Sunday, September 27, 2015

Header Bertukar Lagi

Tumblr


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gaiss. Dah lama nad menghilangkan diri. Busy teramat sangat. Final exam pula semakin dekat. Tu yang tak dan nak update kat sini.Finally, bertukar juga header blog ni. Ni semua berkat menang hadiah dari contest blogwalking hari tu. Boleh refer entry INI dan INI.


Sebelum


Selepas

Lawa kot header hadiah dari Aisyhah ni. Simple but nice for me. Rasa macam terharu sangat sangat. Fall in love dengan header sendiri. Tak salah pun kan. Haha. Thanks so much, dik. Kalau tunggu nad yang design sendiri, alamatnya sampai tahun depan la tak bertukar. Hihi. Kalau nak buat tempahan design apa-apa untuk blog korang tu, boleh contact Aisyhah ni. Dia sedia terima tempahan dengan harga kasih sayang lagi tu. Haha.

p/s : Tolong doakan dan wish me luck untuk final exam isnin ni. Last final exam untuk diploma. In shaa Allah.


Saturday, September 12, 2015

Buah Hati Pengarang Jantung



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Lately ni feeling nak balik rumah semakin membuak-buak. Biasa la, final year. Stress memanjang. Haha. Kalau dapat balik rumah tu, kira macam bebas dari segala tekanan. Kalau balik rumah, boleh makan sedap sedap. Eh eh. Macam kau tak makan je kat sini kan. Bersyukur la nad oii. Ok. Alhamdulillah. Hee.

Baru- baru ni adik nad send kat whatsapp gambar budak kat atas ni. Wallahi, rindu sangat kat budak ni. Rindu nak dengar dia cakap dan membebel entah apa-apa tu. Rindu nak dengar dia menangis kalau kena usik. Kakak yang jahat ni. Haha. Rindu nak rasa menyampah bila dia menggedik dan manja semacam. Tengok la gambar kat atas tu. Bajet comel la tu. Macam menggoda orang balik rumah cepat cepat je.

Tahun ni Disember nanti dia ni akan genap 2 tahun. Rasa macam kejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah besar budak ni. Dulu, merangkak. Sekarang dah pandai berlari. Berlari pun comel. Haha. Tapi dia punya manja tu ya Allah. Over sangat. Macam mana la nak dapat adik ni kalau manja memanjang. Awak tu dah layak jadi abang dah, Akif Zafran. Masa balik cuti hari tu pun, dia buat perangai mengada dia. Tetiba datang dekat dengan nad sambil hulur tangan. Rupa-rupanya minta didukung bawa sampai ke mama. Eee... mengada betul. Pandai betul dia bodek nad. Padahal sebelum ni bukannya nak sangat orang dukung dia. Tak sedar yang diri tu dah macam kampit beras. Hahaha.



Dah pandai minum air dengan sendiri sekarang ni. Dah tak tersedak-sedak lagi.



Haa.. tengok tu. Saje je kan buat orang tergoda. Hihi.


Thursday, September 10, 2015

Last Final Exam



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Sorry sebab dah lama menghilang. Bukannya sengaja menghilang macam tu je. Kalau duk menepek kat blog memanjang, nanti kerja tak jalan langsung. Haha. Meh sini nak tiup blog yang dah bersawang ni. Agaknya dah macam rupa rumah hantu tak ? Ngee.


As final year student, stress tu tak payah cakap la. Walaupun just amik 4 subjek je, tapi beban yang terpaksa dipikul tu dah macam gaya amik 10 subjek je (hiperbola sangat kau). Mana tak nya. Nak handle final year project lagi. 2 mini project lagi. Mana la tak pecah kepala oii. Walaupun final year, ko-k pun tetap kena join. Padahal senior sebelum ni boleh je ponteng ko-k. Mana aci woii. Kena join camping dengan program apa entah. Kalau tak, tak dapat markah ko-k. Tak dapat A. Kejam kan ?

Tapi yang bestnya, sem ni class tak pack langsung. Just hari Isnin dengan Selasa je terasa penat dan pack sikit. Sebab ada lab kat main campus, Pauh. Keluar rumah awal pagi, balik rumah waktu petang. Sabar je la. Rabu pula selalu tak ada class sebab ada 1 class je. Tu pun 1 jam je. Depends on lecturer nak buat class ke tak hari Rabu sebab 1 jam je pun. Hari Khamis pula class tak fix mana pun. Sometimes tak ada class. Sometimes lecturer anjak class. Buat class awal. Jumaat pula memang tak ada class. Off day ! Haha.


Final exam is just around the corner. Lagi 2 minggu nak final ! Next week dah last week ada class. Then, study week pun menjelma. Ada presentation mini project pula waktu study week tu. Adoii. Raya haji yang jatuh waktu study week tu, terpaksa balik juga. Sebab semua housemate balik. Takkan la tinggal seorang diri. Walaupun 4 paper je, tapi nak study tu ma shaa Allah. Banyaknya ! Dah la teori semata-mata. Tak ada calculation, gaiss. Tak ada kira circuit bagai (tu la dulu mengeluh bila kena kira circuit). Haihh.

Memandangkan kali ni merupakan last final exam sebagai student diploma, semua exam kat dewan baru yang terletak kat main campus tu. Sengaja la tu nak bagi kitorang merasa guna dewan baru tu. Haha. Study week ni tak boleh la nak main-main walaupun 4 paper je. Tak nak la kantoi masa final year ni. Nanti kena extend sem. Menangis berhuhu la kau tengok classmate semuanya graduate tapi kau kena extend sem. Kena graduate dengan junior. Tak nak la oii. Minta dijauhkan. Memandangkan bulan ni majority ada exam, nad nak ucapkan kepada uolss yang ada exam tu. Study smart dan jaga kesihatan tu. Rehat kena cukup. Jangan jadi macam zombie sudah. Hihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg