Credit to HERE
Assalamualaikum w.b.t.
Holla, guys ! Result UPU dah keluar kan ? So dah decide nak further study kat mana ? Bagi sesiapa yang berjaya dapat UPU tu, congratulation. Yang tak dapat tu, jangan la bersedih. Rezeki ada dimana-mana sahaja. Lain orang, lain rezekinya. Yang penting, always cari peluang untuk belajar. Belajar kat mana-mana pun boleh. Usaha tu yang paling utama sekali. Janganlah asyik bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tu menyeksa diri namanya. Sebab tak ada self confident. Chill, babes.
Memandangkan nad pernah buat entry pasal universiti yang terchenta (UniMAP), so this time nad nak cerita pasal course yang nad ambil sekarang iaitu Diploma Computer Engineering. Maybe ada yang di luar sana yang dapat course CE ni tapi masih blur blur lagi pasal course nad ni. Tak apa. Meh nad share sikit setakat mana yang nad mampu. At least korang semua akan dapat pencerahan sikit. Hihi.
Intro
Course CE ni agak penting la juga memandangkan environment sekarang yang semakin berkembang pesat. Demand terhadap pakar-pakar IT dan teknologi ni semakin diperlukan. Pergi la kat mana-mana sekalipun, pasti akan menggunakan teknologi dalam urusan seharian. Sebagai contoh, penggunaan komputer. Computer Engineering ni sebenarnya 1 program di bawah School of Computer & Communication Engineering (gabungan Computer dan Communication Engineering). Computer Engineering ni actually gabungan antara Computer Science dengan Electrical & Electronic. No wonder la why nad ada ambil subjek yang berkaitan elektrik elektronik sikit. Just basic je. Course ni juga merangkumi hardware dan software. Hardware tu contohnya macam penggunaan litar elektrik, digital system dan sebagainya. Software tu macam penggunaan coding untuk design website or database, penggunaan aplikasi software dan sebagainya. Empat cabang penting yang menjadi asas dalam kejuruteraan komputer ialah sistem terbenam (embedded system), pemprosesan isyarat digital (digital signal processing), sistem komputer dan sistem logik. Rasanya kalau kat universiti lain sama je basic CE ni tapi subjek tu maybe berbeza sikit dari apa yang nad ambil.
Course code
R2404
Syarat kemasukan
Subjek yang diambil
Course code
R2404
Syarat kemasukan
Subjek yang diambil
Subjek teras CE ni yang ada code DKT means diploma komputer teras. Yang lain tu semuanya subjek wajib universiti. Gred untuk lulus bagi subjek teras dengan subjek wajib universiti pun lain kalau kat uni nad ni. Kokurikulum (unit uniform) pun wajib disertai. Sebab ko-k ni termasuk dalam pointer juga.
Siapakah yang patut apply course ni
Sesiapa sahaja yang mengambil aliran science tak kira la pure science, sains agama ataupun sains teknikal. Sebab basic Physics tu penting. Macam masa sem 1, nad kena ambil Engineering Physics dengan Add Math. Bidang engineering ni memang takkan dapat lari daripada Physics atau Add Math. Sebab tu la orang kata engineering ni quite tough and killer sikit. Sesiapa yang berminat dengan coding atau programming, circuit calculation, networking, hardware mahupun software digalakkan apply course ni.
Lecturer
Lecturer pula tak la ramai sangat kalau nak dibandingkan dengan degree. Cukup la dengan bilangan student diploma. Cara pengajaran lecturer pun lain-lain. Depends on lecturer la. Tapi yang pastinya kesemua lecturer nad baik-baik belaka dan senang nak berunding. Diorang pun selalunya akan bantu student bagi lulus paper subjek diorang. Diorang pun sanggup korbankan masa semata-mata student je. Kalau ada apa-apa masalah, boleh je refer kepada diorang terus. Sama ada contact lecturer atau pergi ke pejabat diorang di main campus memandangkan class berhampiran kolej kediaman je (kolej cawangan).
Coursework & final exam
Coursework kat uni nad dalam nisbah 1:1. Means coursework 50% dan final exam 50%. Kira seimbang la tu. Coursework tu merangkumi test, quiz, assignment dan lab report. Test pula terbahagi kepada theory test dan lab test. Test pula depends kepada lecturer la nak buat berapa kali. Tapi kebanyakan lecturer akan buat test 2 kali (before / after mid sem dan before final exam). Assignment pula sama ada assignment bertulis, mini project ataupun presentation. Kalau coursework yang dapat tu rendah sangat, kena la struggle habis habisan kat final exam. Normal la tu.
Facilities
MKP, MKQ & MKY - Lab student diploma
Memandangkan lab yang ada kat Jalan Sarawak tu dah berpindah ke main campus (Pauh Putra), so semua lab ada kat Pauh. Tu pun tumpang bangunan school lain kat Pauh memandangkan school nad tak ada bangunan sendiri (tak bina bangunan sendiri lagi). Yang terdekat cuma ada kat Kampung Wai yang merupakan kolej kediaman degree (seberang kolej kediaman diploma). Tu pun tak sure la next sem lab kat Kampung Wai still digunakan atau tak. Peralatan kat lab semuanya serba-serbi lengkap dan canggih. Ada yang tak pernah jumpa pun ada. No wonder la kekadang tu jadi excited dan jakun sikit. Haha. Class pula dekat dengan kolej kediaman je. Keluar je pintu pagar kolej, dah nampak class. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun.
Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan komputer semakin meluas memandangkan banyak syarikat pada masa kini mengaplikasikan konsep digital dalam peranti elektronik mereka. Cuba lihat syarikat mana je yang tak pakai teknologi dan komputer. Selain menjadi engineer, seseorang yang ambil course ni boleh mempunyai kerjaya seperti technician, lecturer, website designer, pakar IT, pakar network, pereka software dan sebagainya. Course ni juga boleh membuatkan kita jadi ahli perniagaan dengan membuka perniagaan design software, website, repair computer dan sebagainya.
Sebelum apply UPU 2 tahun lepas, nad ingat CE ni macam course multimedia tu. Alaa... design something guna software seperti photoshop. Bila dah masuk uni, baru tersedar yang nad tersilap pilih course. Sadis betul. Wuwuwu. Tu la. Tak nak buat research dulu sebelum apply. Tak apa. Redha je la. Just follow the flow. Nasib baik ada la juga subjek yang nad suka. Kalau tak, memang payah sikit nak bawa. Hihi.
Nak tahu pasal UniMAP, klik SINI