Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Hafidz Roshdi


Assalamualaikum w.b.t.


Holla, guys ! Tetiba je nad terasa macam nak check search keywords blog nad yang kerdil ni. Mana la tahu boleh dapat idea nak buat entry. Hahaha.

Mula-mula tengok tu rasa macam nak tergelak je. Why?! Sebab ada juga yang search "Cerpen pakai shawl" kat blog ni. Memang tergelak habis la. Tak pernah lagi dengar orang buat cerpen pakai shawl. Maybe nad la orang yang first kan. Mana la tahu kan. Hahaha.

Yang menarik minat nad, pasal gambar Hafidz Roshdi. Ehh macam tahu tahu je nad minat kat dia tu. Tak ada siapa yang tahu pun pasal ni. Korang ni sengaja je kan. Nak usha juga Hafidz Roshdi tu. Aih tahu la dia handsome plus cute. Baru je popular melalui drama Aku Pilih Kamu yang baru ditayangkan tu. Pegang watak sebagai lelaki ego pun still cute. Apa ni?! Especially bila  ber'saya awak' dengan Qasya tu. Aduhh cair la ramai perempuan kat luar sana tu. Meh nad cairkan lagi hati korang tu dengan gambar-gambar HR yang stunning, handsome dan cute tu. Jaga-jaga. Jangan ada orang yang jealous pula. Hihi.


Image result for hafidz roshdi
Image result for hafidz roshdi


Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Image result for hafidz roshdi

Ok dah la. Setakat sampai di sini je la. Ni pun dah berlambak gambar dia kat sini. Karang ada orang tak berhenti meroyan pula. Hahaha.



Friday, May 15, 2015

Syed Ammar Ohh Syed Ammar



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Tetiba rasa macam nak muntah pelangi je bila baca tajuk entry ni. Saje je bagi tajuk macam tu. Macam orang tengah angau je. Konon kononnya. Padahal tak pun  Haha. Well. Drama Hati Perempuan dah pun melabuhkan tirainya semalam. Nad sempat la tengok juga. Happy ending gitu. Bagus bagus. Haha. Drama tu dah habis pun, kau masih tak boleh move on. Nak juga cerita pasal tu juga. Biar la. Ni kan blog nad. Kalau tak suka, boleh tekan pangkah laju laju. Hihi.

Nak share something ni. Ada kaitan la juga dengan pelakon yang memegang watak Syed Ammar dalam Hati Perempuan tu. Apa dia ? Meh sini. Semalam nad memang susah sangat nak tidur. Entah kenapa la. Dalam around pukul 3 pagi macam tu, saje je on insta memandangkan line wifi tengah laju masa tu. Stalk la kejap insta Tengku Zaqif tu. Saje nak tengok video yang dia post. Sumpah kelakar kot video yang Nadzmi Adhwa post semasa dia shooting untuk Hati Perempuan. Then, terjumpa la insta Syed Ammar.

Mula mula tengah decide, nak follow ke tak nak follow ke tak (complicated betul perempuan ni). Tekan je la follow padahal jari tengah gatal nak tekan. Then, stalk la insta dia. Like la gambar Syed Ammar tu banyak banyak. Macam boom gitu. Kahkah. Scroll la gambar kat insta dia tu sampai penat. Nak dekat pukul 4 macam tu, baru la boleh melelapkan mata. Bila on je balik insta tengah hari tadi, tetiba dapat comment. Pelik la juga. Siapa pula yang sudi comment kat insta nad yang entah apa apa tu. Bila dah baca comment tu, terus je tergelak sendiri. Nak tahu kenapa ? Jeng jeng jeng...



What a surprise ! Luls

Sumpah tak sangka dan terkejut bila Mustaqim Bahadon comment macam tu. Hua hua hua. Terharu kejap. But thanks for what ? Blur kejap. Ohh ye. Maybe sebab nad like gambar dia banyak banyak kot. Tu la yang buat dia comment kat insta nad kot. Assume je la macam tu. Kihkih. Part yang dia sebut dik tu tak boleh blah la. Tahu la tua 10 tahun dari nad. Hehe. No wonder la boleh dapat comment macam ni. Nad tengok pun dia tu friendly la juga. Rajin la juga balas comment dari peminat dia (nad tak comment langsung tau). Hihi.


See ? Dia orang Peghlih kot. Orang Kangaq tu. Wuu.. Boleh la jumpa nanti (berangan je la oii). Nad suka tengok lakonan dan watak dia dalam Hati Perempuan tu. Nampak baik dan cool je dia tu. BFF Tengku Zaril tu. Muka dia pula macam ala-ala pelakon Hindustan sikit. Nad yang nampak macam tu. Tak tahu la kalau orang lain. Dah la sado dan orangnya tinggi lampai. 184 cm kot. Fuyoo ! Tinggi giler kot. Kalau nak pandang dia, kena dongak je la. Maklum la. Nad cuma 160++ cm je. Pendek la tu. Huhu.


Mustaqim Bahadon sebagai Syed Ammar. Handsomenya. Berterabur iman ni dibuatnya. Mohon control hati ni sikit.


With Daniel Idrus (Hafreez Adam). HA shave janggut dah macam rupa hero Twillight pula.


With Tengku Zaqif (Nadzmi Adhwa). Meltingnya lahai


With Tengku Zaril aka Ku Ril (Syarul Ridzwan) dan Tengku Amalin aka Ku Lin (Bella Nazari)

Dalam banyak banyak watak la kan, nad salute la watak Ku Lin yang dilakonkan oleh Bella Nazari tu. Memang jahat dan psycho habis. Sebijik macam kat dalam novel. Mengalahkan ahli sihir. Hehe. Dah la dia tu cantik. Suara pun sedap. Bila tengok gambar Ku Lin without make up, ya Allah. Memang cantik kot dia tu. Natural beauty gitu. Flawless pula tu. Haishh. Ni yang buat rasa insecure semacam (biasa la, perempuan).


Tak sangka dia yang pegang watak Raja Gufran dalam Jodoh 2 dulu. Ni pun ingat ingat lupa je

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Mustaqim Bahadon, klik SINI dan SINI

Thursday, May 14, 2015

Hari Ni Episod Last Hati Perempuan Oiii



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Seperti yang kita tahu, hari ni merupakan last episod untuk Hati Perempuan ni. Bersyukur sangat sebab ada cerita ni petang petang. Tak la terasa lifeless sangat hidup ni bila tengah cuti sem. Haha. Kat kolej tak ada tv kot. Time ni la nak manfaatkan kewujudan tv ni seadanya. Hehe.



Novel ni dah lama nad khatamkan. Excited punya pasal nak tahu endingnya. Bila dah tahu endingnya, mula la nak compare dengan yang kat tv tu. Some people mesti kata "Buat apa la beli novel. Kat tv kan ada." Tapi kalau dah kaki novel macam nad ni, memang patut la beli novel. Sebab tak semestinya apa yang ada kat novel tu akan sama sebijik 100% dengan yang keluar kat tv. Kalau tak, baik tak payah jadikan sebagai drama. Baca je novel tu. Then buat kumpul habuk. Haha.


HATI PEREMPUAN

Kepada yang tak habis habis nak judge dan meroyan pasal watak Yuhanis yang ego tinggi melangit dan suka merajuk tak tentu pasal tu, biarkan je la. Tu sekadar lakonan je nak bagi nampak real macam kat dalam novel tu. Tak semestinya in real life, Mia Ahmad macam tu kan (bukannya nak back up Mia Ahmad). Kalau korang baca novel tu, lagi la rasa nak meroyan. Nak campak je novel tu tapi sayang woii. Dengan Yuhanis yang macam tu dan Tengku Amalin yang serupa macam nenek sihir dah. Kahkah.




Sekarang ni mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan dan admire lelaki macam Tengku Zaril kan. Dah terbukti dah. Buka je insta Syarul Ridzwan, berduyun-duyun like dan comment especially girls. Haha. Nad just like je. Tak berani nak comment. Ambil la TZ korang tu. Kalau nad, cukup la sekadar Syed Ammar tu. Not bad la juga kan. Luls. (eee... tak malunya budak ni). Kahkah.



Of course la sekarang ni online seller boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda memandangkan bawal yang Yuhanis pakai tu dah jadi trend dah. Hangat di pasaran macam pisang goreng cheese pula. Kaum hawa sibuk mencari dan shopping tudung ni. Biasa la kan. Perempuan dan shopping dah macam kembar dah. Tak boleh nak dipisahkan. Nad pun dah terjebak beli tudung ni sehelai. Saje je nak test pakai. Padahal tak pernah pakai lagi. Adik yang rasmikan dulu tudung nad tu. Huhu.

Friday, April 10, 2015

Wahai Wanita, Yang Mana Satu Pilihan Kalbu Korang ?



Assalamualaikum w.b.t

Tadi merayap kat twitter sat. Then, terjumpa pic. Kalau korang la kan, korang pilih yang mana ehh ? Share la dengan nad. Hihi. Kalau nad, nad nak pilih semua je la. Sonang kerja eden. Over benau. Haha. Nasib baik ada FT, Akim dengan Zul Ariffin. Melting wuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg