Assalamualaikum w.b.t.
Wuhoo !!! I've been tagged again. Ingatkan dah boleh aman daripada LA ni. Rupa-rupanya fenomena still ada. Hukhuk. Tak apa la. Disebabkan nad tengah baik dan mood pun ok (padahal emosi tak stabil sangat sebab cuti dah nak habis), so nad pun tunaikan je la permintaan tuan empunya badan yang tag nad ni. Terima kasih kepada kak
Fyna kerana tag nad. Terharu wuu. Saksikan lah jawapan nad yang merepek lagi meraban ni. Muahaha.
1. Perkara yang mesti dilakukan setiap kali ada masa lapang ?
Online (of course), makan, tidur, baca novel, karaoke sendiri, kacau orang, tengok tv (kat rumah je).
2. Selalu melancong ? Kat mana paling best ?
Entah la. Tapi setahun mesti ada sekali pergi melancong even dekat je. Kalau kat Malaysia paling best kat Sarawak. Kalau kat luar, Thailand la (padahal pernah pergi Thailand je pun).
3. One word describe diri sendiri.
Unpredictable maybe.
4. Siapa idola awak ?
5. Dalam setahun... hari yang paling dinanti-nantikan ialah........ ? Sebab ?
Of course birthday diri sendiri. Sebab masa tu akan rasa dihargai. Abah confirm akan nyanyikan lagu Happy Birthday. Sampaikan naik malu jadinya. Hehe.
6. Blogger yang teringin sangat nak jumpa ?
Of course la kak
Dena Bahrin. Teringin sangat nak jumpa kak
Dena yang cute tu. Boleh jumpa Saif sekali. Saif pun cute juga. Haha.
7. Pernah join gathering blogger ?
Tak pernah. Sebab tak aktif langsung kat group blogger. Silent member gitu.
8. Kenapa jadi blogger ?
Dulu sebab ikut trend. Kawan ada blog, kita pun sibuk nak ada blog juga. Sekarang ni just nak membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan dunia luar (hentam saje la).
9. Barang paling mahal pernah dibeli untuk diri sendiri ?
Samsung galaxy tab 2 10.1. Teringin sangat nak beli dulu sampai tak peduli apa dah.
10. Apa yang sedang awak fikirkan sekarang ?
Fikir tentang masa depan. Apa menu masakan malam ni. Haha.
11. Pandangan tentang blog orang yang tag awak ?
Such a nice and simple blog. Tak berat. Cepat je loading. Suka tema warnanya biru. Asyik jumpa blog warna pink je (anti pink. harap maklum). Owner blog pun peramah. Hihi.
Alhamdulillah. Done juga menjawab kesemua soalan ni. Jawapannya tak la susah sangat nak fikir. Cuma malas sikit nak menaip. Haha. Sorry, malas nak tag orang dan sediakan soalan. Otak dah tepu nak tag siapa dan buat soalan apa (dah berani derhaka pada rules. haha). Asif jiddan. Ilal liqa'