Klik banner untuk join
Assalamualaikum w.b.t.
Wahh... macam menarik je segmen ni. Lain dari yang lain. Terus laju je tangan ni menaip nak join. Gelojoh betul. Haha.
Fakta tentang diri nad
- Anak sulung (watch out !!!)
- Addicted dengan warna merah.
- Mempunyai tulisan yang besar dan bulat bulat. Macam budak tadika. Orang kata tulisan nad cantik. Tapi nad rasa nak termuntah tengok tulisan sendiri. Bila la nak ubah tulisan ni.
- Single but not available (cehh)
- Mempunyai tangan dan kaki yang kecil (Premature baby memang macam ni. Tak normal sangat. Haha)
- Mempunyai allergic yang kronik sikit (perlu dicontrol)
- Sayang AFFNY's family ketat ketat
- Cerewet bab memilih kasut. Sebab tu kasut tak banyak sangat.
- Tak suka menunggu (tahap kesabaran rendah bab menunggu ni)
- Pantang dengan orang yang fake ni (mengalahkan orang Korea pula)
- Tak suka makan sayur yang berdaun dan tauge
- Suka aktiviti lasak such as camping, flying fox, jungle trekking
Tabiat buruk nad
- Kasar dan ganas. Tak feminin. Bila mahu berubah entah. Tak behave langsung. Suka cakap kuat kuat. Brutal sikit.
- Tak reti pujuk orang sebab nad jarang merajuk. Kalau nad merajuk, tak suka sangat orang pujuk nad. Biar nad cool down sendiri.
- Kuat memendam. Sebab tu sometimes jadi panas baran sikit. Macam Hulk.
- Suka membebel sorang sorang. Dah macam orang tak betul dah.
- Kuat berangan sorang sorang. Haha.
Rasanya that's all dari nad. Kalau nak lebih, kena berkenalan lebih dengan nad dulu. Baru tahu A to Z. Haha. Jom join segmen ni berjemaah. Tak rugi tau. Boleh berkenalan dengan ramai orang. Hikhik.