Thursday, December 31, 2015

2015 Best Nine !


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais ? Sihat tak ? Kalau tak sihat tu, cepat cepat la makan ubat tu. Karang melarat pula. Hihi. Pejam celik pejam celik, hari ni merupakan hari terakhir untuk 2015. Pantasnya masa berlalu. Rasa macam semalam je baru masuk tadika. Eleh perasan la nad ni. Haha. Indeed, 2015 ni banyak dukanya dari manis buat diri nad. Tapi segala duka tu la yang membuatkan nad kuat sampai sekarang ni. Haihh tak sukanya bila umur nak mencecah umur yang layak untuk mengundi. Terasa tua la pula tetiba.

Yang bestnya hari ni, nad dapat half day kot. Baiknya company ni bagi balik awal. Boleh merayap cuci mata ni. Haha. Lately ni, buka instagram je berlambak post pasal 2015 best nine. Apa bendanya 2015 best nine tu? Macam ni haa. 2015 best nine tu 1 apps yang memaparkan 9 gambar terbaik kita dalam instagram tu. Siap ada jumlah post dan likes sepanjang 2015 lagi tu. Nad dah try dah. Dan inilah resultnya. Jeng jeng jeng...


Tak gempak mana pun. Nad bukannya insta famous pun. Hihi. Korang nak try juga ke? Meh nad ajarkan.

  1. First of all, pergi ke laman web SINI
  2. Tulis id instagram korang. Then, tekan button GET tu
  3. Tunggu la sampai result keluar dalam gambar macam kat atas ni. Kalau gambar dah keluar, korang boleh share kat instagram or twitter ataupun download je gambar tu
Haa... senang je kan. Apa lagi? Try je la. Sebagai kenangan untuk 2015 ni.

Thursday, December 24, 2015

Tagged Again By Aishah Qairina


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gaiss ! Amacam cuti ? Best tak ? Bagi nad best la cuti ni walaupun hari ni tak pergi mana-mana pun. Bukannya senang nak dapat cuti 4 hari macam ni kan. Hahaha. Cakap tu gaya macam kena dera buat kerja kat office je. Bukannya macam tu. Faham-faham je la kerja kat office. Tak bebas sangat. Tak boleh ke sana ke mari. Tak ada kerja penatnya lagi luar biasa daripada ada kerja. Walaupun kerja kat office ni macam tak kena sangat dengan jiwa nad yang suka bergerak ke sana sini dan kena hadap sejuk aircond lagi yang boleh mengundang rasa lapar je memanjang, tapi part cuti nad paling suka. Cuti waktu weekend woo. Haha. Ok la. Nad kena tag lagi oleh someone tu. Jeng jeng jeng. Siapa la yang tag nad tu ? Yang tag nad tu ialah Aishah Qairina. Tak sangka dia ni tag nad. Terharu banget. Bila baca soalan tu, rasa macam "Wow ! Nad masih muda lagi nak jawab semua ni". Haha. Drama la kau ni. So let's check it out!


1. Apa movie kegemaran korang?

Erm erm. Movie ek ? Susah betul nak jawab sebab nad ni jarang tengok movie. Tengok wayang pun boleh kira dengan jari. Malang kan ? Mohon gelak. Setakat ni movie yang paling nad suka tengok Titanic dengan Home Alone. Legend weh. Titanic tu sampai dah tengok banyak kali. Tak jemu pun. Oh Jack ku yang handsome ! Hahaha.

2. Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? Dan nyatakan 2 sebab.

Cth:orang yang suka mencarut sebab dia..? 



Ni lagi susah nak jawab. Karang jawab panjang melebar, dikatanya bajet perfect pula. Haha. Nad paling tak suka orang yang suka menipu. Kalau sekali sekala tu boleh la. Tapi kalau dah tipu bab perasaan ni, memang boleh la tengok nad jadi Hulk. Huhu. Nad juga tak suka orang yang suka mencarut ni. Setakat sebut bengong, sengal, bodoh tu boleh diterima lagi la. Tapi kalau dah sampai sebut binatang haram tu, memang bye bye je la.



3. Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu.

Of course la warna merah dengan cream. Warna merah tu nad start suka bila nad kenal dengan kawan nad ni masa sekolah menengah. Dia tu addict sangat dengan warna merah ni. Kira macam ngam je dengan nad. Nampak macam garang gitu memandangkan nad anti pink. Warna cream tu nad suka sebab bekas tupperware nad suka sangat warna tu. Tetiba nad boleh terjebak pula. Adoyaiii. Faham faham je la bekas tupperware tu apa. Haha.

4.  Berapa orang SAHABAT korang? Kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?

Entah la. Berapa tu malas nak kira. Sebab belum tentu depa tu anggap nad ni sahabat depa. Ayat sadis la pula. Haha. Nad anggap orang tu sahabat nad bila nad selesa luahkan segalanya kat diorang. Diorang selalu ada untuk nad everytime bila nad perlukan diorang.

5.  Pernah bergaduh dengan adik beradik? Selalunya bergaduh sebab apa?

Of course la pernah. Siapa je yang tak pernah bergaduh dengan siblings kan ? Tapi air yang dicincang takkan putus kan. Selalunya bergaduh pasal makanan la sebab kitorang ni kaki makan. Haha. Kalau nak makan tu, mesti berebut nak yang paling besar la, paling banyak la, lawa la especially kalau ayam dan telur goreng. Sounds funny right ? Tapi tu la kitorang. Sampaikan mama dengan abah pernah cakap " Haa pergi la timbang ukur makanan tu". Terus terdiam kitorang. Kahkah.

6. Pilih nak masuk pintu Syurga atau pintu  Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih.. :)

Of course la pilih syurga. Siapa je yang nak pilih masuk neraka. Gila woo. Api kat dunia pun tak tahan, inikan pula api di neraka. Tapi tu la. Kekadang tu kita kena sedar yang diri kita ni macam tak layak je nak masuk syurga tu. Keinginan tu ada, tapi usaha tu tepuk dada tanya selera (opss free free je korang dapat tazkirah khas dari nad). 6 amalan yang boleh kita lakukan untuk masuk syurga tu seperti solat, puasa, bersedekah, doakan untuk orang lain, berkata yang baik baik dan macam-macam lagi la. Tetiba otak ni jammed pula. 

7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? Senaman apa yang korang buat?

Bersenam ye ? Boleh la. Padahal bersenam pun jarang. Kalau kat kolej dulu, rajin la juga. Haha. Selalunya jogging je. Nak menari macam zumba tu, tak minat la pula. Geli ai. Haha.

8. Jika tiba hari jadi korang? Apa yang korang ingin kan masa hari jadi korang tu?

Haa part ni nad dah lama nak. Dulu nad teringin sangat nak celebrate birthday nad dengan dia. At least dapat jumpa dia waktu birthday nad pun tak apa. Tak perlu surprise dan hadiah bagai. Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni everything has changed. Tak perlu nak harap apa-apa (jangan menangis nad. kau kan sado).

9. Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah.. Siapa yang korang nak dakwahkan dulu?

Alamak ! Soalan berat ni. Tak layak pun nak sampaikan dakwah. Diri sendiri pun masih tunggang terbalik lagi. Erm. Kalau la kena sampaikan dakwah, nad nak sampaikan kat public. Melalui penulisan. Kalau nak sampaikan kat orang yang terdekat macam family atau kawan-kawan ke, macam susah la sikit. Sebab dah namanya orang terdekat kan. Mesti kena guna pendekatan yang lain sikit dan berhikmah.

10. Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagi la tahu ^.^

Apa yang kurang ye ? Maybe tak letak maggi cukup rasa kot. Just kidding. Haha. Tak ada apa yang kurang pun. Just benda alah yang kat bawah post tu, rasanya lebih elok kalau kat sidebar. Sebab tak semua orang rajin baca dan scroll sampai bawah. Seems agak tersorok sikit. Sorry to say. Tapi it's up to you la. Kalau awak rasa selesa macam tu, tu hak awak kan.


Terima kasih daun keladi, lain kali tag la lagi. Hehe. Kalau ada sesiapa nak tag nad, tag je la. Kecil tapak tangan, stadium nad tadahkan. Haha. Tu pun kalau ada la kan.

Wednesday, December 23, 2015

When Malaysian Play With Food


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais. Dah lama rasanya tak menceceh kat sini. Bukannya busy mana pun. Tapi kekeringan idea nak update entry. Huhu. Tetiba je hari tu terjumpa gambar-gambar ni kat twitter. I'm totally amazed to this pictures. Lawa kot. Kreatif tu of course la. Tak pernah terfikir nak buat macam tu.


An owl ! Wuhoo

Guna kulit telur je kot. Macam tak percaya 

Hasil dari kulit timun

Eee mengundang rasa lapar la pula

Thursday, December 3, 2015

How To Styling Boyfriend Jeans

Assalamualaikum w.b.t.



BOYFRIEND JEANS LOOK IDEAS FOR WOMEN

For today, I'll like to share with you about hot to styling boyfriend jeans. You must be wondering how we can styling this boyfriend jeans in many way, right ? No need to worry. I'll share to you how to overcome this problem. It's really cool to have at least 1 pair of boyfriend jeans in your wardrobe. I'm really adore with this kind of jeans but unfortunately I can't have it because I have a big thighs and it'll we be a disaster if I wear it *crying inside*

Everyone realize that new trends go in and out every year so fast making it hard to keep track. However, the trend that has been getting a huge attention among the ladies this year. If you have no idea what the new trend is, boyfriend jeans is the answer you are looking for. Instead of the normal straight cuts, boot cut or skinny jeans, boyfriend jeans serve the purpose of making you look edgy yet feminine in them. Take a look at three ways how you can pull off a boyfriend jeans fashion look in style.

1. Sophisticated slouch

For the ladies who want to pull off a formal look while still maintaining a casual feel to it, match those boyfriend jeans with a nice shirt and blazer for the perfect touch. You can always complete the look with stunning high heels and statement accessories to portray that sophisticated slouch appearance to others. 





2. Sexy Girly

You can also portray your feminine side by pairing the boyfriend jeans with a stylish peplum top or off shoulder top and bold colour high heels. Step out to the streets, a date or a day out with your girls flaunting this amazing fashion look. Be laid back and wear comfortable pair of jeans on your day off. Although you have rugged looking jeans on the bottom, you can always maintain a lady like appearance when mixed with other pieces.



3. Casual Chic

For the ladies who want to feel comfortable outfit to wear on a casual day out will definitely love matching it with flats, sneakers, tank tops, basic tees and sweaters. Wear it on your lazy weekends or while you run errands and look amazing effortlessly. The boyfriend jeans with a ripped effect will absolutely show off your tomboyish appeal.



Wednesday, December 2, 2015

Tagged By Acu Asha



Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais ! How are you ? Hope you're fine wherever you are. Hee. How about me ? Feeling unwell a little bit. Biasa la, cuaca kan tak menentu sekarang ni (Ehh dia ni nak salahkan cuaca pula. Dia tu yang tak reti jaga kesihatan sendiri). Huhu. Nad ni tengah ber'sweater' dalam office ni. Takut demam lagi. Dengan selsemanya tak surut lagi. Tak apa, nad kan sado walaupun tak suka makan ubat. Hahaha.

Tengah ralit check cbox, tetiba ternampak Acu Asha inform yang dia tag nad dalam entry dia ni. Walaweh. Terharu wehh. Entah kali ke berapa la kena tag ni. Nak tahu apa soalan yang Acu Asha tanya dan apa pula jawapan nad, so stay tuned !

Makanan yang paling best pernah makan ?

Of course makanan yang free dan sedap. Nikmat yang paling best dan tak terkata tu. Haha. Apa-apa makanan yang boleh ngam dengan selera tekak ni

Perkara yang paling tidak disukai ?

I really hate liar ! You're maybe forgiven but not forgotten. So better watch out !

Hadiah birthday pertama yang pernah dapat ? Ceritakan...

Tak ingat la. Rasanya jam tangan biru cair pemberian abah. Yang ada gambar burung kuning tweety yang comel tu

Macam mana belajar buat blog cantik-cantik ni ?

Ehh cantik ke blog ni. Macam sakai je. Haha. Refer tutorial orang yang pakar. And then trial and error. Cuba sampai puas hati tu

Cara memotivasikan diri ?

Muhasabah diri. Kenang balik dosa-dosa yang lama tu. Check balik apa dan kenapa lakukannya

Tuesday, December 1, 2015

Invitation To Collaborate


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Nad menepek lagi kat sini. Bosan sangat sebab tak ada kerja yang nak dibuat kat office ni. Selagi tak dapat email dengan id sendiri, selagi tu la nad akan mereput kat sini. What a sad life. Huhuhu. Nad just nak share something. Ekceli benda ni dah lama dah. Cuma nad je yang buat pekasam. Tetiba baru teringat pasal benda ni. Harap korang boleh la share opinion korang tu memandangkan nad tak tahu sangat pasal benda ni (noobnya). Mohon sangat sangat. Please...


1. Email ni dah lama sangat. Perlu ke nad reply email ni ?
2. Kalau nad accept, apakah procedurenya ? Apa yang nad perlu buat ?
3. Apakah benefitnya kalau nad accept offer ni ?

*Sorry for my silly questions. Nad ni zero pasal benda macam ni

Segmen Tonton Guruku Tersayang

Assalamualaikum w.b.t.

Btw entry ini ditaip ketika tuan empunya blog tengah busy melahap cadbury roast almond gara-gara kebosanan tak ada kerja di office ;P

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/11/segmen-guruku-tersayang.html
Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda.Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah.

1) Follow Blog Uk,Google +, Blogger Ku dan Facebook Uk.
2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini.

Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg