Assalamualaikum w.b.t.
Pernah tak tiba-tiba rasa sebak ?
Pernah tak tiba-tiba rasa sedih ?
Pernah tak tiba-tiba rasa rindu ?
Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.
Sayang sekalian,
Itu tandanya Allah rindu.
Allah rindu rintihan doa dan hajat kita.
Cuba ingat balik.
Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?
Semalam ?
Kelmarin ?
Minggu lepas ?
Tak pernah langsung ?
Allah. Allah...
Sayang...
Bila tiba-tiba rasa nak menangis.
Sebak rasa macam tak kena.
Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu.
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu.
Padahal tiada ayat touching pun.
Tapi kita yang over over nak sebak pula.
No no. Itu rasa Allah yang beri.
Cuba kalau rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Cari kepala paip.
Buka paip.
Mandi ? Tak. Ambil wudhu'.
Masa ambil wudhu' tu.
Hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'.
Confirm makin lebat hujan air mata.
Sebab apa ?
Sebab nak pergi jumpa Allah ni.
Hamparkan sejadah. Solat lah.
Doa lah. Minta lah.
Allah dengar. Allah rindu tu.
Sebab tu Allah beri rasa sedih tu.
Nah. Lepas siap mengadu.
Mesti rasa lega.
Sebab Allah dah dengar rintihan kita.
Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.
Sayangg...
Walaupun tiada bahu untuk bersandar.
Untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah.
Tapi...
Kita masih ada lantai untuk bersujud.
Kita masih ada Allah untuk diadukan segala masalah.
Okay. Jangan bersedih lagi.
La tahzan. Innallah ma'ana.
Sebarkan bahagia.
Moga Allah redha.
Pernah rasaaa..
ReplyDeleteSejahat-jahat manusia pun, akan tiba suatu masa dia akan kembali kepada Allah. Dengan hanya mengingatiNya, kita akan mendapat ketenangan :)
ReplyDelete