Tuesday, May 19, 2015

University Rules



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! How are you ? Hope you're fine there (tetiba speaking pula). Hihi. Benda ni sepatutnya nad dah share dolu dolu lagi. Masa nad masuk IPT. Tapi nak buat macam mana kan. Tak dan nak share kat sini. Masuk je uni, terus busy semacam atau sengaja membusykan diri. Macam-macam nak handle dan manage sendiri. Dengan culture shocknya lagi. Huhu.

But, now nad nak share some basic rules yang ada kat uni ni. Maybe tak semua uni pakai rules yang sama. Tapi basic maybe still sama. Boleh dijadikan reference dan guide buat adik-adik yang bakal menempuh ke alam universiti nanti (tak sukanya sebab kena sedar yang diri ni dah tua). In shaa Allah. Apa yang nad mampu, nad akan share kat korang semua.



Baju / top

Some IPT sememangnya mewajibkan student pakai pakaian formal. Alaa... pakaian macam orang yang kerja kat office tu. But, ada je IPT yang membenarkan student memakai pakaian casual juga. Macam kat uni nad, tak kisah la nak pakai apa pun janji sopan dan tak mendedahkan aurat. Means kau nak pakai baju kurung, jubah, dress, blouse, bf shirt atau kemeja pun boleh. Yang bestnya, nak pakai t-shirt busuk busuk (t-shirt yang pakai kat dalam rumah) pun boleh. Asalkan tak menjolok mata. Kalau nak pakai dress tu tak salah, tapi agak-agak la kot. Takkan nak melaram bagai. Nak pergi class je pun. Bukannya nak pergi annual dinner kena blink blink nampak vogue dan gojes. Lagi-lagi kalau budak engineering. Kitorang pakai pakaian yang simple dan sempoi je. Pakai baju kurung pun boleh dikira dengan jari (susah nak bergerak bebas ke sana ke mari waktu lab). Kalau kaum adam, better pakai t-shirt yang berkolar. Karang kena sound dengan lecturer, mahunya berdesing telinga korang tu.


Bottom (tak tahu nak sebut apa. bantai je la)

Kalau tak silap nad sesetengah uni, student tak dibenarkan memakai seluar jeans (maafkan nad kalau salah). Means kena pakai seluar slack yang macam seluar pergi kerja tu. Tapi kalau kat uni nad, boleh je nak pakai jeans sesuka hati. Skinny ka, booth cut ka, straight cut ka, branded ka, bundle ka, lantak hang la. Haha. Tak ada siapa nak larang dik oii. Pak guard pun tak ingin nak tahan kat tepi jalan. Haha. Biasanya kitorang just pakai seluar jeans je. Senang nak cari. Tak payah pening kepala bab seluar ni. Nak pakai skirt pun boleh. Tak ada halangan. Tapi peratusan yang pakai skirt tu tersangat la rendah (nad pernah je pakai skirt pergi class gara-gara malas nak pakai seluar). Rare kot kalau pakai skirt. Tak sesuai sangat dengan course engine yang tough ni. Hihi.


Kasut

Majority IPT mewajibkan student pakai kasut yang bertutup. Tak kisah la sport shoes, sneakers atau flat shoes asalkan bertutup. Kasut crocs tak dikira sebab ada lubang lubang. Better pakai sport shoes atau sneakers. Tahan lama sikit. Ye la. Kan nak berkejar ke sana ke mari, Meredah hujan panas. As student, kena la berjimat cermat. Takkan la kasut asyik nak berganti setiap bulan. Kaya tauke kasut oii. Kat uni nad, boleh je kalau nak pakai selipar atau sandal. Lepas tu, pandai pandai la korang cover. Nad pernah buat tapi waktu petang je la. Sebab waktu pagi pak guard rajin nak check kasut student. Haha. Pernah kena tahan dan kena lari balik ke kolej kediaman tukar kasut sebab pakai sandal. Dah la masa tu tengah lambat nak pergi class pagi. Spoil betul. Alhamdulillah. Semua lecturer nad tak kisah kalau pakai sandal atau selipar dalam class. Pak guard tu je yang over sangat. Kurang asam jawa. Kalau waktu lab, jangan nak menggatal pula nak pakai selipar atau sandal. Mahunya kena halau dengan lecturer nanti. Kihkih.


Additional

Kalau waktu lab, sesetengah IPT kena beli lab coat. Kalau uni nad, tak payah beli lab coat pun. Tak guna langsung. Jaket kan ada. Jaket tu dah macam pakaian rasmi kat UniMAP pula. Pergi lab pakai jaket uni pun dah cukup. Kata je pakai jaket tu wajib, tapi boleh je kalau tak pakai jaket waktu pergi class, lab dan final exam. Kalau kat main campus, better pakai jaket sebab ramai orang atasan kat sana. Jaket tu berguna nak halang korang daripada kesejukan kat dalam class yang entah ada berapa biji air cond dan tempat nak letak stationery masa final exam. Kalau rasa malas nak pakai dan panas, simpan je jaket tu dalam locker buat kumpul habuk. Kalau part beg dan tudung tu, optional. Nak pakai beg jenis apa pun boleh. Tak pakai beg lenggang kangkung ke class dan lab pun boleh. Korang nak pakai style tudung apa pun, pakai la. Tak ada orang nak kisah pun. Kalau ada yang nak judge, talk to my hand. Kahkah. Kalau ada extra class waktu malam, tak payah la menggatal nak pakai pakaian formal. Pakai pakaian yang simple dan casual sudah la. Class malam je pun. Lepas habis class, korang mesti tak sabar nak baring kat atas katil kan. Luls. Part matric card pula, sama je macam jaket. Kata je wajib tapi tak ada orang kisah pun. Nad just pernah pakai matric card gantung kat leher kononnya fefeeling macam pakai tie tu tak sampai sebulan pun (say no to skema). Lepas tu, simpan je dalam dompet. Bila pergi library atau exam hall, baru keluarkan sebab nak gunakannya.


Kenderaan

Usually, waktu sem 1 tak dibenarkan langsung bawa kenderaan sendiri even dah ada lesen sekalipun. Tak tahu kenapa. Maybe nak jaga keselamatan kot. Tapi bila nak dekat hujung sem 1 tu, dah ada orang start bawa kenderaan sendiri ke kolej kediaman especially motor. Pandai pandai la korang cover nanti. Then, kalau nak bawa kenderaan sendiri, kena isi borang permohonan terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa masalah kehilangan kenderaan korang tu, senang nak refer kat pihak atasan sebab dah ada permission nak bawa. Bawa senyap senyap macam tikus then kalau hilang, korang tanggung la sendiri. Menangis tersedu sedan la korang. Kalau kat sana, tak ada kenderaan sendiri pun boleh survive. Bas uni kan berlambak. Manfaatkan je la sebaik mungkin. Kalau nak senang, guna je perkhidmatan kereta sewa. Drive sendiri. Muahaha.


Perkakasan elektrik

Perkakasan elektrik dibenarkan bawa kat kolej kediaman seperti heater, seterika, printer dan laptop. Tapi kena beli sticker dari pihak kolej kediaman. Yang tak boleh bawa macam periuk nasi, kuali, dapur gas dan peti ais. Tak tahu kenapa la tak boleh bawa benda alah tu. Padahal takkan tak tahu yang semua tu dapat menjimatkan duit student. Boleh masak makanan sendiri kat kolej. Ada je student yang bawa barang haram tu ke kolej. Ye la, boleh masak tiap hari kat kolej. Tak payah beli lauk selalu. Dah bawa tu, kena pandai pandai la cover. Kalau kantoi waktu sportcheck, mahunya terbang RM 50 bagi 1 barang haram. Tu kalau bawa 1 barang je. Kalau bawa 2, 3 dan 4 barang, mahunya kaya pihak kolej. Mana aci. Nad just bawa heater, printer dan laptop ke kolej. Tanpa sticker pula tu (jangan dicontohi perangai nad ni). Nasib baik tak pernah kena sportcheck. Pernah je bawa extension then meletup. Nasib just meletup kat plug tu je. Habis rosak plug tak boleh guna lagi (bertaubat la nad oii). Baru nad tahu kenapa tak boleh bawa electrical things ni. Takut overloaded dan berlaku litar pintas. Mahunya meletup satu rumah kat kolej kediaman tu.



Decorating things

Kalau korang suka menghias meja study, dipersilakan. Boleh la hias meja tu sesuka hati mengikut kreativiti korang. Kalau macam nad ni, masa sem 1 je guna meja study yang disediakan. Siap berbalut, susun dan kemas buku dalam laci pula tu. Then, naik sem 2 dah jadi malas balik. Entah la. Tetiba rasa macam rugi je hias cantik cantik then sem depan kena tukar rumah lain. Macam membazir duit dan tenaga je. Lain orang, lain citarasanya. Nad memang tak kisah kalau tak ada meja study. Lebih prefer study kat atas katil atau lantai. Boleh buat aksi yang tak berapa nak sopan seperti kuak lentang, kupu-kupu dan so on la. Haha. Bagi la meja study besar mana pun kat nad, confirm jadi tempat letak buku je la. Kekadang rasa jealous kat orang yang suka dan rajin decorate meja study dia dan study kat situ. Kenapa la tak boleh jadi macam tu. Haihh. Dah habis sem, kena la cabut balik benda alah yang korang decorate tu. Tak ke rugi namanya. Penat penat decorate lepas tu kena tanggalkan balik. Kalau tak, kena saman la kau. Rumah tak bersih pun kena saman. Almari atau katil tak letak kat tempat asal pun kena saman. Semua benda nak disamannya la. Kejam betul. Huhu.


Setakat ni je la yang nad mampu share kat korang semua. Ni pun dah panjang lebar agaknya. Letak la berjuta rules sekalipun, sure nad takkan ikut 100% la. Budak jahat memang macam ni. Jangan dicontohi perangai senior yang childish ni. Kahkah. Apa apa pun, hidup kat alam universiti ni memang memerlukan tahap kesabaran dan kekuatan yang tinggi. Banyak cabaran yang menanti kat sana. Kena belajar survive sendiri for the future. Tak la jadi manusia yang tak reti nak independent dan asyik lemah je bila jatuh tersungkur (cakap kat diri sendiri). Hihi.

p/s : Waktu keluar masuk kolej kediaman nad just sampai pukul 11 atau 12 tengah malam je (tak berapa nak ingat la). Better sebelum register kolej tu, tanya kepada pihak pengurusan kolej sendiri.

Search Keyword





Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Tadi saje je menggatal nak check stats blog. Bosan punya pasal. Then bila sampai part search keywords, jadi la macam kat gambar atas tu. Tergelak kejap seorang diri (mudah terhibur). Haha. Rupanya ada orang yang tak boleh move on lagi dengan Hati Perempuan ni. Hihi. Just take your time, ok. Maybe search keywords tu disebabkan oleh entry INI. Maybe la. Assume je la macam tu. Kahkah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg