Saturday, September 28, 2019

6 Kali Hadir Interview, Baru Dapat Kerja!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Actually, this entry dah lama terperam dalam draft. Macam la tak biasa kan. Dia ni suka peram entry lama-lama. Busy meh. Balik kerja mesti barai nak mampuih. Ingatkan dah kerja ni, tak ada la eyebag. Rupanya ada juga. Sebab apa entah. Idk.

So, kali ni nad nak share my experiences pi interview. Saje je buat kenangan. Ada orang pi interview sekali, terus dapat kerja. Ada orang yang pi interview berkali-kali, baru dapat kerja. Rezeki masing-masing kan. Yang penting, put your trust kepada Allah. Never give up, okay? Nad pula pernah pi interview sebanyak 6 kali je (termasuk interview kat  current company). Alhamdulillah la. Dapat juga kerja walaupun sekejap je. It's okay la kan hihi. 

1. Tessolve Semiconductor Sdn Bhd
    Location : Penang
    Date : 22 April 2019

This is my first interview. Dia punya ketaq tu tak boleh bawa bincang. Nad tak expect pun yang nad akan dipanggil untuk interview session. Sehari sebelum hari kejadian, nad attend talk dari company ni sempena NICE (Northern Industrial Career Exhibition) kat uni nad. Saje je isi nama nak hadir. Lepas habis talk tu, tetiba kena jawab test. Sumpah tak prepare langsung sebab tak tahu kan. Nad pun jawab la test tu. Ada soalan objektif dengan subjektif. Yang mana nad tak tahu tu, nad main bantai je. Asalkan tak tinggal kosong.

Then, malam tu ada Annual Dinner untuk school (read: fakulti) nad. List student yang berjaya dapat attend interview session tu keluar malam tu juga. Bayangkanlah, dinner tu habis pukul berapa. Balik kolej dah tengah malam. Tu pun kitorang yang paling awal balik sebab nak kejar pintu kolej. Dengan penatnya, memang tak dan la nak study bagai.

Esoknya, dah la ada talk sebelum interview session tu. Memang dah redha habis la. Habis je talk, nad terus pi kat tempat interview tu. Nasib baik nad punya turn pukul 10.30 am, tak la clash dengan talk. Masa tunggu turn, sempat la study sikit sikit. Masuk je ruang interview tu, agak terkejut la juga sebab interviewer tu tanya based on jawapan nad untuk test semalam. Memang sir tu tunjuk paper nad tu dan berapa markah nad. Adehhh. Apa yang salah kat paper, nad boleh jawab. Apa yang betul kat paper, nad jawab salah pula. Kelakar rasanya.

Inilah akibatnya kalau tak buat preparation. Interviewer nad tu rasa foreigner dari India. Dia punya speaking waduh payah sikit nak faham. Dah macam orang pekak pula sebab tak dengar dengan jelas apa yang dia cuba sampaikan.

*Gambar takdak sebab tak dan nak snap*

2. Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd
    Location : Rawang
   Position : Assistant Supervisor and Customer Assistant
    Date : 26 June 2019

Nad apply for this position through MauKerja apps je. Malas nak walk-in. Tak lama lepas tu, terus dapat notification untuk datang interview. Boleh pilih tarikh yang diberikan untuk interview. Nad pilih 26 June sebab nak prepare segala bagai. Masa tu baru nak cari fail, photostat apa yang patut. Print resume bagai.

Tibalah hari kejadian, nad pun datang la awal sikit. Interview start pukul 2, nad datang sebelum pukul 2. Sampai je sana, tanya la staff kat sana. Dia inform yang supervisor diorang ada kerja sikit. Sebab stok baru sampai. Nad pun tunggu la kat Watson tu sambil tengok tengok barang. Kot kot boleh shopping nanti.

Then, nad pun masuk kat 1 bilik kecil kat belakang sana haa. Interviewer nad tu lelaki. Tak apa, dah biasa dah. Dia suruh nad introduce myself. Nad pun tanya la kat encik tu, nak in BM or BI. Dia tak cakap tak kisah. Apa lagi, nad pun introduce in BI. Masa ni, nad tak hafal ayat pun sebab I know what I have to say. Encik tu pun interview based on resume nad. Borak borak sikit pasal job scope.

Sebelum habis interview, encik tu cakap yang dia akan forward resume nad kat HQ sebab HQ yang akan decide sama ada nak hire nad or not. Okay, got it. Btw this position memerlukan nad untuk willing to travel to another branch if tak ada staff kat situ. Dari situ nad dah rasa yang nad takkan dapat position ni. Sebab apa? Sebab nad tak ada driving license. Nad pun tak berharap tinggi sangat sebab if tak ada rezeki kat sini, maybe ada rezeki kat tempat lain kan.



3. Empyre Integrated Sdn Bhd
    Location : Menara MBMR
    Position : Roadshow and Event Ambassador
    Date : 2 July 2019

Idk la macam mana boleh apply position ni. Ni mesti masa time nad tengah pulun cari kerja. Then apply la banyak banyak. Related dengan course atau tak, tolak tepi dah. Janji dapat kerja. Tup tup dapat panggilan interview pula. Unexpected betul. Maybe sebab depa tengok dalam resume nad ada tertulis part organize event masa intern kat Pusat Sains Negara dulu kot. Masa nad buat research pasal company ni, nad jumpa IG je. Website takdak. Something fishy di sini.

Masa hari kejadian tu, nad gerak awal la juga ke sana. Naik KTM, MRT and then LRT. Fuhh penat nak mampuih. Sebab apa? Sebab nad tersilap pi naik LRT then turun kat stesen Abdullah Hukum tu. Dari situ nak ke Mid Valley tu quite jauh la sebab jalan kaki kan. Dengan heelsnya. Ingatkan dari Mid Valley nak ke company tu, dekat la kan. Expect dekat kononnya.

Nad pula pi la lepak sat kat Mid Valley tu. Hilangkan penat sikit gitu. Bila dah gerak sambil buka Google maps tu, jauh la juga. Kena menyeberangi jalan besar macam highway tu. Sumpah cuak. Tanya la polis bantuan kat pintu keluar tu. Nak tak nak, kena naik grab juga. Redha je la. Asalkan sampai. Nasib baik ada duit tau.

Dah sampai tower tu, I was rasa pelik sebab tak ada pun tulis nama company kat board sebelum naik lif tu. Ada je nama company tapi nama lain la. Tak sama macam dalam email. Curious gila. Nad pun naik je la lif then sampai la kat office company tu. Masuk masuk je ada staff yang duk kat situ. Inform la receptionist bagai. Kena la isi borang dulu kan. Seems like ramai gila means majoriti yang datang tu Chinese. Ye la kan, dah biasa dah pun. Nad dah terfikir dah yang nad maybe tak accepted for this position memandangkan berlambak Chinese yang datang untuk interview. So competition agak sengit gitu. Depa mesti la pandai pandai belaka.

Tunggu punya tunggu, sampai la turn nad. Actually interviewer nad tu orang yang sama yang send email kat nad sebelum ni. Kiranya dia macam berjawatan tinggi la kat situ. Muda lagi orangnya. Muda lagi dari nad. Macam mana tahu? Sebab nad ada terstalk IG dia hari tu. Dia pun start la interview nad. Tanya benda basic je. Tell me about myself. Pasal education apa semua.

Then dia tanya la yang related to apa yang nad tulis dalam borang kat luar tadi. More to macam kena describe yourself. Dia tanya "Why do you describe yourself as an ambitious person?". Time tulis tu, nad main hentam je. Sebab banyak gila kena bagitau pasal yourself kat borang tu. Nad pun jawab la soalan dia tu. Logik ke tak, lantak pi la.

Dia pun explain la kenapa kat board depan tak ada nama company tu. Dia cakap company tu kecik je, so dia guna nama yang lain. Something like that la sebab tak berapa ingat sangat. Dia tak bagitau pasal gaji apa semua. Yang nad tau, kalau passed interview ni, next session akan dibawa melawat tengok environment tempat kerja bagai. Nad tak amik kisah sangat part tu sebab yang paling penting, nad nak cepat cepat balik sebab dah penat sangat hahaha.



4. Tempgirl Sdn Bhd
     Location : Pasar Seni
     Position : Clerk / admin
     Date : 13 August 2019

5. Prospect Consulting Malaysia Sdn Bhd
    Location : Menara UOA, Bangsar
    Position : Vendor Acquisition
    Date : 13 August 2019

These interviews happened on the same day. Tak pernah pernah lagi macam ni. Penat ke tak penat? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat previous entry DI SINI. Hehehe. Lepas interview dengan company sekarang which is yang ke-6, baru la nad berjaya tamatkan zaman menganggur tu walaupun sat je pun. Dah penat rasa kecewa sebab application asyik kena rejected je. Pening kepala fikir nak apply position apa lagi.

Any tips from me? Tak ada la tips sangat. Be confident. Prepare well. Make sure attire tu bagi kemas kemas. Pakai la smart smart sikit hehe. Well to all job hunters, good luck la ye. Cepat ke lambat ke, tak apa. No need to rush. Rezeki tu pasti datang juga kan :)

Website for job hunting




18 comments:

  1. Thank you for sharing, Nad. Boleh dijadikan inspirasi oleh bakal-bakal graduan👍🏻. Tak semestinya sekali interview terus dapat kerja. Bergantung pada rezeki masing-masing.

    ReplyDelete
  2. cik nor dah 4 bln menganggur ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, awak. Nanti ada la rezeki tu ye :)

      Delete
  3. Nice experince.. btw tahniah nad.. kdg2 bila kita pi byak iv nie byak pengalaman yg kita dapat walaupun gagal. Apapun thanks sbb share job hunting tue.. rupanya byak web boleh cari kerja.. semoga dipermudahkan semuanya buat Nad ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hehe. Experience iv tu yg penting walaupun tak dapat kerja lepas tu. Boleh slow2 baiki mana yg kurang :)

      Delete
  4. Thank you nad for share your experience. Saya nie dah lah penakut nak gi interview, bila baca post nad nie rasa macam " Nad boleh buat, i mesti boleh buat jugak". fuhh. i am so nervous..dah lah tgh tunggu graduation day, jadi menganggur 3 bulan dah nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, awak. Slow2 buang rasa takut tu ye. Peluang dapat iv tu kita kena grab sebabnya boleh improve diri kita utk masa akan datang. Good luck for your upcoming graduation :)

      Delete
  5. banyak jugak experience nad pergi interview. Tak suka sangat pergi interview sebab ketaq kaki tangan semua tapi alhamdulillah bila dah banyak kali pergi dapat la practice tenangkan diri & jawapan yang membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, experience tu yg dapat menghilangkan sikit rasa nervous tu. Sebab dah terbiasa kan. Experience nad sikit je la kalau nak dibandingkan dgn orang lain hehe. Tahniah, awak sebab berjaya atasi masalah ketaq tu :)

      Delete
  6. Bnyknya experience iv nad. Btw tahniah dah dpt kerja. Tpi kena sekejap? Byk pengalaman luas pemandangan. ehehe boleh la gitu kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak mana pun la. Hehe. Sekejap je sebab position tu temporary for 2-3 months je. Tak sure dapat jadi permanent ke tak. Tak nak berharap sangat. Betul tu. Banyak pengalaman tu yg membantu sebenarnya :)

      Delete
  7. teringat plak zmn dulu2 ms lps abs blaja..
    pulun cr keje smpaikan keje pasaraya pon snggup..
    haha..

    ReplyDelete
  8. Kann. Kerja apa pun main apply je asalkan tak menganggur. Dapat duit pun jadi la :)

    ReplyDelete
  9. Bagus perkongsian Nad ini..
    Berguna buat yang mencari tips.. Memang semuanya bergantung pada rezeki.. ada orang sekali interview je dah dapat.. Ada yang berkali-kali atau berpuluh kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Rezeki tu kan kita tak dapat jangkakan. Terima kasih :)

      Delete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg