Monday, August 26, 2019

Lauk Simple Simple Yang Mengenyangkan

Image result for cooking animated gif

Assalamualaikum wb.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semua orang sihat je la ye hihi. Monday blues tak tu? Lek lek. Next week dah start tak ada Monday blues buat sementara waktu. Syoknya woo. Tak sabar nak tunggu cuti.

Actually sometimes nad ni kan ada je mood nak memasak haa. Means masak sendiri tanpa bantuan sesiapa pun especially mama. Biasa la kan. Nad masih ingat lagi, first time nad sentuh kuali bagai waktu umur nad 15 tahun. Ye, tahu. Quite lambat. Tu pun goreng goreng nugget je. Tak adanya masak lama lama. Dulu punya la takut nak gunakan kuali. Sebab takutkan api! Entah kenapa la. Mama pula tak memaksa suruh masak bagai. Bebel tu ada la sikit sikit hehe. Lagi-lagi dulu nad punya la tak kisah pasal house chores ni. Nasib baik la masih boleh lipat baju kain dengan basuh pinggan. Kalau tak, teruk punya anak dara.

Then, bila mama abah keluar, sometimes tu terpaksa la nad masak juga. Kalau tak kebuluran la kitorang. Kesian kat adik-adik haa. Diorang pula jenis tak kisah. Apa yang ada, yang tu la diorang makan. Selalunya kalau mama abah keluar pi pasar atau kenduri kahwin, itulah masanya nad nak berperang kat dapur. Tapi yang annoying ada seorang tu complaint je tau. Tolongnya mana mahu. At the end, melantak juga lol.

So, inilah dua lauk yang selalu nad masak bila mama abah tak ada. Simple je aih. Tak reti lagi nak masak yang berkuah gulai bagai. Simple simple dulu je yang mampu. Boleh la kan daripada tak ada hihi.
Ayam masak sambal vs telur dadar my own version

Ayam masak sambal (versi berkuah)

Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam (tak kisah yang dipotong kecil kecil atau besar)
  • Tepun serbaguna (nad guna tepung Bestari je)
  • Bawang secukupnya
  • Cili yang telah dikisar
  • Bawang yang telah dikisar
  • Cili api yang telah dipotong (optional)
  • Garam or gula
Cara-cara :
  1. Basuh ayam dengan bersih dan lumurkan bersama tepung serbaguna
  2. Gaul sehingga rata
  3. Goreng ayam tersebut sehingga garing sedikit
  4. Angkat ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Biarkan ayam tu seketika
  5. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong
  6. Bila dah naik bau, masukkan cili dan bawang yang telah dikisar tadi
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit
  8. Masukkan gula or garam secukup rasa
  9. Kacau sehingga masak
  10. Bila sambal tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sambal
  11. Sedia untuk dihidang

Telur dadar gebu gebas

Bahan - bahan :
  • Dua biji telur
  • Cili api
  • Bawang
  • Mayonis
  • Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
Cara-cara :
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk
  2. Potong cili api dan bawang. Masukkan ke dalam mangkuk
  3. Letakkan beberapa sudu mayonis supaya telur jadi gebu
  4. Masukkan serbuk cukup rasa atau beberapa cubit kiub ayam bersama telur
  5. Gaulkan telur tadi bersama-sama bahan yang telah dimasukkan tadi
  6. Goreng telur tersebut sehingga berwarna keperangan sedikit
  7. Sedia untuk dihidang

Sunday, August 25, 2019

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama kot duk bookmark segmen. La ni baru check balik.. Baru dan nak join hihi. Jom la kita join segmen. Simple je syaratnya. Mudah pun mudah. Kita bagi meriah sikit 😁

Syarat-syarat :

1. Buat 1 entry tajuk : SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST
2. Tepek banner meriah dkt atas tu dgn back link kan ke entry ini.
3. Then tinggalkan link entry korang ke sini....

Kalau nk buat ayat2 pengasih / ayat2 sweet pun boleh..Terpulang..huhu


Siap...


Pemilihan ikut random or aku pilih sndiri je nnt.. (ikut mood)
20 blog akan dipilih.
Ade simple mistery gift jgk...huhu.

Korean Dramas That I'm Currently Addicted To

Image result for korean drama animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hehe. Actually entry ni dah lama stuck terperam kat dalam draft. Kalau dia hidup, mesti dia pun meronta-ronta minta dilepaskan hahaha. Korean drama? Siapa suka tengok korean drama, angkat tangan! Me! Me! Nad terjebak dengan korean drama ni masa tengah study diploma dulu. Quite lambat la juga. Orang lain dah terjebak since zaman Winter Sonata, My Girl lagi. Tapi nad agak ketinggalan kereta api pula hehe.

My first korean drama is Playful Kiss. Entah macam mana boleh stick tengok sampai habis. Padahal time tu tak minat korea lagi. Maybe sebab citer tu kelakar. Dah la hero handsome, heroin cute. Time tu dah terfikir dah tak nak tengok korean drama lagi. Tup tup tertengok juga. Sampai la ni. Eventhough ada juga masanya stop kejap. Ada je citer yang nad tengok half way. Tak dan nak habiskan.

So, nad nak share korean dramas yang nad tengah follow sekarang ni. Mana la tahu kalau korang boleh tersangkut sekali kan hihi. Here we go!

Hotel Del Luna


Image result for hotel del luna

Nad tengok citer ni sebab first episode dia, dah trending habis. Kiranya orang asyik duk cakap pasal citer ni. Nad pun masa tu tak sure sangat genre citer ni. So, try tengok la dulu. Why not kan? Maybe ada reason why citer ni boleh trending eventhough baru je start.

"Jang Man-Wol (IU) is the CEO of Hotel del Luna. The hotel is situated in downtown in Seoul and has a very old appearance. She made a big error many years ago and, because of this, she has been stuck at Hotel del Luna. She is beautiful, but she is fickle, suspicious and greedy.

Koo Chan-Sung (Yeo Jin-Goo) worked as the youngest assistant manager ever at a multinational hotel corporation. He is a sincere perfectionist. He looks level-headed, but he actually has a soft disposition. Due to an unexpected case, he begins to work as a manager at Hotel del Luna. The hotel's clientele consists of ghosts."

Sumber : SINI

Lepas je tengok first episode tu, nad boleh tahu kenapa citer ni boleh trending. Heroin dia IU kot. Peminat Scarlet Heart mesti kenal siapa IU. Dah la IU comel gila dan watak dia lain gila daripada yang biasa. Then, hotel yang pelanggannya ialah hantu? Tak pernah dengar kan? Pelanggan hotel tu semuanya hantu which is roh orang yang dah mati. Hotel tu kiranya macam tempat persinggahan sebelum diorang pergi ke syurga atau neraka. Dah la setiap episode tu membuatkan nad makin curious. Tertanya-tanya apa yang akan jadi nanti. OST dia semua nad boleh layan kot.

Level Up


Image result for level up korean drama

This is drama kedua Sung Hoon yang nad layan. Tengok pun sebab Sung Hoon yang handsome je. Dulu dia pernah berlakon dalam citer My Secret Romance. Romantic comedy something like that la. Watak dia dalam citer ni pun lain daripada kebiasaannya. Tapi still nampak macho juga hehe.

"An Dan-Te (Sung Hoon) is a director at Yoosung CRC, which specializes in restructuring companies. He does not express his feelings and he is a perfectionist at work. He seems cold-blooded. To save the game company Joybuster from bankruptcy, An Dan-Te is sent there and begins to work as their new CEO.

Meanwhile Shin Yeon-Hwa (Han Bo-Reum) is head of game development at Joybuster. She works on a new game, which can satisfy CEO An Dan-Te, but they come into conflict on pretty much everything."

Sumber : SINI

Walaupun watak Sung Hoon dalam citer ni agak cold hearted dan poyo sikit, tapi ngam la juga dengan heroin yang agak kelakar tu. Ye la, dia kan CEO.

I wanna hear your song


Image result for i wanna hear your song

Citer ni nad terjumpa bila scroll dalam apps. Disebabkan hero dia nad kenal, so nad pun tengok je la. Tak sangka best pula. Sebab ada unsur-unsur misteri sikit. Sebelum ni nad pernah je layan citer yang Yeon Woo Jin berlakon which are My Shy Boss, Queen For Seven Days, Nothing To Lose. Nad layan je citer ni walaupun Yeon Woo Jin tak famous mana pun hehe.

"A murder takes place. Hong Yi-Young (Kim Se-Jeong), who is a timpanist, does not remember what happened on the day of the murder. She is simple-minded and suffers from insomnia. Hong Yi-Young looks for a job. She happens to meet Jang Yoon (Yeon Woo-Jin). He is bad at singing, but is a pianist in an orchestra. To help with Hong Yi-Young's insomnia, Jang Yoon calls her every night. They try to find the truth about the murder.

Meanwhile, Nam Joo-Wan (Song Jae-Rim) is an orchestra conductor. He has charisma and showmanship. Ha Eun-Joo (Park Ji-Yeon) is a violinist in the orchestra. She is arrogant."

Sumber : SINI

Citer ni ada pasal music juga. Orchestra bagai. So boleh la dengar music yang best dari citer ni. Macam pergi orchestra in real life pula.

So kalau korang bosan, boleh la join tengok citer yang nad share haa. Best la juga. Sejak terjebak dengan kdrama ni, nad dah kurang tengok drama Melayu. Kalau tak dulu tu, kaki drama Melayu haha.

Saturday, August 24, 2019

Widget Baru Di Blog


Image result for youtube animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Just a quick and short entry one. Nad nak inform yang nad baru je tambah widget yang baru kat sidebar blog. Widget subscribe youtube. Since nad pun masih baru lagi dalam dunia youtube ni, so boleh la korang semua ringankan tangan tekan button subscribe tu tau. Actually channel youtube ni dah wujud lama dah. Setahun yang lepas. Gara-gara kena submit video presentation untuk intern. But, lately ni baru ada masa nak berjinak-jinak hehe. Tak salah kalau nak cuba something new kan? 😄

Blogger Challenge #13


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! It's Saturday. Happy weekend! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye hihi. Dah lama rasanya tak buat Blogger Challenge. Stop kejap hari tu sebab baru masuk kerja kan. Masih belajar nak manage time wisely.

Blogger Challenge yang ketiga belas which is "Three things that cross your mind a lot!" Hmm it's quite hard sebab I've got many things in my mind. Tapi tak apa. Nad share yang paling penting mengikut priority eh 🤭

Am I good and worth enough? 

Idk why tapi benda ni selalu nad persoalkan kat diri sendiri. Bukannya apa. Nad ni sometimes insecure terlebih. Padahal tak ada sangat pun. Yesss, perempuan kan. Of course complicated sikit hehe. Paling takut kalau nad give the best one for someone, but in fact tak pun. Means tak cukup bagus untuk orang tu. Tak ke rasa uselesss tetiba. Alaa tu pun kau tak boleh buat kan? At the end, nad akan rasa tu je yang nad mampu buat. Kalau dia tak rasa yang tu terbaik, means dia kurang rasa bersyukur la kot. Tak reti nak appreciate effort orang lain. Cehhh ayat nak pujuk hati dan positifkan diri sendiri.

Apa hala tuju career untuk masa akan datang?

As a matter of fact, this thing nad selalu fikir sampai sekarang. Ye la kan. Dah masuk alam pekerjaan kan. Paling takut, kalau dah start rasa bosan dengan kerja sendiri. Please, no no no. Rasa tak motivated tu biar sikit je yang ada. Tak boleh banyak banyak. Nanti berleluasa. I'm still wondering what I should for the next stage? Means kalau dah tamat masa untuk kerja sekarang ni (since it's a temporary position), nak kerja apa? Nak teruskan apply position yang related to my course or sambung kerja biasa biasa je dulu? Tak pun apply course untuk mengajar (jadi cikgu?).

Am I able to balas jasa mama abah someday? 

Nad paling takut kalau nad tak dapat balas jasa mama abah. Dah macam-macam diorang buat untuk nad. Since I'm their first diamond, of course diorang manjakan nad lebih sikit. Sikit je tau. Risau gila kalau nad tak mampu beri kesenangan kat diorang nanti. Ye la, dengan ekonomi yang tak menentunya. Tapi ada je kan the other ways untuk balas jasa diorang. Boleh je try slowly jadi anak yang baik dan solehah. Sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Berdoa moga dilimpahkan rezeki untuk mereka. 

Thursday, August 22, 2019

Songs Of The Week : Leraikan By Black (OST Kerana Dia Manusia Biasa)


Image result for kerana dia manusia biasa

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Lagu ni sebenarnya dah melekat dalam kepala otak ni haa. Semuanya gara-gara drama ni. Mula-mula tu nad follow la juga tengok drama ni. Lately ni malas pula nak tengok. Tak apa, mama kan ada. Dia boleh tengokkan hehe :p


Jiwa Ku termenung
Terima Peristiwa kita
Tentang Kau dengan dia


Ada Saja yang tak kena
Peritnya Perhubungan kita
Ku Tak sanggup lagi untuk bersama
Biarlah Aku yang tersiksa

Kau Tahu aku tahu segala gala
Sedangkan Kau berpura bermain cinta
Akhirnya Aku sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Kau Tahu aku tahu segala gala
Akhirnya Aku sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita

Wednesday, August 21, 2019

Hungry People Fresh Food Mart Pesaing Family Mart?

Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Hungry people? Pernah dengar tak? Hah, orang yang lapar? Tak la. Nama penuh (mengikut dalam IC?) dia ialah Hungry People Fresh Food Mart. Fuhhh panjang bebenor. Dah namanya mart. Mesti la nama kedai kan hehe. Hungry people ni macam ala-ala family mart la. Cuma lain parents hihi. 

Kedai ni baru je wujud rasanya. Sejak tahun lepas gitu. Nad pun almost terlupa kewujudan dia. Padahal ada je haa kat depan office. Tu la kau. Tak habis habis pi tempat yang sama je. Seriously, kedai ni betul betul terletak bersebelahan dengan Family Mart. Actually, plan asal nak makan ramen Family Mart yang baru je keluar tu. Tup tup macam tak ada je. Keluar la balik dari Family Mart tu. 

Then, nad masuk la kat kedai sebelah. Sumpah weh terkejut gila. Sebab apa? Sebab majority makanan dah habis. Barang yang dijual pun lebih kurang macam kat Family Mart. Round round la kat Hungry People tu. Nak tengok aiskrim dia yang famous tu. Alaa aiskrim daim la, oreo la, toblerone la. Tengok je la dulu. Pandang kat area sebelah, tetiba "eh, ada makanan lagi la". Rezeki la ni kot. 

Belek punya belek, nad grab la makanan tu. Untuk nad makan seorang. Perut pula minta diisi. Ternampak la ada sticker tertampal kat atas makanan. Ada 30% discount. Harga asalnya RM 6++ gitu. Tak ingat berapa harga asal. Tak apa tak apa. Kita bayar je dulu eh. Masa tengah scan tu, wow! Memang betul ada discount la. Jimat jimat. Expired date pula hari ni. Tak kisah la. Janji dapat jimat duit. 

Makanan yang nad grab waktu lunch tadi

Sticker pun comelnya lahai


My first impression, ingatkan tak kenyang makan benda alah ni. Sekali, amik kau. Kenyang nak mampuih. Menyesal ikut nafsu yang entah apa tu. Rasa dia ada masam masam sikit. Ayam dia banyak kot. Kalau kat Family Mart, nasi macam ni boleh cecah lebih RM 10 gitu. 


Gambar ihsan dari uncle google

Location :

No. 16G, JLN PJS 11/28, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Malaysia

14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Malaysia

For more info, click HERE

Wordless Wednesday : The Exact Order Of Skincare Routine


Assalamualaikum w.b.t.

Finally: This Is the *Exact* Order You Should Apply Your Skincare Products- Cosmopolitan.com

Tuesday, August 20, 2019

Quotes 6


Assalamualaikum w.b.t


Location : Somewhere at Kok Klang, Perlis
Quotes : 
"Never forget how wildly capable you are" 

Sunday, August 18, 2019

Tutorial : Edit Gambar Menggunakan Preset Lightroom


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Actually this entry dah lama terperam dalam draf. Berkurun lamanya. Sampai la nad dah siap video editing. Tapi tak juga publish hehe. 

So this entry nad nak share serba sedikit tentang macam mana nak guna preset Lightroom. Preset? Mesti ada yang pernah dengar before this dan maybe ada yang baru first time dengar kan. It's okay. Better late than never hihi 🤭

Apa itu Adobe Lightroom? 

Adobe Lightroom is one of the applications yang digunakan untuk mengedit gambar. Kiranya nak touch up balik bagi lagi cantik gambar tu. Apps ni free je. Available for PC dan mobile (support IOS & android). Most of photographer guna this app untuk edit gambar diorang. Sebab tu gambar nampak cantik dan lawa je 😁

Apa itu preset? 

"A way of saving a set of editing adjustments so that you can easily re-apply the same adjustments to multiple photos. These adjustments include things like exposure, contrast, highlights, shadows, whites, blacks, and pretty much anything else you can change on a photo in Lightroom."

Dalam erti kata lain, preset ni memudahkan kerja kita nak edit gambar. Tak payah edit balik satu persatu. Just apply preset tu dan adjust sikit sikit mana yang patut. Sesedap mata memandang gitu 😎

Sumber : SINI


Adobe Lightroom di playstore

Rupa Adobe Lightroom selepas dah install from playstore

Basically, this video shows the simplest way on how to install and apply Lightroom preset. Sorry la sebab tak dapat share screenshot satu persatu. Sebab nad rasa lagi senang kalau refer kepada video je hehe. Gigih juga nad buat video ni. Buat dalam masa beberapa jam je. 

Preset boleh didownload di SINI dan SINI. Jangan lupa like dan subscribe channel youtube nad tau. Sendu gila channel nad tu hahaha 😂

Saturday, August 17, 2019

2 Days For Interview Session



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! How's your weekend? Dah lama rasanya menghilangkan diri dari sini. Bila buka dashboard, pergh berduyun comments yang kena approved. Terima kasih la ye sebab sudi drop comments kat blog yang tak seberapa ni hihi 🤭

For your information, nad ada interview pada Selasa lepas which is on 13 August. Nad ada share kat previous entry. Pada hari Selasa tu pula, nad ada 2 interview. Kat Pasar Seni dengan Bangsar. Pagi pagi lagi nad gerak dengan abah ke Pasar Seni tu. Awal la juga nad sampai sampaikan sempat lagi makan roti hehe.

Then, 5 minit sebelum pukul 9 tu nad dah naik ke bangunan company yang first tu. Rupa-rupanya company tu merupakan recruitment agency. Sampai je kat sana, kena isi borang dulu. Staff chinese yang sambut nad pun peramah gila. Tunggu kejap then staff tadi tu pun interview la nad. Interview santai santai je.

Dia cakap yang resume yang nad send through website lagi better dari yang by hand punya. Hahaha nad ada lebih kurang 4 set resume yang berlainan. Yang nad bawa tu resume in 1 page only. Dia cakap lain kali bawa je resume yang lagi satu tu. Jimat ink sebab resume 1 page tu consume ink colour 😅 I thought interviewer suka resume yang ringkas ringkas je. Dia tanya la pasal background study, kenapa nak kerja dalam position tu eventhough tak related dengan course etc. Nad pun jawab dengan jujur je la kan. Siap boleh gelak gelak lagi dengan staff tu hehe.

Staff tu cakap setakat ni tak ada position yang sesuai dengan expected salary yang nad minta dengan location yang nearby dengan tempat tinggal nad. I was like "okay". Dia akan call if ada vacancy yang sesuai. Tup tup petang tu nad dapat call suruh pi interview kat PJ esok. Email pun masuk tapi nad tak check details pun. Just tengok dari notification je. Sumpah staff kat sana friendly dan ada effort nak bagi nad kerja juga.

Long short story, nad pi interview yang kat Bangsar tu lepas habis je interview kat recruitment agency tu. Nasib baik sempat masuk untuk 1st session. Masa nak pergi tu, tetiba nad perasan yang duit nad tercicir. Aduhh menyesal pula tak letak dalam purse. Letak dalam poket je. Call abah and then a few minutes later abah sampai semata-mata nak bagi duit kat nad je. Rasa terharu la pula sebab abah sanggup keluar dari office bagai. Then, nad pun gerak ke Bangsar naik LRT. Turun je LRT, jalan sikit dah sampai ke menara company tu. Sekejap je dah sampai.

Masuk je company tu, kena tulis details kat logbook. Isi application form and then mereput tunggu giliran. Tunggu punya tunggu, tiba juga turn nad. Interviewer nad kali ni staff perempuan Melayu. Nad punya interview session kejap je sebab nad make it short. Tak ada mood sangat sebenarnya. Interviewer cakap la kat nad yang nad sebenarnya bagus, bukannya tak bagus. Yang spoilnya nad ni A to A person. Bukan elaborative one la. Dah position tu pun nad tak berapa minat sangat. Main apply je. Rupanya position tu kena ada level critical thinking yang tinggi bila deal dengan client. Keluar je dari situ, nad dah redha habis dah sebab memang takkan dapat kerja tu hahaha 😌

Keesokan harinya, nad kena pi interview eventhough penat semalam tak hilang lagi. Nad gerak lambat sikit sebab interview pukul 9.30. Naik LRT dari Pasar Seni sampai PJ. Rupanya company tu dekat je dengan tempat intern nad masa diploma dulu. Memang dah familiar la dengan tempat sana. Unfortunately, nad stuck tunggu bas rapid KL lama sangat kat PJ tu. Sampaikan staff recruitment agency tu call nad tanya kat mana dan inform interviewer yang nad lambat sikit. Sumpah la cuak sebab nad jarang gila tak punctual. Terpaksa la korbankan duit pi naik grab. Nak cepat punya pasal 😪

Sampai je sana, nad tanya la kat akak receptionist tu. Baik gila akak tu. Staff yang sambut nad tu pun baik. Siap boleh borak borak lagi sementara nak tunggu bos department datang. Lepas je interview tu, ada test session la pula. Nasib baik nad boleh buat. Staff tadi pun tolong nad sikit. Terharu kot haha. And guess what? I've got that position. Position as temporary clerk / admin. Walaupun sementara je untuk 2-3 bulan, tak apa la.  As long as boleh bayar yuran convo nanti. Alhamdulillah. At least tak tanam anggur. Bosan kot tanam anggur lagi. Nad dapat tahu yang nad dapat position tu masa otw balik ke KL. That's why la nad menghilangkan diri lately ni. Busy kerja meh. Nanti nad share pasal kerja nad kat next entry ye. Hopefully ada la orang yang sudi nak baca. Sorry la kalau entry kali ni quite long 😂

Wednesday, August 14, 2019

Wordless Wednesday


Assalamualaikum w.b.t

Monday, August 12, 2019

Pray For Me, Okay?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Mesti best kan hari ni sebab cuti. No Monday blues hehe. This is maybe a quite short entry daripada nad. Btw, last week nad ada terima email macam kat bawah ni haa. 


Nad pun dah reply email tu. Esok nad akan drop by ke office. Hopefully dapat la kerja eh. Tak lama lepas tu, nad juga ada terima email dari company lain. Suruh datang interview. So alang-alang esok nad akan keluar singgah office tu, nad choose untuk datang interview company lagi satu tu esok. Senang sikit. Tak payah nak buang masa keluar rumah berhari-hari. 

Please doakan nad dapat kerja tau. Hopefully boleh la control nervous tu sikit esok. I'm still wondering kenapa la company yang tak ada kena mengena dengan course nad je yang send email. Yang lain semuanya takdak. Maybe belum ada rezeki lagi kot. Lagipun bidang nad banyak peluang kat kilang dan nad pun tak ready lagi nak kerja kat kilang hehe :) 

Saturday, August 10, 2019

Blogger Challenge #12



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar? Yeayy esok raya. Tapi nad tak balik kampung pun. Maybe duk rumah je haa sambil menggemukkan diri hihi 😊

I don't know why makin nak habis Blogger Challenge ni, makin liat pula nak menaip. Haippp tak mau la gitu. Kena rajin okay, dearself 😌

Blogger Challenge yang kedua belas ialah "Tell me : Are you a sensitive person?". Yes, I had to admit. Tak tahu kenapa la. Dulu punya la hati ni sado kental bagai. Lepas je something terjadi, teruih jadi fragile. Tapi, nad tak tunjuk sangat la. Acah sado and pretend to be fine.

Maybe it's one of my habit. Kalau terasa ke apa ke, lagi prefer diam je. Buat macam biasa. Tapi kadang tu terlepas la juga. Sebab tak tahan sangat. Tapi bukannya fully orang akan tahu. Sekarang ni pun, kena be careful kalau nak main twitter tu. Risau ada orang tu check dan tanya macam-macam 😏

Kalau orang tanya sama ada okay ke tak, nad pasti akan jawab okay je. Kalau ada masalah, prefer pendam dan settle sendiri. Sebabnya dah terbiasa. Kalau terasa, diam je. If bersuara, macam-macam boleh jadi. It's better to avoid any fights occur. Kalau terasa dengan boypreng pun sama. Diam je and then slowly pujuk diri sendiri. Kalau dia tahu, menyusahkan dia pula. Mana dan lagi nak pujuk comfort kita bagai kan 😂

Nad boleh jadi sensitive person over a small things especially bila nak dekat bulan mengambang. Faham faham je la. Dengan overthinkingnya. Benda kecil remeh temeh pun boleh buat sentap. Bila dah cool balik, terasa bodoh pula sebab terasa sebab benda kecil je. Menyesal tak sudah hahaha.

You may read this :









Friday, August 9, 2019

Update : Barang RM 1 Dari Shopee



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Entry ni merupakan updated entry yang lepas. Boleh refer SINI. Finally, barang RM 1 Shopee nad dah sampai kesemuanya. Alhamdulillah, semuanya berada dalam baik je 😁

Seperti yang sedia maklum, Shopee mengadakan Shocking Sale yang juga menawarkan RM 1 untuk selected items. Items ni hanya ditawarkan pada waktu tertentu sahaja. Barang RM 1 biasanya akan ditawarkan pada 9 am, 12 pm, 4 pm, 8 pm dan 12 am pada setiap hari. Kalau nak tahu barang apa yang ditawarkan, rajin rajin la check Shopee ye 😎

Setiap item akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk delivery. Ye la kan, dibawa khas dari China kot. Nak benda murah, kena la banyak bersabar kan. Tak payah la risau kalau kena tipu ke apa. Sebab selagi kita tak tekan button "Received", Shopee takkan lepaskan duit kita tu kepada seller. Kiranya secure la sikit 🤪

Meh la kita tengok barang apa yang nad beli. Alaaa shopping barang RM 1 je yang mampu dulu hehe ☺️



Universal Mini Stand Tripod Mount + Stand Holder for iPhone 6 Smart



Mini tripod untuk phone. Saiz dia kecil comel je. Alhamdulillah, nasib baik muat. Risau juga kalau tak muat satgi. Next time boleh beli bluetooth tripod pula. Senang sikit nak bergambar 🤭



Ready Stock❤️ Unicorn Leopard Cartoon Bag Translucent Student Plastic Storage Bag

Nad beli benda alah ni sebab ada gambar unicorn je. Peminat unicorn kan. I've no idea nak buat apa dengan benda ni. Dah beli baru rasa menyesal huhu. 



2-In-1 Lightning Micro USB Fast Charging Cable for iPhone Android Phones

Cable ni nad terpaksa beli. Gara-gara cable original nad dah rosak. Tak sampai setahun kot pakai phone ni, cable dah rosak. Ganas betul kan dia ni. Ish ish ish. Yang bestnya, cable ni 2 in 1. Untuk android boleh, untuk iphone pun boleh. Siap ada cap sekali (confirm ada yang hilang satgi). Lagi senang nak guna. Boleh transfer data sekali. Nasib baik cable ni bukan slow charging. Sebab ada orang review kata not fast charging. Tapi bagi nad, okay la tu. Tak ada la slow sangat. 





Sling bag ni nad beli sebab comel sangat. Lagipun nad takdak lagi beg saiz macam ni. Yang nad ada cuma handbag yang boleh sumbat mak nenek segala. Nak juga merasa beg yang lebih kecil sedikit. Tali dia agak kecil dan kena ikat sendiri. So kena berhati-hati sikit kalau nak pakai. Jangan sampai overload. Nanti rosak atau putus pula kan 😂

Tips beli barang kat shopee :

Better sebelum proceed to payment tu, redeem Shopee coin atau guna Shopback. Untung sikit. Kalau redeem Shopee coin, dapat la diskaun sikit. Jadi la kan daripada tak dapat apa. Kalau guna Shopback, akan dapar cashback based on berapa percentage yang ditawarkan oleh apps tu. Sikit sikit lama lama jadi bukit. 

Thursday, August 8, 2019

Blogger Challenge #11


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama rasanya tak tulis pasal Blogger Challenge. So, let's start okay. Blogger Challenge yang kesebelas ialah "Share : A difficult time in your life". Setiap orang mesti pernah melalui saat-saat yang sukar dalam hidup kan? Macam tipu je kalau tak pernah kan hehe.

For me, saat yang paling sukar ialah kena struggle untuk study. Tipu la kalau tak pernah rasa give up tu. Especially masa degree. Dah banyak kali kot nad terfikir nak quit je. Tapi ada someone tu yang larang. Kita pun ikutkan je la. Kentalkan hati yang tak berapa sado tu hihi.

Seriously, diploma dan degree tu berbeza sangat. Waktu diploma boleh tak study untuk mid term test dan quiz. Tapi kalau degree, tak boleh woo. Nak tempah maut ke apa. Mahunya carry mark rendah nanti. Dah la final exam soalan dia macam apa je. Final exam pula ibarat jadi zombie. Tak cukup tidur tu dah biasa. Teguk nescafe semata-mata nak stay up tu normal.

Eventhough nad ni tak berapa pandai macam orang lain (dean list every semester), tapi alhamdulillah nad dah berjaya habiskan study juga. Lega tu bukan main lagi. Ada je plan nak sambung master tapi kena postpone dulu. Kena financially stable dulu. Ada sebabnya Allah tarik nikmat pandai tu dari nad. Kena belajar untuk lebih bersyukur lagi. Tak lagi seperti dulu. Masa sekolah selalu jadi top 20 kat dalam kelas. Naik je SPM result exam slowly drop. Effect dia sampai la sekarang. Tak apa tak apa. Allah is the best planner 😊

Giveaway-01 by Ematunz


Assalamualaikum w.b.t.

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Wednesday, August 7, 2019

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel



Assalamualaikum w.b.t. 

Syarat-syarat :

  • Follow blog ini.
  • Add Facebook MadamCaramel dan Like FB Page MadamCaramel
  • Subscribe Channel Youtube Madam Caramel (kalau takde salah satu, it's okay)
  • Follow Instagram Madam Caramel (jika ada Instagram)
  • Buat entri bertajuk 'Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel '.
  • Copy banner di atas dan backlink ke entri ini.
  • Tinggalkan URL entri anda di ruang komen di bawah.
Setiap penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist di Madam Caramel selama 3 bulan.

Jom kita sama-sama meriahkan segmen ini dengan mengajak rakan-rakan anda.

Itu sahaja untuk hari ini. Selamat berkenalan.

Tarikh penyertaan:
05 August 2019 - 30 August 2019

Tuesday, August 6, 2019

When I'm Bored


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Happy Tuesday. Sedar tak sedar. Tak lama lagi nak hari raya Aidiladha dah. Cepat kan masa berlalu 😅

Hari ni quite busy la juga for me. Sebab apa? Sebabnya kena layan Aidan si budak kecil haa. Dah la lasak semacam. Tak makan saman pula tu. Macam ni la kalau budak tengah membesar. Semua benda nak try hehe. So sambil sambil tu kan, nad pun try la edit gambar sikit sikit. Ye la, bosan kot. Si Aidan tu bukannya nak main dengan orang sangat. Dia lagi prefer main sendiri. Nak rasa bebas berlari ke sana ke mari 🤣

So kat bawah ni hasil nad edit tadi. Fuhhh quite challenging juga. Sebab memerlukan kesabaran sikit. Tapi tak apa tak apa. It's one of my passion. Slow slow je dulu. Hasilnya maybe nampak macam biasa biasa je. Ye la, just follow the trend. And then explore sendiri kat apps picsart. Actually picsart function dia lebih kurang macam photoshop dah. Cumanya nad tak habis explore lagi. Tak apa la. Slowly but surely, right? 🤭

Theme : Rainbow (kot?) 

Theme : Vintage retro 

Boleh la drop your comments. Share your opinion. Mana tahu ada yang nad perlu improve ke hehe 

Monday, August 5, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Sempena bulan kelahiran Shu, Shu "mengistiharkan" giveaway ke-tiga bermula pada detik kelahiran Shu iaitu 04/08 6.16 pagi hingga 22/08/2019 6.16 pagi. Pemenang akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08).


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga & Keempat :
(akan diberitahu kelak)



jom support Shu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg