Thursday, November 6, 2014

Cabaran November #4 - 11 Buah Filem Yang Digemari



Klik banner untuk join


Assalamualaikum w.b.t.


  1. Titanic
  2. Captain America The Winter Soldier
  3. Pitch Perfect
  4. A Little Thing Call Love
  5. Thor
  6. Tuxedo
  7. Pee Mak Phrakanong
  8. She's The Man
  9. Karate Kid
  10. Home Alone
  11. Shrek
Payah juga nak cari filem yang nad suka. Sebab kebanyakannya nad tak berapa nak ingat. Banyak tengok drama je. Kalau filem Melayu pula memang tak muncul dalam kepala otak ni. Haha.

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar




Assalamualaikum w.b.t.

Info ni nad dapat dari group ws. Twin nad yang sharekan kat dalam group tu. So, apa salahnya kalau nad nak share kat blog ni kan ? Dapat juga pahala. Sebagai peringatan kepada diri nad juga.


  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
  2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
  3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
  4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.
  5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut dilihat Allah S.W.T.
  6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
  7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di  atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
  9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dan perutnya kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
  11. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka     kepada orang tua.
  12. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.



"Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala"

Selfie




Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Haa... nak citer something ni. Pasal selfie. Dah ramai yang tahu pasal selfie. Even budak-budak tadika pun dah pandai ambil phone dan tangkap gambar selfie. See ? Fenomena ni dah merata kat seluruh dunia. Lambakan handphone smartphone di pasaran lagi menggalakkan budaya selfie ni. Kalau tanya semua orang, mesti mereka nak memiliki handphone yang boleh selfie kan ?Kalau tanya nad, nad pun nak juga. Macam dah menjadi suatu kemestian pula.

Kalau nak selfie tu memanglah boleh. Tapi berpada-padalah. Janganlah over sangat. Pilihlah tempat dan suasana yang sesuai nak berselfie. Janganlah sampai kau tengah memerut kat toilet pun, kau nak selfie juga. Tu dah jadi parah tu. Well... orang berselfie sebab nak post gambar tu kat insta, fb, twitter dan sebagainya. Boleh jadi profile picture kat laman sosial kan. Haha. Dalam banyak banyak jenis selfie, korang dalam jenis yang mana eh ? Kalau nak tahu, jom tengok video kat bawah ni. Nad terjumpa video ni masa tengah merayap kat fb tadi. Kelakar la juga. Haha.




*Kalau untuk diri nad, rasanya yang jenis selfie last sekali kot. Haha*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg