Thursday, May 29, 2014

A Day To Remember


Assalamualaikum w.b.t. Holla, guys. Disebabkan nad dah terjaga secara tiba-tiba, so nad story mory la sikit. *Ehh... sikit ke?? Ye la tu kot. Hihi* Semalam hari yang nad akan ingat sampai bila-bila. Kenapa?? Sebab nad dapat juga tunaikan hajat berjumpa dengan ustaz Amin. Masih teringat lagi kata-kata ustaz semasa kem SPM dulu. "Ini merupakan program terakhir saya bersama kamu semua". Mula-mula tu bingung la sikit. Kenapa ustaz cakap macam tu. Rupa-rupanya lepas tu ustaz dah tak mengajar kami dah. Ustaz dinaikkan pangkat dan kena transfer ke PPD Gombak. Dah la masa tu nak dekat SPM pula tu. Huwaa... Lepas habis kem tu, ustaz ada beberapa hari je bersama kami. Suasana sewaktu kelas ustaz tak macam dulu lagi. Terasa hambar sikit. Maybe sedih sebab ustaz dah tak mengajar kami lepas tu. "Sebenarnya saya dah dapat surat tawaran nie beberapa bulan lepas. Tapi saya minta tangguhkan dulu pertukaran ini. Sebab masih banyak urusan yang perlu diselesaikan di sini". Masa dengar ayat tu, terasa terharu semacam. Sebab ustaz lambatkan perpindahan dia. Huhu

Semasa last day ustaz, ustaz buat perjumpaan terakhir bersama batch nad selepas waktu persekolahan. Waktu petang selepas solat Zohor berjemaah. Nad pergi perjumpaan tu. Dah tak kisah dah kalau balik rumah lambat. Sebab nad suka sangat bab balik rumah awal ini. Hihi. Macam-macam yang ustaz kata dan pesan kat kami semua. Ye la. SPM kan nak dekat. Bila dengar ustaz bercakap, tiba-tiba air mata nad mengalir secara tidak sengaja. Bukan senang nad nak menangis bagai macam tu. Nad kan 'Iron Lady'. Aherher. Baru nad sedar yang nad menangis sebab nad sayangkan ustaz. Walaupun nad tak la rapat dengan dia. Tak dapat bayangkan bila ustaz tak ada. Tak tahu macam mana perasaan ini bila lalu depan bilik ICT lepas nie sebab tu tempat ustaz. Tak ada lagi gurauan dan usikan dari dia. Memang tak sedih mana la kan. Ermm..

Ok. Cukup la flashback tu. Sorry. Hihi. Plan nak jumpa ustaz ini bermula bila Fitria komen kat insta dan ajak pergi jumpa ustaz berjemaah. Sambil sambil main bowling la sekali kat Selayang Mall (semall). Then, semalam la kami dapat pergi jumpa ustaz. Kami gerak ke sana lebih kurang pukul 10:30 pagi. Sampai je kat sana, ronda-ronda dulu sambil cari hadiah untuk ustaz. Mula-mula tu singgah Secret Recipe kejap. Beli kek untuk ustaz la konon-kononnya. Then, cari satu lagi hadiah untuk ustaz. Takkan nak beri kek je kan. Rasa sadis la pula. Muahaha. Ronda-ronda la kat tingkat atas, tingkat bawah. Sampai naik sakit tumit ini. Tapi tak apa la. Demi ustaz tersayang kan. Hahaha. Tetiba terjumpa la something yang menarik hati. Selepas discuss dan berfikir kejap, beli la something tu sebagai hadiah ustaz. Lepas membeli, terus je pergi ke PPD di tingkat 3.

Bila dah sampai depan PPD tu, hati kami mula la berbelah bahagi. Nak masuk ke tak. Nak masuk ke tak. Ye la. Kalau someone tanya apa urusan kami ke sini, nak cakap apa. Takut mengganggu pula. Takut PPD tu tak boleh masuk sembarangan. Then, kami tebalkan muka dan masuk je la office tu. Redah je la. Pergi kat kaunter pertanyaan *Macam kaunter pertanyaan*. Minta izin nak jumpa ustaz kejap. "Boleh tak nak jumpa dengan encik Amin?" "Ohh... Ustaz Amin. Untuk urusan apa, ye? Guru ganti?". Masa tu Munira mula la pandang nad. Suruh fikir nak jawab sebab urusan apa. Memang bagus la sangat. Mun pandang nad. Nad pandang mun. Tetiba mun cakap "Kami ini pelajar dia" "Ohh.. Tunggu sebentar". Tak lama lepas tu, ustaz pun keluar. Tetiba terkejut sebab ustazah Noraini pun ada bersama. Kami follow la ustaz ustazah sampai ke food court.

Sampai je kat food court, kami order la air. Saje minum-minum. Ustaz pergi balik kat office dia kejap. Sebab terlupa yang dia ada tetamu tadi. Ermm... Rasa bersalah la sebab macam mengganggu dia je. Berborak la kejap dengan ustazah Noraini. Dia still cantik macam dulu. Malah, bertambah cantik. Berseri-seri gitu. Lepas tu, ustaz pun datang dan join kami berborak. Macam-macam la kami berborak. Tetiba ustazah cakap "Amin, tak sangka yang diorang masih ingat kita. Selalunya budak kelas yang belakang belakang yang jumpa kita. Budak kelas depan nie selalunya budak yang nakal dan buat masalah yang jumpa kita". Tetiba tersentap sikit. Alamak!! Kitorang nakal?? Biar betul?? Rasanya kitorang baik je. Nad memang nakal sikit waktu dulu. Tapi takkan terkantoi la pula. Mula kitorang cover sikit. Nakal dalam baik. Cehh... Tak nak mengaku.

Lepas je jumpa ustaz dan ustazah, terus je gerak pergi pusat bowling. Nak lepaskan hajat main bowling. Dah lama tak main la katakan. Last main pun masa jamuan kelas yang terakhir. Macam-macam yang terjadi. Bola masuk longkang memang wajib ada la. Masing-masing tak pro lagi. Sistem bowling stuck tetiba. Banyak kali pula tu. Aishh... Geram pula dibuatnya. Nasib baik la dapat habiskan game. Lepas habis game, pergi lunch kat restoran Ayam Penyet. Nad tak makan. Diet konon. Muahaha. Habis makan, terus je gerak balik ke rumah. Masing-masing dah penat. Tangan dah naik lenguh main bowling. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dapat juga berjumpa dengan ustaz. Puas dapat gembirakan ustaz. Bukan senang nak jumpa ustaz tau. Ustaz dah macam PM. Busy je memanjang. Lepas nie ustaz tak boleh la jealous jealous sebab tak ada orang jumpa ustaz dan celebrate Hari Guru. Hikhik. Alhamdulillah ala kulli hal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg