Saturday, February 27, 2016

Awat Mahal Sangat Tudung Ni?!


Assalamualaikum w.b.t.


Holla, gais. Apa khabar? Harap korang semua baik baik belaka je la ye. Hihi. Hari tu kan nad terjumpa gambar atas ni kat twitter. Macam mana dengan pendapat korang? Berbaloi tak harga tudung tu. Hahaha. Bagi nad la kan, kalau nak beli tudung tu tak payah la nak beli mahal mahal sangat. Karang jadi riak pula. Tudung kat jalan TAR pun ok apa.  Murah pun murah. Boleh banyak banyak lagi tu buat collection. Apa gunanya beli tudung mahal mahal kalau tak tertutup aurat tu. Opss sorry to say. Nad ni pun nak beli tudung Neelofa pun hanya mampu pandang je. Inikan pula nak beli tudung branded seperti mumu scarves, owl by ND etc. Baik beli tudung murah murah je. Kualiti pun not bad. Ye ke idok?

Haa? Tak kisah harga tudung tu mahal sekalipun sebab memang takkan beli. Lol. Hahaha

Friday, February 26, 2016

Driving License?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rindu nad tak? Ecehh mesti la tak rindu kan. Nad ni siapa je. Tak famous amos pun. Hihi. Alang-alang tengah tak ada kerja ni, better tulis entry kan. Mana la tahu lari pula idea yang datang bersarang ni (suka hati je nak lari). Lol. Hahaha.

Lately ni kan ada je orang tanya kat nad "Lepas ni boleh la ambil lesen", "Bila nak ambil lesen?", "Kalau boleh drive kan senang". Huh. Letih la juga nak menjawab. Bukannya tak nak tapi entah la. Tak ready lagi. Masih rasa yang lesen tu tak penting sangat pun. Mesti jenuh mama nasihat dan bebel kat anak dia ni suruh ambil lesen, tapi anak dia ni degil sangat. Dah la pemalas. Buat lek buat cool je pula tu. Hihi. Sorry la, mama. Ampun beribu ampun.

Actually, nad pernah je ambil kursus memandu dulu. Tapi sekerat jalan je. End upnya tak sempat ambil test JPJ pun (padahal niat tu memang tak nak ambil test JPJ). Hahaha. Ye la, lepas tu terus further study. Mana ada masa nak sambung lagi kan (acah acah jadi student yang busy). Huhu. Dan disebabkan ada kes yang terjadi, memang lepas tu terasa malas nak sambung balik. Biar je survive dengan public transport. Masa belajar kat Perlis dulu pun, boleh je survive padahal kat ceruk sana tak ada public transport pun (sekarang ni baru ada bas awam tu). Just ada teksi dengan bas uni je.

The reason why nad malas sangat nak ambil lesen ni

  • Harga nak belajar memandu kat driving school semakin mahal. Takut nanti kalau nad failed, tak ke membazir je duit tu
  • Kalau dah pass memandu, kena fikir nak beli kereta apa eventhough second hand je. Lagi la nak pakai duit
  • Kalau dah reti memandu, nanti nad tak lekat kat rumah. Ye la dia ni kan kaki jalan. Hahaha.
  • Nak bagi chance kat adik lelaki nad ambil lesen. And then boleh la dia jadi driver nad je (ewah ewah kau ni)
  • Kalau dah ada lesen, alamatnya diri ni menggatal la nak langgar peraturan sana sini. Memang berderet la surat saman akan sampai kat rumah
  • Lebih selesa dan rasa boleh survive menggunakan public transport (bas, ktm, lrt)
Btw, abah tak bagi anak perempuan dia ambil lesen motor. Nak bawa motor pun tak boleh. Dia kata bahaya la tak manis la. Adui apa la nasib. Dan nad pun rasa tercabar sikit. Kira macam nak rebelling gitu. So, kalau nak pergi mana-mana sendirian naik public je. Mula-mula tu abah dengan mama pernah melarang. And then bila diorang tahu nad buat juga senyap senyap, diorang tak kisah dah. Terserlah kedegilan tu. Lek la. You have a tough princess la. Nyeh nyeh nyeh :P

I'm a tough girl. Lol

Thursday, February 25, 2016

SEGMEN : "JOM SOLAT"


Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join

Syarat-syarat



*WAJIB*
Dalam entri, anda di minta untuk senaraikan "5" atau lebih solat-solat SUNAT yang anda tahu.

Siap? Tinggalkan LINK URL ENTRI kat komen.

Solat-solat sunat yang nad tahu:

  • Solat sunat taubat
  • Solat sunat hari raya
  • Solat istikharah
  • Solat tarawih
  • Solat witir
  • Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu (qabliah ba'diah)
  • Solat sunat gerhana


Tuesday, February 23, 2016

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie


Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join

Holla, gais! Kali ni nad nak join segmen cari Cik Yanie kita yang kiut miut ni. Hehe. Of course la kena support ahli Blogger's Family ni. Mihmihmih. So, apa tunggu lagi ? Join la cepat. Segmen ni akan tamat pada bila-bila masa je tau.

GA HEADER BLOG, LOGO ATAU COVER PHOTO FACEBOOK by Stanzaku


Assalamualaikum w.b.t.
Klik banner untuk join

1) Buat satu entri. Tajuk entri tu mestilah mengandungi keyword 'Giveaway' DAN 'Stanzaku' DAN 'Logo' DAN/ATAU 'Header'. Korang gunalah kreativiti masing-masing tau.


2) Copy dan paste gambar di bawah serta LINK ke entri segmen ini.


3) Follow blog STANZAKU.COM ni.


4) Jangan lupa komen link post kat ruangan komen bawah ni ye.

Monday, February 22, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Sunday, February 21, 2016

UniMAP IPT Awam Pertama Miliki Panel Solar Jana Elektrik 1.0 MW


Assalamualaikum w.b.t.

solar

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini memiliki panel solar dengan kuota tarif pemasangan yang mampu menjana 1.0 megawatt (MW) tenaga elektrik.
Panel solar tersebut dipasang di sebuah bangunan Univation di kampus tetap universiti itu di sini, dilaksanakan dengan kerjasama GetSol Sdn Bhd (GetSol), sebuah syarikat tempatan berkaitan pemasangan panel solar.
Menurut Naib Canselornya, Datuk Brig Jen Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin UniMAP menerima kuota berkenaan pada 12 Mac tahun lepas dan pemasangan kabel telah mencapai 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Jun depan.
Beliau menyifatkan pencapaian itu memberi makna besar buat diri beliau kerana terpaksa melalui banyak proses dan prosedur panjang untuk memperoleh kuota tersebut. 
Katanya tenaga yang dihasilkan akan dikumpul dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan konsep Tarif Galakan (FiT), antara inisiatif untuk menjana pendapatan bagi menjimatkan kos bil eletrik setiap bulan.
"Ini adalah projek terakhir saya sebagai Naib Canselor setelah menerajui UniMAP selama 14 tahun yang penuh dengan suka dan duka," kata Kamarudin ketika berucap pada pra-pelancaran Panel Solar tersebut di sini, Rabu.
Turut hadir Pengarah Eksekutif GetSol, Todd Morath; Pengarah Urusan GetSol, Dr Gabriel Peter Salgo; Ketua Pegawai Ekesekutif UniMAP Holdings Sdn Bhd, Baharuddin Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Kamarudin berkata pemasangan solar panel itu akan membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka lebih mendalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan sekali gus membolehkan kaedah pembelajaran amali dipraktikkan di UniMAP.
Selain menjana kewangan melalui sewaan tapak (bumbung bangunan) selama 21 tahun, melalui projek pemasangan panel, Getsol turut memberi kontrak penyelenggaraan kepada UniMAP Holdings, katanya.
Katanya Getsol juga memperuntukkan satu sistem solar bagi tujuan akademik dan penyelidikan yang membolehkan UniMAP menawarkan latihan amali dan sijil dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi program pemasangan solar yang diperakui dan penyelenggaraan solar.
Beliau berkata projek ini secara tidak langsung membuka peluang kepada UniMAP menjadi Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Diperbaharui selain menjadi wadah bagi pelawat dan industri ke arah inisiatif memperkenalkan Kampus UniMAP Pauh Putra sebagai Kampus Alam.
Dr Gabriel pula berkata UniMAP dipilih kerana inisiatif dan kesungguhan Naib Canselornya mempratikkan amalan kampus hijau termasuk penglibatan aktif beliau sejak perbincangan bermula.-- Bernama
Sumber: SINI
p/s : Proud to be UniMAPian. Selamat bersara, ayahanda (naib canselor). Terima kasih untuk segalanya :')

Saturday, February 20, 2016

25 Things That Make Me Happy


Assalamualaikum w.b.t.



Holla, gais ! Kenapa la lately ni terasa macam tak ramai blogger yang buat entry ehh? Maybe diorang busy kot ataupun tu cuma perasaan nad je. Abaikan je la. Tadi terbaca entry Cik Yanie pasal 25 Things That Make Me Happy ni. Dah lama nad perhati yang ramai dah buat entry ni. Tak ada pun yang tag nad. Tak apa la. Thanks to Cik Yanie sebab tag sesiapa yang baca entry dia tu. So, let's check it out apa jawapan nad. Huhu

Rules

  • Create a new post + insert the theme picture above.
  • List 25 things that make you happy most of the time (it can be any language that you want)
  • Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
  • Tag at least other 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
  • You might also share your favourite quote of the week! (if none, then it's okay)

25 Things That Make Me Happy


  1. Stay alive with the beloved ones
  2. Foodiee (dasar food lover)
  3. Photography
  4. Blogging
  5. Reading
  6. Collection of novels
  7. Life goals. Lol
  8. Makeup, beauty and skincare stuff (such a typical girl)
  9. The end of diploma soon. Yahooo!!!
  10. Pursuing degree soon. In shaa Allah
  11. Healing process of skin. Keep patient, nad
  12. Own camera (DSLR / mirrorless / Go Pro). In shaa Allah
  13. Beach and nature place
  14. Smell of cookies and cakes at bakery
  15. Chatime and a big cup drinks
  16. Auntie Anne's and Nando's. Yummy
  17. AFFNY's family
  18. Travelling and short vacation
  19. Shopping (women's theraphy)
  20. Birthday surprise (what a surprise)
  21. Excellent results
  22. Earn own money
  23. Kids around me especially Akif Zafran
  24. Improving myself slowly to the right path
  25. Making everyone happy
Nyum nyum nyum


Sesi Mengenali Ahli Blogger


Assalamualaikum w.b.t.


Klik banner untuk join

Syarat-syarat





  • Buat satu entri " Sesi Mengenali Ahli Blogger " dan impian anda terhadap blog anda.
  • Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
  • Ajak ahli blogger lain untuk join.
  • Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada ( Instagram , Twitter dan Facebook )

  • ( Nombor telefon email pada aku pun boleh , mana tahu group whatsApp nanti ditubuhkan )

    Agak agak ada tak yang nak join ? Lepas siap entri , sila copy link entri dan paste di komen di bawah. Aku akan tulis dalam buku nota khas. Tiada tarikh tutup bulan. Berlangsung sehingga habis tahun 2016.

    Jom eratkan silaturrahim antara blogger.

    Impian terhadap blog

    • Asalnya blog ni dibuat hanya suka suka je. Tak ada matlamat langsung. But now, impian nad terhadap blog ni ialah dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Nak juga berkenalan dengan ramai orang. Semoga blog ni dapat memberi manfaat kepada diri nad dan juga orang lain. Amin amin.
    Biodata
    • Nama diberi boleh dirujuk di Owner. Hihi. Final year student, sem 6 (lagi 2 minggu nak habis internship) at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) in Diploma Computer Engineering. In shaa Allah lepas raya Aidilfitri nanti, nad akan berkonvo. Doakan ye. Disebabkan nama penuh terlampau panjang, just call me 'nad'. Kalau nak panggil fiqa or dira pun ok juga. Ikut suka korang la. Erm. Apa lagi ye? Nak tahu lebih details, just drop your comment. Hahaha
    Ajak ahli blogger lain untuk join
    • Nad nak ajak kepada semua yang membaca entry ni untuk join sesi ni. Malas la nak tag. Karang kecil hati pula orang yang nad tak tag tu. So, fair and square.
    Nombor telefon dan laman sosial yang ada

    PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA


    Assalamualaikum w.b.t.

    Klik banner untuk join

    Syarat dia sangat laaaaaaaa simple, senang, sekelip mata siap ! 

    1) Anda cuma perlu FOLLOW BLOG THEATHRA.BLOGSPOT.MY .
    2 ) Copy banner tu dan linkkan dan jangan lupa tinggalkan link korang dekat komen bawah ni okay :)
    3) SIAP !

    10 pemenang akan diumukan pada 28 FEB 2016 dan dimasukkan ke bloglist serta merta. Jadi selamat bertapa di bloglist theatra.blogspot.my selama SEBULAN !

    Tuesday, February 16, 2016

    Segmen Blogwalking | Cik Nurul


    Assalamualaikum w.b.t.

    Klik banner untuk join

    Nurul nak jemput korang semua join segmen ni. Segmen Blogwalking ini berlangsung sehingga hujung bulan Februari 2016 :) Pemenang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Blog Best Official Nurul untuk Bulan March.

    Untuk join, korang hanya perlu :



    1. Follow blog "Cik Nurul"
    2. Buat entry " Segmen Blogwalking | Cik Nurul "
    3. Copy link entry & paste di ruangan komen entry ini.

    Awal bulan March Nurul akan buat sekali lagi entry dan letakkan url blog korang dalam entry tersebut.

    Sambil - sambil kita blogwalking, boleh kumpul rakan - rakan blogger lain yang belum kita kenal. kan.

    Contoh Resume Yang Terbaik


    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais! Kali ni nad nak share salah satu contoh resume yang terbaik. Sebab rasanya ni penting untuk sesiapa yang bakal menghadapi latihan industri/ industrial training (intra)/ internship dan praktikal. Actually, dari cara korang tulis resume, diorang dah boleh decide sama ada korang diterima atau tak. Tak perlu interview pun. Resume nad hari tu pun lebih kurang macam ni je walaupun templatenya Dr (pengerusi rancangan diploma) yang sediakan. Just tukar maklumat peribadi je. Hihi.





    Gambar credit to owner

    Sunday, February 14, 2016

    Tutorial : Orange Tone


    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais ! Kali ni nad nak share 1 lagi tutorial tone. Boleh la korang try tone ni kat gambar korang nanti. Mana tahu hasilnya meletups kan (perahsantan). Tutorial ni sesuai untuk gambar yang ada warna atau shadow colour oren seperti gambar sunset dan sunrise. Dah namanya pun orange tone kan.

    Before


    After

    Apps yang digunakan : VSCO

    1. Upload gambar yang nak diedit ke dalam VSCO
    2. Henjut preset KK2 (tak sure free or paid filter sebab nad ada full filter)
    3. Edit setting gambar seperti berikut :

    4. Exposure : -2
      Contrast : +3
      Saturation : +3
      Highlights save : +3




    5. Mudah bukan? So, korang boleh la save to gallery gambar yang korang edit tadi. Kalau tak jadi or tak puas hati lagi, boleh godek godek dan edit guna apps yang lain seperti snapseed, picsart etc

    Steps bergambar







    p/s : Korang boleh je beli full filter dengan harga serendah RM 10. Kalau diikutkan, mahunya harga full VSCO filter tu RM 100++. Nad beli full filter tu dari SINI

    Ask FM Berhabuk


    Assalamualaikum w.b.t.



    Holla, gais ! Agaknya zaman sekarang ni, ada orang lagi tak yang main Ask FM ni? Mesti ada kan? Nad pun ada ask fm tu. Tapi dah berzaman tak buka. Dah berhabuk agaknya kot. Huhu. Kalau buka pun, bukannya ada orang yang bagi soalan pun. Tak habis habis dapat random questions. Maklum la, tak famous amos. Hahaha. Bila belek belek balik, rasa nak gelak pun ada bila tengok jawapan sendiri. Hihi. Wondering siapa la yang bertuah sangat tanya pasal kahwin kat ask fm nad tu. Masih jauh lagi nak fikir pasal bab tu. Life goals pun tak tercapai lagi. Huhuhu.

    Saturday, February 13, 2016

    Pencarian Bloglist Hanah's Blog


    Assalamualaikum w.b.t.


    Klik banner untuk join

    Syarat-syarat

    1. Follow blog Hanah
    2. Buat satu entry di blog korang
    3. Kalau boleh bagi tips utk cantikkan blog Hanah..Kalau x nk takpe
    4. Tag 1 rakan korang
    P/S : HANAH AKAN PILIH 10 PEMENANG DAN DIA AKAN MENJADI BLOGLIST HANAH SELAMA 1 BULAN...

    Tips untuk cantikkan blog Hanah:

    Bagi nad la kan (but it's up to you), no need letak icon follow dan dashboard. Sebab sometimes button follow tu tak berfungsi dan limited sampai 300 followers je. Just guna follower widget google friend connect. Tulisan kat menu tab kalau boleh tolong besarkan sikit. Sebab senang sikit nak baca especially kepada orang yang rabun. Tu je. Yang lain semuanya dah ok dah. Simple but kemas.

    Mangsa tag : AWAK

    Soyfresh Hershey's Cookies N Creme


    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais. Kali ni nak review sikit pasal salah satu minuman favourite nad iaitu Soyfresh Hershey's Cookies N Creme. Flavour ni yang paling baru dan latest sekali untuk soya Hershey's ni. Rasanya macam dah lama keluar tapi baru hari ni teringat nak review. Tu pun tetiba teringin nak minum air ni.

    Minuman soya Hershey's ni ada dalam 3 flavour (Chocolate, Mocha, Cookies N Creme). Before this, nad pernah try flavour chocolate dan ternyata not bad la juga. Boleh masuk dengan tekak ni. Rasanya nad boleh minum soya jenama ni je kot. Bukannya demand ke apa tapi soya ni lain daripada soya yang biasa. Tak berlendir dan tak manis pun memandangkan nad kena berpantang daripada minum soya yang biasa tu. Untuk flavour cookies n creme ni, rasa soya dan cookies n creme tu balance bagi nad. Berlemak sikit dan tak manis. Tak la perit tekak tu.




    Daripada pandangan atas. Ada expired date. Perlu digoncang dulu sebelum minum



    Informasi tentang nutrition facts. Kaya dengan protein dan karbohidrat






    Minuman soya ni boleh didapati di pasar raya yang berdekatan. Tapi yang ni nad beli dari 7 eleven je dengan harga RM 1.95. Yang penting minuman ni tiada bahan pengawet, uolls. No need to worry.

    Friday, February 12, 2016

    #First Giveaway by Shazhoniee


    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais ! Thanks to YOU sebab sudi tag nad. Auchhh terharu kita (mengadanya). Hihi.
    Klik banner untuk join

    Terma & Syarat:

    • Follow blog Shaz
    • Follow Instagram Shaz (comment and i'll followback hihi)
    • Follow IG Shop Shaz
    • Tag kengkawan anda
    • Buat Post Update bertajuk "#First Giveaway by Shazhoniee" dan backlink banner tangkap muat kat atas tuh. *HAHAHAHA hestek jangan kecam banner saya kiukiu
    • Bagi link entry anda diruang comment (yang 'comment' shja akan saya sahkan sbg peserta)

    Mangsa tag : 1, 2, 3

    Dehydration Again !


    Image result for dehydration

    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais ! Rasa macam dah lama tak melepak kat sini. Rindunyaaa (over la kau nad). Hihi. For now, boleh la lepak kat blog ni puas puas. Dah dapat mc kan. Memang tak la nad nak terbaring tidur je memanjang. Tak best la jadi sleeping not so beauty ni. Bosannn. Hahaha.


    Actually, pagi tadi nad terkejut sangat bila tengok yang mata nad bengkak sikit. My eyes swollen!!! Nasib baik sebelah je. Memang sebelum ni mata tu rasa sakit sikit. Bila tersentuh, rasa sakit tu ada. Then, lepas dah siap siap kononnya nak pergi kerja, nad ajak la abah pergi klinik kat sini. Takut mata tu jadi macam tu sebab sebelum ni nad ada makan seafood. Tapi sikit je nad makan. Mengada sangat nak makan padahal dah tahu diri tu allergy dengan seafood (tahu pun takut. padan muka). 

    Check punya check, rupa-rupanya nad kena dehydration. Walawehh. Buat kali ke berapa entah. Sebelum ni nad pergi klinik pun, doktor cakap nad dehydration. Doktor yang sama, problem yang sama dan nasihat yang sama. Aduhh. Letih la dehydration je memanjang. Nasib baik la tak muntah muntah, rasa nak pitam dan demam teruk macam sebelum ni. Seingat nad, ni la antara pesanan doktor tadi.

    • Avoid and say no to oily and spicy food especially ikan bilis dan kacang (I redha). Say no juga kepada seafood (bye bye. bahagiamu deritaku)
    • Banyakkan minum air. Minum air sikit je tapi frequently. Jangan minum air sekaligus banyak. Sebab tu asyik kencing je (macam tahu tahu je nad malas dan suka sangat minum air sekaligus banyak)
    • Basuh muka dengan air sejuk. Jangan garu atau usik mata tu
    • Kumur mulut dengan air yang bercampur dengan garam (maybe akan rasa pedih sikit)

    Doktor kata kat tekak nad ada ulser. Ulser tu disebabkan dehydration. Tu yang sampai merebak ke mata. Habis mata bengkak sebab infection dari tekak since mata dengan tekak ada saluran yang boleh connect antara keduanya (tak tahu betul ke tak). Patut la sebelum ni nad rasa penat dan badan lenguh lenguh je memanjang. Ingatkan sebab supplement nad tu dah habis. Redha la kau dengan 5 jenis ubat sebagai hadiah dari doktor. Finally, dapat cuti juga setelah sebulan tak ambil cuti (tak termasuk weekend dan public). Huhuhu.

    "Awak sekolah ke?"
    "Tak. Saya kerja"
    Adoyai doktor ni. Muka nad ni tak mature sangat ke. Nampak macam budak sekolah lagi ke

    "Nak cuti tak?"
    "Nak" (dengan nada suara yang perlahan nak mampuih)
    Padahal kat dalam hati tu tengah melonjak kegembiraan dapat cuti. Luls 

     
    What I feel right now. Lol. Haha

    Wednesday, February 10, 2016

    Segmen Ucing Nak Url 3


    Assalamualaikum w.b.t.

    http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html

    Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?


    Syarat-syarat nya Mudah :



    1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google + 

    2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "

    3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.

    4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.


    Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!



    Quotes 4




    Location : Sunway Lagoon

    Quotes : "It might take my entire life to forget you"

    Monday, February 8, 2016

    Beauty Haul


    Assalamualaikum w.b.t.

    Holla, gais ! Macam mana cuti ni ? Best tak ? Best dan untung la siapa yang cuti sampai seminggu tu. Jealous mehhh. Nad cuti sampai esok je sebab nak bagi peluang kat staff chinese yang lain bercuti. Nad ni cuma intern je. Kena sedar diri tu sikit. Huhuhu.

    Cuti panjang macam ni kerja nad cuma lepak kat rumah. Menghadap blog je la. Duk menepek kat blog yang sendu ni. Hahaha. Ada la semalam pergi keluar dengan adik perempuan nad tu. Kiranya macam girl's and sibling's day out gitu. Sengaja je nak bagi chance kat abah dengan mama berdating. Hihi. Mula-mula tak tahu nak decide nak pergi mana. Adik nad tu pula awal awal lagi dah warning tak nak pergi Sunway Putra Mall. Boring katanya. Dah dia yang tak reti nak shopping. Memang la boring. Hehe. Discuss punya discuss and finally decide nak pergi Mid Valley je. Lagipun dia pun tak pernah pergi sana. Nad pun dah berkurun tak jejak ke situ. Sebab nad bukannya kaki hang out dan melepak dengan kawan-kawan sangat. Faham faham je la. Abah dengan mama berat sikit nak lepaskan anak dara dia ni keluar tak tentu arah.

    Mulanya plan just nak cuci mata je kat Mid Valley tu. Malas nak shopping shopping. Just nak makan makan je. Si Dahlia ni tak habis habis tanya kat sana ada jual aloe vera gel tak. Fanatik betul Dahlia ni dengan aloe vera sampaikan sanggup tukar pencuci muka ke yang kandungannya ada aloe vera. Jalan punya jalan, terjumpa la The Face Shop. Singgah la kejap ke sana. And then, masuk pula ke Guardian dan Elianto. Perempuan dengan beauty ni memang tak boleh dipisahkan. Kononnya nak cuci mata je. Sekali amik kau. Beli juga barang sampai berbeg beg. So, let's check it out apa yang nad sempat grab dari sana.




    Jeju Aloe Vera Soothing Gel from The Face Shop (RM23.21)

    Kitorang masuk The Face Shop tu sebab tertarik dengan aloe vera gel ni la. Gila tak terpikat. Buy 1 free 1 kot ! February promotion. Mula-mula tu macam tak percaya la. Ambil 1 bekas je dulu. And then, bila dah nak bayar, staff kat sana cakap Buy 1 free 1. So, betul la February promotion tu. Ingatkan ada T&C. Cepat cepat kitorang grab lagi 1 bekas. Puas betul hati Dahlia tu sebab aloe vera yang sekarang ni dah nak habis. Dah la buy 1 free 1. Jimat jimat. 99% aloe vera pula tu. Sebelum ni kitorang pakai yang dari Nature Republic (92% dan 98%). Sekarang ni tak payah sharing sharing lagi. Boleh ambil seorang satu. Tapi kena habiskan yang lama tu dulu. Jangan membazir. Hihi.



    Essence Mask Sheet from Elianto (RM 9.90)

    Beli mask ni gara-gara terpengaruh dengan promoter Elianto. Nad tak boleh la nak tolak kalau ada orang promote promote ni. Padahal asalnya nak survey je kat Elianto ni. Finally tergoda juga. Nad beli sebab dia kata mask ni macam gel. Best la tepek kat muka. Ada promotion buy 2 free 1 pula tu. Haihh... tak boleh tahan la dengan promotion ni. 1 paket ada 3 pcs mask. Boleh campur campur. Nad pilih aloe vera, green tea dan cucumber mask. So, total ada 9 pcs mask. Share dengan adik dan mama.



    Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream from Guardian (RM 19.30)

    Kenal dengan produk ni masa tengah google cari review pasal Dalacin T. Bila masuk Guardian je (nad memang suka masuk Guardian dan Watsons walaupun tak ada niat nak beli apa-apa), terus je nampak benda alah ni dulu. Macam miracle je sebab tak payah la nak tercari-cari. Padahal nad tak pernah perasan pun pasal produk ni kat drugstore. Cream ni katanya boleh mencerahkan kulit dan rawat scars kat muka. So why not nad try kan memandangkan nad memang tengah struggle nak hilangkan scars kat muka ni. 



    Intense Matte Lipstick from Elianto (RM29.90)

    Niat asal masuk Elianto tu memang nak survey lipstick. Sebab orang kata lipstick kat situ not bad la. Sekali sekala nak la juga merasa pakai lipstick yang bukan dari drugstore. Such a self reward gitu. Survey punya survey, promoter tu suggestkan lipstick matte ni. Mula-mula tu nak beli yang ada gloss or shine type memandangkan nad tak berani sangat nak pakai matte type. Test la kat tangan dan compare antara matte dan shine type. Rasa macam matte punya lagi lawa sebab yang lagi satu tu macam shining sangat. Macam over menyerlah. Lagipun promoter tu cakap yang matte tu moist dan new collection punya. Baru je keluar kat pasaran. Tak apa la. Sekali sekala je pakai yang matte. Nak avoid dari dry lips dan bibir tu rasa pedih bila pakai matte lipstick, apply la lip balm atau lip gloss dulu.




    Let's check it out again apa yang nad beli hari ni. Ish dia ni tak habis habis shopping kan. Huhu.



    Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner from Watsons (RM 16.45)

    Saje je beli eyeliner ni memandangkan Dahlia teringin sangat nak beli eyeliner ni. Pakainya tak reti juga. Beli je tahu. Hahaha. Dah la buy 1 free 1. So kitorang decide la nak beli colour yang berlainan. Black dengan dark brown. Masuk je dalam kereta, terus main test test eyeliner. Memang macam apa je. Macam badut je bila pakai eyeliner ni sebab masing-masing tak reti pakai. Penat bergelak ketawa. Hahaha.

    Ni semua terpengaruh dengan Twt Makeup dengan Twt Kecantikan. Kalau tak, memang tak la nad nak beli stuff macam ni. Beli pun bila ada promotion atau sale je. Dah berlambak makeup dengan skincare product. Huhuhu.



    Testing new matte lipstick from Elianto. Ok la juga. Cantik colournya. Maafkan pipi yang tersembul keluar tu. Hahaha.

    Sunday, February 7, 2016

    Tutorial : Dark Tone


    Assalamualaikum w.b.t.

    Hola, gais ! How are you ? Hope you're doing fine there. Hihi. Tetiba je rasa macam nak share tutorial edit gambar je. Gara-gara belek balik entry INI. Mana la tahu korang pun boleh apply tone ni kat gambar korang tu. Just a simple dark tone daripada nad. Kalau boleh, jangan tiru sebijik sebijik sebab lain gambar, lain lightingnya. Karang tak menjadi, salahkan nad pula. Tone ni pun terjadi hasil daripada nad godek-godek dan explore sesuka hati. Maaf la kalau hasilnya tak gempak sangat macam orang lain. Nad masih nubis kubis lagi. Banyak lagi yang kena belajar.



    Taraaa. Contoh gambar sebelum dan selepas di'edit'


    Apps yang digunakan : VSCO dan Snapseed (boleh install kat playstore atau apple store. foc je)

    VSCO

    1. Masukkan gambar yang nak di'edit' tu
    2. Click kat filter 04 (paid filter)
    3. Click kat bahagian setting filter 04 tu dan adjust


    4. Contrast : +3
      Exposure : -2
      Saturation : +1
      Highlights save : +4
      Shadows save : +1
    5. Click save to gallery














    Snapseed

    1. Upload gambar yang telah di'edit' kat VSCO tadi
    2. Click kat icon macam rupa pen tu
    3. Then, click kat bahagian Tune Image untuk adjust setting gambar tersebut
    4. Adjust setting gambar seperti berikut :

    5. Brightness : +4
      Contrast : +17
      Highlights : +32
      Shadow : -44


    6. Tekan icon anak panah dan perkataan save. Automatically gambar tu akan ter'save' di gallery










    Next tutorial will coming soon. Tunggu ye ;)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
     photo cats_zpscdjdlx5h.jpg