Thursday, May 7, 2015

All About Diploma Computer Engineering



Credit to HERE

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Result UPU dah keluar kan ? So dah decide nak further study kat mana ? Bagi sesiapa yang berjaya dapat UPU tu, congratulation. Yang tak dapat tu, jangan la bersedih. Rezeki ada dimana-mana sahaja. Lain orang, lain rezekinya. Yang penting, always cari peluang untuk belajar. Belajar kat mana-mana pun boleh. Usaha tu yang paling utama sekali. Janganlah asyik bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tu menyeksa diri namanya. Sebab tak ada self confident. Chill, babes.

Memandangkan nad pernah buat entry pasal universiti yang terchenta (UniMAP), so this time nad nak cerita pasal course yang nad ambil sekarang iaitu Diploma Computer Engineering. Maybe ada yang di luar sana yang dapat course CE ni tapi masih blur blur lagi pasal course nad ni. Tak apa. Meh nad share sikit setakat mana yang nad mampu. At least korang semua akan dapat pencerahan sikit. Hihi.

Image result for computer engineer


Intro

Course CE ni agak penting la juga memandangkan environment sekarang yang semakin berkembang pesat. Demand terhadap pakar-pakar IT dan teknologi ni semakin diperlukan. Pergi la kat mana-mana sekalipun, pasti akan menggunakan teknologi dalam urusan seharian. Sebagai contoh, penggunaan komputer. Computer Engineering ni sebenarnya 1 program di bawah School of Computer & Communication Engineering (gabungan Computer dan Communication Engineering). Computer Engineering ni actually gabungan antara Computer Science dengan Electrical & Electronic. No wonder la why nad ada ambil subjek yang berkaitan elektrik elektronik sikit. Just basic je. Course ni juga merangkumi hardware dan software. Hardware tu contohnya macam penggunaan litar elektrik, digital system dan sebagainya. Software tu macam penggunaan coding untuk design website or database, penggunaan aplikasi software dan sebagainya. Empat cabang penting yang menjadi asas dalam kejuruteraan komputer ialah sistem terbenam (embedded system), pemprosesan isyarat digital (digital signal processing), sistem komputer dan sistem logik. Rasanya kalau kat universiti lain sama je basic CE ni tapi subjek tu maybe berbeza sikit dari apa yang nad ambil.

Course code

R2404

Syarat kemasukan




Subjek yang diambil










Subjek teras CE ni yang ada code DKT means diploma komputer teras. Yang lain tu semuanya subjek wajib universiti. Gred untuk lulus bagi subjek teras dengan subjek wajib universiti pun lain kalau kat uni nad ni. Kokurikulum (unit uniform) pun wajib disertai. Sebab ko-k ni termasuk dalam pointer juga.

Siapakah yang patut apply course ni

Sesiapa sahaja yang mengambil aliran science tak kira la pure science, sains agama ataupun sains teknikal. Sebab basic Physics tu penting. Macam masa sem 1, nad kena ambil Engineering Physics dengan Add Math. Bidang engineering ni memang takkan dapat lari daripada Physics atau Add Math. Sebab tu la orang kata engineering ni quite tough and killer sikit. Sesiapa yang berminat dengan coding atau programming, circuit calculation, networking, hardware mahupun software digalakkan apply course ni.



Lecturer

Lecturer pula tak la ramai sangat kalau nak dibandingkan dengan degree. Cukup la dengan bilangan student diploma. Cara pengajaran lecturer pun lain-lain. Depends on lecturer la. Tapi yang pastinya kesemua lecturer nad baik-baik belaka dan senang nak berunding. Diorang pun selalunya akan bantu student bagi lulus paper subjek diorang. Diorang pun sanggup korbankan masa semata-mata student je. Kalau ada apa-apa masalah, boleh je refer kepada diorang terus. Sama ada contact lecturer atau pergi ke pejabat diorang di main campus memandangkan class berhampiran kolej kediaman je (kolej cawangan).


Coursework & final exam

Coursework kat uni nad dalam nisbah 1:1. Means coursework 50% dan final exam 50%. Kira seimbang la tu. Coursework tu merangkumi test, quiz, assignment dan lab report. Test pula terbahagi kepada theory test dan lab test. Test pula depends kepada lecturer la nak buat berapa kali. Tapi kebanyakan lecturer akan buat test 2 kali (before / after mid sem dan before final exam). Assignment pula sama ada assignment bertulis, mini project ataupun presentation. Kalau coursework yang dapat tu rendah sangat, kena la struggle habis habisan kat final exam. Normal la tu.

Facilities


MKP, MKQ & MKY - Lab student diploma

Memandangkan lab yang ada kat Jalan Sarawak tu dah berpindah ke main campus (Pauh Putra), so semua lab ada kat Pauh. Tu pun tumpang bangunan school lain kat Pauh memandangkan school nad tak ada bangunan sendiri (tak bina bangunan sendiri lagi). Yang terdekat cuma ada kat Kampung Wai yang merupakan kolej kediaman degree (seberang kolej kediaman diploma). Tu pun tak sure la next sem lab kat Kampung Wai still digunakan atau tak. Peralatan kat lab semuanya serba-serbi lengkap dan canggih. Ada yang tak pernah jumpa pun ada. No wonder la kekadang tu jadi excited dan jakun sikit. Haha. Class pula dekat dengan kolej kediaman je. Keluar je pintu pagar kolej, dah nampak class. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun.



Peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan komputer semakin meluas memandangkan banyak syarikat pada masa kini mengaplikasikan konsep digital dalam peranti elektronik mereka. Cuba lihat syarikat mana je yang tak pakai teknologi dan komputer. Selain menjadi engineer, seseorang yang ambil course ni boleh mempunyai kerjaya seperti technician, lecturer, website designer, pakar IT, pakar network, pereka software dan sebagainya. Course ni juga boleh membuatkan kita jadi ahli perniagaan dengan membuka perniagaan design software, website, repair computer dan sebagainya.

Sebelum apply UPU 2 tahun lepas, nad ingat CE ni macam course multimedia tu. Alaa... design something guna software seperti photoshop. Bila dah masuk uni, baru tersedar yang nad tersilap pilih course. Sadis betul. Wuwuwu. Tu la. Tak nak buat research dulu sebelum apply. Tak apa. Redha je la. Just follow the flow. Nasib baik ada la juga subjek yang nad suka. Kalau tak, memang payah sikit nak bawa. Hihi.

Nak tahu pasal UniMAP, klik SINI

What I Grab From KLIBF 2015



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Walaupun story ni dah expired, tapi nad tetap nak share juga. Ketegaq betul budak ni. Haha. Seperti tahun yang sebelumnya, nad pasti takkan lepaskan peluang pergi International Book Fair Kuala Lumpur. Tak pernah miss lagi since form 2. Lama juga kan. Kalau dulu, nad pergi dengan rombongan batch nad. Sekarang dah lain. Sebab dah habis sekolah. Tetiba rindu nak jadi pelajar sekolah balik. Sob sob.

Lepas je SPM, kena pergi pesta buku tu sendiri. Means pergi dengan kawan-kawan atau family. Kalau tak ada kawan, baru nad paksa abah drive ke sana. Teruk betul kan nad ni. Haha. Kalau pergi dengan kawan-kawan, usually naik train je. Senang dan jimat. Straight terus ke Putra. Tak payah tukar train bagai. Tambang pun murah. Baru RM 3.10 sehala. Kalau pergi balik baru RM 6.20. Even mahal sikit kalau dibandingkan naik bas awam, tapi lebih selesa dari naik bas. Lupa diri ni. Padahal dah selalu naik bas uni dulu. Hihi.

Kalau pergi sana tak sah la kalau tak memborong. Orang tu tak payah cakap la. Of course la ramai. Lagi-lagi nad pergi waktu hari biasa. Memang banyak rombongan budak sekolah kat sana. Tapi tahun ni macam tak berapa nak sesak sangat seperti tahun sebelumnya. Maybe sebab nad gerak lewat kot. Nad sampai kat sana dalam pukul 1 macam tu last week. Meh, nak share sikit apa yang nad sambar dari sana. Kaki novel dan ulat buku memang tak boleh lepaskan peluang keemasan macam ni. Kahkah.



See ? Total semuanya 11 buah buku. Paling banyak nad pernah beli kat sana setakat ni. Kihkih.


Booth Karya Seni


Hati Perempuan (Nur ain Al-Abbas), Protect The Boss (Ellyne Alyana), Encik Gula Under Age ? (Qistina Alya)


Booth Buku Fixi


Sumbat (Faizal Sulaiman), Awek Chuck Taylor (Nami Cob Nobbler), Coklat (Yoana Dianika)


Booth Kedai Buku 1 Malaysia



Hidangan 15 Minit (Chef Fazalina), Misi 4 Flat (Afiq & Nazry)


Booth Pustaka Al- Azhar



Ahmad Ammar (Abdul Latip Talib), #Henshin (Aiman Banna), Tarbiah Sentap (Adnin Roslan)


Dalam banyak banyak booth, booth Karya Seni yang paling selesa bagi nad. Sebab dalam dewan khas yang ber'aircond' dan berkarpet. Kaunter pembayaran pun banyak dan selesa. Nak pilih buku pun senang sebab diletakkan atas rak. Tapi, yang sedihnya nad tak dapat beli novel Dia Isteri Luar Biasa, buku Ikhwah Pakai Jeans by Inche Gabbana dengan buku Hijabista Hijrahsista : Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung gabungan tulisan daripada Heliza Helmi, Felixia Yeap, Diana Amir, Irma Hasmie. Novel Dia Isteri Luar Biasa tu dah puas nad tawaf kat dalam dewan Karya Seni tu tapi tak jumpa jumpa juga. Buku Ikhwah Pakai Jeans tu memang tak teringat dan tak jumpa pun. Buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung tu nad baru sedar kewujudannya bila nad teman twin nad beli buku kat Pustaka Al-Azhar tu semula. Ishh.. Terkilan pun ada. Tak apa la. Tak ada rezeki la tu.

So, tamatlah sudah riwayat Baucer Buku 1 Malaysia nad kat PWTC tu. Nad spend just 3 keping baucer je yang bersamaan RM 150. Tu pun total keseluruhan harga semua buku-buku tu RM 150++ sebab nad tambah guna duit nad sendiri. Tak sure tambah berapa ringgit sebab masa tu dah tak kisah apa sangat. Excited shopping tu. Haha. Tak sia-sia usaha nad ikat perut dan jimat duit sebelum sem break ni. Dapat la beli macam-macam buku. Dalam banyak banyak buku ni, hanya novel Hati Perempuan dengan buku Misi 4 Flat je nad dah khatam. Ada yang dah berusik tapi stop dulu kejap. Harap next year nad dapat la  BB1M lagi. Boleh memborong lagi. Kihkih. 


Jom Join Ceria 1st Giveaway!



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog ini.                                                 
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!                                                                      
  3. Letak banner di bawah dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.                                                                                                    
  4. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.                                                                        
  5. Setelah selesai menaip post tersebut, komen di entry blog ini.                                                               
  6. Kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) & kelebihannya, kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.                                                                       
  7. Tarikh tutup giveaway ialah pada 12 June 2015.                                                                                     
  8. Pemenang akan dipilih melalui random.org

Mangsa tag :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg