Friday, November 21, 2014

Last night at home. KKF is waiting yaa



Assalamualaikum w.b.t.

Tetiba rasa sedih pula malam ni. Rasa macam nak menangis je (tipu je). Jangan nak cengeng sangat la. Haha. Today gonna be my last night at my home sweet home. Huwaa... Tak nak balik lagi. Hukhuk. Rasa macam malas nak balik sana. Kalau tak balik lagi parah. Makin bertambah lemak yang terkumpul ni.  Haha. Maaf. Hormon tak stabil kot. Tu yang asyik nak makan je memanjang macam Incredible Hulk. Muahaha.

Esok gerak balik Perlis pada waktu malam. Dah la tak ada sesiapa yang temankan. Travel seorang diri lagi nampaknya. Nasib baik dah biasa. Mamat tu pula nak balik hari Ahad. Kalau dia balik esok juga, mahu cepuk cepuk je dia tu. Kejam sikit. Hahaha. Nasib baik la balik esok. Kalau balik hari Ahad, abah outstation. Susah la pula. Nasib baik juga Perlis tak ada airport. Kalau tak, nak juga balik sana naik flight. Merasa la juga setelah sekian lama tak naik flight.

Barang tak pack lagi. Aihh... malasnya nak pack barang. Tunggu mood mengemas tu datang. Entah bila la mood tu nak datang. Dah banyak kali seru ni. Penat menyeru dehh. Kali ni balik sana angkut 1 luggage besar dan 1 beg galas je. Sebab rumah (kolej) tak tukar. Still duduk kat rumah lama macam sem lepas. Senang sikit kerja. Tak payah angkut banyak barang dan tak payah nak mengemas bagai nak rak. Semuanya dah tersedia. Esok nak cari barang lagi. Harap Allah permudahkan urusan nad balik ke sana. May Allah bless this journey. Ilal liqa'. Fi hifzillah.

Keep Moving Forward




Assalamualaikum w.b.t.

Sobahul khair. Salam Jumaat barakah. Salam sayyidul ayyam. Hari ni, 21 November 2014. Genap 2 minggu selepas tarikh ulangtahun kisah kita yang ke 4. Means, sudah 2 minggu menjalani kehidupan dengan keputusan yang telah dibuat. Saat membelek fb dan tiba-tiba ternampak status yang dibuat khas untuk dia. Ye, dibuat pada tarikh kita yang sangat bermakna bagi hidup ni. Baca balik apa yang telah ditulis dan ternampak yang dia like status tersebut. Mungkin dia sudah mengerti apa yang diri ni cuba sampaikan kepadanya. Sungguh tidak menyangka yang dia akan membaca dan meng'like' status tu (memandangkan tu private status).

Harap saat dia membaca status tersebut, dia boleh rasakan apa yang diri ni rasakan selama ni. Harap dia mengetahui bahawa diri ni sangat menghargai pertemuan kita yang tidak dijangkakan ini. Mungkin bagi dia semua ni tidak penting lagi dalam hidup dia. Namun sebaliknya bagi diri ini. Masih menyimpan semua peristiwa berkaitan kita dalam lipatan hati. Kalau dulu diri ini akan menuding jari kepada dia. Meletakkan semua kesalahan dan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Namun, kini tidak lagi. Sebab diri ini telah berfikir mungkin apa yang terjadi ini merupakan kesalahan diri ini juga. Kesalahan diri ini yang tak pernah dia nyatakan dan ungkapkan kepada diri ini.

Sepatutnya diri ini mengambil keputusan ini sejak dulu lagi. Namun diri ini tetap kuatkan diri, topupkan kesabaran yang semakin menipis dan runtuhkan tembok ego semata-mata untuk dia. Lama-kelamaan kesabaran semakin menipis. Hati semakin tenat dan nazak. Harapan semakin melayang jauh. Sengaja bertahan sehinggalah sampai suatu masa diri ini akan menyerah dan mengalah. Tu lebih memudahkan untuk melangkah pergi bagi diri ini. Ye, diri ini cuba melangkah jauh dari hidup dia. Semakin lama semakin jauh. Apa gunanya bertahan kalau hanya diri ini je yang berusaha. Sedangkan pihak satu lagi hanya mendiamkan dan menghilangkan diri. Apatah lagi semua usaha yang dicurahkan seolah-olah tidak dihargai dan tak memberi makna langsung kepadanya.

Kepada dia, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk kebahagiaan yang diberikan. Terima kasih kerana sudi mencipta kenangan bersama. Andai diri ini jatuh tersungkur dan rebah dalam perjuangan ini, jangan risau. Itu hanya sebentar. Kadangkala hati ini akan rapuh jua. Tidak kuat seperti yang dibayangkan. Tidak mengapa. Asalkan kekuatan diri itu masih ada walaupun sebesar kuman. Maafkan saya atas segalanya. Atas segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan. Maaf kerana mungkin pernah ter'aib'kan diri awak di laman sosial. Sungguh, diri ini hanya insan biasa. Bukan insan yang kamil. Maaf kerana stuck terlalu lama dalam kenangan kita. Sepatutnya diri ini faham mengapa awak melakukan seperti ini kepada diri ini. Faham mengapa awak mengundurkan diri dengan cara begini. Diri ini sangat menghargai pertemuan dan memori yang kita cipta. Semoga ia menjadi pedoman kepada diri kita pada masa akan datang. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita untuk masa akan datang. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Kalau tidak di dunia, mungkin di syurga sana. In shaa Allah. Maaf andai kata rasa tu masih bersisa dalam hati ini. Fi hifzillah :')






Segmen Mari Berkenalan



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Hi,

Jom berkenalan. Kekeke....

Boleh gitu?

1st time saya nak buat segmen. Dan ada hadiah menanti untuk segmen saya ni.

Pemenang untuk segmen ni - 2 orang

Hadiahnya adalah sehelai plain shawl yang bernilai RM20 setiap satu. ^_^
Dan anda akan di letakkan dalam bloglist saya.

Pemenang akan dipilih secara random.

Syaratnya senang sahaja.

1) Sila follow blog saya. Saya akan cuba beri manfaat pada orang lain. Saya CUBA.
2) Tinggalkan link di bahagian komen supaya saya boleh blogwalking dan follow anda.
3) Dan akhir sekali, buat entry berkenaan segmen ini, link kan gambar di bawah ke entry ini. ^_^



Mudah je kan?

Tarikh tutup : 15 Disember 2014.

Selamat bersegmen.

Peace!

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan tajuknya dah sebut simple, so hadiahnya juga simple2 saja ya.. 100% sponsored by penganjur...hehe

Tujuan? untuk menghargai rakan followers kerana join blog saya dan yang bakal join blog ni...
jom tengok apa syarat-syarat simple di bawah ni:
  1. Follow Blog Beba Ifa
  2. Like Facebook Page (ada di sidebar..hehe)
  3. Tag minimum 3 rakan anda! ^_^
  4. Letak tajuk Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa
  5. Copy banner dan link ke entri ini...letak url entri anda di bahagian komen ni ya..

Simple? hehe memang simple...
GA ini akan tamat pada 30 Disember 2014 jam 11.59 malam


Jom join! ^_^

*Segmen akan terbatal automatik sekiranya penyertaan kurang dari 10 orang.
*Hadiah akan diumumkan kemudian...dalam entri yang lain. Sabar ya?

Tag :






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg