Monday, September 2, 2019

Wow! FREE Instagram Highlight Cover


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Syoknya sebab still bercuti lagi kan hehe. Biasa la. Siapa je yang tak suka cuti ni 😂

Instagram highlight? Apa benda tu? Naaa mesti ada yang tak tahu kan. Macam ni haa. Instagram highlight tu a collection of instagram story kita. Then kita groupkan dia supaya followers kita boleh view nanti. Ye la kan. Instagtam story kan hanya boleh view selama 24 jam. Lepas tu terus lesap menghilang. So kalau nak view lagi instagram story tu, kena la make it as highlight 😁

Contoh set instagram highlight cover

Geram tahu tak tengok instagram highlight orang lain kemas dan lawa lawa je! Seriously nad dulu pun macam tu juga. Geram gila. Nak juga buat macam tu!!! Jangan risau. Boleh je buat macam tu. Free pula tu. FREE?!! Biar betul? Betul la, free. Siapa je yang tak suka benda free kan hihi 🤭

Nak intagram highlight yang lawa lawa for FREE senang je caranya. Setakat ni nad baru discover 2 cara which is guna Pinterest dan apps kat Playstore. Apps tu free je. Mudah nak guna.

Contoh instagram highlight yang nad punya


Pinterest 

Pinterest ni kiranya macam wajib ada la. Sebab macam-macam boleh dapat dari situ. Nak tutorial edit gambar, ada je berlambak. Nak cari idea untuk deko or dress up, ada juga. Kiranya macam semuanya ada dalam Pinterest haa. Tinggal nak rajin mencari atau tak je 😆



Apps ni nad guna untuk customize sendiri instagram highlight cover. Macam yang kat instagram nad tu. Boleh pilih icon, background, frame etc. Tinggal nak adjust sikit sikit je. Memang senang gila guna apps ni sebab boleh customize ikut citarasa dan kreativiti kita sendiri hehe. 

Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana cara nak dapatkan instagram highlight cover melalui Pinterest dan apps ni, boleh la refer video di sini haa FREE Instagram Highlight Cover. Nad baru je upload video tu a few days ago kat channel youtube nad. Sementara tengah ada mood rajin, so upload la video kat youtube. Semoga bermanfaat la ye :)

*Kalau ada request, boleh la nad buat entry pasal collection of instagram highlight story cover ni hihi*

10 comments:

  1. Betul tuu, dekat pinterest semua ada hehe. Kalau nak start project apa-apa mesti cari idea dekat pinterest dulu XD

    ReplyDelete
  2. lawa2 pula semua... sy jarang insta story haha.. btw nice sharing..

    ReplyDelete
  3. Lawa kan. Hehe terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. ig saya dah berhabuk, tak rajin nak buka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa kesian dia dah berhabuk. Nanti bersihkan balik eh 😂

      Delete
  5. nice sharing . tq nanad , selalu jugak tengok orang buat highlight cover kat story diorang , pernah la tertanya-tanya macam mana nak buat sebab saya sejenis yang malas nak study bende macam tu unless kalau ada orang buatkan . hahahah . .

    ReplyDelete
  6. i jarang instagram-ing hahah but nice sharing!

    ReplyDelete
  7. jemput join segmen...
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg