. Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian yang wajib diambil oleh mahasiswa/i yang belajar di IPT supaya dapat further study ke degree. Kiranya kalau tak ambil, tak boleh ambil degree la. Muet ni ada 3 sesi dalam setahun yang diperkenalkan pada tahun 2012 iaitu pada sesi Mac, Julai dan November. Muet ni juga ada tarikh buka dan tutup pendaftaran dan juga tarikh ujian diadakan. Kalau nak tahu, search la sendiri. Berdating dengan pak cik Google. Nad malas nak cari.
Nahh... nad screenshot daripada satu laman web tu. See ? Agak berat woo... Listening, speaking, reading dan writing. Yang jadi masalah besar bagi nad ialah speaking. Tu memang agak payah bagi nad. Sebab nanti mula la tergagap la, speechless la, tersalah sebut la. Dah la tak biasa sangat speaking ni, Yang lain tu boleh diatasi lagi. Part listening tu kena careful dan alert sikit. Sebab cara dia cakap tu bukannya macam cara kita cakap. Memang slang pekat habis la. Kena la cuci telinga selalu. Haha. Yurannya bagi nad agak mahal la. Boleh buat duit makan untuk 2 minggu. Nampak sangat berkira tu. Tak apa la. Tak payah la nak berkira untuk belajar ni. Tak baik. Ishh ishh... Nad plan nak amik pada sesi Julai nanti. Tapi no pin tak beli lagi. Class habis petang. Susah sikit nak pergi bandar. Macam mana la nak ambil Muet nanti. Dah la English 2 dulu just dapat A- je.Padahal BM universiti dapat B je (nad warganegara mana ni. malunyaa). Maybe sebab tak ambil English 1. Dikecualikan based on result English SPM dulu. Kalau tak, tak ada la berkarat sangat otak ni.
Nad kena dapat band 3. Tu la. Menggatal sangat nak ambil engineering. Huhu.