Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal, Angka 1



Assalamualaikum w.b.t.

Holla !!! Rasanya dah lama nad menghilangkan diri. Bukannya sengaja nak ghaib macam tu je. Tapi lately ni agak busy sikit. Maap maap. Biasa la. Student life. Lagi-lagi tengah pre final year ni. Memang jadual tu macam pack semacam je. Balik kolej kediaman mesti rasa letih yang teramat. Kalau tak terbongkang, mesti tergolek ke sana ke mari. Tak apa. Adat la menuntut ilmu kan.

Hari ni last day bagi tahun 2014. Tak tahu nak rasa apa pada last day ni. Entah la. Semestinya tahun 2014 ni meningggalkan 1001 kenangan dalam hidup nad. Ada suka dukanya. Pahit manisnya. Jatuh bangunnya. Semua tu menjadikan nad lebih tabah untuk menghadapi masa akan datang. Tahun ni juga la nad belajar survive diri sendiri. Berdikari sikit. Buat kerja tak mengharapkan orang sangat. Ada sebabnya kenapa nad jadi macam ni. Tak perlu cerita rasanya. Takut akan mengaibkan orang lain. Tak apa. Tak mati pun kalau hidup seorang diri ni. Lepas ni kalau tercampak kat mana-mana especially waktu industrial training nanti, nad juga yang senang. Tak ada la lembik, manja dan mengada semacam. Haha.

Mulai esok juga, tiada lagi angka 1 dalam hidup nad. Woo... tak rasa excited sangat bila nak menghampiri 20 an ni. Rasa macam tak layak pula. Umur 20 ke atas ni juga la kena fikir pasal future selalu. Kena siapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan (tak tahu jodoh kita tu bila). Better buat preparation awal-awal dulu. Mantapkan skill yang diperlukan dalam kehidupan nanti especially untuk alam pekerjaan dan perkahwinan nanti. Kena la rajinkan diri untuk belajar memasak (jangan nak malas, nad oii. Nanti mak mertua tak berkenan. Haha). Tak terlupa juga kena sediakan bekalan untuk kita melangkah alam yang sana tu. Mana tahu nanti tiba giliran kita dijemput menghadap Allah. Ajal maut kan di tangan Allah dan tak dapat dijangka. Jangan asyik ingat jodoh je. 

Terasa berat la juga bila nak masuk umur 20 an. Terasa macam serba tak cukup. Umur dah meningkat tapi still tak matured sepenuhnya. Dah la nad ni anak sulung. Perangai pun still masih ada macam budak-budak lagi. Buat malu betul. Adik lelaki nad pun cakap yang nad ni macam budak-budak lagi. Kurang asam punya adik. Hahaha. Ujian dan dugaan pasti akan bertambah berat dan mencabar. Kita hidup di dunia ni kan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman baru di samping melakukan amal ibadah kepada Allah. Ok. Sempena last day 2014 ni, nad nak minta maaf kepada korang semua jika nad ada terkasar bahasa, tersakitkan hati, tersalah bicara, termarah, terbuka aib, terumpat dan segala ter la. Nad sedar yang diri ni cuma insan yang kerdil je. Tak terlepas daripada melakukan kekhilafan. Well... kita ni bukannya maksum pun macam nabi. Kita bukan insan kamil yang tak terlepas daripada melakukan dosa. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga Allah selalu memberkati hidup kita semua dan kita akan dipanjangkan umur. In shaa Allah. Ilal liqa'.

p/s : Awak, orang nanti dah masuk angka sama macam awak.

Tuesday, December 23, 2014

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant



Klik banner untuk join


Assalammualaikum

Sebelum bermulanya sesi persekolah, Ira akan adakan segmen yang tak seberapa ni. Semoga dengan segmen ni boleh la korang mengeratkan silaturrahim antara blogger. Sekaligus korang boleh la kenal-kenal dengan blogger yang tak pernah korang kenal. Betul tak ? Ok la, syarat yang Ira kenakan pun agak simple. So korang just ikut je step by step k. But, please jujur. Kejujuran tu amat penting dalam kehidupan kita. :) Here we go ~


Syarat mudah :

 Follow blog Ira  *wajib*
 Klik SINI  *sampai habis loading. Jujur tau :)*
 Join Group & Like Fanpage (dekat sidebar)  *wajib -akan direkod*
 Follow insta : syahirahvaliant  *optional*
 Buat entri yang bertajuk "Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant"
 Tempekkan banner yang tak comel tu dalam entri korang & backlikkan.
 Dalam entri korang tu, korang letak Jumlah Followers Sekarang Target Jumlah Followers Yang Diharapkan.
 Dah siap? Hantar link dekat komen je k. Tempat lain tidak diterima.


Due date : 21 December 2014 - 3 Januari 2015


Jumlah Followers = 308
Target Jumlah Followers = 1000 (tamaknya. muahaha)

Sunday, December 21, 2014

Musim Sejuk di Perlis


Assalamualaikum w.b.t.






Sekarang kat sini dah start musim hujan. Musim angin ribut kuat. Merasa la juga hujan seharian. Sejuk dia tak boleh cakap la. Menggigil sampai ke tulang hitam. Sejuk gedi kata orang mana entah. Kalau pakai payung time hujan dan angin ribut tu, boleh patah dan rosak payung tu. Memang kuat sangat. Rasa macam boleh terbang melayang je. Inilah specialnya negeri Perlis ni. Kalau panas, panas sangat macam musim kemarau. Kalau sejuk, sejuk sangat macam musim sejuk. Lepas ni kena spare payung la selalu. Takkan nak main redah hujan macam hari tu. Nasib baik tak demam. Harap Perlis ni tak banjir la, ye. Nanti kitorang juga yang susah, Kalau boleh, nad tak nak menghadapi banjir pun seumur hidup. In shaa Allah.

P/s : Antibody ni please la extra tough sikit. Tak nak merasa demam masa musim macam ni. Karang teruk jadinya.



Saturday, December 20, 2014

Survey Tiket Flight



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Korang semua sihat tak ? Kalau tak sihat tu, jangan la degil tak nak makan ubat. Namo namo. Alhamdulillah, nad sihat je (ada ke orang tanya kau, nad). Haihh. As usual dah nak masuk 4 minggu sem 4 dah bermula. Dah nak hampir sebulan. So far so good la. Class ada hari yang pack, ada hari yang free. Assignment tak menimbun lagi (ye ke ni). Major assignment dalam group. So senang la sikit kerja tu. Haha.

Next week pula boleh balik rumah. Turun kat KL. Wuhoo... Mula-mula tu memang plan tak nak balik. Nak jimat duit kononnya. Tiket je dah berapa harganya. Tapi last week lecturer announce yang class cancel pada hari Jumaat lepas Krismas tu. Kedua-dua subjek pula tu memandangkan nad hanya ada 2 class pada sebelah pagi hari Jumaat. Bila lecturer announce tu, terus whatsapp mama inform nak balik nanti. Whatsapp masa lecturer tengah mengajar pula tu. Tak menyempat betul. Jangan ditiru perangai tak senonoh nad ni. Then mama cakap ok je. Lagi yang membuatkan nad excited nak balik adalah pada minggu tu ada Vendeur Festival Boxing Day 3.0 kat Matrade, Jalan Duta. Dah la event KL Year End Sale anjuran Mood Republik yang diadakan pada minggu ni kat PWTC nad tak dapat join. Sumpah rasa macam nak menangis je sebab tak dapat pergi. Dah lama teringin nak pergi event macam ni. Nasib baik ada Vendeur Festival ni. Dapat la merasa nanti. In shaa Allah.



Tiba-tiba je tangan ni duk menggedik-gedik nak search tiket flight. Selalunya abah yang buat kerja macam ni (boleh ganti abah ni). Survey la tiket flight mana la tahu tengah promo kan. Merasa la juga balik Perlis naik flight even kena depart kat Penang airport (Perlis tak ada airport, ok). Kalau nak turun kat Alor Setar macam tak syok la pula. Demand la minah ni. Haha. Cari punya cari jumpa la flight Firefly tengah offer. Not bad la. Tapi abah mesti berat nak bagi naik. Sebab kata abah Firefly tu sempit. Tak selesa. Padahal anak dia ni tak kisah sangat. Asal boleh redah je. Tak puas hati lagi. Search pula kat Air Asia. Kebetulan Air Asia tengah buat promo juga. Padahal survey sehari sebelum tu, harga  tiket bukan main tinggi melambung lagi.



Dengan penuh rasa excitednya, nad cepat cepat call abah. Nampak tak betapa gelojohnya nad. Kisah pula nad. Haha. Nasib baik abah kata ok je. Ingatkan abah tak bagi. Ye la. Nad kan dilayan macam anak emas padahal bukan pun. Maybe ni la nasib anak sulung perempuan. Abah kata nanti abah pergi airport bookingkan. Abah memang tak reti booking or buat urusan online ni. Nad pula tak reti booking tiket flight online. Memang noob jadinya. In shaa Allah. Balik cuti sem nanti nad akan naik flight balik ke sini. First experience naik flight tanpa parent. Nad saje je nak try naik flight tanpa parent. Nak belajar jadi independent sikit. Nanti apa-apa hal senang. Boleh survive sendiri. Merasa la juga naik flight even tak dapat further study kat oversea. Nad memang suka belajar buat sesuatu perkara seorang diri. Macam hari tu, pernah balik ke rumah dari hentian Duta seorang diri tanpa dijemput oleh abah. Baru rasa bangga dan hargai diri sendiri sebab seolah macam diri ni dah dewasa dan ada kemajuan sikit.


p/s: Kalau ada sesiapa plan pergi vacation, elok sangat la tu. Tiket flight tengah promo sekarang ni

Friday, December 19, 2014

Still Newbie In Photography



Assalamualaikum w.b.t.

Wahh... rasanya dah lama tak berceloteh kat sini. Agaknya dah berhabuk sikit blog ni. Meh sini nad bersihkan habuk tu (fuhh fuhh). Haha. Bukannya apa. Just kekeringan idea untuk menaip. Ni pun baru je dapat idea nak menaip semula (mentang-mentang la hari ni tak ada class. Berjimba la guna wifi). Muahaha. Jadi burung hantu kejap. Takkan la tak boleh kan. Bukannya selalu.

Sejak akhir-akhir ni nad sedang belajar edit gambar. Makin lama makin addicted la pula. Lagi-lagi perangai nad ni suka snap gambar bila tengah bosan. Tak kisah la kat mana je. Kat area KKF ni pun boleh. Ekceli, nad dah lama minat bidang photography ni. Sejak zaman sekolah lagi. Cuma dulu tak berpeluang nak belajar (maklum la. Bukan ajk ICT sekolah. Payah sikit). Minat tu berkubur sekejap beberapa tahun. Dulu pernah juga pasang angan-angan nak jadi photographer. Tapi parent tak bagi. Katanya tak menjamin masa depan. Ye la. Nak kena beli set kamera yang mahal tu. Kalau terkandas di tengah jalan, tak ke rugi jadinya.

 Lagi-lagi nad ni perempuan. Anak sulung lagi tu. Mesti la mama abah simpan  harapan yang tinggi untuk nad. Nak nad ambil course yang menjadi pilihan ramai. Contohnya, bidang perubatan. Tapi tu la. Nad ni tak minat langsung medic ni. Padahal major classmate nad dulu masa kitorang ambil aliran Sains Agama dulu semuanya nak jadi doktor. Cuma nad je yang pelik sikit. Kakak saudara siap recommend dan simpankan buku medic dia untuk nad lagi. Harap sangat nad ambil medic. Tapi nak buat macam mana, Dah tak minat, takkan nak paksa diri pula. Nasib baik mama abah tak memaksa. Beri nad buat pilihan sendiri.

Minat nak mengedit gambar ni berputik kembali apabila ramai classmate nad pandai edit gambar. Setiap kali on insta, mesti nad akan stalk insta diorang dulu. Gambar diorang dah la cantik cantik. Setiap kali nad tengok tu, rasa nak jerit je. Lawa sangat. Unik. Major snap gambar nature. Lagi la lawa. Tapi nad tak la terer macam diorang semua tu. Masih budak hingusan yang baru bertatih. Masih banyak yang perlu nad belajar dan explore lagi. Nad belajar daripada tutorial igersganu dengan igersperlis ni. Kalau nak suruh explore vscocam tu sendiri, memang liat sikit la.

Jom terjah ig classmate nad yang meletup kebaboom ni



Gambar hasil edit oleh nad. Tak lawa mana pun. Biasa biasa je




Kat KKF



Tepi pantai di Penang National Park




Kawasan sawah padi berhampiran KKF


Main campus, Pauh Putra



Penang National Park


p/s : Bukan berniat nak promote ig sendiri. Suka hati korang la nak cakap apa pun.

Saturday, December 13, 2014

Cancel Last Minute




Assalamualaikum w.b.t.

Cancel last minute. Semua orang tak suka kalau terjadi kat diri sendiri kan ? Siapa je yang suka. Siapa suka, angkat tangan. Ehh... tak ada pun yang angkat tangan. Means, nad betul. Haha. Nad lagi la tak suka kalau cancel last minute. Lagi-lagi kalau memang dah plan dengan cun lagi. Tapi tu semua perancangan Allah. Nak tak nak, suka tak suka kena akur juga la. Siapa la kita nak melawan takdir dan kuasa Allah kan ?

Macam yang terjadi baru baru ni kat diri nad. Hari Selasa yang lepas agaknya (pelupa sikit). Asalnya ada lab start pukul 9. Lecturer tu yang minta start pukul 9. Kalau dalam jadual pukul 8. Kitorang ok je. Mana tak ok kalau start lambat walaupun sejam. Janji tak start pukul 8. Dah penat nak rasa class or lab start pukul 8. Dah cukup rasa semua tu sejak dari sem 1 lagi. Nad pun dengan rasa malasnya bangun la awal. Mandi, solat Subuh dan siap siap jap. Make up sikit. Haha. Padahal semangat dan mood nak buat lab tu dah ke laut mana entah. Memang malas yang teramat sangat la. Dah lab module encik tak upload. Duk tunggu dari semalam. Menepek kat portal tu semata-mata nak tunggu lab module. Tapi tak upload juga. Padahal dalam hati ni dah mula rasa dan agak yang mesti lab cancel. Sebab encik tak upload lab module.

Siap keluar rumah awal lagi memandangkan hari tu merupakan hari mengundi MPP. Dah tahu dah mesti kena tahan suruh pergi mengundi dulu kat tengah jalan nanti. Macam sem lepas. Dah siap mengundi, terus pergi kat tempat menunggu bas. Nasib baik mengundi kejap je. Pakai komputer la katakan. Tunggu bas dan as usual la. Bas ni mana nak punctual sangat. Tu tak kisah lagi. Naik je la bas dengan langkah yang lemah longlai sebab memang tak ada mood nak pergi lab. Dah sampai kat tempat lab, rasa pelik juga sebab encik tak sampai lagi. Kereta encik tak ada. Jarang encik datang lambat ni. Hati dah mula rasa apa yang nad rasa tu akan berlaku. Ahh... sudah. Takkan cancel kot. Faiz try call encik dari semalam nak tanya pasal lab, tapi tak dapat. Time ni la dia call encik semula. Nak confirmkan balik. Dah dapat call encik, Faiz pula cakap yang lab cancel. Arghh ! Benci kot bila jadi macam ni.

Punya la susah dan liat nad nak bangun tadi. Last last jadi macam ni, Benci betul cancel last minute. Kalau nak cancel, better inform sehari sebelumnya. Boleh sambung tidur balik atau buat kerja lain. Situasi macam ni dah banyak kali terjadi kat nad. Sebab tu nad tak suka kalau orang berjanji tapi tak tunaikan janjinya. Mneyirap wehh. Lagi lagi nad ni jenis orang yang tak suka menunggu ni. Time tu macam-macam la classmate nad cakap. "Penat je kitorang mandi awal awal. Kalau tahu macam ni, baik tak payah mandi datang sini", "Lain kali biar encik datang dulu, baru naik bas", "Benci la macam ni, Kenapa la tak bagitau awal awal". Tapi dalam hati nad cakap macam ni "Agaknya encik kat kawasan ceruk hutan yang tak ada line kot. Tu yang tak inform nak cancel".  Haihh... Dah satu bab nak menunggu bas untuk balik semule ke KKF. Bas pun boleh tahan lambatnya. Moral of the story, kena selalu make sure class or lab ada ke tak terlebih dahulu. Kalau lecturer tak cakap apa-apa, means ada la tu. Nak tak nak  kena taat. Pergi je class or lab tu. Jadi student yang baik. Kalau cancel last minute, sediakanlah pil kesabaran banyak banyak, ye. Hihi. Ilal liqa'. Fi hifzillah.



Segmen Blogwalking by Fadzlina



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

PERATURANNYA
1)Follow blog Lyna.
2)Like fanpage blog Lyna.
3)Add Lyna dalam circle
#Semua ni ada di sidebar#
4)Buat satu entry yang bertajuk  ' Segmen Blogwalking by Fadzlina'
5)Letakkan banner comel warna pink kat atas tu..
then backlink kan ke blog Lyna balik.
6)Letakkan penyertaan anda di dalam bahagian komen di bawah entry ini.

Simple je kan..then yang join boleh lah blogwalking ke peserta lain.And Lyna pun akan berikan ganjaran kepada para peserta.

jeng..jeng..jeng..

GANJARANNYA
-Lyna akan followback para peserta-
-Lyna akan masukkan para peserta di dalam bloglist Lyna-
-Lyna akan buat review blog buat para peserta-

Lyna harap ada yang akan follow.

pesanan penaja ::Kalau pesrta kurang dari 5..segmen ni akan di batalkan..BATAL SERTA MERTA..

Update terkini::
Lyna akan panjangkan masa untuk segmen ni.sampai 21 Disember 2014..

Thursday, December 11, 2014

Ujian Allah



Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya macam dah lama tak menatap blog bucuk masam ni. Rasa rindu la pula. Padahal baru je beberapa hari tak jenguk blog sendiri. Wuwuwu. Alhamdulillah. Nad dah semakin sembuh. Demam tu dah reda. Cuma selsema je tak habis lagi. Selsema ni memang macam bf nad dah. Susah betul nak berenggang. Lagi-lagi kat bumi Perlis ni memang panas terik. Boleh burn muka dibuatnya. Musim ramai orang nak demam, selsema, batuk bagai ni dah bermula. Nad dah rasa macam mana sakit di bumi Perlis yang panas terik ni walaupun sekejap. Pergi balik class matahari tu macam sejengkal dari kepala je. Malam pula sejuk semacam. Sebab tu nad demam waktu malam. Siang ok je.

Walaubagaimanapun, jaga la kesihatan diri kita selalu. Tambah lagi dengan cuaca yang tak menentu ni. Lagi mudah nak jatuh sakit. Banyakkan minum air kosong. Jangan skip makan (macam yang mama cakap). Nanti kalau dah sakit, baru la terasa betapa berharganya nikmat kesihatan tu. Tak lalu nak makan la. Tak larat la. Nad dah rasa semua tu. Tekak ni terasa perit je. Macam ada duri dalam kerongkong ni. Makan tu tak payah cakap la. Tak lalu je memanjang. Kerjanya asyik nak tidur je. Ye la. Dah tak larat. Asyik bersin je memanjang dalam class. Malu pula dibuatnya. Hingus asyik nak keluar je. Hidung dah macam hidung badut. Handkerchief tu banjir dengan hingus nad je. Bila tak larat tu, mula la nak mengada mengadu kat mama. Call mama berapa kali entah sehari. Kesian kat mama. Terpaksa la dia tadah dengar anak dia ni membebel. Lepas tu, nad dengar la apa yang mama nasihat macam-macam tu. Ada yang nad ikut dan ada yang nad abaikan (dasar budak degil).

Bila dah berjauhan macam ni, nad boleh rasakan hubungan nad dengan mama dah macam kawan je. Ye la. Maybe sebab tak ada kat depan mata kan. Nad selesa cerita macam-macam kat mama. Bila balik rumah, cerita la juga. Tapi sikit je sebab segan. Hihi. Tengah sakit tu mula la teringin nak makan sup mama. Dulu kalau nad demam, mama mesti buat sup ayam untuk nad. Padahal nad tak minta pun. Maybe dia pun dah faham sangat dengan anak dia ni. 1 pesanan mama yang nad takkan lupa "Jangan asyik tak makan je. Duit tu ada makan la". Huhu. Bukannya sengaja tak nak makan tapi sejak buka sem hari tu, selera makan ni tak menentu je. Sekarang je dah ok sikit. Boleh makan nasi balik.

Ok la. Cukup la setakat di sini. Allah uji tanda dia masih sayang kita. Jangan merungut. Tapi bersyukurlah sebab Allah masih uji kita. Kalau Allah uji dengan menarik nikmat sihat, tu tandanya Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Bersabarlah dan hadapinya dengan tabah, ye. Ilal liqa'. Fi hifzillah.

p/s : Ada lab nanti pukul 11. Overnight la nampaknya malam ni. Wuhooo...

Monday, December 8, 2014

Quotes For Tonight



Assalamualaikum w.b.t.

Maaf kerana telah lama menyepikan diri. Maaf kerana menyebabkan blog ni agak bersawang sedikit. Maaf kerana tak mampu nak balas komen dan BW blog korang semua (bab reply komen ni agak liat sikit). Maaf atas segalanya sangat sangat. Hujung minggu baru baru ni nad memang busy sangat. Lain kali la nad cerita. In shaa Allah. Ni pun tengah sakit sikit. Resdung. Maybe sebab tak cukup rehat kot. Terkejar ke sana ke mari. Bila dah sembuh nanti, nad akan BW dan reply komen korang tu. Terkejut la juga bila buka je blog ni, banyak komen yang menunggu untuk di'approve'. Terima kasih untuk segala komen tu. Nad sangat hargai. It's ok. Doakan nad cepat sembu, ye. Sakit tekak ni agak perit sikit. Lelangit terasa pedih. Hukhuk. Jaga kesihatan korang, ok. Fi hifzillah. Ilal liqa'

Segmen Teka Teki By Zafirah & Pika



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Syarat-syarat join 
1)Warganegara Malaysia
2)Menjawab teka-teki yang diberikan
3)Jawapan tidak boleh ditiru daripada blogger yang lain (Walaupon saya tak nampak,tapi Allah nampak,takut tak berkat nanti ^^)
4)Follow blog ( ehhzafirah.blogspot.com | ohhpika.blogspot.com )
5)Segmen ini akan berlangsung dari 8 Dicember-17 Dicember

Cara nak join 
1)Buat entry satu yang bertajuk ( Segmen Teka Teki By Zafirah & Pika )
2)Letakkan banner diatas dan linkkan link entry segmen ni dalam entry
3)Copy soalan teka teki di bawah dan pastekan pada entry,berikan jawapan sekali tau ;)
4)Tinggalkan link entry dekat comment

Soalan 
1)Bilakah hari jadi Pika 
*klu*
-sama bulan dengan zafirah iaitu bulan 11
-tarikh dekat-dekat je dengan birthday zafirah,takdela dekat sangat-sangat pon *dekat sangat je..hehe*
(boleh pilih jawapan)
A)3
B)7
C)5

2)Bilakah harijadi Zafirah
*klu*
-sama bulan dengan pika
-aku ada buat entry pasal birthday aku,dan dekat situ ada jawapan dia (cepat pegi check dekat blog archieve)
(boleh pilih jawapan)
A)3
B)1 
C)2

Ok tu je soalan dia,suka hati korang,korang nak susun jawapan macam mana,nak tulis huruf je ke atau nak tulis nombor,atau nak tulis dua-dua.Selamat bersegmen dan menjawab soalan.

Senarai Hadiah
Topup
Celcom x1 -untuk peserta pertama yg join segmen ini dan menjawab semua soalan dengan betul 

Cursor *mcm cursor yg saya tengah pakai*- untuk semua peserta yang menjawab semua soalan dengan betul

Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang dijawap.Sebarang kemusykilan boleh pm saya di ask.fm/NurZafirahZolkapli atau facebook.com/nurzafirahzolkapli

P/S:Segmen ini akan dibatalkan jika peserta tidak melebihi 10 orang

Senarai Peserta 

Jawapan nad :

1- c
2- b

Thursday, December 4, 2014

Segmen " Jom jadi sahabat! " By Hana



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Wahh... macam menarik je segmen ni. Lain dari yang lain. Terus laju je tangan ni menaip nak join. Gelojoh betul. Haha.

Fakta tentang diri nad

  1. Anak sulung (watch out !!!)
  2. Addicted dengan warna merah.
  3. Mempunyai tulisan yang besar dan bulat bulat. Macam budak tadika. Orang kata tulisan nad cantik. Tapi nad rasa nak termuntah tengok tulisan sendiri. Bila la nak ubah tulisan ni.
  4. Single but not available (cehh)
  5. Mempunyai tangan dan kaki yang kecil (Premature baby memang macam ni. Tak normal sangat. Haha)
  6. Mempunyai allergic yang kronik sikit (perlu dicontrol)
  7. Sayang AFFNY's family ketat ketat
  8. Cerewet bab memilih kasut. Sebab tu kasut tak banyak sangat.
  9. Tak suka menunggu (tahap kesabaran rendah bab menunggu ni)
  10. Pantang dengan orang yang fake ni (mengalahkan orang Korea pula)
  11. Tak suka makan sayur yang berdaun dan tauge
  12. Suka aktiviti lasak such as camping, flying fox, jungle trekking


Tabiat buruk nad
  1. Kasar dan ganas. Tak feminin. Bila mahu berubah entah. Tak behave langsung. Suka cakap kuat kuat. Brutal sikit.
  2. Tak reti pujuk orang sebab nad jarang merajuk. Kalau nad merajuk, tak suka sangat orang pujuk nad. Biar nad cool down sendiri.
  3. Kuat memendam. Sebab tu sometimes jadi panas baran sikit. Macam Hulk.
  4. Suka membebel sorang sorang. Dah macam orang tak betul dah.
  5. Kuat berangan sorang sorang. Haha.
Rasanya that's all dari nad. Kalau nak lebih, kena berkenalan lebih dengan nad dulu. Baru tahu A to Z. Haha. Jom join segmen ni berjemaah. Tak rugi tau. Boleh berkenalan dengan ramai orang. Hikhik.

Puding Cream Crackers



Assalamualaikum w.b.t.

Nad nak share 1 resepi yang simple je. Nad dapat resepi ni dari group Resepi Ringkas kat fb. Nad baru je join group ni. Tetiba terdetik kat hati nak join. Rasa seronok pula kalau dapat memasak ni. Maybe sebab cuti sem hari tu nad dah start belajar masak balik (jangan dicontohi perangai ni). Lama-lama jadi syok pula. Rasa tak sabar pula nak balik rumah. Mama, kakak nak balik. Nak tunggang terbalikkan dapur mama lagi. Nak dengar mama membebel bila kakak memasak. Haha. Dah la masa nad tengah search resepi tu, waktu tengah malam. Memang mengundang rasa lapar betul. Ishh... In shaa Allah. Lepas ni nad nak belajar try resepi yang simple je dulu. Saya budak baru belajar. Maaf, tak pro macam anda semua. Hikhik. Mana la tahu nanti bakal mak mertua tersangkut pula. Boleh kahwin awal ni (gatal aihh). Muahaha ;P

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Mangsa tag :



Segmen : Pencarian Bloglist Disember By Syahirah Valiant



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, Ira lancarkan segmen yang ketiga yang pernah Ira anjurkan.. bloglist Ira tu da lama sangat tak bertukar. so, Ira nak cari blogger yang bertuah untuk diletakkan dalam bloglist Ira tu.. syarat pun terlampau simple.. :)

Syarat-syarat :

1. Follow blog Ira *wajib*
2. Klik SINI *sampai habis loading ye*
3. Like Fanpage & Join Group *optional*
4. Buat entri yang bertajuk : "Segmen : Pencarian Bloglist Disember By Syahirah Valiant"
5. Tempekkan banner dalam entri korang k.
    - Dalam entri tu, korang nyatakan korang nak group mana : Vintage, Lomo, Polaroid
6. Hantar entri korang dekat comment box je ye.
7. Pemenang akan dipilih melalui random.org
8. Seramai 10 orang pemenang setiap kumpulan.

3 Disember 2014 - 14 Disember 2014

>> Senarai Peserta <<

*Nad nak masuk group vintage. Macam comel je. Haha*

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu


 

Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

 segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..hingga hari RABU 31/12/2014 jam 10.00 malam

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha



Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.


Tuesday, December 2, 2014

Stay by Miley Cyrus





Well, it's good to hear your voice
I hope you're doing fine
And if you ever wonder,
I'm lonely here at night
I'm lost here in this moment and time keeps slipping by
And if I could have just one wish
I'd have you by my side

Oh, oh I miss you
Oh, oh I need you

And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay

Well, I try to live without you
The tears fall from my eyes
I'm alone and I feel empty
God, I'm torn apart inside

I look up at the stars
Hoping you're doing the same
And somehow I feel closer and I can hear you say

Oh, oh I miss you
Oh, oh I need you

I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
Always stay

I never wanna lose you
And if I had to I would choose you
So stay, please always stay
You're the one that I hold onto
'Cause my heart would stop without you

I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
I'll always stay

And I love you more than I did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask I will stay, I will stay
I will stay


Terima Kasih Review Blog Ini




Assalamualaikum w.b.t.

Entry ni dah lama nak buat dah. Cuma tak ada masa yang sesuai nak menaip je. Mood pula asyik tak menentu je. Sometimes tu buka blog tapi tak ada feeling pun nak menaip. Just nak blogwalking je. Teruk betul tahap mood nad ni. Kronik ! Hari tu ada join segmen dari adik Wani kita ni. Baru-baru ni baru dapat ganjarannya. Ganjarannya ialah treng teng teng... Ganjarannya ialah dia akan review blog setiap peserta. Dulu bukan main nad tunggu bila agaknya giliran nad. Lama-lama tu dah terlupa dah. Maklum la. Nad kan dah kembali jadi student semula. Hihi.

Nad tak kisah sangat Wani ni review blog nad lambat sangat. Tu hak dia kan. Nad pun faham. Setiap manusia ada komitmen masing-masing. Ada perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Bila terbaca entry Wani review blog nad ni, tiba-tiba rasa terharu. Siapa la yang tak terharu kan. Rasanya ni la first blog nad kena review. Orang lain dah banyak kali kena review tapi nad baru sekali. Nasib la. Bukan blogger famous amos. So, agak bermakna sikit buat nad. Wuwuwu. Dah konsep warna tema hijau ni tak pernah terfikir oleh nad. Ye la. Kalau dulu tema warnanya merah. Kalau boleh nak juga kekalkan warna tu. Tapi apakan daya. Tak boleh setelah melakukan beberapa kajian (ecehh). Dia suka header nad. Wahh... Haha. Nad rasa header tu biasa je. Rasa buruk pun ada. Kekadang menyampah pula tengok. Tak tahu kenapa. Nad dah la kreatif mana. Coding pun terkial-kial. Apa la agaknya bakat yang nad ada, ye ? Entah la. Still searching. Tut tutt.

Giveaway Akhir Tahun




Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Syarat penyertaan :
1. Follow blog aku, samada melalui GFC atau Google+. Kedua-dua lebih baik.
2. Follow Instagram aku : NdraJamal dan IG shop aku : whatever.ville
3. Buat entri bertajuk "Giveaway Akhir Tahun" 
4. Letak gambar giveaway (gambar handsock dengan tulisan Giveaway) dan linkkan ke entri ini.
5. Tinggalkan link blog penyertaan kat bahagian komen.

Aku akan pilih secara cabutan. Nanti aku akan keluarkan list nama beserta nombor. Cabutan adalah ikut nombor tersebut. Hanya SEORANG sahaja akan dipilih.
Hadiahnya :
Handsock + 2015 Diari + Topup Celcom/Maxis/Digi bernilai RM10

Giveaway tamat 13 Disember 2014. (kalau kurang 5 orang yang join, mungkin akan dilanjutkan)

Monday, December 1, 2014

Good Night




Assalamualaikum w.b.t.

Welcome, december. 1 month to go before 2015. Lailah saidah. Ahlam ladeeda. Ilal liqa'

Weird Of Me


Assalamualaikum w.b.t.

Ekceli dah lama entry ni duk terperuk dalam draft je. Boleh buat jeruk ni. Dah la tak taip apa-apa. Just tepek gambar je masa entry ni duk dalam draft. Mencari-cari mood (yang payah nak muncul) untuk menaip. Teruk betul kan nad ni. Haha.

Nad nak share some attitude nad yang tak behave dan weird ni. Nad lebih suka share pasal kekurangan nad berbanding kelebihan. Nanti tak ada la timbul riak. Hihi. Semua orang mesti ada weird habit kan ? Nad of course la ada. Ada orang tak boleh tidur tanpa bantal busuk masamnya. Ada orang tak boleh pakai baju yang berkedut walau sebesar kuman pun. Ada orang yang tak boleh tinggalkan katilnya dalam keadaan cadar yang tak tegang dan berkedut (pernah jumpa orang macam ni). Well... kita ni kan manusia biasa je. So, tak terlepas la daripada melakukan perkara-perkara yang mungkin tak masuk akal pada pandangan orang lain.

First of all, nad memang anti sangat sangat dengan warna pink. Sejak bila pun tak ingat. Yang nad tahu, dulu nad pernah ada kawan yang tak suka warna pink juga. Sejak tu nad pun tak suka warna pink. Lagi-lagi dulu nad ni boyish orangnya. Kasar tu tak payah cakap la. Kalau bercakap tu tak pernah nak cakap dengan suara yang slow dan lemah lembut. Brutal je memanjang. Bagi nad, warna pink tu tak sesuai dengan diri dan jiwa nad. Memang menyimpang betul. Dah la diri ni tak feminin mana. Bila mahu berubah sepenuhnya pun tak tahu. Maybe lepas kahwin nanti kot (puihh).


Next, sometime nad ni suka menghidu bau sesuatu makanan. Nad akan buat macam tu sebelum nad makan. Rasanya nad hanya macam ni bila dapat makanan favourite yang dah lama tak makan dan dapat makanan yang dah lama diidamkan (macam preggy mum pula). Amik feel dan semangat dulu sebelum makan. Kalau orang lain nak pandang pelik, lantak je la. Maybe perbuatan tu agak pelik dan over bagi orang lain. Tapi bagi nad perbuatan tu unexpected. Tak boleh nak dicontrol. Automatik.


Then, nad sometime suka menghidu bau kertas especially bila kertas tu lepas print or fotostat dan bau buku baru. Perghh... Rasa macam best je dapat bau kertas tu. Macam satu nikmat yang tak boleh dilepaskan. Kalau masuk kedai buku tu, bukan main excited lagi nad ni. Ye la. Dapat bau buku baru. Kalau orang nak pandang semacam je, nanti tak memasal dapat pandangan mata helang dari nad. Tengah syok syok nak kacau line pula. Haha.



Yang ni, agak menyusahkan orang lain sikit. Sebab nad tak makan apa-apa jenis mee kecuali mee goreng basah je. Bagi la kat nad mee kari ke, mee bandung ke, semuanya nad akan tolak. Kalau makan pun cuma nak jaga hati orang lain je. Tak berselera sangat macam makan nasi. Family dah sedia maklum dengan perangai nad ni. Nasib baik mama tak marah. Dia faham yang anak dia ni tekaknya memang tak boleh masuk dengan mee ni. Kalau balik kampung, laksa pun nad tak sentuh. Dah la laksa tu memang famous kat sana. Dijual merata-rata. Tekak nad tak boleh ngam dengan mee ni sebab mee kan tebal. Penuh dengan tepung. Nanti cepat muak. Haha.



Lastly, nad ni seorang unpredictable. Macam mana tu ? Kekadang nad akan senyap je. Kekadang terlebih dos mengalahkan burung murai. Kekadang emo dan sensitif semacam. Entah la. Makin lama makin susah nad nak control emosi ni. Tak tahu kenapa. Kekadang tu nad akan jadi panas baran semacam. Maybe sebab nad ni suka memendam kot. Tak suka share sangat apa yang nad rasa especially AFFNY je. Bukannya pilih kasih cuma tak nak menyusahkan orang lain je. Nad rasa tak semua orang betul betul faham apa yang kita rasa. Sebab tu payah sikit nak share cerita. Maaf la, ye. Nad memang macam ni. Hati dah rabak pun still tak nak share sangat.


p/s: Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kan tak sempurna. So, janganlah asyik nak cari kesalahan orang lain dan anggap diri tu perfect sangat

Sunday, November 30, 2014

Tamatlah Sudah 1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger



Assalamualaikum w.b.t.

Maka dengan ini secara  rasminya, tamatlah sudah segmen yang nad buat ni. Alhamdulillah. Ada juga orang yang join even tak ramai mana pun. Tu pun dah bersyukur sangat sangat. Tak la rasa macam syok sendiri. Hihi. Kepada sesiapa yang join segmen nad tu, terima kasih banyak banyak nad ucapkan. Rasa terharu la pula. Wiwiwi. Tak sangka yang korang ni sporting juga ehh. Nad dapat berkenalan dengan korang. Boleh tambahkan follower. Hihi. Terima kasih juga sebab sudi menatap blog nad yang buruk ni. Nad sedar yang blog ni tak la lawa dan comel mana pun. Biasa je. Maafkan nad kalau ada yang terkurang sepanjang nad handle segmen ni. Maklum la, for the first time kan. Lepas ni sudi sudikan lah jenguk blog nad yang entah apa-apa ni. Kalau ada rezeki, nad akan buat segmen lagi. In shaa Allah. Siap ada ganjaran lagi. Segmen hari tu tak ada ganjaran pun. Kesian korang kan. Maaf la. Nad ni further study pun pinjam duit PTPTN. So faham faham je la. Masa tu pula tengah cuti sem. Duit tak masuk, beb. Haha.

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea


STICKY POST !!!



Assalamualaikum w.b.t.

Selama ni asyik tengok orang lain buat segmen je. Nad nak juga ! Ok. Kali ni nad nak buat segmen buat kali pertama untuk memudahkan nad untuk blogwalking. Sambil sambil tu boleh la berkenalan antara satu sama lain. Harap segmen ni ada orang join la, ye. Nervous dehh... First time kot. Hihi.

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Follow blog nad yang kerdil ni, follow Google + dan like fanpage. Wajib ! Kalau nak follow acc media sosial nad pun boleh. Terpulang kepada korang.
  2. Buat entry yang bertajuk "1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea".
  3. Copy banner kat atas dan back linkkan ke entry segmen ni.
  4. Dalam entry anda, nyatakan 10 fakta mengenai anda. Nak lebih pun tak apa.
  5. Publish dan letakkan link entry anda di ruangan komen entry segmen ni.
Tarikh tutup : 20 November 2014

Dilanjutkan sehingga 30 November 2014




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg