Tuesday, October 28, 2014

Online Shopping



Assalamualaikum w.b.t.

Holla !!! Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Allahu. Kali ni nak citer pasal apa, ye ? Haa... (muncul mentol yang sedang menyala). Nak citer pasal online shopping. Boleh la, ye ? Siapa kat sini yang tak pernah online shopping, sila angkat keyboard anda (macam la boleh nad oii. Haha). Frankly speaking, nad pernah la juga online shopping ni. Masih ingat lagi dulu bukan main takut lagi nak online shopping ni. Ibarat Jerry takut dengan Tom je lagaknya. Muahaha. Bila dah sekali try tu, nak buat lagi. Macam addicted je. Especially waktu musim perayaan seperti hari raya. Memang pejabat kolej tu penuh dengan barang nad je la (ni nampak sangat menipunya). Ye la. Sometimes beli kat online boleh dapat murah sikit. Hee.

Majority nad beli melalui instagram je. Sebab senang. Boleh whatsapp penjual tu terus. Bank in je terus. Kalau beli pakai laman web ni, leceh sikit. Sometimes kena pakai kad kredit la. Kena download gambar resit dekat laman web tu la. Susah la sikit. Sebab nad mana la ada kad kredit ni. Masih budak mentah lagi. Budak hingusan gitu (ye la tu). Beli kat online kadang-kadang best juga. Senang rasa tertarik atau berkenan nak beli sesuatu. Tapi jangan la sampai ketagih sangat. Karang tak memasal poket kering kontang la pula. Then, tak payah bersusah payah nak keluar ke sana ke mari beli barang. Just keluar nak bank in duit je. Jimat masa. Jimat minyak. Jimat tenaga. Boleh la avoid daripada beli kat tempat yang crowded as nad tak boleh sangat pergi kat tempat yang crowded ni (bukan manja, ok).

Kejap lagi nad nak share kat online shop mana nad pernah beli melalui instagram ni. Tak la banyak. Boleh la. Sharing is caring, right ?





Hot selling item atau main item instashop ni adalah skirt lycra A cut. Macam-macam colour yang ada. Boleh rambang mata semata-mata nak pilih colour yang mana satu je. Skirt dia memang terbaik la. Tak panas. Ringan je dan flowy. Boleh berangan ala-ala princess gitu (nad perasann). Yang terbaru, instashop ni menjual ombre skirt dengan zara wideshawl. Harga semua item yang dijual memang berpatutan la. Susah nak dapat harga macam ni kat luar sana. Jenguk je la instashop ni. Tak terkira berapa ramai yang pernah membeli dari instashop ni.



Blogger terkenal, Dena Bahrin (ummi Saif) pun dah ada beberapa helai skirt lycra instashop ni. Suka sangat kak Dena pakai skirt dari instashop ni.



Syada Amzah, adik Shila Amzah pun pernah pakai skirt dari instashop ni.








Haa... Kalau nak cari floral dress, kat instashop ni la tempat yang tepat. Kesemua design floral dressnye sangat laris ibarat pisang goreng cheese panas. Cantik pun cantik. Yang penting harganya berpatutan. Lagi-lagi sekarang ni tengah ada october promo. Sehelai dress cuma RM 25 je tak termasuk postage. Gila murah kau. Dressnye tak panas. Sejuk je. Kainnya tak melekat kat badan. Strecthable gitu. Kalau tak nak menangis kat tepi bucu katil, cepat la pergi sambar sehelai. Hehe.






Hari tu nad pernah beli widebawal dari instashop ni. Untuk pakai waktu dinner yang lepas. Widebawal tu kiranya macam bawal la juga. Cuma lebih besar sikit daripada bawal yang biasa tu. Boleh lilit macam pakai shawl juga. Murah la juga. Cuma RM 10 je sehelai tak termasuk postage. Senang je nak bentuk. Tak la nampak hodoh muka tu. Hahaha. Selain tu, instashop ni juga ada menjual t-shirt vintage/ plain yang labuh, cotton & chiffon skirt, boyfriend shirt (kemeja kotak kotak) dan yang terbaru, ada jual kemeja denim juga tau. Eeee... boleh geram dibuatnya. Nasib baik la duit tak masuk lagi. Kalau tak, habis la nanti. Haha.






Instashop ni tempat yang sesuai untuk semua muslimah yang menitikberatkan aurat mereka. Sebab kenapa ? Instashop ni ada menjual pelbagai design jubah. Yang paling famous sekarang ni, Afsheen Line jubah. Memang cantik kot. Instashop ni ada juga menjual blouse yang labuh dan menutup aurat. Blouse yang famous sekali, Qaisara blouse sampaikan wujudnya blouse Qaisara lebaran sempena hari raya yang lepas.






Instashop ni ada menjual pelbagai pakaian seperti blouse dan skirt dengan harga yang berpatutan. Ownernya pun peramah. Semua instashop yang nad share ni ownernya semua peramah belaka. Tapi owner instashop ni bagi nad seorang yang jujur. Sebab masa nad berurusan dengan akak ni, dia berterus-terang kata dress yang nad nak tu ada tapi ada terkoyak sikit. So, dia minta nad pilih warna yang lain. Nasib baik dia check. Kalau tak, memang punah la harapan nad nak pakai dress tu masa dinner. Sekarang ni, instashop ni ada menjual style combo, blouse + skirt dengan harga yang berpatutan.





Blouse from Wadi Adra, skirt from Battle Shop




Dress from Lania By Aen Zamzuri, widebawal from Hijabilaila



Floral dress from Amalis Couture

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg