Tuesday, February 26, 2019

Review : Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Image result for foundation makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Hello semuanya! Sihat ke tak tu? Hopefully semua orang sihat la ye. Sekarang ni kan panas semacam. So kena la banyakkan minum ayaq ye. Kalau tak, dehydration nanti 😷 Sekarang ni pun nad dalam proses nak meng'follow' blog yang nad pernah follow dulu. Tak tahu kenapa. Padahal ada certain yang nad dah follow a few years ago. Patut la reading list macam berkurang je.

Siapa kat sini pernah pakai foundation? Angkat tangan! Nad sure mostly pernah pakai dan tahu apa tu foundation (not asasi eh cepuk karang). Foundation ni macam liptick la juga. Mesti wajib ada dalam makeup list. Tak kisah la murah ke mahal. Foundation ada dalam pelbagai jenis seperti stick, liquid, cream, mousse etc. Nad prefer pakai yang jenis liquid or cream punya sebab senang nak tepek tepek kat muka. 

Nad nak share review sikit pasal Catrice HD Liquid Coverage Foundation yang nad beli semalam. Amboi kau. Baru beli semalam, dah pakai hari ni dah. Maklum la, excited semacam. Plan asalnya pakai foundation ni sebab sepatutnya nad ada class dari pagi sampai petang. Tak salah la nak melawa sikit (sebab tiap hari pi class pakai sunscreen dengan bedak je). Tup tup lab petang tadi cancel. Haihh. Penat je tepek foundation haa 😂


Rupa depan foundation 

Salah satu sebab kenapa nad excited nak try foundation sebab packaging dia dalam bentuk botol yang comel. So senang la sikit kalau nak bawa keluar jalan jalan. Boleh letak dalam handbag. 


Rupa belakang foundation (apa benda yang tertulis entah)


Foundation ni ada sekali dengan droplet. So senang la nak apply kat muka. Cara pakainya, just titikkan je sikit sikit kat muka dan dab dab blend sampai rata.







Hasil setelah apply foundation tanpa bedak


Hasil apabila apply foundation dengan compact powder


Hasil setelah beberapa jam berlalu (this picture was taken around at 1pm)

Best gila pakai Catrice foundation ni. Macam tak pakai apa-apa kat muka. Rasa ringan je. Maybe sebab texture dia yang agak light la juga. Nad pakai code 010 light beige (yang paling cerah sekali). Housemate kata nampak putih sikit. Ye la kan, main  rembat je sebab tester tak rupa macam tester. Tapi tak apa la. Boleh pakai compact powder nak bagi nampak tak terlalu putih sangat. Foundation ni ada dalam 4 shades yang berlainan. Tak sebanyak macam Maybelline Fit Me. Boleh la jadi pengganti Fit Me juga since coverage dia pun lebih kurang je. Tak bercapuk pun. Satu je yang nad tak berapa suka sangat dengan foundation ni. Dia macam susah sikit nak remove. Padahal nad dah pakai aloe vera masa nak remove tu. Maybe nak remove tu kena pakai makeup remover or micellar water.

Name : Catrice HD Liquid Coverage Foundation
Price : RM 39.52
Texture : Liquid
Coverage : Medium to full coverage (concealer might needed)
Recommended : Yes. Maybe akan repurchase next time
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg