Saturday, March 23, 2019

Review : Aiskrim Unicornetto


Related image

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Finally it's a weekend. Fuhh rasa lega sikit dapat cuti. Btw next week nad dah start mid sem break. Kebetulan sama dengan cuti sekolah. Tapi kan yang sedihnya for the first time nad tak balik bercuti. Ramai yang pelik sebab nad tak balik. Tak apa la kan. Nanti mama dengan abah datang sini juga :)

Kat sini macam biasa la kan, panas terikkk. Kalau hujan tu, kira bersyukur sangat la. Bila tengah panas macam ni, mula la tekak teringin nak minum air manis. Tapi nad bukannya minum sangat air manis tu. Lebih prefer makan aiskrim. Idk why. Nak dijadikan cerita, jenuh nad cari aiskrim kat sini especially unicornetto tapi tak ada pun. Dah la nad ni agak cerewet bab aiskrim ni huhu. Bestnya kalau dapat unicornetto. Nyum nyum. Korang dah try ke unicornetto tu? Sedap tak?

Nad dah try for a few times unicornetto tu masa cuti sem yang lepas. Ye la kan. Unicorn lover mesti la try kan. Gigih gila mencari kat kedai. Rupa-rupanya kat speedmart ada je jual weh. Adehh. Kalau kat Perlis ni tak tahu la nak cari kat mana.




Terliur la pula tengok gambar unicornetto ni. For me, aiskrim ni sedap la juga. Rasa dia macam makan aiskrim paddle pop rainbow tu. Ada la juga rasa strawberry tu sikit walaupun nad tak suka strawberry tu. Yang bulat bulat kecil tu apa benda entah. Terlupa pula. So, siapa yang tak pernah try lagi boleh la kot beli kat kedai. Harganya pula bawah RM 3 je. Affordable la kan. For now, nad still mencari cornetto oreo cookies. Mesti sedap juga ni. Teringin aih :P


Wednesday, March 20, 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 Mac 2019, iaitu tepat jam 8.30 pagi sehingga hari esok, 8.30 pagi 21 Mac 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2019.

** jom support Mia Liana....


Saturday, March 16, 2019

Chuping, Perlis

Related image

Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais! Ada yang rindu kita tak? (perasan jap :p) Hahaha. Lately ni macam biasa la, busy sikit. Nasib baik dah submit progress report fyp. So ada la masa free sikit. Actually, dah lama nak share pasal benda ni tapi tu la. Mood nak menaip pun main hide and seek gitu.


For your information, kat sini panas gila. Pukul 6.30 petang pun masih terasa bahang matahari tu. Jemur baju separuh hari pun boleh kering. Well, Perlis kan. Negeri paling panas kat Malaysia. Tapi memang patutnya kat sini panas pun. Sebab biasanya musim panas tu berlaku around bulan Mac sampai Jun. Nanti mesti dah boleh nampak harum manis jual merata-rata kat tepi jalan.

Jumaat last week, nad sempat la pi snap gambar kat Chuping sana. Siapa yang tak datang kat Chuping ni rugi tau. Sebab tempat ni la port nak snap gambar. Boleh berhenti kat tepi jalan dan snap la gambar kat area mana yang nak. Hahaha. Dulu pun nad pernah shoot pre convo kat situ. Acah acah gitu. 


Kononnya nak snap kat tempat yang ada bunga lalang (ye ke namanya) tapi macam salah pilih tempat je ni hahaha.


Gigih kau menahan panas terik. Kalau gambar tak nampak mata tu, kira normal la ye.


First time snap gambar kat ladang jagung (jakun sikit). Walaupun ladang tu macam kering semacam je.



Maaf, tayang naked face haa. Tak dan nak pakai makeup langsung. Terserlah muka yang tak flawless tu hihihi. Diorang pi angkut nad last minute. Tu pun nasib baik nad baru lepas habis buat lab.


Gambar ni ecah yang snap. So dia la antara member nad yang tak reti snap gambar. Gambar ni pun yang ni je la yang paling elok. Yang lain semua out. Dah la snap gambar tak bagitahu pun. Nad snap gambar dia punya la lawa, sampai kat dia hancur lebur. Geram betul.

Saturday, March 2, 2019

Bila Nak Kahwin?


Image result for wedding animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys! Rasa macam dah lama tak membebel kat sini. Aaaa rindunyaaa 😛 Gurau je gurau je. Hopefully korang berada dalam keadaan yang sihat belaka la ye. Berbalik kepada tajuk kat atas tu, bila nak kahwin? Selalu juga la dapat soalan macam ni especially daripada kawan-kawan. Haihh lemah betul nak jawab. Entah la. Rasa macam it's too early untuk kahwin. Acah acah muda jap hehe.

Bukannya tak ada perancangan langsung, ada la juga. Tapi bak kata orang "better late than never". Acewahh gitu. The main reason nad tak nak kahwin lagi ialah I'm not ready yet. Hidup pun tunggang terbalik lagi. Macam mana nak uruskan encik ketua rumah nanti. Tak dinafikan, tak salah pun kalau kahwin awal. Even member nad pun ada yang dah kahwin. Siap dapat anak lagi tu. Advance tak advance haha.

Timeline setiap orang pun berbeza kan. Ada yang dapat beli rumah pada usia muda. Ada yang dapat anak pada usia muda. Ada yang dapat beli kereta pada usia muda. Rezeki masing-masing. For me, no need to rushing about this. Degree pun tak habis lagi haa. Just follow the flow. Lagipun nad rasa macam kena cari kerja dulu lepas grad nanti. Nak kumpul duit banyak banyak. Belanja mama abah. Then boleh pi travel.

Image result for couple animated gif

Sometimes tu rasa macam "bestnya kahwin", "nak kahwin esok la", "bestnya ada encik suami". Tapi tu la kan. Masih ada banyak komitmen lagi. Bayangkan la, dah sah sah nak guna duit yang banyak untuk kenduri nanti. Sebab nad kan anak sulung. Faham faham je la. Mama mesti nak jemput kaum kerabat sahabat handai dia yang berlambak tu. Haha. Maybe ada yang kata "benda yang baik tak usah ditangguh", "buat yang wajib dan simple je boleh kan". But entah la. Takkan la nad nak push dia sediakan semuanya. Dia pun still ada impian dia yang dia nak tunaikan. 

Image result for couple miss you animated gif hug gif

Akhir kata, kahwin ni tak semudah seperti yang dikatakan. It's all about commitment. Enjoy your life first okay? Ada rezeki, kahwin juga nanti kan 😉
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg