Monday, April 27, 2015

Contest: Hijab, Let's wear it right!



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Nad join contest ni supaya dapat membuka mata muslimah di luar sana mengenai konsep menutup aurat. Moga kita semua dapat jadikan sebagai ibrah (pengajaran) daripada kisah nad yang sebenar ni. Maaf sebab entry ni panjang meleret. Asif jiddan.

Mengapa anda pilih untuk berhijab?

Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat.


Actually, nad start pakai tudung pada usia 5 tahun. Masa tu, pakai tudung just bila pergi tadika atau mengaji je memandangkan tadika tu tadika Islam. Nak tak nak kena patuh la kan. Budak kecil lagi. Mana tahu apa-apa sangat. Ikut je la arahan parent dengan tadika. Then, naik sekolah rendah still pakai tudung ke sekolah. Padahal sebelum tu berangan nak pakai pinafore ke sekolah. Mana la ada student yang pakai tudung dengan pinafore. Memang pelik la kan. Lagipun tak manis dan senang nak terdedah sana sini jika ditiup angin. Masa tu tak pakai tudung sepenuhnya lagi. Just pakai kat sekolah je. Bila balik sekolah, terus je buka tudung. Pergi main dengan kawan-kawan termasuk kawan lelaki dengan free hair. Masa tu tak baligh lagi.

Mula-mula terbuka hati nak pakai tudung bila keluar masa darjah 3, 9 tahun. Nad masih ingat lagi. Masa tu tetiba teringin nak pakai tudung pergi pesta buku. Maybe sebab kat sekolah pun pakai tudung, so why not la kan teruskan juga. Lepas peristiwa tu, terus pakai tudung bila pergi keluar walaupun tak full sepenuhnya lagi. Means, kalau pergi bermain still free hair. Then, form 1 dapat masuk sekolah agama. Tak sangka yang kena pakai tudung labuh ke sekolah. Memang terkejut betul. Dengan penuh terpaksa, ikut la juga sebab dah peraturan kan. Tapi still free hair kalau pergi jemur baju atau buat apa-apa kat luar rumah sekejap. 

Naik form 4, dah mula potong tudung sekolah bagi pendek sikit sebab terpengaruh dengan environment. Nasib baik tak kena panggil ke bilik disiplin. Tergerak hati nak berubah ke arah nak menutup aurat sepenuhnya bila terserempak dengan kawan masa hang out. Dia pandang je nad sebab maybe masa tu nad pakai seluar jeans yang agak ketat. Siap tanya kenapa pakai seluar tu. Memang speechless nad dibuatnya. Sebelum keluar dari sekolah tu, still dalam proses nak berhijrah. Walaupun sikit je, tapi kira ok la juga.

Masuk je uni, nad diuji sekali lagi dan membuatkan nad rebah. Nad tak kuat nak melawan hawa nafsu. Iman masih lemah lagi. Maybe culture shock yang mempengaruhi nad. Nad dah start pakai baju pendek, seluar skinny, baju sendat. Allah tu maha penyayang. Tak selamanya nad akan hanyut. Akan tiba suatu masa terdetik di hati nad untuk berubah juga. Gara-gara malu dengan diri sendiri. Ramai orang dah tahu dan tak sangka yang nad ex sekolah agama tapi hakikatnya ma shaa Allah. Hanya diri ni je yang tahu. Alhamdulillah. Sekarang ni masih teruskan berubah ke arah kebaikan.

Tudung biar labuh menutup dada. Baju biar labuh, tak jarang dan longgar. Seluar biar longgar. Kalau nak pakai skinny, make sure baju tu labuh dan tak ketat. Handsock, stokin dan inner neck tak ditinggalkan. Even housemate nad hairan dan pernah bertanya kenapa nad pakai stokin padahal Perlis tu panasnya ya rabbi. Boleh rentung dan burn dibuatnya. Tapi nad hanya mampu tersenyum je dan jawab dalam hati. Benarlah kata orang. Alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa buat, nak tinggalkan pun terasa janggal dan malu. Alhamdulillah. Walaupun tak berubah sepenuhnya tapi in shaa Allah suatu masa nanti.


Kepada muslimah di luar sana, janganlah jadi seperti diri nad ni. Ilmu ada tapi tak diamalkan. Seriously, nad menyesal dengan semua perbuatan nad tu. Kepada muslimah yang sudah menutup aurat, tahniah kepada anda. Teruskan perjuangan anda untuk memelihara maruah anda. Istiqamah tu penting. Hati dan iman kena kuat serta kental supaya dapat melawan hawa nafsu yang sentiasa nak menjatuhkan kita. Kepada yang masih tidak menutup aurat, bukalah pintu hati anda untuk menutup aurat. Sesungguhnya menutup aurat tidak merugikan anda kerana aset berharga anda dapat dipelihara daripada mata-mata helang atau scanner kaum adam. Berhijab bukan tiket penghalang kepada anda untuk berfesyen. Tak salah kalau nak berfesyen asalkan seiring dengan tuntutan syariat dan tak tabarruj (berlebih-lebihan).

Jika diberi pilihan antara bunga yang terjaga rapi atau bunga yang terdedah, sudah semestinya kita akan memilih bunga yang terjaga rapi. Seperti juga dengan diri kita. Aurat dan maruah diri kita sepatutnya dipelihara dengan sebaik mungkin. Sejahat-jahat kaum adam, mereka pasti mempunyai keinginan untuk memilih perempuan yang menutup aurat sepenuhnya. Tapi, janganlah menutup aurat semata-mata nak memikat kaum adam. Kelak tidak akan berkekalan. Betulkan niat anda terlebih dahulu. Masih ada masa lagi untuk anda mula menutup aurat. Lakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit asalkan berterusan. In shaa Allah. Akan berkekalan nanti. Amin. Nad pun masih tak sempurna dan banyak khilaf lagi. Tak apa. Apa salahnya kita berubah bersama-sama kan. Barulah lebih bersemangat. Jangan jadikan hari kematian kita merupakan hari pertama kita menutup aurat. Allahu. Yang tertutup itu lebih indah. Hijab makes you beautiful, dear girls. Fi hifzillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg