Sunday, January 31, 2016

New Blog Template Design For 2016


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama tak menceceh. Lately ni semakin busy gayanya. Banyak document yang perlu diupdate. Biasa la kalau tengah bekerja. Lagi sebulan je lagi nad akan habis internship. Yahoo! Lepas ni akan bebas sebebasnya. Tak sabarnya nak habis. Nak jumpa classmates dan roomates lagi. Nak pergi short vacation. Tak ada lagi stress menghadap kerja tasks yang menimbun kalau ada. Kalau tak ada tasks, memang free habis la. Mereput je memanjang. Hihi.

So, korang semua perasan tak perubahan blog nad ni? Mesti perasan kan? Amacam? Ok tak? Sengaja je nak berubah angin. Bosan menghadap design blog yang lama. Design template yang sekarang ni nad order dari Rrai. Gabungan warna merah, hijau dengan cream. Maybe agak pelik la gabungan warna tu. Tapi, I don't care. Warna favourite nad tu. Memang sangat berpuas hati la dengan hasil kerjanya. Kalau dulu nad yang edit blog ni sendiri. But now, apa salahnya order daripada orang lain kan. 

Lagipun kalau nad nak edit, agak limited sikit. Sebab tak pakai Photoshop. Jenuh berpuluh kali install Photoshop, tapi tak pass juga kat laptop. Maybe kena tukar laptop baru kot. Mentang-mentang la laptop ni laptop zaman Paleolitik (bluetooth pun tak ada). Windows pun windows 7 lagi. Million thanks to Rrai sebab berjaya create design template yang memuaskan hati nad ni. Mesti penat dia layan kerenah nad yang agak cerewet tahap ke berapa entah. Semoga perniagaan awak ni bertambah maju. Amin. Kalau korang nak design template blog yang awesome macam ni, boleh la order kat Rrai. Dia bagi dengan harga kasih sayang lagi tu.



BEFORE











AFTER


p/s : Banyak lagi yang nad kena godek-godek. Macam ada benda yang hilang dalam blog ni.

Monday, January 25, 2016

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais


Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Apa kata kalau tak tahu nak buat apa tu, mari la join segmen. Support la sikit. Of course la nad kena support orang yang beri header blog ni. Kihkih. Jom la join. Terlepas nanti menyesal la pula. Hahaha.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30

Image result for anugerah juara lagu 30

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 24 Januari 2016 (semalam) telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-30 yang menyaksikan 12 finalis berentap untuk mendapatkan gelaran juara. Anugerah ini diadakan tak lain tak bukan di Stadium Malawati, Shah Alam dan dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana. Mesti korang semua nak tahu senarai pemenang kan? Berikut merupakan senarai pemenang bagi AJL kali ni.

  • Juara: Akim & The Majistret (Potret)
  • Naib juara: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
  • Ketiga: Caliph Buskers (Hanya namamu)
  • Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak pernah menyerah)
  • Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)

Semua finalis menunjukkan persaingan yang sengit antara satu sama lain. Kalau nad kan, tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya bagus bagus belaka. Tapi yang buat nad terkejut, nad tak expect pun yang Aepul (vokalis Drama Band) boleh tarik suara dia tinggi sebegitu. Memang salute la kan kat dia walaupun dia tak menang. Apa-apa pun, tahniah kepada semua finalis dan pemenang. Anda dah melakukan yang terbaik untuk menghiburkan kami semua.


Wednesday, January 20, 2016

Hafidz Roshdi


Assalamualaikum w.b.t.


Holla, guys ! Tetiba je nad terasa macam nak check search keywords blog nad yang kerdil ni. Mana la tahu boleh dapat idea nak buat entry. Hahaha.

Mula-mula tengok tu rasa macam nak tergelak je. Why?! Sebab ada juga yang search "Cerpen pakai shawl" kat blog ni. Memang tergelak habis la. Tak pernah lagi dengar orang buat cerpen pakai shawl. Maybe nad la orang yang first kan. Mana la tahu kan. Hahaha.

Yang menarik minat nad, pasal gambar Hafidz Roshdi. Ehh macam tahu tahu je nad minat kat dia tu. Tak ada siapa yang tahu pun pasal ni. Korang ni sengaja je kan. Nak usha juga Hafidz Roshdi tu. Aih tahu la dia handsome plus cute. Baru je popular melalui drama Aku Pilih Kamu yang baru ditayangkan tu. Pegang watak sebagai lelaki ego pun still cute. Apa ni?! Especially bila  ber'saya awak' dengan Qasya tu. Aduhh cair la ramai perempuan kat luar sana tu. Meh nad cairkan lagi hati korang tu dengan gambar-gambar HR yang stunning, handsome dan cute tu. Jaga-jaga. Jangan ada orang yang jealous pula. Hihi.


Image result for hafidz roshdi
Image result for hafidz roshdi


Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Ok dah la. Setakat sampai di sini je la. Ni pun dah berlambak gambar dia kat sini. Karang ada orang tak berhenti meroyan pula. Hahaha.



Tuesday, January 19, 2016

Craving Nak Makan


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Pernah tak korang tetiba terasa nak makan something? Kiranya macam craving la tu. Kalau tak dapat, rasa macam loser sangat sebab tak dapat puaskan selera tekak ni. Haha. Nad selalu je jadi macam ni. Tetiba nak makan itu nak makan ini. Especially kalau tengah PMS. Faham faham je la. Hormon tak stabil.

Rupa-rupanya ada sebab kenapa tetiba kita teringin nak makan itu ini. Itulah perempuan. Hobi makan tapi tak nak gemuk. Bila dah gemuk sikit, complaint pula. Haha.






p/s: Tetiba terasa nak makan maggi goreng dengan Auntie Anne's yang sedap tu. Hantu maggi memang macam ni

Friday, January 15, 2016

Alhamdulillah. Finally Got My Parcel From Zalora !


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. How are you? Hihi. Actually dah lama nak share pasal benda ni. Tapi biasa la kan. Entry ni biar terperam dalam draft je dulu. Mesti korang pun suka peram entry lama lama dalam draft kan? Baik mengaku cepat. Haha.

Baru baru ni dapat invitation collaborate dengan Zalora Malaysia. Alhamdulillah. Dah 2 kali nad dapat invitation. And as usual la, mesti nad tak perasan email invitation tu ada dalam inbox. Sebab jarang kot buka email. Nasib la nad perasan bila buka inbox. Kalau tak, melepas la kau. Huhu. Nasib baik nad dapat jawapan daripada pihak Zalora walaupun nad lambat reply email diorang tu. Tu maknanya ada la rezeki tu. Tapi yang first time nad collaborate dengan Zalora tu, parcel nad kena return balik sebab nad tak ada kat rumah. So, I pun redha je la. Huhu.

So, ni la barang-barang yang nad purchase menggunakan voucher code RM100 daripada Zalora tu. Barang yang nad nak waktu first collaborate tu ialah kasut Platform Round Toe Derbies tu. Nad pula dapat idea yang agak bernas. Untuk kali kedua ni, nad order la balik kasut tu. Bijak bijak bijak. Walaupun nad dah rugi 1 item. Tapi tak apa la. Asalkan dapat kan. Ye ke idok?

Woot woot. Parcel dah sampai


Sandblast Glitter Sneakers

Uishh blink blink gitu mengalahkan mak datin

Platform Round Toe Derbies

Lately ni tetiba je tak boleh tengok kasut. Mesti rasa geram nak beli je. Padahal dulu bukan main payah nak beli kasut. Kasut pun ada berapa pasang je. Tak apa la. Boleh buat collection kasut lepas ni. Acah acah hipster kejap walaupun tak pun. Haha. Kalau nak baca entry nad pasal Zalora, boleh klik SINI dan SINI. Thank you, Zalora. Lain kali beri la invitation lagi. Kecil tapak tangan, stadium bola nad tadahkan (padahal tapak tangan memang kecil pun). Hihi.

Thursday, January 7, 2016

Trend Pakaian Muslimah Remaja Yang Terkini


Fesyen Pakaian Muslimah Remaja

Being a Muslim tidak bermakna anda tidak boleh mengikuti trend fesyen terkini. No no no ! You’re totally wrong. Untuk tampil bergaya juga tidak bermakna anda harus memakai pakaian yang terdedah atau seksi meksi yang menyeksakan bebola mata melihatnya. Haha. Anda hanya perlu bijak memadankan koleksi pakaian anda dan bergaya dengan kombinasi pakaian yang betul. Mix and match tu penting tau. Khususnya untuk golongan remaja, kini terdapat banyak koleksi pakaian Muslimah yang trend dan moden yang boleh acah acah hipster chipster tu boleh anda temui di pasaran seperti berikut:


Gaya yang paling ringkas adalah kombinasi jeans dan t-shirt serta pemakaian outerwear di bahagian luar. Walaupun tampak ringkas, namun ia merupakan gaya fesyen yang terbaik dan sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja. Nad selalu la juga pakai macam ni bila dah datang mood malas yang menggunung tu. Jeans or seluar slack tu wajib. Simple is enough, right?


Jika anda tidak menggemari pemakaian jeans, tampil lebih selesa dengan pemakaian koleksi jogger pants atau harem pants yang bermotif ceria seperti berikut. Jogger pants bukannya sekadar untuk pergi jogging je tau. Nama je jogger pants. Nak pakai pergi shopping mall pun boleh. Nampak hipster dan cool gitu. Ia boleh digayakan dengan pemakaian t-shirt atau blouse seperti berikut. Harem pants tu pun korang boleh pakai. Tak haram tau. Haha.


Untuk penampilan yang lebih formal, anda boleh bergaya dengan kombinasi seluar slacks dan blouse seperti berikut dan padankan juga bersama pemakaian blazer. Haha. Style ni memang nad selalu buat bila nak pergi office memandangkan tak boleh pakai t-shirt. Sedih oiii. Huhu.


Seterusnya adalah gaya yang lebih feminine (tapi nad pakai tetap tak nampak feminine. Muahaha) dimana anda menggayakan koleksi maxi skirts bersama padanan t-shirt berlengan panjang ataupun koleksi blouse. Lagipun dah ada pelbagai jenis skirt yang wujud sekarang ni. Skirt chiffon, satin, crepe, durian crepe (ehh) etc. Skirt straight, kembang payung, buat pemakainya kembang hidung etc. Haha

Dan yag terakhir adalah dengan pemakaian koleksi maxi dress atau dress Muslimah yang modern seperti berikut. Anda boleh memadankan koleksi dress ini dengan penggayaan jacket atau cardigan di bahagian luar untuk tampil lebih sopan. Cara ni paling selamat bila kau teringin sangat nak pakai dress tapi dress tu sleeveless or short sleeve. Daripada korang kena penampar dengan mak korang sebab mengada nak hentak hentak kaki kalau tak boleh pakai dress, better korang guna style ni. Menutup aurat la pula tu. Tak la terdedah bekas injection kau tu. Ye ke idok?

Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi


Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

Monday, January 4, 2016

Segmen Jom Tambah Follower


Assalamualaikum w.b.t.


Klik SINI untuk join
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg