Sunday, November 3, 2019

Kingkekpisang Gebu Gebas

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak share tentang dessert yang nad try baru baru ni. Nad tau pasal kewujudan makanan ni pun gara-gara tengok Azfarheri (some people may know him hehe) review kek pisang kat twitter dia. Some of you maybe cakap "Alaa kek pisang je pun". Yes, nampak macam kek pisang biashe biashe. Tapi in fact, rasanya luar biasa kot. 

Since nad ni penggemar pisang la juga, so nad pun usha la igshop yang jual kek pisang tersebut. Punya duk usha, I think berhari la juga. Then baru decide nak order. Nad kalau nak beli something sometimes take time la juga. Kalau asyik duk teringat je, beli je la. Karang menyesal pula. 

Nad pun ws la agent yang cover area rumah nad. Alhamdulillah, sekejap je dah dapat reply. Nad tak expect pun yang nad akan dapat kek tu petang tu juga. Nad order dalam tengahari macam tu, pukul 3 lebih dah dapat dah. Nad ingatkan agent tu akan cod waktu malam. Mana la tahu dia bekerja so assume la malam baru dapat hehe.

Ni la igshop yang nad duk usha tu. Dah macam spy dah sebab duk belek feedback satu persatu

Kek pisang gebu (RM 5)

For me, sedap gila kek pisang dia. Eventhough dia kek pisang biasa je pun. Tapi rasa dia luar biasa. Gebu pun gebu. Moist la juga. Tak rasa tepung or soda bikarbonat langsung. Fully rasa manis buah pisang. Memang rasa pisang semata-mata. Tak menyesal order kek ni

Premium bananachocoleleh (RM 15)



Yang bananachocoleleh nad beli satu je. Saje je nak try sebab kek ni hot selling la juga. Dah terjual lebih 2000 dalam masa sebulan. Wow, amazing kan. Tapi ya Allah, sedap banget. Rasa menyesal beli satu je. Sebab sedap gila. Rasa dia gabungan kek pisang dan coklat. Siap ada coklat leleh so boleh tuang kat atas kek tu. I'm crying sebab sedap sangat. No wonder boleh laku keras.

So far memang puas hati gila la dengan kek ni. Boleh repeat order lagi. Tapi kena min order 3 pcs. Mula-mula tu macam "What! 3 pcs? Banyaknyaaa". Bila dah dapat tu, alaaa tak cukup la. Nak lagi!!! So, korang pun boleh la try eh. Confirm tak menyesal punya haha. 




Kek pisang gebu (RM 5 × 2 pcs) = RM 10
Bananachocoleleh (RM 15 × 1 pcs) = RM 15
Cod charge = RM 10
Total = RM 35

6 comments:

  1. nmpk sgt menyelerakan!
    terliur plak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terliur gila kan. Boleh tetiba craving ni hehe :)

      Delete
  2. aish sedap..mengancam betul kek dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengancam betul. Apa lagi? Boleh la pi order lekaih hihi :)

      Delete
  3. wahhh nampak sodap tu, kak AJ following sini #670 :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kek pisang kalau gebu gebas. tambah coklat lagi sedap

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg