Sunday, August 4, 2019

Fried Enoki

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya hehe. Fuhhh lenguh kaki ni haa. Penat pi kenduri tadi pun tak hilang lagi. Biasa la kan. Dah lama tak keluar. 

For this entry, nad nak share pasal cendawan enoki. Haa? Apa tu? Maybe ramai yang tahu pasal cendawan ni. Cuma nad je yang noob sebab baru tahu pasal benda ni. Tahu makan je. Namanya tak tahu langsung. Ish ish ish. 

Cendawan ni boleh didapati di pasar raya seperti Tesco dan sebagainya. Nad beli cendawan ni for the first time sebab harganya yang murah. Nad beli hari tu RM 0.89 sebungkus. Terasa rugi pula sebab beli sebungkus je. Mama nad pula jenis yang tak suka beli cendawan ni sebab dia tak makan sangat. So nad pun ambil je la letak dalam troli sambil terfikir-fikir nak buat apa dengan cendawan ni. 

Then masa nak masak cendawan ni, nad bingung sekejap. Loading weh. Sel-sel otak macam tak berhubung je. Selalunya orang letak cendawan ni dalam sup. Tapi masa tu tak teringin nak makan sup. Takkan la nak main campak campak je dalam nasi goreng macam hari tu. Nad pun google la resipi yang berkaitan dengan cendawan ni. Majoriti orang akan buat goreng je.


Rupa cendawan enoki

So nad pun apa lagi, try je la goreng. Lagipun tak pernah buat lagi. Dah la macam terliur je tengok orang buat masa google google tu. Alhamdulillah, menjadi la juga. Rangup pun rangup. Sampaikan rasa tak cukup pula tu. Dah rasa menyesal sebab beli sebungkus je 😂

Bahan - bahan :

  • Cendawan enoki (boleh didapati di pasar raya seperti Tesco and so on)
  • Tepung serbaguna. Nad guna tepung Bestari je. Nak guna tepung yang lain pun boleh
  • Minyak masak
Cara - cara :

  1. Potong akar cendawan enoki dan basuh dengan air
  2. Masukkan cendawan enoki ke dalam mangkuk
  3. Masukkan beberapa sudu tepun serbaguna ke dalam mangkuk yang berisi cendawan enoki (nad main agak agak je. tak ingat letak berapa sudu) 
  4. Lumurkan cendawan enoki dengan tepung sehingga sebati (nak tambah sedikit air untuk melumur pun terpulang la) 
  5. Gorengkan cendawan enoki di dalam kuali sehingga berwarna perang keemasan
  6. Angkat cendawan daripada kuali dan sedia untuk dihidang

Inilah hasil dan rupa cendawan enoki goreng. Jeng jeng jeng. Maaf la kalau gambar tu tak semenggah mana. Lagipun nad pun still try nak belajar masak masak ni. Alang-alang tak kerja lagi kan 😌



6 comments:

  1. sy pun suka mkn cendawan ni! lagi2 kalau letak dlm sup pun sedap gak hehe. slalu mkn yg goreng mcm ni time dekat cafe asrama, nak goreng sendiri tu malas pulak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan duk kat rumah, memang beli je. Lagi senang hahaha :)

      Delete
  2. Saya pernah buat cendawan goreng ni dan share kat blog tapi sy guna cendawan tiram. Masa masak cendawan enoki tu tak update pun kat blog. Saya guna tepung gandum, garam dan lada hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh. Thank you share. Nanti boleh refer kat blog awak jgk :)

      Delete
  3. Selalu buh dalam sup je.. lepas nie boleh try goreng pula..

    ReplyDelete
  4. aida biasa letak dlm sup jer, fiqa.
    sedap.
    nanti nak try goreng mcm ni lah.
    gambar enoki fiqa tu, yg da goreng, mcm sotong goreng plak nampak nyer :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg