Sunday, September 29, 2019

Blogger Challenge #15



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Happy Monday. Hopefully tak Monday Blues la ye hehe. So, entry kali ni nad tentang Blogger Challenge yang ke 15 which is the last one, "Five things you hope to have in your future". Quite senang la sebab umur macam nad ni memang dah start fikir pasal future haa.

1. Financially stable 

Benda ni paling penting kot. Tak ada la nak sengkek je. Bukannya kena jadi jutawan ke apa. Tapi cukuplah sekadar ada duit simpanan sikit. Cukup makan pakai. Boleh belanja mama abah tiap bulan. Rezeki pula selalu datang. Yes, duit bukan segalanya. Tapi duit tu la merupakan salah satu kebahagiaan kan?

2. My own camera

Benda ni dah lama pasang niat. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi, tak tertunai lagi. Entah la. Kena slow slow dulu kot. Senang sikit kalau dah ada camera sendiri. Tak la duk tak puas hati kalau kualiti gambar dari phone tak begitu memuaskan. Tak dapat DSLR pun tak apa, mirrorless pun okay je. Camera yang kecil comel comel pun tak apa. Asalkan hasilnya okay. Tu dah memadai bagi nad.

3. Travelling 

Since dah ada passport, so why not la kalau pi bercuti kat luar negara. At least once a year. Pi negara yang dekat dekat macam Indonesia dulu pun tak apa. Asalkan boleh lihat sendiri macam mana kehidupan kat negara lain haa. Kalau buat style backpackers pun cun juga. Boleh jimat sikit. 

4. My own car

Sebelum ada kereta, kena la buat driving license dulu. Bila entah nak buat. Plannya next year baru nak register kat driving class. Hopefully jadi la ye. By hook or by crook, kena juga. Sampai bila nak bergantung kat abah je (walaupun abah tak pernah merungut pun, but I know that dia mesti penat hantar nad ke hulu ke hilir). Tak nak susahkan abah nanti. Kesian abah. Tapi kan, nad rasa macam nanti nak beli kereta yang boleh jimat minyak. Dengan ekonomi yang macam ni, better beli kereta yang biasa biasa je. For me la kan. Lain orang, lain pandangannya.

5. Getting engaged and married 

For now, nad tak plan untuk ke arah situ lagi. Sebab rasa masih muda lagi dan I'm not ready yet. For me, bab ni no need to rush la. Enjoy your life dulu. Peduli la apa orang kata. Nanti dah kahwin, kena ikut cakap suami kan. Tak boleh nak enjoy sangat. Tapi kalau dah sampai seru tu, nad tak menolak juga. Better slow slow dulu sambil perbaiki diri sikit sikit.

Finally, habis juga Blogger Challenge. Take time juga nak habiskan. Orang lain dah habis lama dah, tapi nad baru nak habiskan. Better late than never kan? Hihi :) 

Saturday, September 28, 2019

6 Kali Hadir Interview, Baru Dapat Kerja!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Actually, this entry dah lama terperam dalam draft. Macam la tak biasa kan. Dia ni suka peram entry lama-lama. Busy meh. Balik kerja mesti barai nak mampuih. Ingatkan dah kerja ni, tak ada la eyebag. Rupanya ada juga. Sebab apa entah. Idk.

So, kali ni nad nak share my experiences pi interview. Saje je buat kenangan. Ada orang pi interview sekali, terus dapat kerja. Ada orang yang pi interview berkali-kali, baru dapat kerja. Rezeki masing-masing kan. Yang penting, put your trust kepada Allah. Never give up, okay? Nad pula pernah pi interview sebanyak 6 kali je (termasuk interview kat  current company). Alhamdulillah la. Dapat juga kerja walaupun sekejap je. It's okay la kan hihi. 

1. Tessolve Semiconductor Sdn Bhd
    Location : Penang
    Date : 22 April 2019

This is my first interview. Dia punya ketaq tu tak boleh bawa bincang. Nad tak expect pun yang nad akan dipanggil untuk interview session. Sehari sebelum hari kejadian, nad attend talk dari company ni sempena NICE (Northern Industrial Career Exhibition) kat uni nad. Saje je isi nama nak hadir. Lepas habis talk tu, tetiba kena jawab test. Sumpah tak prepare langsung sebab tak tahu kan. Nad pun jawab la test tu. Ada soalan objektif dengan subjektif. Yang mana nad tak tahu tu, nad main bantai je. Asalkan tak tinggal kosong.

Then, malam tu ada Annual Dinner untuk school (read: fakulti) nad. List student yang berjaya dapat attend interview session tu keluar malam tu juga. Bayangkanlah, dinner tu habis pukul berapa. Balik kolej dah tengah malam. Tu pun kitorang yang paling awal balik sebab nak kejar pintu kolej. Dengan penatnya, memang tak dan la nak study bagai.

Esoknya, dah la ada talk sebelum interview session tu. Memang dah redha habis la. Habis je talk, nad terus pi kat tempat interview tu. Nasib baik nad punya turn pukul 10.30 am, tak la clash dengan talk. Masa tunggu turn, sempat la study sikit sikit. Masuk je ruang interview tu, agak terkejut la juga sebab interviewer tu tanya based on jawapan nad untuk test semalam. Memang sir tu tunjuk paper nad tu dan berapa markah nad. Adehhh. Apa yang salah kat paper, nad boleh jawab. Apa yang betul kat paper, nad jawab salah pula. Kelakar rasanya.

Inilah akibatnya kalau tak buat preparation. Interviewer nad tu rasa foreigner dari India. Dia punya speaking waduh payah sikit nak faham. Dah macam orang pekak pula sebab tak dengar dengan jelas apa yang dia cuba sampaikan.

*Gambar takdak sebab tak dan nak snap*

2. Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd
    Location : Rawang
   Position : Assistant Supervisor and Customer Assistant
    Date : 26 June 2019

Nad apply for this position through MauKerja apps je. Malas nak walk-in. Tak lama lepas tu, terus dapat notification untuk datang interview. Boleh pilih tarikh yang diberikan untuk interview. Nad pilih 26 June sebab nak prepare segala bagai. Masa tu baru nak cari fail, photostat apa yang patut. Print resume bagai.

Tibalah hari kejadian, nad pun datang la awal sikit. Interview start pukul 2, nad datang sebelum pukul 2. Sampai je sana, tanya la staff kat sana. Dia inform yang supervisor diorang ada kerja sikit. Sebab stok baru sampai. Nad pun tunggu la kat Watson tu sambil tengok tengok barang. Kot kot boleh shopping nanti.

Then, nad pun masuk kat 1 bilik kecil kat belakang sana haa. Interviewer nad tu lelaki. Tak apa, dah biasa dah. Dia suruh nad introduce myself. Nad pun tanya la kat encik tu, nak in BM or BI. Dia tak cakap tak kisah. Apa lagi, nad pun introduce in BI. Masa ni, nad tak hafal ayat pun sebab I know what I have to say. Encik tu pun interview based on resume nad. Borak borak sikit pasal job scope.

Sebelum habis interview, encik tu cakap yang dia akan forward resume nad kat HQ sebab HQ yang akan decide sama ada nak hire nad or not. Okay, got it. Btw this position memerlukan nad untuk willing to travel to another branch if tak ada staff kat situ. Dari situ nad dah rasa yang nad takkan dapat position ni. Sebab apa? Sebab nad tak ada driving license. Nad pun tak berharap tinggi sangat sebab if tak ada rezeki kat sini, maybe ada rezeki kat tempat lain kan.



3. Empyre Integrated Sdn Bhd
    Location : Menara MBMR
    Position : Roadshow and Event Ambassador
    Date : 2 July 2019

Idk la macam mana boleh apply position ni. Ni mesti masa time nad tengah pulun cari kerja. Then apply la banyak banyak. Related dengan course atau tak, tolak tepi dah. Janji dapat kerja. Tup tup dapat panggilan interview pula. Unexpected betul. Maybe sebab depa tengok dalam resume nad ada tertulis part organize event masa intern kat Pusat Sains Negara dulu kot. Masa nad buat research pasal company ni, nad jumpa IG je. Website takdak. Something fishy di sini.

Masa hari kejadian tu, nad gerak awal la juga ke sana. Naik KTM, MRT and then LRT. Fuhh penat nak mampuih. Sebab apa? Sebab nad tersilap pi naik LRT then turun kat stesen Abdullah Hukum tu. Dari situ nak ke Mid Valley tu quite jauh la sebab jalan kaki kan. Dengan heelsnya. Ingatkan dari Mid Valley nak ke company tu, dekat la kan. Expect dekat kononnya.

Nad pula pi la lepak sat kat Mid Valley tu. Hilangkan penat sikit gitu. Bila dah gerak sambil buka Google maps tu, jauh la juga. Kena menyeberangi jalan besar macam highway tu. Sumpah cuak. Tanya la polis bantuan kat pintu keluar tu. Nak tak nak, kena naik grab juga. Redha je la. Asalkan sampai. Nasib baik ada duit tau.

Dah sampai tower tu, I was rasa pelik sebab tak ada pun tulis nama company kat board sebelum naik lif tu. Ada je nama company tapi nama lain la. Tak sama macam dalam email. Curious gila. Nad pun naik je la lif then sampai la kat office company tu. Masuk masuk je ada staff yang duk kat situ. Inform la receptionist bagai. Kena la isi borang dulu kan. Seems like ramai gila means majoriti yang datang tu Chinese. Ye la kan, dah biasa dah pun. Nad dah terfikir dah yang nad maybe tak accepted for this position memandangkan berlambak Chinese yang datang untuk interview. So competition agak sengit gitu. Depa mesti la pandai pandai belaka.

Tunggu punya tunggu, sampai la turn nad. Actually interviewer nad tu orang yang sama yang send email kat nad sebelum ni. Kiranya dia macam berjawatan tinggi la kat situ. Muda lagi orangnya. Muda lagi dari nad. Macam mana tahu? Sebab nad ada terstalk IG dia hari tu. Dia pun start la interview nad. Tanya benda basic je. Tell me about myself. Pasal education apa semua.

Then dia tanya la yang related to apa yang nad tulis dalam borang kat luar tadi. More to macam kena describe yourself. Dia tanya "Why do you describe yourself as an ambitious person?". Time tulis tu, nad main hentam je. Sebab banyak gila kena bagitau pasal yourself kat borang tu. Nad pun jawab la soalan dia tu. Logik ke tak, lantak pi la.

Dia pun explain la kenapa kat board depan tak ada nama company tu. Dia cakap company tu kecik je, so dia guna nama yang lain. Something like that la sebab tak berapa ingat sangat. Dia tak bagitau pasal gaji apa semua. Yang nad tau, kalau passed interview ni, next session akan dibawa melawat tengok environment tempat kerja bagai. Nad tak amik kisah sangat part tu sebab yang paling penting, nad nak cepat cepat balik sebab dah penat sangat hahaha.



4. Tempgirl Sdn Bhd
     Location : Pasar Seni
     Position : Clerk / admin
     Date : 13 August 2019

5. Prospect Consulting Malaysia Sdn Bhd
    Location : Menara UOA, Bangsar
    Position : Vendor Acquisition
    Date : 13 August 2019

These interviews happened on the same day. Tak pernah pernah lagi macam ni. Penat ke tak penat? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat previous entry DI SINI. Hehehe. Lepas interview dengan company sekarang which is yang ke-6, baru la nad berjaya tamatkan zaman menganggur tu walaupun sat je pun. Dah penat rasa kecewa sebab application asyik kena rejected je. Pening kepala fikir nak apply position apa lagi.

Any tips from me? Tak ada la tips sangat. Be confident. Prepare well. Make sure attire tu bagi kemas kemas. Pakai la smart smart sikit hehe. Well to all job hunters, good luck la ye. Cepat ke lambat ke, tak apa. No need to rush. Rezeki tu pasti datang juga kan :)

Website for job hunting




Saturday, September 21, 2019

Done Upload New Video



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Apa khabar semuanya? Nad kat sini sihat walafiat je hehe. This entry maybe just a short one. Ye la tu hahaha. Nad just nak inform yang nad baru je upload video kat channel youtube. Finally, setelah sekian lama. Tak ada idea untuk video content punya pasal. Sebab tu biar tergantung sepi je. Actually, record video tu sat je. Tapi part editing tu, lama kemain. Kalau tak ada idea nak edit macam mana, lagi la lama. Boleh stuck beberapa hari. Nad pun tengah kekeringan idea untuk next video. Tak tahu nak buat pasal apa as nad nak fokus kat video for photo editing je. Kalau korang ada idea or suggestion, boleh la share ye. Tataplah thumbnail video nad yang kat atas tu. Hasil tangan orang yang tak berseni. Kalau nak tengok video tu, boleh klik DI SINI

Wednesday, September 18, 2019

Wordless Wednesday : Idioms


Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 September 2019, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga hari esok, 11.30 pagi 19 September 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2019.

** jom support Mia Liana....


Friday, September 13, 2019

Blogger Challenge #14


Image result for blogger challenge

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rindunya nak membebel kat sini hahaha. Biasa la kan. From time to time makin busy. Tak dan nak jenguk blog selalu. Time management pun kelaut hihi.

Orang lain dah lama habiskan Blogger Challenge, tapi nad tak habis lagi. Apa la nak jadi dengan budak ni! Maapkan saya. "Do you love your job?". So jawapannya ialah I have to. By hook or by crook. Kena suka juga dengan job sekarang ni. Sebab nanti rasa macam tak ikhlas pula bekerja. Bekerja semata-mata nak duit yang dapat hujung bulan je. Kalau tak suka dengan kerja sekarang, nanti tak ada semangat nak teruskan. Lemau je.

Yes, I know sekarang ni susah gila nak cari kerja. I've been through that phase. Nak apply kerja tu dah macam mengemis je. Ehhh. So bila dah dapat kerja tu, kena la rasa bersyukur banyak banyak. Sebab ramai lagi yang di luar sana masih jobless. Walaupun just temporary position, it's okay la. Boleh gain experiences. Real working environment tu yang penting. Zaman la ni orang duk pulun struggle untuk survive dalam hidup. Ye la kan, ekonomi quite tak menentu. Last but not least, I love my job right now. Walaupun tak related langsung dengan course. Enjoy la working life sementara ada masa kan :)

Monday, September 2, 2019

Wow! FREE Instagram Highlight Cover


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Syoknya sebab still bercuti lagi kan hehe. Biasa la. Siapa je yang tak suka cuti ni 😂

Instagram highlight? Apa benda tu? Naaa mesti ada yang tak tahu kan. Macam ni haa. Instagram highlight tu a collection of instagram story kita. Then kita groupkan dia supaya followers kita boleh view nanti. Ye la kan. Instagtam story kan hanya boleh view selama 24 jam. Lepas tu terus lesap menghilang. So kalau nak view lagi instagram story tu, kena la make it as highlight 😁

Contoh set instagram highlight cover

Geram tahu tak tengok instagram highlight orang lain kemas dan lawa lawa je! Seriously nad dulu pun macam tu juga. Geram gila. Nak juga buat macam tu!!! Jangan risau. Boleh je buat macam tu. Free pula tu. FREE?!! Biar betul? Betul la, free. Siapa je yang tak suka benda free kan hihi 🤭

Nak intagram highlight yang lawa lawa for FREE senang je caranya. Setakat ni nad baru discover 2 cara which is guna Pinterest dan apps kat Playstore. Apps tu free je. Mudah nak guna.

Contoh instagram highlight yang nad punya


Pinterest 

Pinterest ni kiranya macam wajib ada la. Sebab macam-macam boleh dapat dari situ. Nak tutorial edit gambar, ada je berlambak. Nak cari idea untuk deko or dress up, ada juga. Kiranya macam semuanya ada dalam Pinterest haa. Tinggal nak rajin mencari atau tak je 😆



Apps ni nad guna untuk customize sendiri instagram highlight cover. Macam yang kat instagram nad tu. Boleh pilih icon, background, frame etc. Tinggal nak adjust sikit sikit je. Memang senang gila guna apps ni sebab boleh customize ikut citarasa dan kreativiti kita sendiri hehe. 

Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana cara nak dapatkan instagram highlight cover melalui Pinterest dan apps ni, boleh la refer video di sini haa FREE Instagram Highlight Cover. Nad baru je upload video tu a few days ago kat channel youtube nad. Sementara tengah ada mood rajin, so upload la video kat youtube. Semoga bermanfaat la ye :)

*Kalau ada request, boleh la nad buat entry pasal collection of instagram highlight story cover ni hihi*

Sunday, September 1, 2019

Texas Honey Butter Biscuit Membuatkan Tidur Tak Lena!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama tak menyemak kat sini. Busy sikit. Lately ni nad struggle sikit belajar pasal video editing. Dah ada youtube channel kan. So selalu la juga lepak jengah youtube tu hehe 😂

Amboiii nad. Tajuk entry kali ni kemain lagi eh hihi. Tapi memang betul pun. Lately ni nad addicted sikit dengan Honey Butter biscuit dari Texas. Sampaikan sebelum tidur tu boleh terbayang bayang lagi. Ada la satu hari tu. Nad craving sangat nak makan biscuit tu. Sebelum tidur duk asyik terbayang. Tak boleh jadi ni. Nak tak nak kena beli esok juga. Lantak la diet tu haha. 

Memandangkan Texas Chicken tu kat depan bangunan office nad je, so senang la sikit nak beli. Pagi pagi sebelum masuk office, nad singgah la kejap kat Texas. Semata-mata nak beli biscuit tu. Craving punya pasal. Nasib baik la Texas ada kat sini. Sebab kat rumah nad tak ada Texas. Kena merantau sikit kalau nak beli.

Packaging dia. Nad take away je sebab nak makan kat work station

Comel kan biscuit ni

Bahagian isi biscuit ni

First time nad makan biscuit ni waktu intern diploma dulu. Ye la kan. Dulu nad intern kat company yang dekat dengan office sekarang. Selang beberapa bangunan je. Banyak la juga kedai yang nad selalu pergi time intern dulu dah tak ada. Nasib baik Texas masih ada. Nama je biscuit tapi isi dia lembut macam roti. Sedap pun sedap. Especially bila makan panas panas. 

Nad selalu je breakfast dengan biscuit ni. Sebab sedap gila. Kenyang la juga. Harganya RM 2 seketul. Tak mahal pun. Nad selalu beli 2 ketul untuk nad makan seorang. Kalau beli 3 ketul, dapat harga RM 5.65. Beli banyak lagi murah. Tapi nad makan 2 ketul pun dah cukup hihi. Kalau kat fast food outlet macam KFC, mcd dan Texas macam ni, nad lebih suka beli side dish macam biscuit ni haa. I don't know why. Dah macam habit 🤭

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg