Sunday, November 16, 2014

Meng'ghaib'kan Diri



Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang tertera di atas, nad akan menghilangkan diri buat sementara waktu. Means nad tak akan menulis entry, blogwalking, reply komen, join segmen dan GA. Why ? Ada la sebabnya. Nad pun manusia biasa juga. Perlukan rehat juga. Maaf. Nad perlu menghilangkan diri juga by hook or by crook. Selama mana ? Tak pasti. Mungkin sekejap je. Mungkin lama. Mungkin selama-lamanya nad tak akan berblogging lagi (andai nad dijemput menemui Allah). Harap tak ada la orang yang nak rindu nad. Nad ni siapa je kan sampai nak rindu rindu bagai ni. Ye, sedar diri ni. Tapi selama tempoh nad tak ada ni, korang boleh teruskan BW di blog nad yang kerdil dan usang ni. Dipersilakan. Nak komen pun boleh. Tapi nad tak boleh reply komen tu sepanjang tempoh nad menghilangkan diri. Nak jemput join segmen or GA lagi la dialu-alukan. Anyway, korang semua masih dijemput untuk join 1st segmen yang nad buat hari tu. Tak ramai yang join. Tak apa la. Maybe setakat tu je yang termampu. Nak buat macam mana kan. Lain kali boleh buat lagi. In shaa Allah. Ilal liqa'. Tolong doakan untuk nad, ye. Jazakumullahu khair kasiran. Fi hifzillah :')

*Auto-publish entry*

Cabaran November #2 [#6] - Gambar Header Blog Anda




Assalamualaikum w.b.t.


Seperti yang korang nampak kat atas ni, ni la blog nad. Ekceli nad tak ada header blog hasil tangan nad sendiri. Ni pun header yang disediakan blogskin. Yeah. I know. Nad tak la sekreatif korang semua. Nak buat header sendiri pun tak pass lagi. Huhu. Tak apa. Tu boleh belajar kan. Chaiyokk !


Cabaran November #2 [#5] - Gambar Gajet Kesayangan Anda



Assalamualaikum w.b.t.

Samsung Galaxy Tab 2 10.1

Ini lah gajet yang nad sayang sangat sangat hingga hujung nyawa (over tu). Nad sayang sangat tab ni sebab tab ni nad pakai duit sendiri tau. Tak guna sesen pun duit abah. Punya la payah dulu nak pujuk abah supaya beli tab ni guna duit nad sendiri. Bila dah dapat izin abah, rasa macam nak buat lompat bintang je. Hihi. Bukannya tak nak minta abah belikan. Cuma abah ni payah sikit nak suruh belikan gajet ni. Bukannay abah kedekut. Tak. Tak sama sekali. Abah kenakan syarat kalau kitorang nad dapat gajet tu. Contohnya kena dapat result macam tu la. Macam ni la. Biasa la. Masa dulu kan tab tengah popular. Baru keluar dari oven panas. Tu yang tak menyempat tu nak beli. Sampaikan sanggup guna duit sendiri. Tak apa la. Janji hati sendiri puas. Haha.

*Title gajet kesayangan ni akan dilucutkan dari tab ni if one day nad dapat DSLR. Bukannya lupa diri cuma dah lama mengidam nak ada DSLR. Moga-moga dapat la juga merasa nak pakai DSLR nanti. In shaa Allah*

Cabaran November #2 [#4] - Gambar Penyanyi Kesayangan



Assalamualaikum w.b.t.


Susah juga nak pilih kesayangan ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu. So, nad decide untuk pilih Hafiz Hamidun je la. Boleh jadi ikon agama ni. Hehe. Sebenarnya nad kenal Hafiz Hmidun ni masa zaman sekolah menengah dulu. Dia lah satu-satunya penyanyi lagu agama yang nad kenal lebih sikit. Kalau tanya pasal penyanyi nasyid dan kumpulan nasyid yang ada sekarang ni, maaf la. Nad akan jawab nad kenal Raihan dengan Rabbani je. Nampak sangat old fashion. Hihi. Tak update sangat pasal nasyid ni. Tak tahu kenapa. Dah 5 tahun duduk sekolah macam tu yang menyejukkan mata tu, tapi tetap juga tak terbuka hati nak jatuh cinta dengan nasyid. Sorry to say la. Tapi Hafiz Hamidun ni lain sikit. Nad suka dengan Zikir Terapi dia. Mashaa Allah. Suara dia sedap. Tajwid pun ok. Bila dia alunkan zikir tu, rasa tenang je hati ni. Allahu rabbi

Cabaran November #2 [#3] - Gambar Pemimpin Yang Dikagumi




Assalamualaikum w.b.t.


Tun Dr Mahathir Mohamad

Inilah dia pemimpin yang nad tabik spring dan salute sangat sangat. Tun M. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa pada pandangan nad. Menjadi perdana menteri dalam tempoh yang agak lama juga. Beliau jugamembuat pelbagai transformasi  untuk memajukan dan membangunkan negara kita ni. Contohnya, mendirikan jambatan Pulau Pinang, membangunkan Putrajaya, mewujudkan kereta jenama Malaysia sendiri (Proton) dll. Beliau juga berpendapat bahawa kita mesti melihat pandangan ke timur. Jangan asyik nak pandang ke Barat dan mengagungkan Barat je. Negara Timur pun tak kurang hebatnya juga.

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah


Assalamualaikum w.b.t.


GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.
Kod HTML :



Good Luck!


SEGMEN BLOGWALKING by Sakura




Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH



Klik banner untuk join

syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

 segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..hingga hujung bulan ni  30/11/2014 jam 10.00 malam

Segmen : Blog Review By Parihh


blog review, segmen blog review, segmen blog review by parihh, blog review by parihh

Klik banner untuk join

Bukti :








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg