Sunday, April 14, 2013

Looking ahead


Apa khabar semua??nad harap pembaca yang baca entry nad nie sihat-sihat selalu bersama orang yang tersayang.hmm..looking ahead??memandangkan nad dah pon selesai exam SPM dan bakal menginjak 18 tahun,rasanya patut la nad fikirkan masa depan.buat adik-adik yang bakal menduduki exam SPM tahun nie,nad ucapkan semoga berjaya.jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.jaga hati ibu ayah.sesungguhnya keredhaan Allah terletak atas keredhaan ibu ayah.macam mana dengan result SPM??haishh..siapa yang berani tanya tu,siap la!!ehh..gurau je la.hehe~ 

Alhamdulillah,result nad ok je.berapa A??tu biar la hanya nad dan mereka je yang tau.past is past.malas nak ungkit lagi.takut nad akan mempersoalkan ketentuan Allah buat nad.so far,semua subjek nad lepas kepujian.bukan senang nak lulus semua subjek.dah macam-macam nad lalui sepanjang tempoh menghadapi SPM.dan nie la hasil yang nad dapat.rasa bangga pon ada lagi-lagi bagi subjek add math.subjek favourite orang ramai untuk gagal.


So,lepas nie nak further study kat mana??nad dah plan nak sambung belajar kat IPTA.borang UPU pon nad dah hantar.kalau ada rezeki,nad nak ambil course engineering.that's my first choice.seterusnya,course ICT/komputer dan teknologi.sebenarnya,nad lebih minat ke arah business dan account.tapi,nak buat macam mana.dah nad ambil aliran sains agama.dulu mama suruh tukar ambil aliran akaun,nad tak nak.saje je nak cabar diri supaya sukakan sains.then,jejak je kaki kat kelas sains,nad dah decide yang nad takkan ambil course yang berkaitan dengan perubatan.never ever and ever.sebab nad tak minat langsung.kalau nak ambil pon,course farmasi je.lepas je habis SPM,nad rasa keliru.tak tahu nak ambil apa.matrik??asasi??diploma??STPM??STAM??banyak sangat choice.tak tahu nak pilih yang mana.nad ada la juga pergi seminar hala tuju selepas SPM bila habis je exam SPM.penceramah tu cakap dalam banyak-banyak pilihan tu,yang terbaik adalah diploma.kenapa??sebab diploma laku untuk cari kerja.sijil matrik dan asasi tak laku dan memerlukan pointer yang tinggi.tempat untuk ke IPTA bagi lepasan matrik dan asasi agak terhad untuk sambung ke ijazah.terpaksa bersaing dengan ramai orang.bagi lepasan diploma pula,tempat untuk sambung kat IPTA untuk diploma dah di'reserve' awal-awal sebelum graduate.so,lepasan diploma lagi untung la.

Lagipon,nad memang nak ambil diploma.senang sikit walaupon take time.kalau matrik dan asasi,silibus tak complete.ye la,sekadar shortcut untuk ke ijazah.tak payah ambil diploma dah.matrik dan asasi kena study habis-habisan.kena dapat pointer tinggi.kalau tak,kena repeat paper atau dibuang.kalau tak silap nad la.selain diploma,STPM pon ok juga.bukan nad nak kata yang asasi,matrik dan STAM tu tak bagus.tapi nie pada pendapat nad la.STPM nie walaupon subjeknya susah,tapi agak berguna untuk masuk IPTA bagi ijazah.sebab STPM nie silibusnya detail.kalau masuk IPTA untuk ijazah,dah ada asas dah.rasanya lebih kurang sama je dengan silibus untuk ijazah.cuma,kena la masuk alam persekolahan balik.pakai uniform sekolah dan kena ikut peraturan sekolah.tu yang ramai orang benci tu.dah lepas SPM,tak nak terikat dengan sekolah dah.

Dan penceramah tu ada cakap yang budak aliran sains nie untung.sebab IPTA ambil pelajar 60% aliran sains          dan 40% aliran sastera (selain aliran sains).so,budak aliran sains lebih senang nak masuk IPTA untuk diploma.tapi,jangan risau la untuk sesiapa yang bukan dari aliran sains.boleh je nak senang masuk IPTA.study je selalu dan usaha untuk dapatkan result yang gempak.sure dapat masuk IPTA.macam mana dengan STAM??hmm..sebenarnya,nad dapat tawaran STAM.tapi,terpaksa tolak.tak yakin boleh carry on.STAM nie macam STPM juga.tapi,subjeknya semua berkaitan dengan agama.so,STAM nie senang la nak further study kat timr tengah.seperti Jordan,Mesir,Maghribi dan Morocco.walaupun STAM nie agak susah dan kena hafal banyak perkara,tapi tetap ada kebaikan juga.sebab dapat menguatkan lagi bahasa Arab.ye la,STAM nie semua subjeknya dalam bahasa Arab.khas untuk bakal ustaz,ustazah dan pendakwah.hehe~

Ok la.rasanya dah banyak dah nad membebel ketika nie.mesti rasa bosan siapa yang membaca entry nie.nasib dia la.kesian kat dia.hehe~ lain kali,nad update entry lagi.bila nad free la.hope sesiapa yang baca entry nie,dapat la juga information sikit walaupon tak banyak.take care.see you soon.Assalamualaikum ^_^


*info nie dapat dari kawan di fb.dia tag nama nad.thanks for your info,yana

p/s:buat calon SPM,buatlah pilihan yang terbaik dan bijak untuk masa depan nanti


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg