Sunday, April 28, 2019

Happy Birthday To Me


Image result for happy birthday unicorn animated gif

Assalamualaikum w.b.t

Holla, guys! Nad muncul lagi hehe. Btw, hari ni genap umur 24 tahun. Huhuhu. Pejam celik pejam celik dah 24 dah. Next year dah 25 weh. Rasa macam tak percaya pula. Tiada apa yang special dan menarik terjadi hari ni. Macam hari yang biasa je. Makan, tidur, main PUBG, siapkan preparation untuk viva GDP (group design project) esok. Doakan nad dapat present dengan baik untuk viva esok ye :') Cuak la pula. Thank you to those yang bagi wish kat nad hari ni. I'm really appreciate it. Majority mesti selitkan supaya nad cepat cepat kahwin. Lek lek dulu. Degree pun tak habis lagi haa.

To someone there, thank you for everything. Sorry sebab terlalu emotional malam tadi. Siapa suruh cari pasal hahaha. Dah la tengah homesick ni. Bila nak balik rumah entah. Nad sikit pun tak nak duit awak langsung. No need to spoil me with expensive things. Abah dan mama mampu sediakan. Lastly, doakan nad dapat grad on time (takut juga kalau ada subjek yang sangkut sem ni) dan cepat dapat kerja ye. Actually, tak tahu nak apply kerja kat company mana. Moga yang baik baik aja berlaku dalam hidup kita. Amin ;)


SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys! Saje je nak join segmen ni memandangkan dah berkurun lamanya tak join segmen hihi :)


Syarat-syarat penyertaan:
1. Follow blog The Wonderful Jannah (bagi yang belum follow) dan Instagram @thewonderfuljannah (bagi yang ada Instagram).

2. Tulis satu entri bertajuk "SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019".

3. Sila nyatakan sebab saya perlu singgah ke blog anda dalam entri tersebut. Kalau boleh, promote blog anda habis-habisan dalam entri tersebut😂.

4. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan back link kan ke entri ini.

5. Tinggalkan link entri yang anda tulis di ruangan komen.


Ganjaran:

Blogwalking termasuk komen di entri blog (sekurang-kurangnya satu entri) - Semua peserta

Review blog - 3 blog yang bertuah.

Sebab awak perlu singgah ke blog nad ni kan ehhh apa sebabnya? (loading). Sebabnya at least maybe awak dapat gain something (tak banyak, sedikit pun jadi la). Boleh tambahkan kenalan sesama blogger.

So apa lagi, join la ye guys. Masih ada masa lagi tu haa. Better late than never cewahh.

Wednesday, April 24, 2019

Penginapan di Kota Kinabalu

Image result for hotel animated gif

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak. Boleh bayangkan betapa besarnya Sabah ni. Terlalu banyak tempat interesting yang boleh dilawati di negeri di bawah bayu ini. Tambahan pula, negeri ini masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya. Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat. Dan jangan lupa kalau dah ke sana sudah semestinya korang kena book best Kota Kinabalu hotels. Ataupun kalau ikut suggestion nad, korang try le meridien Kota Kinabalu Hotel booking so that dekat dengan semua tempat yang korang nak pergi nanti.


Image result for jesselton point waterfront

Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air. Sambil-sambil korang bersantai-santai dan makan di tepi laut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa (fuhh boleh fefeeling sikit), korang juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik diwaktu senja di sini.

Image result for Perkampungan Budaya Mari-Mari

Image result for Perkampungan Budaya Mari-Mari

Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib korang singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, korang akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun. Pelbagai aktiviti yang boleh korang lakukan di sini. Salah satu acara kemuncak yang dipertunjukkan kepada korang adalah permainan Trampolin atau Lansaran (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut.

Image result for rumah terbalik tamparuli sabah


Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Haa mesti ada yang pelik dan berkerut dahi kan? Rumah terbalik? Macam mana rupanya rumah terbalik tu? Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia. Dahsyat tak dahsyat. Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.


Image result for cowboy town tuaran

Cowboy Town Tuaran terletak lebih kurang 40km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu tempat interesting yang mesti korang kunjungi apabila berada di Kota Kinabalu, Sabah. Korang disajikan dengan suasana pekan cowboy di sini. Selain itu, landskap di sini juga sangat cantik untuk korang abadikan dalam gambar sebagai kenangan. Selain itu, jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar tempat interesting ini.


Image result for Kota Kinabalu Wetland Centre

Image result for Kota Kinabalu Wetland Centre

Kota Kinabalu Wetland Centre dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat ini merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang 1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung dan juga binatang kecil. Terdapat hampir 80 spesis burung di sekitar kawasan paya bakau ini. Selain itu, di sini juga terdapat menara pemerhati untuk melihat kawasan sekitar hutan bakau ini. Korang juga boleh ke bird-hide utuk meneropong dan melihat aksi burung-burung yang rare. Antara burung yang boleh didapati adalah Purple Heron dan beberapa spesies Egrets.

Related image

Image result for pasar malam kota kinabalu

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Sabah adalah makanan lautnya yang segar dan murah. Untuk menikmati kesegaran ketam dan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, korang boleh ke Pasar Malam KK. Bukan sahaja makanan, tetapi korang juga boleh shopping cenderahati di sini. Antara pasar malam yang popular di sekitar KK adalah Pasar Malam Sinsuran, Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.

Image result for Menara Jam Atkinson

Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905 sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria. Menara setinggi 50 kaki ini sangat penting padazaman itu. Ini kerana, kedudukannya di atas bukit, menjadikan ia sebagai panduan untuk kapal berlabuh. Namun kini, teknologi semakin canggih, bangunan tinggi juga sudah banyak di Kota Kinabalu, jadi menara ini sekadar menjadi menara jam dan tumpuan pelancong kerana kisah sejarahnya.

Wednesday, April 17, 2019

Trip To Hatyai, Thailand


Image result for travel animated gif
Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama tak membebel kat sini. Rindunyaaa! Entry ni pun duk terperam kat draft almost 3 minggu. Tak ada mood nak menaip weh. Hihihi.

Nad just nak share sedikit pengalaman pergi Hatyai (2D1N) waktu cuti sekolah hari tu. Ni dah masuk kali kedua nad pi Thailand. First time dulu waktu join program universiti dulu time amik diploma. Dah berkurun lama dah pun. Nad gerak dari kolej je memandangkan tak balik bercuti mid sem hari tu. Bersiap awal la juga. Sebelum pukul 6 dah bersiap. 

Lepas je solat subuh, terus order grab tapi kan tak dapat dapat. Dah banyak kali try kot. Rasa macam nak menangis je masa tu (tipu je. hehe). End up terpaksa tebalkan muka minta tolong roommate hantar sampai stesen ktm Arau. Kesian dia kena hantar nad. Tak dan pun nak naik train. Sampai sana first train dah pergi dah. Nak tak nak kena cari alternatif lain. So, nad decide naik grab je dari situ ke ktm Padang Besar. Nak kejar masa punya pasal. Masa tu, tak terkira berapa kali abah call. Duk tanya dah gerak ke belum. Sumpah kelam kabut.

Nasib baik dapat juga grab ke ktm Padang Besar. Dalam RM30++ la juga. Pejam mata je la. Nasib boleh claim kat abah hahaha. Sampai je kat ktm tu, kena isi borang apa entah. Sebab nanti kena serahkan borang tu dengan passport kat imigresen. Dari ktm Padang Besar tu kan, nad just naik van je sampai la ada satu tempat tu kat Thailand. Kiranya kat situ ramai orang naik turun van. Van pula bayar RM 7. Kalau van yang direct dari Malaysia sampai ke hotel kat Hatyai, kena bayar RM20 seorang. Tapi abah prefer amik yang tak direct. Total baru RM14 seorang. Just kena transit dan tunggu van kat Thailand tu cukup penumpang la. Dari imigresen tu nak ke tempat transit van tu sat je. Dari tempat transit tu nak sampai ke bandar Hatyai tu dalam masa 1 jam la juga.

Then, bila sampai kat depan hotel tu kan nad dah rasa excited sangat. Sebab dah rasa barai gila. Dengan tak cukup tidurnya. Dengan rushing nak ke sini. Btw, nad stay kat hotel Grand Pink (4 star). Hotel ni betul betul kat tengah bandar. Dekat dengan 7eleven dan Watson. Tapi yang tak bestnya kan, receptionist hotel punya la lawa tapi speaking ke laut. Jenuh juga nak communicate.

View dari pintu depan hotel. Lawa kan. Yang spoilnya, ada pula cermin kat siling atas katil tu

Toilet view. Nice gila ada bath tub. Boleh fefeeling gitu hihi

Nad dapat la juga berehat kat hotel almost 1 jam. Penat kan. Lepas tu pi merayap keluar cari makanan sebab tak breakfast. Terjumpa la satu restoran ni (tak ingat namanya apa). Restoran tu ada jual masakan Melayu la. Kitorang just order nasi goreng je. Take away nak makan kat hotel. Lepas dah habis makan tu, baru sedar yang mahal la juga nasi goreng tu. 4 bungkus nasi goreng kalau convert ke duit Malaysia mahunya RM70++. Dah lapar sangat, tak berapa sedap pun telan je la. Buat alas perut. Tak lama lepas makan tu, bersiap siap la mandi bagai sebab nak keluar. Keluar pun pi jalan jalan around town je. Jalan kaki je weh. Lantak la panas terik ke apa. Btw, kat tepi jalan tu berlambak jual barang. Macam-macam barang la. Makanan pun ada.


Kabel berselirat tu memang identiti diorang kot. Tapi internet kat sana lagi better than Malaysia. Memang salute gila la.


Banana milk ni nad sempat grab kat 7eleven diorang. Murah je. Sebotol tu 12.50 baht (RM1.63). Tu yang sampai borong tu sebab susah nak dapat



Lunch kat Restoran Kelantan. Ada masakan melayu. Tapi biasa la kan quite pricey la juga

Bergambar sebelum naik tuk tuk. Jumpa uncle driver tuk tuk masa lunch kat restoran tadi

So, naik la tuk tuk lepas habis lunch. Naik tuk tuk pun sebab nak pi Samila beach. Jauh la juga perjalanan nak ke sana. Ambil masa dalam sejam dari bandar Hatyai. Dengan panas teriknya, perghh memang tadah muka free free dalam tuk tuk tu. Sunscreen pun tak sempat nak touch up. Best juga dapat tengok permandangan sekeliling. Yang nad perasan sepanjang perjalanan ke Samila beach tu, banyak kot universiti dan budak sekolah kat tepi jalan. Eh lupa pula. Malaysia je yang tengah cuti sekolah. Diorang punya universiti majoriti ada specific course. Contohnya, technology university. Specific untuk yang berminat nak belajar teknologi.

Mermaid statue. Dekat Samila beach juga. Tapi nak snap gambar tu ya ampun. Macam kena ambil nombor giliran. Ramai gila orang nak bergambar

Benda paling wajib try bila sampai sini. Coconut ice cream. Tak sure berapa baht (maybe tak sampai RM 3). Sampai je kat tempat abah, terus abah pi beli aiskrim ni

Acah acah model sikit (perasan je lebih) :p


Selebet dah tudung sebab angin bertiup kuat sangat masa tu

Lepas dah round round, snap gambar dan beli souvenir kat Samila beach tu, kitorang pun naik tuk tuk tu balik dan bergerak ke Asian Night Market. Nad yang suggest nak pi sana memandangkan nad ada la buat research sikit sikit dan floating market tak buka hari tu. Sampai je sana, apa lagi merayap la. Cuci mata sambil cari barang nak shopping. Kat sana banyak jual pakaian, kasut dengan souvenir. Makanan pula ada kat tingkat 1. Nad tak pi tingkat atas memandangkan dah barai sangat. Rasa nak tercabut kaki haa. Sempat la juga grab sepasang sport shoes. Alaa yang murah murah je. Dalam 150 baht (RM 19.51). Boleh la buat pi jogging.

Wuu dating ke tu hahaha

View depan Asean Night Market. Punya la banyak kedai kat situ

Lepas dah habis shopping tu kan, pi la gerak ke bandar Hatyai balik. Then melilau la cari tempat nak dinner. Time ni nad tak dinner rasanya. Sebab rasa penat sangat. Bila kat sini, memang tak lalu nak makan sangat. Nak minum air je memanjang sebab panas dia tak boleh bawa bincang. Penat tu tak payah cerita la. Balik je hotel, terus tidur lepas mandi. Nampak sangat penat tu.

Keesokan harinya, nad bangun lewat sikit je. Sikit je okay. Sebab abah dah pi keluar cari breakfast dulu. Then lepas mandi, terus kemas barang sebab tengahari nanti nak check out. Sementara tunggu mama kemas barang lepas keluar breakfast berjemaah, nad dengan yaya pi la merayap kat luar hotel. Niat di hati nak beli baju. Btw kat hotel tu ada macam pasar pagi gitu. So nad pun tengok tengok je la. Nasib sempat grab sehelai blouse warna putih. Style macam dolly blouse gitu. Harga blouse tu pula 200 baht je (RM 26). Siapa je yang tak nak grab kan? Dah la comel siap ada bunga kecik kecik pula. 

Lepas check je out, kena tunggu van nak ke imigresen kat bawah hotel. Tak sure berapa baht sebab nad tak keluarkan duit langsung untuk trip ni. Bila dah melepasi imigresen, naik la macam jambatan sampai ke ktm Padang Besar. Quite jauh la juga. Tapi nasib baik ada jambatan berbumbung tu. Kiranya macam short cut gitu. 

Kat depan imigresen Malaysia

Tips :

  • Kalau boleh la kan, tukar la duit Baht siap siap kat Malaysia. Senang sikit nanti
  • Sim card nad beli siap siap kat Changlun. Sim card tu ada unlimited internet untuk seminggu. Berbaloi la bayar RM14 untuk sim card tu
  • Kat imigresen, kononnya tulis "No tips please". Padahal kena selitkan duit tips kat passport. Driver van kena inform siap siap. Kalau tak, driver yang kena nanti
  • Better plan awal awal schedule. Means plan la first day nak pi mana, second day nak pi mana and so on
  • Kat sana panas gila. Lebih kurang macam kat Perlis. So be prepared la ye. Stand by sunscreen/sunblock dan topi siap siap. Nad yang pakai sunscreen pun muka boleh jadi burn.
  • Dah pi sana why not la kan try kopi Arabus yang famous tu. Ada macam-macam jenis for example latte, mocha, etc. Boleh dapatkan kat 7eleven dalam 39.00 baht (RM 5.08)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg