Showing posts with label foodie. Show all posts
Showing posts with label foodie. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

Kingkekpisang Gebu Gebas

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak share tentang dessert yang nad try baru baru ni. Nad tau pasal kewujudan makanan ni pun gara-gara tengok Azfarheri (some people may know him hehe) review kek pisang kat twitter dia. Some of you maybe cakap "Alaa kek pisang je pun". Yes, nampak macam kek pisang biashe biashe. Tapi in fact, rasanya luar biasa kot. 

Since nad ni penggemar pisang la juga, so nad pun usha la igshop yang jual kek pisang tersebut. Punya duk usha, I think berhari la juga. Then baru decide nak order. Nad kalau nak beli something sometimes take time la juga. Kalau asyik duk teringat je, beli je la. Karang menyesal pula. 

Nad pun ws la agent yang cover area rumah nad. Alhamdulillah, sekejap je dah dapat reply. Nad tak expect pun yang nad akan dapat kek tu petang tu juga. Nad order dalam tengahari macam tu, pukul 3 lebih dah dapat dah. Nad ingatkan agent tu akan cod waktu malam. Mana la tahu dia bekerja so assume la malam baru dapat hehe.

Ni la igshop yang nad duk usha tu. Dah macam spy dah sebab duk belek feedback satu persatu

Kek pisang gebu (RM 5)

For me, sedap gila kek pisang dia. Eventhough dia kek pisang biasa je pun. Tapi rasa dia luar biasa. Gebu pun gebu. Moist la juga. Tak rasa tepung or soda bikarbonat langsung. Fully rasa manis buah pisang. Memang rasa pisang semata-mata. Tak menyesal order kek ni

Premium bananachocoleleh (RM 15)



Yang bananachocoleleh nad beli satu je. Saje je nak try sebab kek ni hot selling la juga. Dah terjual lebih 2000 dalam masa sebulan. Wow, amazing kan. Tapi ya Allah, sedap banget. Rasa menyesal beli satu je. Sebab sedap gila. Rasa dia gabungan kek pisang dan coklat. Siap ada coklat leleh so boleh tuang kat atas kek tu. I'm crying sebab sedap sangat. No wonder boleh laku keras.

So far memang puas hati gila la dengan kek ni. Boleh repeat order lagi. Tapi kena min order 3 pcs. Mula-mula tu macam "What! 3 pcs? Banyaknyaaa". Bila dah dapat tu, alaaa tak cukup la. Nak lagi!!! So, korang pun boleh la try eh. Confirm tak menyesal punya haha. 




Kek pisang gebu (RM 5 × 2 pcs) = RM 10
Bananachocoleleh (RM 15 × 1 pcs) = RM 15
Cod charge = RM 10
Total = RM 35

Sunday, September 1, 2019

Texas Honey Butter Biscuit Membuatkan Tidur Tak Lena!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama tak menyemak kat sini. Busy sikit. Lately ni nad struggle sikit belajar pasal video editing. Dah ada youtube channel kan. So selalu la juga lepak jengah youtube tu hehe 😂

Amboiii nad. Tajuk entry kali ni kemain lagi eh hihi. Tapi memang betul pun. Lately ni nad addicted sikit dengan Honey Butter biscuit dari Texas. Sampaikan sebelum tidur tu boleh terbayang bayang lagi. Ada la satu hari tu. Nad craving sangat nak makan biscuit tu. Sebelum tidur duk asyik terbayang. Tak boleh jadi ni. Nak tak nak kena beli esok juga. Lantak la diet tu haha. 

Memandangkan Texas Chicken tu kat depan bangunan office nad je, so senang la sikit nak beli. Pagi pagi sebelum masuk office, nad singgah la kejap kat Texas. Semata-mata nak beli biscuit tu. Craving punya pasal. Nasib baik la Texas ada kat sini. Sebab kat rumah nad tak ada Texas. Kena merantau sikit kalau nak beli.

Packaging dia. Nad take away je sebab nak makan kat work station

Comel kan biscuit ni

Bahagian isi biscuit ni

First time nad makan biscuit ni waktu intern diploma dulu. Ye la kan. Dulu nad intern kat company yang dekat dengan office sekarang. Selang beberapa bangunan je. Banyak la juga kedai yang nad selalu pergi time intern dulu dah tak ada. Nasib baik Texas masih ada. Nama je biscuit tapi isi dia lembut macam roti. Sedap pun sedap. Especially bila makan panas panas. 

Nad selalu je breakfast dengan biscuit ni. Sebab sedap gila. Kenyang la juga. Harganya RM 2 seketul. Tak mahal pun. Nad selalu beli 2 ketul untuk nad makan seorang. Kalau beli 3 ketul, dapat harga RM 5.65. Beli banyak lagi murah. Tapi nad makan 2 ketul pun dah cukup hihi. Kalau kat fast food outlet macam KFC, mcd dan Texas macam ni, nad lebih suka beli side dish macam biscuit ni haa. I don't know why. Dah macam habit 🤭

Monday, August 26, 2019

Lauk Simple Simple Yang Mengenyangkan

Image result for cooking animated gif

Assalamualaikum wb.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semua orang sihat je la ye hihi. Monday blues tak tu? Lek lek. Next week dah start tak ada Monday blues buat sementara waktu. Syoknya woo. Tak sabar nak tunggu cuti.

Actually sometimes nad ni kan ada je mood nak memasak haa. Means masak sendiri tanpa bantuan sesiapa pun especially mama. Biasa la kan. Nad masih ingat lagi, first time nad sentuh kuali bagai waktu umur nad 15 tahun. Ye, tahu. Quite lambat. Tu pun goreng goreng nugget je. Tak adanya masak lama lama. Dulu punya la takut nak gunakan kuali. Sebab takutkan api! Entah kenapa la. Mama pula tak memaksa suruh masak bagai. Bebel tu ada la sikit sikit hehe. Lagi-lagi dulu nad punya la tak kisah pasal house chores ni. Nasib baik la masih boleh lipat baju kain dengan basuh pinggan. Kalau tak, teruk punya anak dara.

Then, bila mama abah keluar, sometimes tu terpaksa la nad masak juga. Kalau tak kebuluran la kitorang. Kesian kat adik-adik haa. Diorang pula jenis tak kisah. Apa yang ada, yang tu la diorang makan. Selalunya kalau mama abah keluar pi pasar atau kenduri kahwin, itulah masanya nad nak berperang kat dapur. Tapi yang annoying ada seorang tu complaint je tau. Tolongnya mana mahu. At the end, melantak juga lol.

So, inilah dua lauk yang selalu nad masak bila mama abah tak ada. Simple je aih. Tak reti lagi nak masak yang berkuah gulai bagai. Simple simple dulu je yang mampu. Boleh la kan daripada tak ada hihi.
Ayam masak sambal vs telur dadar my own version

Ayam masak sambal (versi berkuah)

Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam (tak kisah yang dipotong kecil kecil atau besar)
  • Tepun serbaguna (nad guna tepung Bestari je)
  • Bawang secukupnya
  • Cili yang telah dikisar
  • Bawang yang telah dikisar
  • Cili api yang telah dipotong (optional)
  • Garam or gula
Cara-cara :
  1. Basuh ayam dengan bersih dan lumurkan bersama tepung serbaguna
  2. Gaul sehingga rata
  3. Goreng ayam tersebut sehingga garing sedikit
  4. Angkat ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Biarkan ayam tu seketika
  5. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong
  6. Bila dah naik bau, masukkan cili dan bawang yang telah dikisar tadi
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit
  8. Masukkan gula or garam secukup rasa
  9. Kacau sehingga masak
  10. Bila sambal tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sambal
  11. Sedia untuk dihidang

Telur dadar gebu gebas

Bahan - bahan :
  • Dua biji telur
  • Cili api
  • Bawang
  • Mayonis
  • Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
Cara-cara :
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk
  2. Potong cili api dan bawang. Masukkan ke dalam mangkuk
  3. Letakkan beberapa sudu mayonis supaya telur jadi gebu
  4. Masukkan serbuk cukup rasa atau beberapa cubit kiub ayam bersama telur
  5. Gaulkan telur tadi bersama-sama bahan yang telah dimasukkan tadi
  6. Goreng telur tersebut sehingga berwarna keperangan sedikit
  7. Sedia untuk dihidang

Wednesday, August 21, 2019

Hungry People Fresh Food Mart Pesaing Family Mart?

Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Hungry people? Pernah dengar tak? Hah, orang yang lapar? Tak la. Nama penuh (mengikut dalam IC?) dia ialah Hungry People Fresh Food Mart. Fuhhh panjang bebenor. Dah namanya mart. Mesti la nama kedai kan hehe. Hungry people ni macam ala-ala family mart la. Cuma lain parents hihi. 

Kedai ni baru je wujud rasanya. Sejak tahun lepas gitu. Nad pun almost terlupa kewujudan dia. Padahal ada je haa kat depan office. Tu la kau. Tak habis habis pi tempat yang sama je. Seriously, kedai ni betul betul terletak bersebelahan dengan Family Mart. Actually, plan asal nak makan ramen Family Mart yang baru je keluar tu. Tup tup macam tak ada je. Keluar la balik dari Family Mart tu. 

Then, nad masuk la kat kedai sebelah. Sumpah weh terkejut gila. Sebab apa? Sebab majority makanan dah habis. Barang yang dijual pun lebih kurang macam kat Family Mart. Round round la kat Hungry People tu. Nak tengok aiskrim dia yang famous tu. Alaa aiskrim daim la, oreo la, toblerone la. Tengok je la dulu. Pandang kat area sebelah, tetiba "eh, ada makanan lagi la". Rezeki la ni kot. 

Belek punya belek, nad grab la makanan tu. Untuk nad makan seorang. Perut pula minta diisi. Ternampak la ada sticker tertampal kat atas makanan. Ada 30% discount. Harga asalnya RM 6++ gitu. Tak ingat berapa harga asal. Tak apa tak apa. Kita bayar je dulu eh. Masa tengah scan tu, wow! Memang betul ada discount la. Jimat jimat. Expired date pula hari ni. Tak kisah la. Janji dapat jimat duit. 

Makanan yang nad grab waktu lunch tadi

Sticker pun comelnya lahai


My first impression, ingatkan tak kenyang makan benda alah ni. Sekali, amik kau. Kenyang nak mampuih. Menyesal ikut nafsu yang entah apa tu. Rasa dia ada masam masam sikit. Ayam dia banyak kot. Kalau kat Family Mart, nasi macam ni boleh cecah lebih RM 10 gitu. 


Gambar ihsan dari uncle google

Location :

No. 16G, JLN PJS 11/28, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Malaysia

14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Malaysia

For more info, click HERE

Sunday, August 4, 2019

Fried Enoki

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya hehe. Fuhhh lenguh kaki ni haa. Penat pi kenduri tadi pun tak hilang lagi. Biasa la kan. Dah lama tak keluar. 

For this entry, nad nak share pasal cendawan enoki. Haa? Apa tu? Maybe ramai yang tahu pasal cendawan ni. Cuma nad je yang noob sebab baru tahu pasal benda ni. Tahu makan je. Namanya tak tahu langsung. Ish ish ish. 

Cendawan ni boleh didapati di pasar raya seperti Tesco dan sebagainya. Nad beli cendawan ni for the first time sebab harganya yang murah. Nad beli hari tu RM 0.89 sebungkus. Terasa rugi pula sebab beli sebungkus je. Mama nad pula jenis yang tak suka beli cendawan ni sebab dia tak makan sangat. So nad pun ambil je la letak dalam troli sambil terfikir-fikir nak buat apa dengan cendawan ni. 

Then masa nak masak cendawan ni, nad bingung sekejap. Loading weh. Sel-sel otak macam tak berhubung je. Selalunya orang letak cendawan ni dalam sup. Tapi masa tu tak teringin nak makan sup. Takkan la nak main campak campak je dalam nasi goreng macam hari tu. Nad pun google la resipi yang berkaitan dengan cendawan ni. Majoriti orang akan buat goreng je.


Rupa cendawan enoki

So nad pun apa lagi, try je la goreng. Lagipun tak pernah buat lagi. Dah la macam terliur je tengok orang buat masa google google tu. Alhamdulillah, menjadi la juga. Rangup pun rangup. Sampaikan rasa tak cukup pula tu. Dah rasa menyesal sebab beli sebungkus je 😂

Bahan - bahan :

  • Cendawan enoki (boleh didapati di pasar raya seperti Tesco and so on)
  • Tepung serbaguna. Nad guna tepung Bestari je. Nak guna tepung yang lain pun boleh
  • Minyak masak
Cara - cara :

  1. Potong akar cendawan enoki dan basuh dengan air
  2. Masukkan cendawan enoki ke dalam mangkuk
  3. Masukkan beberapa sudu tepun serbaguna ke dalam mangkuk yang berisi cendawan enoki (nad main agak agak je. tak ingat letak berapa sudu) 
  4. Lumurkan cendawan enoki dengan tepung sehingga sebati (nak tambah sedikit air untuk melumur pun terpulang la) 
  5. Gorengkan cendawan enoki di dalam kuali sehingga berwarna perang keemasan
  6. Angkat cendawan daripada kuali dan sedia untuk dihidang

Inilah hasil dan rupa cendawan enoki goreng. Jeng jeng jeng. Maaf la kalau gambar tu tak semenggah mana. Lagipun nad pun still try nak belajar masak masak ni. Alang-alang tak kerja lagi kan 😌



Wednesday, July 3, 2019

Review : Family Mart's Brown Sugar Bubble Milk



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Dah makan ke belum? (sibuk je nak tahu hehe). Kalau belum makan tu, pi la makan eh. Karang gastrik pula hihihi 🙊

Korang semua mesti tahu Family Mart tu kan? Alaaa dia macam 7 eleven. Tapi store dia based on japanese style sebab ada makanan dari Jepun kat situ. Nad paling suka pi Family Mart ni sebab harga dia affordable. Tak mahal sangat. Makanan kat situ pun banyak yang sedap sedap. Aiskrim dia sedap gila especially flavour Hokkaido Melon. Dah la aiskrim dalam bentuk kon which is favourite nad. Yang paling penting, kon dia rangup okay. Bukan yang macam aiskrim mekdi punya.

Baru-baru ni Family Mart ada launch their own Brown Sugar Bubble Milk. Alaaa yang tengah famous sekarang ni. Berebut-rebut orang duk minum boba tea tu. Macam-macam kedai boba tea yang tengah naik sekarang ni. The alley, daboba, black whale, tiger sugar, xing fu tang etc. Coolblog pun ada keluarkan diorang punya Bubble Milk Tea juga. Of course la nak ikut trend sekarang ni kan.

Image result for family mart bubble milk tea

So, nad pun gigih la pi Family Mart semata-mata nak try diorang punya Brown Sugar Bubble Milk tu. Tapi unfortunately, out of stock je memanjang. 2 kali kot nad pi sana, tapi dah habis. Ramai sangat orang yang beli kot memandangkan hari tu ada promotion price. Dah la Family Mart tu 10 minit dari rumah. Punya la gigih tu. Nak buat macam mana, tak ada rezeki 😭

Then hari tu, adik lelaki nad ada citer yang dia pi singgah Family Mart lepas habis kerja. Then nad tanya la "kenapa tak belikan air tu untuk aku?". Dia cakap mana la dia tahu yang nad nak. Lol. Padahal hari tu dia yang bawa nad pi sana semata-mata nak beli air tu. Sumpah weh. Nad merajuk  sikit dengan dia. Ye la kan. Dah la teringin nak rasa. Dia boleh pula tak belikan.

Semalam lepas dia habis kerja, tetiba je adik nad tu call. Ingatkan apa. Dia tanya kat nad sama ada nad nak ke tak Bubble Milk tu. Sebab dia singgah jap Family Mart tu dengan kawan. Of course la nad kata nak. Gila tak nak. Orang punya la teringin nak rasa sebab orang kata sedap. Then dia pun belikan la untuk nad dengan adik yang seorang lagi tu. Siap pakej dengan belanja pula tu. Hihi. Terima kasih, weh.

From my point of view, bubble milk dia sedap gila. Tak rasa muak pun. Tak manis sangat. Okay la dengan nad yang tak berapa suka manis sangat. Tapi kan satu je yang spoil, cup dia pendek kot. Rasa tak puas minum. Tengah sedut tup tup dah nak habis dah. Bubble dia pun tak terlalu besar sangat. Lembut je. So siapa yang tak try lagi, boleh la try eh. Harga dia RM 6.90. Harga promosi dia hari tu RM 4.90 je sampai 26 Jun lepas. Murah kan. Okay la dengan rasanya.



Tealive punya Signature Brown Sugar Milk Tea pun not bad juga. Nad dah banyak kali minum. Tapi tu la selalu tak habis. Harganya pula bawah RM 10.


Saturday, March 23, 2019

Review : Aiskrim Unicornetto


Related image

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Finally it's a weekend. Fuhh rasa lega sikit dapat cuti. Btw next week nad dah start mid sem break. Kebetulan sama dengan cuti sekolah. Tapi kan yang sedihnya for the first time nad tak balik bercuti. Ramai yang pelik sebab nad tak balik. Tak apa la kan. Nanti mama dengan abah datang sini juga :)

Kat sini macam biasa la kan, panas terikkk. Kalau hujan tu, kira bersyukur sangat la. Bila tengah panas macam ni, mula la tekak teringin nak minum air manis. Tapi nad bukannya minum sangat air manis tu. Lebih prefer makan aiskrim. Idk why. Nak dijadikan cerita, jenuh nad cari aiskrim kat sini especially unicornetto tapi tak ada pun. Dah la nad ni agak cerewet bab aiskrim ni huhu. Bestnya kalau dapat unicornetto. Nyum nyum. Korang dah try ke unicornetto tu? Sedap tak?

Nad dah try for a few times unicornetto tu masa cuti sem yang lepas. Ye la kan. Unicorn lover mesti la try kan. Gigih gila mencari kat kedai. Rupa-rupanya kat speedmart ada je jual weh. Adehh. Kalau kat Perlis ni tak tahu la nak cari kat mana.




Terliur la pula tengok gambar unicornetto ni. For me, aiskrim ni sedap la juga. Rasa dia macam makan aiskrim paddle pop rainbow tu. Ada la juga rasa strawberry tu sikit walaupun nad tak suka strawberry tu. Yang bulat bulat kecil tu apa benda entah. Terlupa pula. So, siapa yang tak pernah try lagi boleh la kot beli kat kedai. Harganya pula bawah RM 3 je. Affordable la kan. For now, nad still mencari cornetto oreo cookies. Mesti sedap juga ni. Teringin aih :P


Saturday, February 13, 2016

Soyfresh Hershey's Cookies N Creme


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Kali ni nak review sikit pasal salah satu minuman favourite nad iaitu Soyfresh Hershey's Cookies N Creme. Flavour ni yang paling baru dan latest sekali untuk soya Hershey's ni. Rasanya macam dah lama keluar tapi baru hari ni teringat nak review. Tu pun tetiba teringin nak minum air ni.

Minuman soya Hershey's ni ada dalam 3 flavour (Chocolate, Mocha, Cookies N Creme). Before this, nad pernah try flavour chocolate dan ternyata not bad la juga. Boleh masuk dengan tekak ni. Rasanya nad boleh minum soya jenama ni je kot. Bukannya demand ke apa tapi soya ni lain daripada soya yang biasa. Tak berlendir dan tak manis pun memandangkan nad kena berpantang daripada minum soya yang biasa tu. Untuk flavour cookies n creme ni, rasa soya dan cookies n creme tu balance bagi nad. Berlemak sikit dan tak manis. Tak la perit tekak tu.




Daripada pandangan atas. Ada expired date. Perlu digoncang dulu sebelum minum



Informasi tentang nutrition facts. Kaya dengan protein dan karbohidrat






Minuman soya ni boleh didapati di pasar raya yang berdekatan. Tapi yang ni nad beli dari 7 eleven je dengan harga RM 1.95. Yang penting minuman ni tiada bahan pengawet, uolls. No need to worry.

Saturday, May 30, 2015

Fabulous Feast For 6 Of Rasamas



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Story ni ekceli patut ditulis last week lagi. Means dah basi dah pun. Sorry la. Lately ni mood nak blogging ni agak ke laut sikit. Entah la. Maybe sebab cuti sem dah nak sampai ke penghujungnya. Kot la kan. Tak tahu kenapa.

Kalau bab makan kat luar ni, family nad agak jarang sekali makan kat luar. Memandangkan mama nad tu suri rumah. So, tetiap hari dia akan memasak kat rumah. Tetiap hari juga la dengar bunyi sudip kuali berlaga-laga ketung ketang. Haha. Lagi-lagi abah pula jenis yang tak suka sangat makan kat luar. Selalu nak makan hasil air tangan dari isteri yang tercinta (so sweet). Kihkih. Lagipun tekak abah mama ni tekak pure orang Melayu. Mana la nak sangat makan western western ni. Boleh dibilang dengan jari la kitorang dapat makan mewah mewah kat luar macam Pizza Hut, Nando, Johnny's and so on. Paling mewah pun makan pizza kat Pizza Hut dan Dominos Pizza. Maybe sebab abah tak suka bazirkan duit semata-mata nak makan atau beli something yang mewah mewah. Be humble, maybe. Syukur dengan apa yang ada kan.

Kalau nad pula, paling mewah dan high pun pernah la makan kat Sushi King. Tu pun makan dengan housemate dan ko-k mate. Sengaja nak try. Nad pun tak macam orang yang kat luar sana makan kat tempat mewah mewah especially urban cafe yang dah berlambak-lambak. Seoul Garden la. Dubu dubu la. Maybe sebab nad ni kuat makan. So, better spend money makan kat tempat yang biasa biasa je asalkan lepas tu boleh melantak kat tempat lain. Tak la hujung bulan menghadap maggi pula. Haha.

Last week lepas je ambil mama kat PJ sebab mama ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah lama dia, tetiba je perut mula rancak berkeroncong. Ye la. Dah pukul 6 lebih kan. Memang patut rasa lapar pun. Lagi-lagi stress sebab asyik salah masuk jalan. Sesat kat mana entah. Rupa-rupanya tempat tu dekat je. Kejap je boleh sampai. Tapi disebabkan dah melilau lilau ke mana entah, tu yang jadi lambat sampai. Dekat je dengan CFS IIUM PJ je kot. Kahkah. Then, mula la pening nak decide kat mana nak dinner. Satu satu suggestion di'reject'. Cerewet bebenor. Pergi la kat area Gombak. Sengaja menggedik masuk kat KL Festival mall tak pernah masuk kat situ lagi. Masuk je kat situ, berlambak restoran mewah kat situ. Sushi King, Baskin Robin, Nando and so on la. Matlamat utama masuk situ just nak makan kat food court je. Cari punya cari tapi hampeh. Food court tak ada kat mall. Memang tak la nak makan kat restoran yang ada kat situ. Apa-apa hal of course nak makan masakan Melayu juga.


Lepas solat Maghrib, tetiba timbul idea nak makan kat Giant Batu Caves. Lagipun dah lama tak datang ke situ. Dulu waktu nad kecik kecik, suka sangat datang situ. Nad suka main kat gelongsor besar kat ruangan playground. Budak kecik tahu main je kan. Asalnya nak makan kat food court je. Then, ternampak restoran Rasamas. Stop kejap kat depan restoran tu sambil tinjau tinjau menu. Agak dah lama berdiri kaku kat depan tu, terus decide masuk ke dalam. Belek-belek dan pilih menu. Kalau makan kat tempat yang macam tu, better pilih family set kalau datang berjemaah. Kalau amik ala carte, rugi woo. Melambung duit tu. Belum charge GST lagi. Family nad pilih set Fabulous Feast for 6. Alang-alang kitorang berlima je, extra seorang je kot. Tak apa. Kitorang semua kan kaki melantak. Hihi.

Set tu mengandungi :

  • 1 whole roaster
  • 3 plate chicken rice
  • 1 spaghetti bolognaise with chicken ball
  • Fish fillet with crinkle fries
  • Assam laksa
  • 1 mixed vegetables
  • 1 french beans
  • 6 glass of beverages
  • Single scoop ice cream




Roaster

Dalam set ni, kita boleh choose sama ada nak ayam blackpaper ataupun percik. Nad suka sangat blackpaper tapi nak buat macam mana kan. Abah mama pula pilih percik. Bedal je la. So far, ayam percik dia not bad la. Lembut je. Senang nak potong untuk orang yang tak berapa nak pandai gunakan sudu garfu macam nad ni. Berbaloi la nak melantak lagi-lagi tengah kebuluran kan.


Chicken rice

Dalam set ni je, just disediakan 3 pinggan nasi je. Mula-mula tu tak perasan yang set ni ada sediakan hidangan lain. Kat menu tu just nampak nasi dengan spaghetti je. Masa makanan dah sampai tu, ya Allah baru sedar yang tak payah order 2 pinggan nasi extra pun tak apa. Nasib baik la habis licin semua makanan tu. Kalau tak, membazir jadinya.


Spaghetti bolognaise with chicken ball

Spaghetti dia ok la bagi nad walaupun tak sesedap macam kat Pizza Hut atau Secret Recipe tu. Cuma kuah tu agak kurang sikit. Nad lagi suka kalau kuah tu banjir sikit. Nasib baik tak masam sangat. Biasa biasa je.


Fish fillet with crinkle fries

Ni la satu-satunya menu yang nad rasa paling best dalam set ni. Bukan sebab nad suka western food. Bukan begitu. Fish fillet dia lembut kot. Kalau cicah dengan pencicah, senang je nak hancur. Dah la tak berminyak langsung. Tak la rasa muak. Nad dulu suka la makan fish & chip. Then, dah stop sebab selalu dapat yang berminyak dan muak. Sebab terlebih salut dengan tepung kot.


Assam laksa

Ekceli, nad tak akan sentuh pun apa-apa jenis laksa kecuali laksa Sarawak je. Kalau balik kampung, bersepah orang jual laksa sebab tempat tu memang famous dengan laksa. Area Kuala Kangsar memang kawasan jajahan laksa pun. Kalau ada orang offer pun, nad akan tolak sebab tak makan. Tapi laksa kat Rasamas ni lain sikit. First nad rasa kuah laksa tu dulu. Sedap kot. Cukup rasa masamnya. Then, baru makan dengan mi dia. Tekak ni boleh terima pula. Maybe sebab mi dia tak la tebal macam laksa yang biasa tu. Siap amik kuah laksa tu makan dengan nasi ayam sekali. Memang rare betul.


Mixed vegetables

Nad suka sangat sayur ni padahal nad ni orangnya liat sangat nak makan  sayur. Tapi sayur ni sedap sangat la. Mana boleh lepaskan. Rasa perencah dia best kot dan secukup rasa. Nad makan banyak sayur ni sampaikan hampir licin dibuatnya.


French beans

Sayur ni nad tak berapa sentuh sangat. Sebab dah puas dan penat makan sayur campur tadi. Tapi, sayur kacang panjang ni memang rasa rangup walaupun dah dimasak. Bila makan tu, mesti akan keluar bunyi krup krap krup krap.


Revive

Kitorang pilih air revive je memandangkan nad tak suka minum air pepsi, coca cola dan seangkatan dengannya. Tekak ni tak boleh nak terima. Kalau tak ada air bergas ni, boleh je hidup. Asalkan ada air kosong. Tu memang wajib ada.


Fabulous feast for 6

Whole roaster
3 chicken rice
Assam laksa
Spaghetti bolognaise with chicken ball
Fish fillet with crinkle fries
Mixed vegetables
French beans
Revive

Total = RM 68.90 + GST + 2 chicken rice (add on)
         = RM 74.60

Ala carte

Whole roaster = RM 27.90
5 chicken rice = RM 3.00 X 5 = RM 15.00
Assam laksa = RM 7.40
Spaghetti bolognaise with chicken ball = RM 10.90
Fish fillet with crinkle fries = RM 15.90
Mixed vegetables = RM 5.00
French beans = RM 5.00
Revive = RM 3.20 X 5 = RM 16.00

Total = RM 103.10 + GST
         =  RM 109.30

Save = RM 109.30 - RM 74.60
        = RM 34.70

Tapi kan, masa kitorang makan tu tak dapat pun ice cream padahal ada dalam menu set tu. Biar je la. Lagipun tengah kekenyangan sangat. Mana larat nak sumbat lagi. Halalkan je la. More info DI SINI.

p/s : Entry autopublish memandangkan tuan empunya blog otw pergi holiday.

Wednesday, April 22, 2015

Resepi Nasi Goreng Mentega




Rentetan daripada ENTRY ni (bakunya ayat. haha), nad ada berjanji nak share 1 resepi kan. So, nad nak share la ni. Resepi nasi goreng mentega or planta or whatever la orang panggil. Hihi. Resepi ni simple je. Senang dan cepat nak disediakan. Bayangkan nad try resepi ni lepas bangun tidur hari tu. Kebetulan pula mama abah pergi keluar. Dengan kebuluran yang tak dapat dibendung lagi, nak tak nak kena la beranikan try resepi ni. Kalau tak, gastrik la jadinya. Padahal malam sebelum tu nad memang dah usha lebihan nasi kat dalam periuk tu.

Dengan muka yang selebet, rambut yang macam fesyen apa entah dan dengan tak mandinya, nad terus pergi dapur nak start memasak. Panas tu tak payah cerita la. Habis lencun baju nad dengan peluh je. Memang la takut nak try tapi kena beranikan juga. Lagipun, kesian kat adik perempuan nanti bangun tapi tak ada makanan.

So, are you ready ? Let's check it out !


Bahan - bahan

  • Nasi putih (nak banyak mana ikut suka hati korang la)
  • Mentega (ikut kesesuaian)
  • Minyak masak
  • 3 / 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji telur (nak lebih pun tak apa mengikut selera)
  • Lada sulah / perencah secukup rasa
  • Bahan tambahan seperti ayam, daging, fishball, fishcake, sosej



Cara - cara

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga rata.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih diikuti dengan bawang merah. Masukkan bahan tambahan. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
  3. Masukkan lada sulah / perencah. Ketepikan semua bahan. Tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur masak. Jika nampak kering, boleh tambah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula *optional*. Masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau sehingga rata lagi.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Ni la rupanya nasi goreng nad tu. Diorang cakap ok je. Hehe.



p/s : Resepi ni sesuai untuk newbie macam nad ni. Kalau nak letak sayur, boleh juga. Nad tak letak sayur sebab tak suka sangat.

Monday, April 20, 2015

Semangat Kian Membara



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Apa khabar ? Harap korang semua berada dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah. Amin. Based on tajuk entry ni, apa yang korang boleh bayangkan ? Enthusiasm. 1 word yang boleh describe diri nad sekarang ni. Ekceli, lately ni nad terasa bersemangat tahap femto la pula. Femto ? Apa benda alah tu. Femto tu 10 kuasa 15 la. Hihi. Ok. Continue cerita. Lately ni nad terasa bersemangat pula nak discover resepi masakan yang simple. Bila dah jumpa, excited pula nak try masak. Padahal sebelum ni nak masuk dapur tu punya la liat. Macam ada beban je kat punggung tu. Haha. 




Nad pun tak tahu kenapa tiba-tiba semangat tu ada. Membuak-buak pula tu. Tak apa. Berubah untuk kebaikan. Tak salah kan. Lagi- lagi sejak join group Resepi Ringkas, makin rajin pula nak belek belek resepi. Gigih pula tu nak tulis dalam buku resepi yang nad sediakan khas sebagai reference. Yang tak boleh blah tu, sanggup bersengkang mata check group tu semata-mata nak cari resepi je sampai pukul 3, 4 pagi. Kalau study tu, memang dah ke laut  agaknya. Kahkah.




Maybe semangat nak memasak tu muncul sebab dah sedar yang umur ni semakin meningkat. Kalau diberi peluang nak je kahwin awal tapi ilmu memasak tak ada. Sedihnya la kan. Tu la padahnya sebab dulu time sekolah tak ambil Ekonomi Rumah Tangga sebab takut fail. Masa tu memang tak minat langsung memasak dan menjahit. Kesian mama sebab dapat anak yang agak ketegaq dan boyish ni. Huhu. Lagi-lagi sekarang ni tengah bosan. Daripada menternak lemak je, baik cari sesuatu yang berfaedah sikit untuk dilakukan. 




Nak study untuk Muet, mood nak relax selepas final exam tu tak habis lagi. Nak buat final year project, supervisor tak reply email nad lagi. Nak cari tempat untuk Industrial Training dan buat resume, surat pengesahan dari uni tak ada lagi. Daripada asyik mereput belek phone dan online 24 jam, better mantapkan skill memasak yang tak berapa nak ada tu. Ok la tu daripada berada di takuk yang lama lagi. Better late than never.




Semalam ada la juga 1 resepi tu. Lapar punya pasal. Bangun tidur ke terus try resepi tu dengan busuk masam tak mandinya. Tak senonoh betul. Lagipun, peluang dah ada depan mata. Abah dan mama keluar pula tu. Lagi la senang nak memasak. Kalau mama ada, entah berapa bakul agaknya bebelan mama tu untuk nad. Haha. Alhamdulillah. Menjadi la juga. Rasanya boleh tahan la sampaikan abah sanggup habiskan makanan tu. Terharu tak terkata. Siang tadi pun tolong masakkan telur dan tempe goreng sebab mama macam tak larat je. Nampak penat semacam je. Kalau hari biasa memang payah la nak buat tu semua. Busy nak layan budak-budak lagi. Tak menang tangan dibuatnya. Naik semput jadinya.

p/s : Nanti nad sharekan resepi tu dalam next entry. Tunggu tau. Hihi.

Thursday, December 4, 2014

Puding Cream Crackers



Assalamualaikum w.b.t.

Nad nak share 1 resepi yang simple je. Nad dapat resepi ni dari group Resepi Ringkas kat fb. Nad baru je join group ni. Tetiba terdetik kat hati nak join. Rasa seronok pula kalau dapat memasak ni. Maybe sebab cuti sem hari tu nad dah start belajar masak balik (jangan dicontohi perangai ni). Lama-lama jadi syok pula. Rasa tak sabar pula nak balik rumah. Mama, kakak nak balik. Nak tunggang terbalikkan dapur mama lagi. Nak dengar mama membebel bila kakak memasak. Haha. Dah la masa nad tengah search resepi tu, waktu tengah malam. Memang mengundang rasa lapar betul. Ishh... In shaa Allah. Lepas ni nad nak belajar try resepi yang simple je dulu. Saya budak baru belajar. Maaf, tak pro macam anda semua. Hikhik. Mana la tahu nanti bakal mak mertua tersangkut pula. Boleh kahwin awal ni (gatal aihh). Muahaha ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg