Assalamualaikum. Sobahul khair(selamat pagi). Alhamdulillah. Kita dapat bertemu kembali *bertemu la sangat nad oii* Hikhik. Mula-mula macam tak ada idea dan mood nak menaip. Ditambah pula dengan sakit kepala sikit. Tapi bak kata orang "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Elehh... ye la tu nad nie. Hee.. Bila dengar lagu Jodoh Berdua, tetiba ada idea sikit nak menaip *layan lagu kejap*. Terima kasih sangat kepada Hafiz Hamidun kerana telah memberi nad idea untuk menaip *ecehh... macam la dia tu tahu. Do I care??* Lol
Seperti tajuk kat atas, mesti macam-macam yang terlintas di fikiran korang bila membacanya. Same goes to me. Apa la nad nak membebel kali nie. Relax and chill, ok. Tarik nafas dulu. Fuhh... Here we go. Dalam life kita, kita mesti dikelilingi dengan ramai orang kan. Tak kira la sama ada family, kawan, orang kesayangan, society dan sebagai. Manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Pernah tak kita terfikir yang bagaimana hidup kita tanpa seseorang?? Means tanpa seseorang yang kita selalu bergantung harap. Mesti kita tak mampu dan tak nak bayangkan bagaimana agaknya tanpa mereka kan. Dari situ, tetiba dijentik rasa takut. Takut kepada kehilangan. Kita sangka kita macam boleh mati la kalau tanpa mereka.
Well, actually perasaan takut akan kehilangan tu normal. Menjadi lumrah dalam diri manusia. Perasaan tu tak salah. Yang salah cumanya kita terlalu berharap kepada mereka sedangkan Allah sentiasa bersedia menjadi tempat untuk kita berharap. Kita juga terlupa yang Allah berkuasa untuk mematikan mereka. Allah mempunyai perancangan yang jauh lebih baik dan indah untuk kita. Tapi kita duk sibuk sibuk jaga hubungan kita dengan mereka dan hargai mereka tapi kita seringkali mengabaikan Allah. Kita juga duk sibuk sibuk menghargai mereka yang belum tentu akan selalu ada untuk kita tapi kita mengabaikan dan lupa menghargai Allah yang akan selalu ada untuk kita. Memang la kita perlu menghargai mereka sebelum mereka pergi, tapi berpada-pada la. Jangan la sampai lupakan yang kita masih ada Allah yang selalu bersama kita.
Cuba bayangkan. Apabila kita bersendirian. Jatuh buk gedebukk berseorangan. Apabila orang yang kita harapkan dah tiada pergi meninggalkan kita atau menjauhkan diri dari kita. Siapa lagi yang kita ada untuk mengadu dan bergantung harap? Maybe ada yang berkata "Alaa... cari la orang lain yang masih ada untuk kita". Tu memang betul kan. Tak dinafikan lagi. Tapi sampai bila?? Tak semua orang akan melayan kita sebaik mungkin. Misal kata la. Korang mengadu masalah korang kat si A dan B. Tapi mereka mungkin akan memberi respons yang berlainan. Si A mungkin akan mendengar sahaja tapi si B akan mendengar dan memberi pendapat. Tapi kadangkala setelah mengadu kepada mereka, kita tak rasa tenang. Kadangkala kita akan rasa resah gelisah. Padahal beban yang ditanggung dah berkurangan.
Nad nak sampaikan yang kita boleh berharap kepada manusia, tapi sebaik-baiknya kita berharap kepada Allah terlebih dahulu. Sebab Allah ialah sebaik-baik tempat bergantung. Berusaha mendekatkan diri kepada DIA. In shaa Allah. Kita akan rasa tenang. Kita akan lebih redha dengan apa yang berlaku selepas tu. Kalau kita terlampau berharap dan bergantung kepada manusia dan tak dapat seperti yang dijangkakan, maka berlaku la 'frust menonggeng' dan meroyan tak tentu pasal sampaikan boleh terdorong untuk membunuh diri.
Astaghfirullah. Tu la yang akan terjadi bila kita tak percaya dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan. Iman kita pula akan semakin menipis. Selitkan walapun sedikit pergantungan dan harapan tu kepada Allah. Yakin yang Allah pasti telah mengatur sesuatu yang lebih indah dan tak dapat dijangkakan untuk kita. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa mereka yang kita harapkan tu. Dugaan tu bukan untuk melemahkan kita tapi untuk menguatkan kita. Kita hanya mampu merancang. Yang menentukannya tu kerja Allah. Ma qaddarallah khair. Perancangan Allah baik baik belaka. Have faith. Take care of your iman. Fi hifzillah ;)
*Repost from 2nd blog*
As salam cik nad,
ReplyDeletesaya dulu pun begitulah, waktu kehilangan seseorang yg sangat bermakna dlm hidup saya. tempat kita selama ini mencurahkan isi hati dan bergantung harap. tapi yelah, cinta manusia ni tak kekal lama apatah lagi cinta yg tidak berada dlm garisan halalnya. bila hbgn putus di tengah jalan, mula rasa down dan tertanya2,"boleh ke aku hidup tanpa dia..?"
tapi hari ni, alhamdulillah.. rupanya kesakitan yg Allah timpa adalah supaya kita jadi lebih kuat dari sebelumnya. rahsianya cuma satu, bila hati ingin tenang dan nak mulakan hidup baru tanpa dia itu, macam yg cik nad cakap, kena kembali pd Allah. Allah akan menemukan kita dgn jalannya..
subhanallah, besar kasihNya pd kita. diberikan kita kesedihan agar kita dapat pulang kepada Dia.. (':
Waalaikumussalam. Seperti fitrah manusia yang akan tiba suatu masa kembali kepada penciptaNya. Jika kita masih tidak boleh menerima dan masih mempersoalkan takdir yg telah ditentukan, tu tandanya jiwa kita tengah sakit. Benteng iman sudah lemah dan hati mulai rapuh. Dengan kembali kepadaNya kita akan mendapat ketenangan yang sepatutnya. Sujud boleh membuatkan kita rasa dekat denganNya
ReplyDeleteRedha itu payah kerana redha itu indah.
ReplyDeletedan Redha itu sangat2 perlu.
Kuatlah kerana ALLAH. Segalanya berbalik kepada ALLAH. :)
Tak semua yang kita nak akan jadi milik kita dan tak semua yang jadi milik kita akan jadi milik kita selamanya. semuanya pinjaman dari ALLAH semata2.. :)