Monday, August 26, 2019

Lauk Simple Simple Yang Mengenyangkan

Image result for cooking animated gif

Assalamualaikum wb.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semua orang sihat je la ye hihi. Monday blues tak tu? Lek lek. Next week dah start tak ada Monday blues buat sementara waktu. Syoknya woo. Tak sabar nak tunggu cuti.

Actually sometimes nad ni kan ada je mood nak memasak haa. Means masak sendiri tanpa bantuan sesiapa pun especially mama. Biasa la kan. Nad masih ingat lagi, first time nad sentuh kuali bagai waktu umur nad 15 tahun. Ye, tahu. Quite lambat. Tu pun goreng goreng nugget je. Tak adanya masak lama lama. Dulu punya la takut nak gunakan kuali. Sebab takutkan api! Entah kenapa la. Mama pula tak memaksa suruh masak bagai. Bebel tu ada la sikit sikit hehe. Lagi-lagi dulu nad punya la tak kisah pasal house chores ni. Nasib baik la masih boleh lipat baju kain dengan basuh pinggan. Kalau tak, teruk punya anak dara.

Then, bila mama abah keluar, sometimes tu terpaksa la nad masak juga. Kalau tak kebuluran la kitorang. Kesian kat adik-adik haa. Diorang pula jenis tak kisah. Apa yang ada, yang tu la diorang makan. Selalunya kalau mama abah keluar pi pasar atau kenduri kahwin, itulah masanya nad nak berperang kat dapur. Tapi yang annoying ada seorang tu complaint je tau. Tolongnya mana mahu. At the end, melantak juga lol.

So, inilah dua lauk yang selalu nad masak bila mama abah tak ada. Simple je aih. Tak reti lagi nak masak yang berkuah gulai bagai. Simple simple dulu je yang mampu. Boleh la kan daripada tak ada hihi.
Ayam masak sambal vs telur dadar my own version

Ayam masak sambal (versi berkuah)

Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam (tak kisah yang dipotong kecil kecil atau besar)
  • Tepun serbaguna (nad guna tepung Bestari je)
  • Bawang secukupnya
  • Cili yang telah dikisar
  • Bawang yang telah dikisar
  • Cili api yang telah dipotong (optional)
  • Garam or gula
Cara-cara :
  1. Basuh ayam dengan bersih dan lumurkan bersama tepung serbaguna
  2. Gaul sehingga rata
  3. Goreng ayam tersebut sehingga garing sedikit
  4. Angkat ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Biarkan ayam tu seketika
  5. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong
  6. Bila dah naik bau, masukkan cili dan bawang yang telah dikisar tadi
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit
  8. Masukkan gula or garam secukup rasa
  9. Kacau sehingga masak
  10. Bila sambal tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sambal
  11. Sedia untuk dihidang

Telur dadar gebu gebas

Bahan - bahan :
  • Dua biji telur
  • Cili api
  • Bawang
  • Mayonis
  • Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
Cara-cara :
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk
  2. Potong cili api dan bawang. Masukkan ke dalam mangkuk
  3. Letakkan beberapa sudu mayonis supaya telur jadi gebu
  4. Masukkan serbuk cukup rasa atau beberapa cubit kiub ayam bersama telur
  5. Gaulkan telur tadi bersama-sama bahan yang telah dimasukkan tadi
  6. Goreng telur tersebut sehingga berwarna keperangan sedikit
  7. Sedia untuk dihidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg