Saturday, December 20, 2014

Survey Tiket Flight



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Korang semua sihat tak ? Kalau tak sihat tu, jangan la degil tak nak makan ubat. Namo namo. Alhamdulillah, nad sihat je (ada ke orang tanya kau, nad). Haihh. As usual dah nak masuk 4 minggu sem 4 dah bermula. Dah nak hampir sebulan. So far so good la. Class ada hari yang pack, ada hari yang free. Assignment tak menimbun lagi (ye ke ni). Major assignment dalam group. So senang la sikit kerja tu. Haha.

Next week pula boleh balik rumah. Turun kat KL. Wuhoo... Mula-mula tu memang plan tak nak balik. Nak jimat duit kononnya. Tiket je dah berapa harganya. Tapi last week lecturer announce yang class cancel pada hari Jumaat lepas Krismas tu. Kedua-dua subjek pula tu memandangkan nad hanya ada 2 class pada sebelah pagi hari Jumaat. Bila lecturer announce tu, terus whatsapp mama inform nak balik nanti. Whatsapp masa lecturer tengah mengajar pula tu. Tak menyempat betul. Jangan ditiru perangai tak senonoh nad ni. Then mama cakap ok je. Lagi yang membuatkan nad excited nak balik adalah pada minggu tu ada Vendeur Festival Boxing Day 3.0 kat Matrade, Jalan Duta. Dah la event KL Year End Sale anjuran Mood Republik yang diadakan pada minggu ni kat PWTC nad tak dapat join. Sumpah rasa macam nak menangis je sebab tak dapat pergi. Dah lama teringin nak pergi event macam ni. Nasib baik ada Vendeur Festival ni. Dapat la merasa nanti. In shaa Allah.



Tiba-tiba je tangan ni duk menggedik-gedik nak search tiket flight. Selalunya abah yang buat kerja macam ni (boleh ganti abah ni). Survey la tiket flight mana la tahu tengah promo kan. Merasa la juga balik Perlis naik flight even kena depart kat Penang airport (Perlis tak ada airport, ok). Kalau nak turun kat Alor Setar macam tak syok la pula. Demand la minah ni. Haha. Cari punya cari jumpa la flight Firefly tengah offer. Not bad la. Tapi abah mesti berat nak bagi naik. Sebab kata abah Firefly tu sempit. Tak selesa. Padahal anak dia ni tak kisah sangat. Asal boleh redah je. Tak puas hati lagi. Search pula kat Air Asia. Kebetulan Air Asia tengah buat promo juga. Padahal survey sehari sebelum tu, harga  tiket bukan main tinggi melambung lagi.



Dengan penuh rasa excitednya, nad cepat cepat call abah. Nampak tak betapa gelojohnya nad. Kisah pula nad. Haha. Nasib baik abah kata ok je. Ingatkan abah tak bagi. Ye la. Nad kan dilayan macam anak emas padahal bukan pun. Maybe ni la nasib anak sulung perempuan. Abah kata nanti abah pergi airport bookingkan. Abah memang tak reti booking or buat urusan online ni. Nad pula tak reti booking tiket flight online. Memang noob jadinya. In shaa Allah. Balik cuti sem nanti nad akan naik flight balik ke sini. First experience naik flight tanpa parent. Nad saje je nak try naik flight tanpa parent. Nak belajar jadi independent sikit. Nanti apa-apa hal senang. Boleh survive sendiri. Merasa la juga naik flight even tak dapat further study kat oversea. Nad memang suka belajar buat sesuatu perkara seorang diri. Macam hari tu, pernah balik ke rumah dari hentian Duta seorang diri tanpa dijemput oleh abah. Baru rasa bangga dan hargai diri sendiri sebab seolah macam diri ni dah dewasa dan ada kemajuan sikit.


p/s: Kalau ada sesiapa plan pergi vacation, elok sangat la tu. Tiket flight tengah promo sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg