Sunday, August 4, 2019

Fried Enoki

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya hehe. Fuhhh lenguh kaki ni haa. Penat pi kenduri tadi pun tak hilang lagi. Biasa la kan. Dah lama tak keluar. 

For this entry, nad nak share pasal cendawan enoki. Haa? Apa tu? Maybe ramai yang tahu pasal cendawan ni. Cuma nad je yang noob sebab baru tahu pasal benda ni. Tahu makan je. Namanya tak tahu langsung. Ish ish ish. 

Cendawan ni boleh didapati di pasar raya seperti Tesco dan sebagainya. Nad beli cendawan ni for the first time sebab harganya yang murah. Nad beli hari tu RM 0.89 sebungkus. Terasa rugi pula sebab beli sebungkus je. Mama nad pula jenis yang tak suka beli cendawan ni sebab dia tak makan sangat. So nad pun ambil je la letak dalam troli sambil terfikir-fikir nak buat apa dengan cendawan ni. 

Then masa nak masak cendawan ni, nad bingung sekejap. Loading weh. Sel-sel otak macam tak berhubung je. Selalunya orang letak cendawan ni dalam sup. Tapi masa tu tak teringin nak makan sup. Takkan la nak main campak campak je dalam nasi goreng macam hari tu. Nad pun google la resipi yang berkaitan dengan cendawan ni. Majoriti orang akan buat goreng je.


Rupa cendawan enoki

So nad pun apa lagi, try je la goreng. Lagipun tak pernah buat lagi. Dah la macam terliur je tengok orang buat masa google google tu. Alhamdulillah, menjadi la juga. Rangup pun rangup. Sampaikan rasa tak cukup pula tu. Dah rasa menyesal sebab beli sebungkus je 😂

Bahan - bahan :

  • Cendawan enoki (boleh didapati di pasar raya seperti Tesco and so on)
  • Tepung serbaguna. Nad guna tepung Bestari je. Nak guna tepung yang lain pun boleh
  • Minyak masak
Cara - cara :

  1. Potong akar cendawan enoki dan basuh dengan air
  2. Masukkan cendawan enoki ke dalam mangkuk
  3. Masukkan beberapa sudu tepun serbaguna ke dalam mangkuk yang berisi cendawan enoki (nad main agak agak je. tak ingat letak berapa sudu) 
  4. Lumurkan cendawan enoki dengan tepung sehingga sebati (nak tambah sedikit air untuk melumur pun terpulang la) 
  5. Gorengkan cendawan enoki di dalam kuali sehingga berwarna perang keemasan
  6. Angkat cendawan daripada kuali dan sedia untuk dihidang

Inilah hasil dan rupa cendawan enoki goreng. Jeng jeng jeng. Maaf la kalau gambar tu tak semenggah mana. Lagipun nad pun still try nak belajar masak masak ni. Alang-alang tak kerja lagi kan 😌



Blogger Challenge #10


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Macam mana dengan weekend kali ni? Best tak? Mesti best kalau dapat pi jalan jalan kan. Spend time dengan yang tersayang hihi.

Untuk Blogger Challenge kali ni which is "If you could have any job in the world  what would it be?" Hmm macam payah juga nak pilih. Sebab sampai nad dah besar gajah macam ni pun, still simpan pelbagai cita-cita dari dulu lagi. Sekejap nak jadi tu la, nak jadi ni la. Berangan je la dulu. Tu je yang mampu hehe.

But for this Blogger Challenge, nad akan pilih untuk menjadi seorang influencer. Nad pilih nak jadi influencer ni bukan semata-mata nak famous tau. For me, nad nak at least spread positive vibes kepada orang ramai. Biarlah walaupun sometimes nad akan rasa down juga, asalkan orang lain sentiasa positif dan bahagia je 😇

Kalau dah jadi influencer, maybe boleh jadi model atau youtuber. Kalau bab modelling tu nad okay je. Cuma tak lawa la. Maklumlah tak cantik mana pun. Kalau part youtuber tu, nad teringin nak challenge diri nad supaya confident bercakap depan camera. At least boleh tambahkan self confidence bila depan public nanti. 

Maybe certain orang akan rasa "buat apa nak jadi influencer ni". Takut kena kecam la apa la. Tapi bagi nad, kerja macam ni bagus la juga. Boleh ajak orang lain berbuat kebaikan. Boleh tambah pahala juga kan 😊

You may read this :








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg