Tuesday, July 23, 2019

Blogger Challenge #3



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak teruskan dengan Blogger Challenge yang ketiga iaitu picture of your handwriting. Challenge ketiga ni sepatutnya nad buat semalam tapi entah kenapa la. Mood malas melanda hehe 😆

Dulu kan waktu kecik kecik dulu, nad selalu kena pantau dengan mama. Ye la, mama kan suri rumah. Lagipun dulu dua beradik je. So mama ada la masa nak check serba serbi pasal kitorang. Bila ada homework dari tadika, mama akan duduk kat tepi meja lipat tu semata-mata nak make sure yang nad siapkan homework tu. Mama quite strict waktu since dia yang jaga kitorang 24/7 kan. Kalau tulisan nad tak lawa, dia akan ketuk jari or tangan nad. Tak kisah la dengan pembaris ke apa ke. Masa dulu rotan tu ibarat benda wajib ada kat dalam rumah 😓

Bila masuk alam persekolahan, nad paling tak reti if kena tulis atas whiteboard kat depan kelas. Susah kot. Dah la tak ada line. Confirm senget benget. Bila naik sekolah menengah, setiap kali ada group presentation  nad selalu jadi orang yang kena tulis points kat kertas mahjung. Dulu presentation pakai kertas mahjung je. Tak adanya pakai slide bagai. Then mesti ada orang yang cakap 'besarnya tulisan dia'. Yes, nad admit yang tulisan nad bulat bulat dan besar. Sampaikan ustazah cakap macam tulisan komputer or macam print guna printer 😅 Nak buat macam mana. Ingat senang ke nak ubah tulisan haa. Budak kelas ingat nad pun sebab tulisan je hahaha.

Then, bila masuk universiti tu nak tak nak kena bermain dengan masa. Ada masanya tulisan tu lawa mana pun. Tapi boleh la. Asalkan boleh baca dengan jelas. Kalau ada exam yang melibatkan calculation, memang caca marba jadinya. Nak kejar masa kot. Kalau nak sangat jaga tulisan tu, ada soalan yang tak terjawab pula hehe.

Tulisan a few years ago. Subjek Communication skills waktu dip dulu

Tulisan ketika kelam kabut especially time exam

Current handwriting

You may read this : 


1 comment:

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg