Assalamualaikum w.b.t.
Holla, gais. Kali ni nad nak share sikit tentang produk yang sangat ajaib. Ajaib sangat ke?! Yes, memang ajaib. Sudah terbukti keajaiban produk ni. Ada main magic magic ke? Dak aih. Produk ni hanya menggunakan bahan ajaib iaitu bawang putih sebagai bahan utamanya. Ehhh bawang putih? Tak suka la. Bau busuk. Relax okay relax. Ni bukan bawang putih sembarangan tau. Bawang putih ni dapat melegakan penyakit yang memberikan ketidakselesaan seperti selsema, batuk etc.
Kenapa bawang putih?
Menggabungkan madu, bawang merah dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.
Sumber : SINI
Ternyata bawang putih ni banyak kegunaannya tau. Biasa la kan. Benda yang kita tak suka tu la yang memberi banyak manfaat kepada kita. Alaaa macam herba dan ulam-ulaman.
Ya! Jangan terkejut kerana bawang putih merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.
Bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau ‘vampire’ dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, America, Cina sehinggalah ke masakan Melayu sendiri.
Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan Anti Oksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.
Sumber : SINI
Nafas Selesa Dengan Gajah Baring Balsamo
Sesungguhnya produk ini dicipta untuk memudahkan penggunanya daripada menghilangkan ketidakselesaan ketika batuk dan selsema. Dengan adanya produk ni, kaum ibu ibu especially yang mempunyai anak kecil tak payah lagi bergegas dan bersusah payah nak tumbuk bawang putih bagai jika anak mengalami demam dan selsema. Gajah Baring Balsamo kan ada. Bam ini dicipta khas menggunakan bawang putih sebagai bahan utamanya. Gajah Baring Balsamo adalah satu produk istimewa untuk urutan kasih sayang seisi keluarga selain melembabkan kulit yang kering.
Ia juga dikenali sebagai Garlic Balm yang sangat diperlukan ketika cuaca yang tidak menentu. Dihasilkan daripada petua tradisi iaitu minyak bawang putih yang diamalkan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita dahulu menjadi Garlic Balm untuk memudahkan cara ibu-ibu moden menggunakannya terutama yang sibuk bekerja. Kenapa Garlic Balm ini memudahkan cara? Ini kerana para mommy tidak perlu lagi risau untuk berhempas pulas menyediakan minyak bawang putih. Balm ini boleh digunakan sepanjang masa jika dirasakan perlu.
Garlic Balm ini adalah berbentuk "solid", so risiko tertumpah adalah zero! Ia selamat digunakan untuk anak-anak kerana tidak mempunyai bahan kimia dan essential oil. Ini kerana essential oil tidak semestinya sesuai digunakan oleh semua orang. Garlic Balm ini merupakan minyak bawang putih sebenar kerana baunya adalah bau sebenar bawang putih. Dan ianya paling mudah unutk dibawa travel kerana saiznya yang kecil. Boleh diselitkan di dalam handbag.
Produk ini sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga warga emas. Wow! Maknanya Garlic Balm ini boleh digunakan oleh semua tanpa mengira usia.
Bahan-bahan yang digunakan
Extra virgin oil : Membantu melembabkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit.
Sunflower oil dan vit E : Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran dan kekurangan lembapan badan.
Beeswax : Memiliki sifat antiflamasi, antibakteri dan antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.
Garlic : Tumbuhan istimewa yang memberikan banyak manfaat dalam membantu memberi "NAFAS SELESA" keluarga.
Waktu penggunaan : Setiap kali selepas mandi pagi dan malam untuk keselesaan nafas dan tidur yang berkualiti.
Cara penggunaan : Sapu pada bahagian yang diperlukan dan urutkan perlahan-lahan secara bulatan. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
Comel je kan gambar di kotaknya 🐘
Pandangan tepi kotak Garlic Balm
Comelnya botol Garlic Balm ni. Kecil molek je
Disclaimer : Produk ini adalah natural tanpa bahan kimia yang berbahaya yang boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang. Selamat digunakan dengan kerap.
Harga promosi : RM 29.90 exclude postage
Postage : RM8 (SM), RM12 (SS)
Free gift termometer setiap pembelian terawal!!!
IG : gajahbaring_hq
Contact : +60187665694
Diedarkan oleh : ARS PURE SOLUTION
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)