Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Saturday, September 28, 2019

6 Kali Hadir Interview, Baru Dapat Kerja!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Actually, this entry dah lama terperam dalam draft. Macam la tak biasa kan. Dia ni suka peram entry lama-lama. Busy meh. Balik kerja mesti barai nak mampuih. Ingatkan dah kerja ni, tak ada la eyebag. Rupanya ada juga. Sebab apa entah. Idk.

So, kali ni nad nak share my experiences pi interview. Saje je buat kenangan. Ada orang pi interview sekali, terus dapat kerja. Ada orang yang pi interview berkali-kali, baru dapat kerja. Rezeki masing-masing kan. Yang penting, put your trust kepada Allah. Never give up, okay? Nad pula pernah pi interview sebanyak 6 kali je (termasuk interview kat  current company). Alhamdulillah la. Dapat juga kerja walaupun sekejap je. It's okay la kan hihi. 

1. Tessolve Semiconductor Sdn Bhd
    Location : Penang
    Date : 22 April 2019

This is my first interview. Dia punya ketaq tu tak boleh bawa bincang. Nad tak expect pun yang nad akan dipanggil untuk interview session. Sehari sebelum hari kejadian, nad attend talk dari company ni sempena NICE (Northern Industrial Career Exhibition) kat uni nad. Saje je isi nama nak hadir. Lepas habis talk tu, tetiba kena jawab test. Sumpah tak prepare langsung sebab tak tahu kan. Nad pun jawab la test tu. Ada soalan objektif dengan subjektif. Yang mana nad tak tahu tu, nad main bantai je. Asalkan tak tinggal kosong.

Then, malam tu ada Annual Dinner untuk school (read: fakulti) nad. List student yang berjaya dapat attend interview session tu keluar malam tu juga. Bayangkanlah, dinner tu habis pukul berapa. Balik kolej dah tengah malam. Tu pun kitorang yang paling awal balik sebab nak kejar pintu kolej. Dengan penatnya, memang tak dan la nak study bagai.

Esoknya, dah la ada talk sebelum interview session tu. Memang dah redha habis la. Habis je talk, nad terus pi kat tempat interview tu. Nasib baik nad punya turn pukul 10.30 am, tak la clash dengan talk. Masa tunggu turn, sempat la study sikit sikit. Masuk je ruang interview tu, agak terkejut la juga sebab interviewer tu tanya based on jawapan nad untuk test semalam. Memang sir tu tunjuk paper nad tu dan berapa markah nad. Adehhh. Apa yang salah kat paper, nad boleh jawab. Apa yang betul kat paper, nad jawab salah pula. Kelakar rasanya.

Inilah akibatnya kalau tak buat preparation. Interviewer nad tu rasa foreigner dari India. Dia punya speaking waduh payah sikit nak faham. Dah macam orang pekak pula sebab tak dengar dengan jelas apa yang dia cuba sampaikan.

*Gambar takdak sebab tak dan nak snap*

2. Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd
    Location : Rawang
   Position : Assistant Supervisor and Customer Assistant
    Date : 26 June 2019

Nad apply for this position through MauKerja apps je. Malas nak walk-in. Tak lama lepas tu, terus dapat notification untuk datang interview. Boleh pilih tarikh yang diberikan untuk interview. Nad pilih 26 June sebab nak prepare segala bagai. Masa tu baru nak cari fail, photostat apa yang patut. Print resume bagai.

Tibalah hari kejadian, nad pun datang la awal sikit. Interview start pukul 2, nad datang sebelum pukul 2. Sampai je sana, tanya la staff kat sana. Dia inform yang supervisor diorang ada kerja sikit. Sebab stok baru sampai. Nad pun tunggu la kat Watson tu sambil tengok tengok barang. Kot kot boleh shopping nanti.

Then, nad pun masuk kat 1 bilik kecil kat belakang sana haa. Interviewer nad tu lelaki. Tak apa, dah biasa dah. Dia suruh nad introduce myself. Nad pun tanya la kat encik tu, nak in BM or BI. Dia tak cakap tak kisah. Apa lagi, nad pun introduce in BI. Masa ni, nad tak hafal ayat pun sebab I know what I have to say. Encik tu pun interview based on resume nad. Borak borak sikit pasal job scope.

Sebelum habis interview, encik tu cakap yang dia akan forward resume nad kat HQ sebab HQ yang akan decide sama ada nak hire nad or not. Okay, got it. Btw this position memerlukan nad untuk willing to travel to another branch if tak ada staff kat situ. Dari situ nad dah rasa yang nad takkan dapat position ni. Sebab apa? Sebab nad tak ada driving license. Nad pun tak berharap tinggi sangat sebab if tak ada rezeki kat sini, maybe ada rezeki kat tempat lain kan.



3. Empyre Integrated Sdn Bhd
    Location : Menara MBMR
    Position : Roadshow and Event Ambassador
    Date : 2 July 2019

Idk la macam mana boleh apply position ni. Ni mesti masa time nad tengah pulun cari kerja. Then apply la banyak banyak. Related dengan course atau tak, tolak tepi dah. Janji dapat kerja. Tup tup dapat panggilan interview pula. Unexpected betul. Maybe sebab depa tengok dalam resume nad ada tertulis part organize event masa intern kat Pusat Sains Negara dulu kot. Masa nad buat research pasal company ni, nad jumpa IG je. Website takdak. Something fishy di sini.

Masa hari kejadian tu, nad gerak awal la juga ke sana. Naik KTM, MRT and then LRT. Fuhh penat nak mampuih. Sebab apa? Sebab nad tersilap pi naik LRT then turun kat stesen Abdullah Hukum tu. Dari situ nak ke Mid Valley tu quite jauh la sebab jalan kaki kan. Dengan heelsnya. Ingatkan dari Mid Valley nak ke company tu, dekat la kan. Expect dekat kononnya.

Nad pula pi la lepak sat kat Mid Valley tu. Hilangkan penat sikit gitu. Bila dah gerak sambil buka Google maps tu, jauh la juga. Kena menyeberangi jalan besar macam highway tu. Sumpah cuak. Tanya la polis bantuan kat pintu keluar tu. Nak tak nak, kena naik grab juga. Redha je la. Asalkan sampai. Nasib baik ada duit tau.

Dah sampai tower tu, I was rasa pelik sebab tak ada pun tulis nama company kat board sebelum naik lif tu. Ada je nama company tapi nama lain la. Tak sama macam dalam email. Curious gila. Nad pun naik je la lif then sampai la kat office company tu. Masuk masuk je ada staff yang duk kat situ. Inform la receptionist bagai. Kena la isi borang dulu kan. Seems like ramai gila means majoriti yang datang tu Chinese. Ye la kan, dah biasa dah pun. Nad dah terfikir dah yang nad maybe tak accepted for this position memandangkan berlambak Chinese yang datang untuk interview. So competition agak sengit gitu. Depa mesti la pandai pandai belaka.

Tunggu punya tunggu, sampai la turn nad. Actually interviewer nad tu orang yang sama yang send email kat nad sebelum ni. Kiranya dia macam berjawatan tinggi la kat situ. Muda lagi orangnya. Muda lagi dari nad. Macam mana tahu? Sebab nad ada terstalk IG dia hari tu. Dia pun start la interview nad. Tanya benda basic je. Tell me about myself. Pasal education apa semua.

Then dia tanya la yang related to apa yang nad tulis dalam borang kat luar tadi. More to macam kena describe yourself. Dia tanya "Why do you describe yourself as an ambitious person?". Time tulis tu, nad main hentam je. Sebab banyak gila kena bagitau pasal yourself kat borang tu. Nad pun jawab la soalan dia tu. Logik ke tak, lantak pi la.

Dia pun explain la kenapa kat board depan tak ada nama company tu. Dia cakap company tu kecik je, so dia guna nama yang lain. Something like that la sebab tak berapa ingat sangat. Dia tak bagitau pasal gaji apa semua. Yang nad tau, kalau passed interview ni, next session akan dibawa melawat tengok environment tempat kerja bagai. Nad tak amik kisah sangat part tu sebab yang paling penting, nad nak cepat cepat balik sebab dah penat sangat hahaha.



4. Tempgirl Sdn Bhd
     Location : Pasar Seni
     Position : Clerk / admin
     Date : 13 August 2019

5. Prospect Consulting Malaysia Sdn Bhd
    Location : Menara UOA, Bangsar
    Position : Vendor Acquisition
    Date : 13 August 2019

These interviews happened on the same day. Tak pernah pernah lagi macam ni. Penat ke tak penat? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat previous entry DI SINI. Hehehe. Lepas interview dengan company sekarang which is yang ke-6, baru la nad berjaya tamatkan zaman menganggur tu walaupun sat je pun. Dah penat rasa kecewa sebab application asyik kena rejected je. Pening kepala fikir nak apply position apa lagi.

Any tips from me? Tak ada la tips sangat. Be confident. Prepare well. Make sure attire tu bagi kemas kemas. Pakai la smart smart sikit hehe. Well to all job hunters, good luck la ye. Cepat ke lambat ke, tak apa. No need to rush. Rezeki tu pasti datang juga kan :)

Website for job hunting




Saturday, August 17, 2019

2 Days For Interview Session



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! How's your weekend? Dah lama rasanya menghilangkan diri dari sini. Bila buka dashboard, pergh berduyun comments yang kena approved. Terima kasih la ye sebab sudi drop comments kat blog yang tak seberapa ni hihi 🤭

For your information, nad ada interview pada Selasa lepas which is on 13 August. Nad ada share kat previous entry. Pada hari Selasa tu pula, nad ada 2 interview. Kat Pasar Seni dengan Bangsar. Pagi pagi lagi nad gerak dengan abah ke Pasar Seni tu. Awal la juga nad sampai sampaikan sempat lagi makan roti hehe.

Then, 5 minit sebelum pukul 9 tu nad dah naik ke bangunan company yang first tu. Rupa-rupanya company tu merupakan recruitment agency. Sampai je kat sana, kena isi borang dulu. Staff chinese yang sambut nad pun peramah gila. Tunggu kejap then staff tadi tu pun interview la nad. Interview santai santai je.

Dia cakap yang resume yang nad send through website lagi better dari yang by hand punya. Hahaha nad ada lebih kurang 4 set resume yang berlainan. Yang nad bawa tu resume in 1 page only. Dia cakap lain kali bawa je resume yang lagi satu tu. Jimat ink sebab resume 1 page tu consume ink colour 😅 I thought interviewer suka resume yang ringkas ringkas je. Dia tanya la pasal background study, kenapa nak kerja dalam position tu eventhough tak related dengan course etc. Nad pun jawab dengan jujur je la kan. Siap boleh gelak gelak lagi dengan staff tu hehe.

Staff tu cakap setakat ni tak ada position yang sesuai dengan expected salary yang nad minta dengan location yang nearby dengan tempat tinggal nad. I was like "okay". Dia akan call if ada vacancy yang sesuai. Tup tup petang tu nad dapat call suruh pi interview kat PJ esok. Email pun masuk tapi nad tak check details pun. Just tengok dari notification je. Sumpah staff kat sana friendly dan ada effort nak bagi nad kerja juga.

Long short story, nad pi interview yang kat Bangsar tu lepas habis je interview kat recruitment agency tu. Nasib baik sempat masuk untuk 1st session. Masa nak pergi tu, tetiba nad perasan yang duit nad tercicir. Aduhh menyesal pula tak letak dalam purse. Letak dalam poket je. Call abah and then a few minutes later abah sampai semata-mata nak bagi duit kat nad je. Rasa terharu la pula sebab abah sanggup keluar dari office bagai. Then, nad pun gerak ke Bangsar naik LRT. Turun je LRT, jalan sikit dah sampai ke menara company tu. Sekejap je dah sampai.

Masuk je company tu, kena tulis details kat logbook. Isi application form and then mereput tunggu giliran. Tunggu punya tunggu, tiba juga turn nad. Interviewer nad kali ni staff perempuan Melayu. Nad punya interview session kejap je sebab nad make it short. Tak ada mood sangat sebenarnya. Interviewer cakap la kat nad yang nad sebenarnya bagus, bukannya tak bagus. Yang spoilnya nad ni A to A person. Bukan elaborative one la. Dah position tu pun nad tak berapa minat sangat. Main apply je. Rupanya position tu kena ada level critical thinking yang tinggi bila deal dengan client. Keluar je dari situ, nad dah redha habis dah sebab memang takkan dapat kerja tu hahaha 😌

Keesokan harinya, nad kena pi interview eventhough penat semalam tak hilang lagi. Nad gerak lambat sikit sebab interview pukul 9.30. Naik LRT dari Pasar Seni sampai PJ. Rupanya company tu dekat je dengan tempat intern nad masa diploma dulu. Memang dah familiar la dengan tempat sana. Unfortunately, nad stuck tunggu bas rapid KL lama sangat kat PJ tu. Sampaikan staff recruitment agency tu call nad tanya kat mana dan inform interviewer yang nad lambat sikit. Sumpah la cuak sebab nad jarang gila tak punctual. Terpaksa la korbankan duit pi naik grab. Nak cepat punya pasal 😪

Sampai je sana, nad tanya la kat akak receptionist tu. Baik gila akak tu. Staff yang sambut nad tu pun baik. Siap boleh borak borak lagi sementara nak tunggu bos department datang. Lepas je interview tu, ada test session la pula. Nasib baik nad boleh buat. Staff tadi pun tolong nad sikit. Terharu kot haha. And guess what? I've got that position. Position as temporary clerk / admin. Walaupun sementara je untuk 2-3 bulan, tak apa la.  As long as boleh bayar yuran convo nanti. Alhamdulillah. At least tak tanam anggur. Bosan kot tanam anggur lagi. Nad dapat tahu yang nad dapat position tu masa otw balik ke KL. That's why la nad menghilangkan diri lately ni. Busy kerja meh. Nanti nad share pasal kerja nad kat next entry ye. Hopefully ada la orang yang sudi nak baca. Sorry la kalau entry kali ni quite long 😂

Monday, August 12, 2019

Pray For Me, Okay?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Mesti best kan hari ni sebab cuti. No Monday blues hehe. This is maybe a quite short entry daripada nad. Btw, last week nad ada terima email macam kat bawah ni haa. 


Nad pun dah reply email tu. Esok nad akan drop by ke office. Hopefully dapat la kerja eh. Tak lama lepas tu, nad juga ada terima email dari company lain. Suruh datang interview. So alang-alang esok nad akan keluar singgah office tu, nad choose untuk datang interview company lagi satu tu esok. Senang sikit. Tak payah nak buang masa keluar rumah berhari-hari. 

Please doakan nad dapat kerja tau. Hopefully boleh la control nervous tu sikit esok. I'm still wondering kenapa la company yang tak ada kena mengena dengan course nad je yang send email. Yang lain semuanya takdak. Maybe belum ada rezeki lagi kot. Lagipun bidang nad banyak peluang kat kilang dan nad pun tak ready lagi nak kerja kat kilang hehe :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg