Tuesday, February 26, 2019

Review : Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Image result for foundation makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Hello semuanya! Sihat ke tak tu? Hopefully semua orang sihat la ye. Sekarang ni kan panas semacam. So kena la banyakkan minum ayaq ye. Kalau tak, dehydration nanti 😷 Sekarang ni pun nad dalam proses nak meng'follow' blog yang nad pernah follow dulu. Tak tahu kenapa. Padahal ada certain yang nad dah follow a few years ago. Patut la reading list macam berkurang je.

Siapa kat sini pernah pakai foundation? Angkat tangan! Nad sure mostly pernah pakai dan tahu apa tu foundation (not asasi eh cepuk karang). Foundation ni macam liptick la juga. Mesti wajib ada dalam makeup list. Tak kisah la murah ke mahal. Foundation ada dalam pelbagai jenis seperti stick, liquid, cream, mousse etc. Nad prefer pakai yang jenis liquid or cream punya sebab senang nak tepek tepek kat muka. 

Nad nak share review sikit pasal Catrice HD Liquid Coverage Foundation yang nad beli semalam. Amboi kau. Baru beli semalam, dah pakai hari ni dah. Maklum la, excited semacam. Plan asalnya pakai foundation ni sebab sepatutnya nad ada class dari pagi sampai petang. Tak salah la nak melawa sikit (sebab tiap hari pi class pakai sunscreen dengan bedak je). Tup tup lab petang tadi cancel. Haihh. Penat je tepek foundation haa 😂


Rupa depan foundation 

Salah satu sebab kenapa nad excited nak try foundation sebab packaging dia dalam bentuk botol yang comel. So senang la sikit kalau nak bawa keluar jalan jalan. Boleh letak dalam handbag. 


Rupa belakang foundation (apa benda yang tertulis entah)


Foundation ni ada sekali dengan droplet. So senang la nak apply kat muka. Cara pakainya, just titikkan je sikit sikit kat muka dan dab dab blend sampai rata.







Hasil setelah apply foundation tanpa bedak


Hasil apabila apply foundation dengan compact powder


Hasil setelah beberapa jam berlalu (this picture was taken around at 1pm)

Best gila pakai Catrice foundation ni. Macam tak pakai apa-apa kat muka. Rasa ringan je. Maybe sebab texture dia yang agak light la juga. Nad pakai code 010 light beige (yang paling cerah sekali). Housemate kata nampak putih sikit. Ye la kan, main  rembat je sebab tester tak rupa macam tester. Tapi tak apa la. Boleh pakai compact powder nak bagi nampak tak terlalu putih sangat. Foundation ni ada dalam 4 shades yang berlainan. Tak sebanyak macam Maybelline Fit Me. Boleh la jadi pengganti Fit Me juga since coverage dia pun lebih kurang je. Tak bercapuk pun. Satu je yang nad tak berapa suka sangat dengan foundation ni. Dia macam susah sikit nak remove. Padahal nad dah pakai aloe vera masa nak remove tu. Maybe nak remove tu kena pakai makeup remover or micellar water.

Name : Catrice HD Liquid Coverage Foundation
Price : RM 39.52
Texture : Liquid
Coverage : Medium to full coverage (concealer might needed)
Recommended : Yes. Maybe akan repurchase next time

Monday, February 25, 2019

Guardian Beauty Days Sale

Image result for makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Finally, the last Monday on February. Macam mana korang hari ni? Mesti ada yang Monday Blues kan. Especially yang tengah bekerja tu haa. Tak apa la. At least gaji dah masuk or bakal masuk. Hehe. Tak tahu kenapa hari ni terasa malas sangat nak pi class. Padahal ada 1 class je pun. Ish ish ish. Tapi nak tak nak, kena pi la juga kan.

Semalam tidur agak lewat la juga. Tak tahu kenapa. Lately ni payah sangat nak lelapkan mata. Awat entah. Then semalam saje je la scroll twitter (mostly tahu apa benda alah tu kan). Then terjumpa gambar macam kat bawah ni.


Image result for guardian beauty days february 2019

Guardian buat sales lagi weh! 😱 Padahal baru je buat sales hari tu kan. Biasa la tu. Nak compete dengan Watson la tu. Haha. So, lepas habis class tadi nad pun pi la terjah Guardian tu. Ye la. Dah lama tak shopping barang makeup. Hari tu punya sales dengan year end sale pun tak dan nak pi terjah. Poket tengah kering kot. Sadis gila. Kalau pi Watson or Guardian, nad mesti akan pi kat bahagian Maybelline. Walaupun niat pada awalnya nak cuci mata. Entah apa la nafsu shopping ni. Terbeli la juga lipstick sebatang. Ter okay. Ye la tu. Padahal dah berlambah lipstick kat dalam locker. Sampaikan tak muat bekas makeup tu. Aigoo. Idk why prefer beli lipstick daripada benda lain. Macam "lipstick is my life" gitu. Dah boleh buat collection dah. Haha. Let's check it out apa yang sempat grab kat Guardian tadi.


Biore UV Perfect Protect Milk

Normal price : RM 15++ (tak ingat berapa)
Promo price : RM 15.30

Ni dah botol ke berapa nad pakai sunscreen ni (since diploma lagi). Benda ni sangat penting kot since Perlis ni panaih baq hang. Kalau tak pakai, habis la balik bercuti dengan muka gelap. Memang recommended kalau nak beli sunscreen dengan harga yang murah 😂



Maybelline Creamy Mattes in code Touch of Spice

Normal price : RM 26.32
Promo price : RM 13.16

Lipstick ni nad beli pun sebab warna dia lebih kurang macam pinkish nude gitu. Jenuh belek belek dan tenung tadi. Before this, nad dah pernah beli code Clay Crush dengan Nude Nuance. Nude lover mesti rasa excited bila beli lipstick jenis ni. sebab banyak warna adik-beradik nude. Rambang mata memilihnya.


Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Normal price : RM 39.52
Promo price : RM 19.76

Sempat lagi nad search review kat google sebelum beli foundation ni tadi. Ye la, nak kena tengok shade yang mana sesuai dengan skintone. Ramai yang kata foundation ni best la juga macam Maybelline Fit Me. Saje je beli sebab nak try dan compare dengan Maybelline Fit Me. Fit Me yang ada sekarang ni pun macam nak habis je. Kena la berjimat-cermat sikit if nak guna. Main pakai ambil je shade ni sebab tester pun tak rupa macam tester (kering kontang). Harap harap la sesuai dengan warna kulit nad ni. Excited juga la bila dapat beli dengan harga promosi walaupun harga asal lagi murah daripada harga Fit Me tu.

Tu je la yang nad beli kat Guardian tadi. Tu pun rasa macam duit dah terbang melayang. Lagi satu yang nad beli ialah sabun mandi. Seksa kot tak ada sabun mandi. Malu la asyik rembat orang punya je 😅 Korang boleh la serbu Guardian dan rembat je apa yang korang nak beli. Sales ni 24-28 Februari je tau. Dah beli tu, boleh la share story nanti 😊

Geram gila lipstick Silkygirl Powder Matte yang Iman Abdul Rahim pernah review tu takdak tadi. Warna yang ada pula tak berkenan di hati.

Sunday, February 24, 2019

Random Giveaway by Mieza S


Random Giveaway by Mieza S

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, gais! Meh la join giveaway ni beramai-ramai. Mana la tahu ada rezeki nak menang. Kalau nak join, boleh tekan banner kat atas ye :)

Background Baru


Image result for happy animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Makin lama makin senang ada mood nak menaip kat sini. Harapnya kekal la ye (entah la labu). Cuba teka, apa yang berubah kat blog ni. Look carefully. Haa background blog dah berubah. Background yang lama tu dah berzaman guna kot. since 2014 kalau tak silap. Lama la juga kan. Hehe.

Sengaja je tukar angin. Tetiba je terasa nak tukar background baru. So, why not la kan. Semalam ada la check reading list one by one. Rupa-rupanya ramai juga blogger yang tak aktif lagi. Last entry mostly 2-3 years ago. Nad pun masa tu tengah menghilang. Huhu. Rindunya zaman blog dulu-dulu. Especially masa tahun 2013-2014. Lebih kurang zaman kegemilangan gitu. La ni macam krik krik sikit je.  Anything nak komen ke cadangan ke boleh la nyatakan di ruangan komen kat bawah ni ye :)

Saturday, February 23, 2019

Happy Birthday, Kak Aishah


Image result for birthday animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Masih teringat lagi waktu first time kita bertemu. Kalau tak silap pada Mei 2016 kot. Tu pun jumpa waktu kerja part time lepas habis diploma dulu. First day masuk kerja, akak ni la yang tegur nad dulu. Dia yang ajar macam mana kerja as promoter. Baru first day kerja, dia cover nad makan kat dalam fitting room. Hahaha. Lapaq sangat. Bayangkan la. Masuk kerja pukul 4 petang sampai 10 malam. Mana la tak lapar.

Then selepas a few months, tup tup duk kat kaunter tingkat atas. Kaunter tu dah la sebelah je dengan kaunter kak Aishah. Memang seronok la jadinya. Bila tak ada customer, ada je benda nak borak. Seriously masa tu first time nad boleh rapat dengan orang yang lebih tua dari nad (since nad anak sulung). Kat sekolah dulu pun tak macam tu. Dah la suka langgar peraturan kat tempat kerja tu dengan dia ni. Sesuka hati je keluar rehat sama-sama. Curi-curi duduk time customer tak ada. Lenguh oii.

For the first time tahun 2016 tu nad puasa sambil bekerja. Sebelum ni tak pernah pun kerja time bulan puasa. So memang kak Aishah la orang yang nad heret sekali pi bazaar Ramadhan. Jalan kaki okay. Redah hujan sama-sama. Dia juga kawan yang first pernah tidur kat rumah nad. Sometimes tu, ayah nad tumpangkan dia hantar balik rumah.

Eventhough sekarang ni dah jarang hangout dan jumpa (since dia dah kerja kat tempat lain), tapi kitorang still keep in touch lagi. Tapi tak sekerap macam dulu la. Sayang gila kot nak putuskan hubungan macam tu je setelah dah kenal luar dalam dan lalui macam-macam bersama. Btw, happy birthday akak. May Allah bless you. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Moga yang baik baik je berlaku dalam hidup akak. Nad dah anggap akak macam kakak nad sendiri. Be happy always :)






Giveaway Cash Blogger Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


Thursday, February 21, 2019

Quotes 5



Location : Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Pauh Putra, UniMAP, Perlis

Quotes : "Not everything that you lost is a loss"

Tuesday, February 19, 2019

After A Long Hiatus

Related image

Assalamualaikum w.b.t.


Holla, gais! What's up? Dah lama agaknya tak menulis kat sini. Last post pun November 2016. Masa awal awal masuk degree. Sekarang ni dah nak habis dah. Cepat je masa berlalu. Hehe. So apa khabar semua? (terlupa pula nak tanya). Hopefully korang semua dalam keadaan yang baik baik je la ye :) Sepanjang almost setahun lebih menghilang ni, nad ada je haa kat twitter, instagram etc. Tapi tu la kan. Sampaikan boleh terlupa yang ada blog sendiri. Sebab tu la dah lama tak membebel kat sini. Bila dah buka blog, mood nak menulis tu tak sampai la pula. Ish ish ish

Macam macam yang berlaku sepanjang setahun lebih ni. Nad dah berjaya habiskan latihan industri tahun lepas. Banyak experience yang nad dapat. Penat pun ada. Biasa la kan. Currently, nad dah last semester untuk degree ni. Tinggal a few months je lagi nak habis degree. Tak sabaqnya oii nak habis (padahal fyp tak siap lagi). Makin nak habis, makin tough jadinya. Nak tak nak, hadap je la. Sem ni nad ambil 2 subjek je. Tu pun sebab 1 subjek tu tak lepas nak transfer kredit. Huhu. Tak apa la. Hidup sebagai student kena harus berkorban kan.

Okay la. Rasanya cukup setakat ni je bebelan nad kali ni (mesti ada yang rasa annoyed kan? baik mengaku cepat!). Petang ni ada lab pula. Nasib baik lab basic je tu. Hahaha 

p/s : Doakan nad dapat graduate on time dan dipermudahkan segala urusan ye. Moga yang baik baik je berlaku dalam hidup kita semua. Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg