Tuesday, October 22, 2019

Working Life Is Hectic?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Finally dah seminggu tanam anggur. Next plan? Just waiting for my convocation day. Rasanya tak salah kan kalau nak share working experience hari tu. Alaa masa nad dapat temporary position for 2 months.

Hari tu kan nad ada share yang nad dapat kerja temporary. Baru sekarang nak share dengan details sebab company tu private and confidential. Means any info or hal dalam company tak boleh share dengan orang luar. First time kot dapat company yang macam ni. That's why nad tak mention pun nama company kat mana-mana sebelum ni. Nak buat story ig pun tak berani weh.

Company yang nad dapat hari tu ialah Paramount Corporation Berhad. Idk la company ni famous ke tak. Masa mula-mula tahu tu, nad tak berapa kisah sangat dengan nama company. Sebab dah sah sah tak pernah dengar. Tak related dengan course kan. Bila tanya abah, abah tahu company ni. Abah ye la tahu kan, kerja kat business company. Company ni based property and development. Tapi company ni juga merupakan KDU management centre. Boleh bayangkan betapa multi-taskingnya staff situ. Dah la uruskan management KDU yang ada beberapa buah campus (nad cuma tahu yang kat PJ je), dengan subsidiary company lagi. Subsidiary company dia banyak woo. Nad pun tak hafal sangat.

Masa mula-mula masuk tu, nad tak expect pun akan dapat Legal Department. Boleh bayangkan tak? Memang lari habis. Tapi lama-lama tu, nad okay je. Cuma ada beberapa terms law yang nad tak berapa ingat sangat. Basically, kerja nad ialah buat filing, documentation, dan uruskan hal surat menyurat. Dah nama pun admin / clerk. Nad juga jadi multitasking person since company ni kerja dia non stop. First day hari tu, nad dah diberi 1 stack of documents yang banyak la juga. Kena punch and then sort it out. Sumpah sakit tangan bila balik rumah. Ye la kan, tangan pula macam ranting kayu hehe. Dokumen tu pula kena asingkan ikut file name or project name. Part tu take time sikit.

Normal la kalau tengah busy asingkan dokumen, datang pula dokumen yang lain. I'm used to it. Bila dah asingkan tu, kena letakkan dalam fail. Susun ikut type. Type tu macam correspondence, invoice, resolution, miscellaneous, final agreement dan draft agreement. Nad juga belajar how to differentiate antara final dengan draft agreement, type of correspondences dan macam-macam lagi la. Setiap type tu kena letak file divider untuk  asingkan dengan type lain. Kat file divider tu la, kena letak label yang bertulis dengan nama type tersebut. Setiap fail pula kena ada file name dengan details untuk tulis kat file label. File label ni dah ada template dah, tinggal nak edit je. Buat kerja filing ni seronok unless tetiba tertinggal nak letak documents atau tersalah letak documents type. Part tu memang rasa malasnya nak betulkan balik. Paper cut pula macam best friend dah.

Other than that, nad always do scanning untuk manager dan senior executive department tu. Oh, btw department tu ada 2 orang je tak termasuk nad. Seorang manager dan seorang senior executive. Tapi nad selalu bekerja dengan senior executive. Kiranya nad terima instruction dari  dia. Sometimes nad buat typing guna typewriter. Typewriter? Yes, typewriter yang bunyi tak tuk tak tu. Macam old school, tapi best kot. Lagi-lagi nad tak pernah tengok typewriter machine tu kat depan mata. Mula-mula tu rasa susah nak guna machine tu. Nak kena adjust bagai. Senget ke tak. Lama-lama tu, best kot sebab dah pandai guna. Binding machine pun nad belajar guna juga. So lepas ni boleh la buka kedai photostat dan binding hahaha.

Kalau nak hantar surat or dokumen ke company lain especially law firm, nad akan prepare cover letter, acknowledgement letter, check apa yang perlu dihantar, buat envelope label (yang tertulis nama dan alamat company penerima, attention to who) dan pass it sama ada to despatch or receptionist. Kalau by despatch, kena hantar ke despatch company. Kalau by courier or collection, kena hantar ke receptionist. Sometimes nad diberi arahan untuk print documents. Tak kisah la sama ada agreement, surat, presentation slide dan sebagainya. Banyak juga yang nad tersalah print hari tu. Dalam 1 bundle gitu. Membazir kertas.

For perjalanan pergi balik pula, tak la rasa susah mana sebab nad dah familiar dengan area company tu. Sebab nad pernah intern kat area situ waktu diploma dulu. Rindunya nak jejakkan kaki ke company tu huhu. Actually, perjalanan pergi balik nad is more than RM 10. Quite pricey kan. Belum lagi dengan belanja makan. Kalau bab makan kat area Damansara or PJ, kena la stand by RM 10 sehari. Tapi kan, nasib baik nad buat unlimited pas RM 100 untuk 30 hari. Boleh guna untuk MRT, LRT, bas MRT dan bas LRT. Untuk kad KTM pula, nad simpan duit untuk reload kad tu. 

Perjalanan pergi 

Rumah - MRT Pasar Seni - MRT TTDI - Bas MRT - Damansara Uptown

Dari rumah nak ke stesen MRT Pasar Seni tu take time 30 minit ++. Nasib baik abah hantar dengan motor. Cepat sikit. Jammed kan. Dari MRT Pasar Seni nak ke MRT TTDI tu dalam 20 minit. Depends on nad dapat naik MRT pukul berapa punya. Then naik bas MRT ke Damansara Uptown. Company tu betul-betul dalam tower sebelah The Starling mall je. Memang tiap hari masuk mall. 

Perjalanan balik

Bas MRT - MRT TTDI - MRT Sungai Buloh - KTM Rawang

Perjalanan balik agak take time la juga. Almost 1 jam 30 minit. Sometimes bas datang lambat, KTM lambat or delay. That's why ambil masa yang lama. Lagi pula company tu 9 am - 6 pm, keluar office je, dah beratur orang tunggu bas. Nad mulanya tak biasa juga dengan office hour 9-6. Tapi tak apa la, asalkan weekend dan public holiday cuti. 

Maybe some people rasa macam kerja yang nad buat ni macam leceh dan kolot je, but for me it's a new experiences yang tak semua orang boleh dapat. Working life is hectic? Definitely YES!!! Penat kejar bas, kejar MRT, kejar train. Turun je kat MRT Sungai Buloh, kena berlari turun kejar KTM yang kat bawah sekali tu. Siapa yang pernah naik MRT tu, tahu la betapa besar dan luasnya stesen dia tu. Nad kena berlari kejar train KTM sebab KTM kan jadual dia tak menentu. Kalau terlepas, jenuh nak menunggu kat stesen dia yang boleh tahan panas juga. Belum lagi tetiba lapar waktu menunggu tu. Alhamdulillah, nad dapat survive bekerja selama 2 bulan. Staff sana agak terkejut bila tahu nad tinggal mana sebab quite far la juga. Tapi dah biasa dengan area tu kan. Macam-macam pengalaman yang nad dapat hehe. 

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Just a quick and short entry. Dah lama rasanya tak join segmen. Alang-alang tengah free ni, why not la join kan? Actually nad follow blog Ombak Bergigi ni dari zaman mula-mula kemunculan blog tersebut. Tak ingat berapa tahun lepas entah. Simple je syaratnya. Meh la join sekali eh. Mana la tahu dapat benefit kan hehe.

Segmen ini akan bermula pada 21 Oct 2019 (Isnin) sehingga 28 Oct 2019 (Isnin). Segmen ini dijalankan selama seminggu. Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.


Syarat Untuk Menyertai


1. Follow Blog Ombak Bergigi


2. Follow IG @ombakbergigi


3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"


4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini


5. Comment link entri penyertaan di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg