Monday, December 1, 2014

Good Night




Assalamualaikum w.b.t.

Welcome, december. 1 month to go before 2015. Lailah saidah. Ahlam ladeeda. Ilal liqa'

Weird Of Me


Assalamualaikum w.b.t.

Ekceli dah lama entry ni duk terperuk dalam draft je. Boleh buat jeruk ni. Dah la tak taip apa-apa. Just tepek gambar je masa entry ni duk dalam draft. Mencari-cari mood (yang payah nak muncul) untuk menaip. Teruk betul kan nad ni. Haha.

Nad nak share some attitude nad yang tak behave dan weird ni. Nad lebih suka share pasal kekurangan nad berbanding kelebihan. Nanti tak ada la timbul riak. Hihi. Semua orang mesti ada weird habit kan ? Nad of course la ada. Ada orang tak boleh tidur tanpa bantal busuk masamnya. Ada orang tak boleh pakai baju yang berkedut walau sebesar kuman pun. Ada orang yang tak boleh tinggalkan katilnya dalam keadaan cadar yang tak tegang dan berkedut (pernah jumpa orang macam ni). Well... kita ni kan manusia biasa je. So, tak terlepas la daripada melakukan perkara-perkara yang mungkin tak masuk akal pada pandangan orang lain.

First of all, nad memang anti sangat sangat dengan warna pink. Sejak bila pun tak ingat. Yang nad tahu, dulu nad pernah ada kawan yang tak suka warna pink juga. Sejak tu nad pun tak suka warna pink. Lagi-lagi dulu nad ni boyish orangnya. Kasar tu tak payah cakap la. Kalau bercakap tu tak pernah nak cakap dengan suara yang slow dan lemah lembut. Brutal je memanjang. Bagi nad, warna pink tu tak sesuai dengan diri dan jiwa nad. Memang menyimpang betul. Dah la diri ni tak feminin mana. Bila mahu berubah sepenuhnya pun tak tahu. Maybe lepas kahwin nanti kot (puihh).


Next, sometime nad ni suka menghidu bau sesuatu makanan. Nad akan buat macam tu sebelum nad makan. Rasanya nad hanya macam ni bila dapat makanan favourite yang dah lama tak makan dan dapat makanan yang dah lama diidamkan (macam preggy mum pula). Amik feel dan semangat dulu sebelum makan. Kalau orang lain nak pandang pelik, lantak je la. Maybe perbuatan tu agak pelik dan over bagi orang lain. Tapi bagi nad perbuatan tu unexpected. Tak boleh nak dicontrol. Automatik.


Then, nad sometime suka menghidu bau kertas especially bila kertas tu lepas print or fotostat dan bau buku baru. Perghh... Rasa macam best je dapat bau kertas tu. Macam satu nikmat yang tak boleh dilepaskan. Kalau masuk kedai buku tu, bukan main excited lagi nad ni. Ye la. Dapat bau buku baru. Kalau orang nak pandang semacam je, nanti tak memasal dapat pandangan mata helang dari nad. Tengah syok syok nak kacau line pula. Haha.



Yang ni, agak menyusahkan orang lain sikit. Sebab nad tak makan apa-apa jenis mee kecuali mee goreng basah je. Bagi la kat nad mee kari ke, mee bandung ke, semuanya nad akan tolak. Kalau makan pun cuma nak jaga hati orang lain je. Tak berselera sangat macam makan nasi. Family dah sedia maklum dengan perangai nad ni. Nasib baik mama tak marah. Dia faham yang anak dia ni tekaknya memang tak boleh masuk dengan mee ni. Kalau balik kampung, laksa pun nad tak sentuh. Dah la laksa tu memang famous kat sana. Dijual merata-rata. Tekak nad tak boleh ngam dengan mee ni sebab mee kan tebal. Penuh dengan tepung. Nanti cepat muak. Haha.



Lastly, nad ni seorang unpredictable. Macam mana tu ? Kekadang nad akan senyap je. Kekadang terlebih dos mengalahkan burung murai. Kekadang emo dan sensitif semacam. Entah la. Makin lama makin susah nad nak control emosi ni. Tak tahu kenapa. Kekadang tu nad akan jadi panas baran semacam. Maybe sebab nad ni suka memendam kot. Tak suka share sangat apa yang nad rasa especially AFFNY je. Bukannya pilih kasih cuma tak nak menyusahkan orang lain je. Nad rasa tak semua orang betul betul faham apa yang kita rasa. Sebab tu payah sikit nak share cerita. Maaf la, ye. Nad memang macam ni. Hati dah rabak pun still tak nak share sangat.


p/s: Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kan tak sempurna. So, janganlah asyik nak cari kesalahan orang lain dan anggap diri tu perfect sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg