Tuesday, July 23, 2019

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! So kali ni nad nak join giveaway yang nad rasa agak menarik la juga. Dah lama perhati. Hadiah pun best juga hehe. Alang-alang tu boleh la tambah kenalan juga. Ye ke idok? Let's check it out syarat penyertaannya.

Syarat penyertaan Giveaway

1. Follow blog Airah Syahirah. (Widget followers ada dekat sidebar)
2. Follow facebook page Airah Syahirah Blogger
3. Follow instagram @shesyeeraa
4. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"(Backlink kan banner okay)
5. Tinggalkan link entry dekat bahagian komen

Giveaway ni akan berlangsung dalam bulan Julai dan August serta akan ditutup dalam bulan August juga. Pemenang akan dipilih melalui konsep lucky draw. Jadi jum la ramai-ramai join okay. Giveaway akan terbatal sekiranya kurang dari 50 penyertaan.

Selsema?! Batuk?! Gajah Baring Balsamo Ada Sebagai Penyelamat

Image result for garlic animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Kali ni nad nak share sikit tentang produk yang sangat ajaib. Ajaib sangat ke?! Yes, memang ajaib. Sudah terbukti keajaiban produk ni. Ada main magic magic ke? Dak aih. Produk ni hanya menggunakan bahan ajaib iaitu bawang putih sebagai bahan utamanya. Ehhh bawang putih? Tak suka la. Bau busuk. Relax okay relax. Ni bukan bawang putih sembarangan tau. Bawang putih ni dapat melegakan penyakit yang memberikan ketidakselesaan seperti selsema, batuk etc.

Kenapa bawang putih?

Menggabungkan madu, bawang merah dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

Sumber : SINI

Ternyata bawang putih ni banyak kegunaannya tau. Biasa la kan. Benda yang kita tak suka tu la yang memberi banyak manfaat kepada kita. Alaaa macam herba dan ulam-ulaman.

Ya! Jangan terkejut kerana bawang putih merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.

Bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau ‘vampire’ dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, America, Cina sehinggalah ke masakan Melayu sendiri.

Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan Anti Oksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.

Sumber : SINI

Nafas Selesa Dengan Gajah Baring Balsamo

Sesungguhnya produk ini dicipta untuk memudahkan penggunanya daripada menghilangkan ketidakselesaan ketika batuk dan selsema. Dengan adanya produk ni, kaum ibu ibu especially yang mempunyai anak kecil tak payah lagi bergegas dan bersusah payah nak tumbuk bawang putih bagai jika anak mengalami demam dan selsema. Gajah Baring Balsamo kan ada. Bam ini dicipta khas menggunakan bawang putih sebagai bahan utamanya. Gajah Baring Balsamo adalah satu produk istimewa untuk urutan kasih sayang  seisi keluarga selain melembabkan kulit yang kering.

Ia juga dikenali sebagai Garlic Balm yang sangat diperlukan ketika cuaca yang tidak menentu. Dihasilkan daripada petua tradisi iaitu minyak bawang putih yang diamalkan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita dahulu menjadi Garlic Balm untuk memudahkan cara ibu-ibu moden menggunakannya terutama yang sibuk bekerja. Kenapa Garlic Balm ini memudahkan cara? Ini kerana para mommy tidak perlu lagi risau untuk berhempas pulas menyediakan minyak bawang putih. Balm ini boleh digunakan sepanjang masa jika dirasakan perlu.

Garlic Balm ini adalah berbentuk "solid", so risiko tertumpah adalah zero! Ia selamat digunakan untuk anak-anak kerana tidak mempunyai bahan kimia dan essential oil. Ini kerana essential oil tidak semestinya sesuai digunakan oleh semua orang. Garlic Balm ini merupakan minyak bawang putih sebenar kerana baunya adalah bau sebenar bawang putih. Dan ianya paling mudah unutk dibawa travel kerana saiznya yang kecil. Boleh diselitkan di dalam handbag.

Produk ini sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga warga emas. Wow! Maknanya Garlic Balm ini boleh digunakan oleh semua tanpa mengira usia. 

Bahan-bahan yang digunakan

Extra virgin oil : Membantu melembabkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit.

Sunflower oil dan vit E : Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran dan kekurangan lembapan badan.

Beeswax : Memiliki sifat antiflamasi, antibakteri dan antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.

Garlic : Tumbuhan istimewa yang memberikan banyak manfaat dalam membantu memberi "NAFAS SELESA" keluarga.


Waktu penggunaan : Setiap kali selepas mandi pagi dan malam untuk keselesaan nafas dan tidur yang berkualiti.

Cara penggunaan : Sapu pada bahagian yang diperlukan dan urutkan perlahan-lahan secara bulatan. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Comel je kan gambar di kotaknya 🐘

Pandangan tepi kotak Garlic Balm

Comelnya botol Garlic Balm ni. Kecil molek je




Disclaimer : Produk ini adalah natural tanpa bahan kimia yang berbahaya yang boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang. Selamat digunakan dengan kerap.

Harga promosi : RM 29.90 exclude postage 
Postage : RM8 (SM), RM12 (SS)

Free gift termometer setiap pembelian terawal!!!

Contact : +60187665694
Diedarkan oleh : ARS PURE SOLUTION

Blogger Challenge #3



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak teruskan dengan Blogger Challenge yang ketiga iaitu picture of your handwriting. Challenge ketiga ni sepatutnya nad buat semalam tapi entah kenapa la. Mood malas melanda hehe 😆

Dulu kan waktu kecik kecik dulu, nad selalu kena pantau dengan mama. Ye la, mama kan suri rumah. Lagipun dulu dua beradik je. So mama ada la masa nak check serba serbi pasal kitorang. Bila ada homework dari tadika, mama akan duduk kat tepi meja lipat tu semata-mata nak make sure yang nad siapkan homework tu. Mama quite strict waktu since dia yang jaga kitorang 24/7 kan. Kalau tulisan nad tak lawa, dia akan ketuk jari or tangan nad. Tak kisah la dengan pembaris ke apa ke. Masa dulu rotan tu ibarat benda wajib ada kat dalam rumah 😓

Bila masuk alam persekolahan, nad paling tak reti if kena tulis atas whiteboard kat depan kelas. Susah kot. Dah la tak ada line. Confirm senget benget. Bila naik sekolah menengah, setiap kali ada group presentation  nad selalu jadi orang yang kena tulis points kat kertas mahjung. Dulu presentation pakai kertas mahjung je. Tak adanya pakai slide bagai. Then mesti ada orang yang cakap 'besarnya tulisan dia'. Yes, nad admit yang tulisan nad bulat bulat dan besar. Sampaikan ustazah cakap macam tulisan komputer or macam print guna printer 😅 Nak buat macam mana. Ingat senang ke nak ubah tulisan haa. Budak kelas ingat nad pun sebab tulisan je hahaha.

Then, bila masuk universiti tu nak tak nak kena bermain dengan masa. Ada masanya tulisan tu lawa mana pun. Tapi boleh la. Asalkan boleh baca dengan jelas. Kalau ada exam yang melibatkan calculation, memang caca marba jadinya. Nak kejar masa kot. Kalau nak sangat jaga tulisan tu, ada soalan yang tak terjawab pula hehe.

Tulisan a few years ago. Subjek Communication skills waktu dip dulu

Tulisan ketika kelam kabut especially time exam

Current handwriting

You may read this : 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg