Showing posts with label challenge. Show all posts
Showing posts with label challenge. Show all posts

Sunday, September 29, 2019

Blogger Challenge #15



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Happy Monday. Hopefully tak Monday Blues la ye hehe. So, entry kali ni nad tentang Blogger Challenge yang ke 15 which is the last one, "Five things you hope to have in your future". Quite senang la sebab umur macam nad ni memang dah start fikir pasal future haa.

1. Financially stable 

Benda ni paling penting kot. Tak ada la nak sengkek je. Bukannya kena jadi jutawan ke apa. Tapi cukuplah sekadar ada duit simpanan sikit. Cukup makan pakai. Boleh belanja mama abah tiap bulan. Rezeki pula selalu datang. Yes, duit bukan segalanya. Tapi duit tu la merupakan salah satu kebahagiaan kan?

2. My own camera

Benda ni dah lama pasang niat. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi, tak tertunai lagi. Entah la. Kena slow slow dulu kot. Senang sikit kalau dah ada camera sendiri. Tak la duk tak puas hati kalau kualiti gambar dari phone tak begitu memuaskan. Tak dapat DSLR pun tak apa, mirrorless pun okay je. Camera yang kecil comel comel pun tak apa. Asalkan hasilnya okay. Tu dah memadai bagi nad.

3. Travelling 

Since dah ada passport, so why not la kalau pi bercuti kat luar negara. At least once a year. Pi negara yang dekat dekat macam Indonesia dulu pun tak apa. Asalkan boleh lihat sendiri macam mana kehidupan kat negara lain haa. Kalau buat style backpackers pun cun juga. Boleh jimat sikit. 

4. My own car

Sebelum ada kereta, kena la buat driving license dulu. Bila entah nak buat. Plannya next year baru nak register kat driving class. Hopefully jadi la ye. By hook or by crook, kena juga. Sampai bila nak bergantung kat abah je (walaupun abah tak pernah merungut pun, but I know that dia mesti penat hantar nad ke hulu ke hilir). Tak nak susahkan abah nanti. Kesian abah. Tapi kan, nad rasa macam nanti nak beli kereta yang boleh jimat minyak. Dengan ekonomi yang macam ni, better beli kereta yang biasa biasa je. For me la kan. Lain orang, lain pandangannya.

5. Getting engaged and married 

For now, nad tak plan untuk ke arah situ lagi. Sebab rasa masih muda lagi dan I'm not ready yet. For me, bab ni no need to rush la. Enjoy your life dulu. Peduli la apa orang kata. Nanti dah kahwin, kena ikut cakap suami kan. Tak boleh nak enjoy sangat. Tapi kalau dah sampai seru tu, nad tak menolak juga. Better slow slow dulu sambil perbaiki diri sikit sikit.

Finally, habis juga Blogger Challenge. Take time juga nak habiskan. Orang lain dah habis lama dah, tapi nad baru nak habiskan. Better late than never kan? Hihi :) 

Friday, September 13, 2019

Blogger Challenge #14


Image result for blogger challenge

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rindunya nak membebel kat sini hahaha. Biasa la kan. From time to time makin busy. Tak dan nak jenguk blog selalu. Time management pun kelaut hihi.

Orang lain dah lama habiskan Blogger Challenge, tapi nad tak habis lagi. Apa la nak jadi dengan budak ni! Maapkan saya. "Do you love your job?". So jawapannya ialah I have to. By hook or by crook. Kena suka juga dengan job sekarang ni. Sebab nanti rasa macam tak ikhlas pula bekerja. Bekerja semata-mata nak duit yang dapat hujung bulan je. Kalau tak suka dengan kerja sekarang, nanti tak ada semangat nak teruskan. Lemau je.

Yes, I know sekarang ni susah gila nak cari kerja. I've been through that phase. Nak apply kerja tu dah macam mengemis je. Ehhh. So bila dah dapat kerja tu, kena la rasa bersyukur banyak banyak. Sebab ramai lagi yang di luar sana masih jobless. Walaupun just temporary position, it's okay la. Boleh gain experiences. Real working environment tu yang penting. Zaman la ni orang duk pulun struggle untuk survive dalam hidup. Ye la kan, ekonomi quite tak menentu. Last but not least, I love my job right now. Walaupun tak related langsung dengan course. Enjoy la working life sementara ada masa kan :)

Saturday, August 24, 2019

Blogger Challenge #13


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! It's Saturday. Happy weekend! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye hihi. Dah lama rasanya tak buat Blogger Challenge. Stop kejap hari tu sebab baru masuk kerja kan. Masih belajar nak manage time wisely.

Blogger Challenge yang ketiga belas which is "Three things that cross your mind a lot!" Hmm it's quite hard sebab I've got many things in my mind. Tapi tak apa. Nad share yang paling penting mengikut priority eh 🤭

Am I good and worth enough? 

Idk why tapi benda ni selalu nad persoalkan kat diri sendiri. Bukannya apa. Nad ni sometimes insecure terlebih. Padahal tak ada sangat pun. Yesss, perempuan kan. Of course complicated sikit hehe. Paling takut kalau nad give the best one for someone, but in fact tak pun. Means tak cukup bagus untuk orang tu. Tak ke rasa uselesss tetiba. Alaa tu pun kau tak boleh buat kan? At the end, nad akan rasa tu je yang nad mampu buat. Kalau dia tak rasa yang tu terbaik, means dia kurang rasa bersyukur la kot. Tak reti nak appreciate effort orang lain. Cehhh ayat nak pujuk hati dan positifkan diri sendiri.

Apa hala tuju career untuk masa akan datang?

As a matter of fact, this thing nad selalu fikir sampai sekarang. Ye la kan. Dah masuk alam pekerjaan kan. Paling takut, kalau dah start rasa bosan dengan kerja sendiri. Please, no no no. Rasa tak motivated tu biar sikit je yang ada. Tak boleh banyak banyak. Nanti berleluasa. I'm still wondering what I should for the next stage? Means kalau dah tamat masa untuk kerja sekarang ni (since it's a temporary position), nak kerja apa? Nak teruskan apply position yang related to my course or sambung kerja biasa biasa je dulu? Tak pun apply course untuk mengajar (jadi cikgu?).

Am I able to balas jasa mama abah someday? 

Nad paling takut kalau nad tak dapat balas jasa mama abah. Dah macam-macam diorang buat untuk nad. Since I'm their first diamond, of course diorang manjakan nad lebih sikit. Sikit je tau. Risau gila kalau nad tak mampu beri kesenangan kat diorang nanti. Ye la, dengan ekonomi yang tak menentunya. Tapi ada je kan the other ways untuk balas jasa diorang. Boleh je try slowly jadi anak yang baik dan solehah. Sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Berdoa moga dilimpahkan rezeki untuk mereka. 

Saturday, August 10, 2019

Blogger Challenge #12



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar? Yeayy esok raya. Tapi nad tak balik kampung pun. Maybe duk rumah je haa sambil menggemukkan diri hihi 😊

I don't know why makin nak habis Blogger Challenge ni, makin liat pula nak menaip. Haippp tak mau la gitu. Kena rajin okay, dearself 😌

Blogger Challenge yang kedua belas ialah "Tell me : Are you a sensitive person?". Yes, I had to admit. Tak tahu kenapa la. Dulu punya la hati ni sado kental bagai. Lepas je something terjadi, teruih jadi fragile. Tapi, nad tak tunjuk sangat la. Acah sado and pretend to be fine.

Maybe it's one of my habit. Kalau terasa ke apa ke, lagi prefer diam je. Buat macam biasa. Tapi kadang tu terlepas la juga. Sebab tak tahan sangat. Tapi bukannya fully orang akan tahu. Sekarang ni pun, kena be careful kalau nak main twitter tu. Risau ada orang tu check dan tanya macam-macam 😏

Kalau orang tanya sama ada okay ke tak, nad pasti akan jawab okay je. Kalau ada masalah, prefer pendam dan settle sendiri. Sebabnya dah terbiasa. Kalau terasa, diam je. If bersuara, macam-macam boleh jadi. It's better to avoid any fights occur. Kalau terasa dengan boypreng pun sama. Diam je and then slowly pujuk diri sendiri. Kalau dia tahu, menyusahkan dia pula. Mana dan lagi nak pujuk comfort kita bagai kan 😂

Nad boleh jadi sensitive person over a small things especially bila nak dekat bulan mengambang. Faham faham je la. Dengan overthinkingnya. Benda kecil remeh temeh pun boleh buat sentap. Bila dah cool balik, terasa bodoh pula sebab terasa sebab benda kecil je. Menyesal tak sudah hahaha.

You may read this :









Thursday, August 8, 2019

Blogger Challenge #11


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama rasanya tak tulis pasal Blogger Challenge. So, let's start okay. Blogger Challenge yang kesebelas ialah "Share : A difficult time in your life". Setiap orang mesti pernah melalui saat-saat yang sukar dalam hidup kan? Macam tipu je kalau tak pernah kan hehe.

For me, saat yang paling sukar ialah kena struggle untuk study. Tipu la kalau tak pernah rasa give up tu. Especially masa degree. Dah banyak kali kot nad terfikir nak quit je. Tapi ada someone tu yang larang. Kita pun ikutkan je la. Kentalkan hati yang tak berapa sado tu hihi.

Seriously, diploma dan degree tu berbeza sangat. Waktu diploma boleh tak study untuk mid term test dan quiz. Tapi kalau degree, tak boleh woo. Nak tempah maut ke apa. Mahunya carry mark rendah nanti. Dah la final exam soalan dia macam apa je. Final exam pula ibarat jadi zombie. Tak cukup tidur tu dah biasa. Teguk nescafe semata-mata nak stay up tu normal.

Eventhough nad ni tak berapa pandai macam orang lain (dean list every semester), tapi alhamdulillah nad dah berjaya habiskan study juga. Lega tu bukan main lagi. Ada je plan nak sambung master tapi kena postpone dulu. Kena financially stable dulu. Ada sebabnya Allah tarik nikmat pandai tu dari nad. Kena belajar untuk lebih bersyukur lagi. Tak lagi seperti dulu. Masa sekolah selalu jadi top 20 kat dalam kelas. Naik je SPM result exam slowly drop. Effect dia sampai la sekarang. Tak apa tak apa. Allah is the best planner 😊

Sunday, August 4, 2019

Blogger Challenge #10


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Macam mana dengan weekend kali ni? Best tak? Mesti best kalau dapat pi jalan jalan kan. Spend time dengan yang tersayang hihi.

Untuk Blogger Challenge kali ni which is "If you could have any job in the world  what would it be?" Hmm macam payah juga nak pilih. Sebab sampai nad dah besar gajah macam ni pun, still simpan pelbagai cita-cita dari dulu lagi. Sekejap nak jadi tu la, nak jadi ni la. Berangan je la dulu. Tu je yang mampu hehe.

But for this Blogger Challenge, nad akan pilih untuk menjadi seorang influencer. Nad pilih nak jadi influencer ni bukan semata-mata nak famous tau. For me, nad nak at least spread positive vibes kepada orang ramai. Biarlah walaupun sometimes nad akan rasa down juga, asalkan orang lain sentiasa positif dan bahagia je 😇

Kalau dah jadi influencer, maybe boleh jadi model atau youtuber. Kalau bab modelling tu nad okay je. Cuma tak lawa la. Maklumlah tak cantik mana pun. Kalau part youtuber tu, nad teringin nak challenge diri nad supaya confident bercakap depan camera. At least boleh tambahkan self confidence bila depan public nanti. 

Maybe certain orang akan rasa "buat apa nak jadi influencer ni". Takut kena kecam la apa la. Tapi bagi nad, kerja macam ni bagus la juga. Boleh ajak orang lain berbuat kebaikan. Boleh tambah pahala juga kan 😊

You may read this :








Saturday, August 3, 2019

Blogger Challenge #9



Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama rasanya tak membebel kat sini. Aaaa rindunyaaa 🤣 Sorry la. Nad tengah pms hari tu. That's why la menyepikan diri sat hehe. Marilah teruskan dengan Blogger Challenge yang kesembilan which is "How you stay positive". So, let's gooo 🤭

Crying out loud

Yes, benda ni nad akan lakukan bila nad rasa tak tahan sangat. Unbearable gitu. Sebabnya nad confirm yang bila lepas menangis je, nad rasa macam be someone new. Macam "Ehh, kejap. Kenapa aku menangis ni haa. Chill la. Benda boleh settle kot".

Ignore negative vibes

Nad sejenis yang suka buka explore kat instagram. Dah sah sah la penuh dengan gambar instafamous yang lawa lawa dan ootd cun gitu. Sometimes rasa down la sebab kita ni potato je kan. Tapi kejap je rasa down tu. Sebabnya nad akan cakap kat diri sendiri "Semua orang cantik. Ada kecantikan sendiri. Cantik kan subjektif", "Dia ni cantik la. Tapi aku pun cantik juga". Lebih kurang macam tu la. At least rasa bersyukur la juga sebab masih lengkap dan sihat tubuh badan. Kalau ada orang tak suka, kutuk kutuk, dengki ke apa ke, pekakkan telinga je. Ada aku kisah gitu. Bukannya diorang yang bagi kita duit untuk beli makan pakai kita pun 🙄

Read some positive quotes or books

Benda ni nad dah amalkan lama juga. Nad selalu letak caption kat instagram dengan quotes. Bukannya saje saje je. Sebab at certain time nad akan belek juga instagram diri sendiri sambil baca caption kat gambar semua. For books pula, nad recommend kat korang semua supaya baca buku Chicken Soup for The Soul. Nad start baca buku ni masa sekolah menengah dulu. Quite good la. Sebab dia macam collection of cerita yang ada motivasi. 


You may read this :









Monday, July 29, 2019

Blogger Challenge #8



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hehe. Nad nak teruskan Blogger Challenge yang kelapan iaitu "Something for your kids to know". Agak payah juga bila masuk part yang ni sebab nad tak kahwin lagi and then tak ada la anak lagi hahaha 😂 Tapi tak apa. Nad akan proceed juga part ni.

  1. I may not show that I love you but deep down in my heart, I really love you
  2. I may can't afford to spoilt you with wealth and fancy things but naa you're my precious one
  3. I may not expose you to technology such as mobile phone when you're little kid cause I know that you really need my attention and concern
  4. If I'm getting mad at you like a crazy people, please bear in your mind that I still love you
  5. If you're not so excellent in your studies, it's okay. I'll understand. Maybe you have some other hidden talents that you didn't notice yet
  6. I want you to study hard not because to get a better results. I want you at least to be an educated parent to your kids
  7. I may not be a good mother to you, a really good mother. But I'll try my best to raise you well
  8. If I'm too busy and doesn't have much time for you, don't worry. I did that for the sake of your future too eventhough money is not everything
  9. Please be a kind person, a good child to us,  your parents. And also have a good heart too
  10. If I die someday without having a chance to raise and see you growing, I'm really sorry. I already did my best to stay strong for you
Rasanya tu je la kot yang mampu nad fikir setakat ni. Tu pun rasanya macam dah banyak je. Thank you to those yang still baca Blogger Challenge yang nad tulis dari mula sampai sekarang ni. I'm really appreciate it ❤️

 You may read this :

Sunday, July 28, 2019

Blogger Challenge #7



Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semua orang sihat sihat je la ye. So tanpa melengahkan masa lagi, nad nak teruskan Blogger Challenge yang ketujuh iaitu "Best advice you ever got".

Antara best advice yang nad pernah dapat ialah daripada mama nad sendiri. Jarang betul dapat advice sebegini memandangkan nad jarang sangat share apa-apa problem sekalipun dengan mama. Dah terbiasa buat benda sendiri. Pendam sorang sorang. That's my not so good habit.

Masa tengah study diploma dulu, nad ada share pasal boyfriend (sekarang ex la) kat mama nad. First time nad confess yang nad ada boyfriend bagai kat mama. Lagi - lagi masa tu tengah telur di hujung tanduk. Tengah tak okay. Nad share je macam biasa kat mama. Luckily, mama tak marah pun. Maybe sebab dah besar kot. Padahal risau juga kalau mama marah sebab ada boypreng senyap senyap dulu hehe. 

And then mama kata la yang sepatutnya kita kena cari orang yang betul betul nakkan kita. Ikhlas terima baik buruk kita. Kena tengok effort orang tu juga. Kalau kita je yang beria bagai, means dia tak bersungguh dan serious pun dengan kita. Masa dengar tu kan, tetiba speechless. Macam kena setepek kat batang hidung sendiri. 

And then, nad masih ingat lagi yang supervisor masa nad intern kat Pusat Sains Negara dulu pernah la juga cakap kat nad yang just be yourself. Tu pun sebab nad cakap yang ada orang tak suka nad la, kutuk kutuk nad bagai. Dia cakap pedulikan semua tu. Just build your self confidence. Kita hidup pun bukannya diorang yang bayar makan pakai kita. Dia juga pesan jangan takut takut nak suarakan opinion sendiri. 

Encik Firdaus cakap macam tu sebab dia teringat masa nad first time buat Science Show kat depan public. And style nad dengan member yang sama supervisor intern dengan nad kan sama je. Bila tak confident dengan ayat yang kitorang cakap, automatik suara kitorang jadi slow. Hahaha lawak gila. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay dah. Nervous sikit tu dah semestinya ada kan 😂

Yang paling nad ingat, encik Firdaus pernah cakap kat nad "Awak tu bukannya tak pandai. Cuma tak yakin dengan diri sendiri je. Kena banyakkan membaca untuk tambahkan ilmu". 

You may read this :

Thursday, July 25, 2019

Blogger Challenge #6


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang sihat je la ye :) So Blogger Challenge yang keenam diteruskan dengan "Everyday makeup look. A picture of you". Alaaa malunya. Nad dah la tak pandai makeup mana pun. Makeup cincai je yang mampu 😂

Typically, everyday makeup nad ni bergantung kepada mood (tahap kerajinan) dan situasi juga. Kalau mood malas tu, just tepek suncreen dan compact powder atau sunscreen dan foundation. Lipstick tu memang wajib. Kalau tak, nampak pucat macam orang sakit.

Kalau pi class, biasanya nad pakai sunscreen dengan lipstick je. Unless kalau rushing, memang tak pakai apa-apa. Naked face gitu. Lantak la flaws semua tu. Tayang je la. Sebab kalau nak makeup beria semata-mata nak pi class, pelik la pula. Pakai baju lawa sikit pun dah ada orang pandang semacam hehe.

Kalau pi keluar jalan-jalan, nad akan pakai sunscreen, lipstick, foundation dengan lukis eyebrows. Eyebrows tu kena lukis walaupun tak pro mana pun. Blusher, highlighter or mascara tu optional. Kalau rasa nak pakai and ada masa, pakai la. Kalau tak, memang tak ada la. Nad jarang sekali pakai eyeshadow sebab pakai la macam mana sekalipun, takkan nampak warnanya kat mata tu. Adakah disebabkan mata sepet? I don't think yang mata ni sepet. Eyeliner tak pernah pakai sebab tak reti nak lukis. Mahunya macam hantu pula hehehe 😅

Makeup look bila pi class dulu. Sunscreen tu penting sebab Perlis panaih oiii

Makeup look bila pi keluar jalan-jalan. Masa ni otw balik dari interview

Sunscreen : Biore UV Perfect Block Milk Moisture (warna kuning)
Foundation : Catrice All Matt Plus Shine Control (Nude Beige)
Lipstick : Focallure Liquid Matte Long Lasting Lipstick (Chestnut)
Eyebrows : Obuse eyebrow
Blusher : Avon Simply Pretty Berrylicious Cheek Color (02)
Highlighter : In2it Pearl Powder Bricks (01 Beam)
Compact Powder : Silkygirl Magic BB White Chiffon 2-Way Powder Foundation (02 Natural)

You may read this :

Wednesday, July 24, 2019

Blogger Challenge #5



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Blogger challenge yang kelima diteruskan dengan "A letter to someone. Anyone". But who? Lemme think first. Okay okay. I got it.

Dear my past, thank you for the lessons. Especially when facing some unwanted people in my life. I'm glad that I already push them away from my life. I'm sorry for blocking you from viewing my social media. I don't want to add your sins anymore. Yes, I'm not perfect. I admit it. I'm not perfect like you. You have everything. Pretty face, wealth, intelligence and etc. I know that I'm lack in everything. But I don't know why you did this to me. Thank you for make me realizing me what true friends are. It hurts. Damn hurts much. Until I don't know how to cry anymore and make it as silent pain. 

Thank you for backstabbing and badmouthing me. And also taken me for granted. It helps me to be independent and discover who really I am. Now, I can do whatever I want. I don't care what people say about me anymore. I gained my self confidence from day to day. I learned how to mind my business and protect myself first. From getting hurt again and again. Obviously, I can do whatever I want now. I can upload any pictures at social media without doubt anymore. I can dress up whatever I like without being judged anymore. Cause I don't care at all. Have a nice day yaa. I know that you must be extremely happy because I'm already get out of your sight. Thank you for everything. I may forgive but I won't forget eventhough you never say sorry at all.

You may read this :

Blogger Challenge #4



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hehe. So marilah teruskan Blogger Challenge yang keempat which is Describe your partner or someone you have feelings for. Adehhh segannya lahai hahaha. Ex crush memang la berlambak dalam list tapi takkan la nak share pasal diorang hehe. Okay la, share je la pasal partner je eh 😉

Seperti yang tertulis di previous post, nad kenal dengan boypreng nad through social media je. Ye la. Masing-masing jauh kan. Tak pernah berjumpa face to face sampai sekarang. Bila nak jumpa entah. Ada rezeki nanti, jumpa juga hehe. Dia ni tua setahun daripada nad je. Okay la, nad pun tak berapa suka kalau dengan yang lebih muda. Dia ni tall, dark and handsome (seperti yang dia tulis di bio). Handsome tu nad tak sure la. Sebab dia ni selalu perasan handsome. Padahal nad tak puji dia handsome pun 😛

Dia ni tak ada la sweet mana pun. Hahaha.  Bagus la tak sweet, nad pun tak sweet. Dia ni macam pak cik pak cik sikit. Abah abah gitu. Ngam la dapat nad yang childish tak mature ni. Nad anak sulung, bosan la jadi mature garang bagai. Dengan dia nad berani tunjuk perangai degil kepala batu tu. Ye la, nak melawan cakap mama abah berdosa kan. Baik lawan cakap dia hehe. Sampaikan dia cakap "melawan la sekarang, nanti dah kahwin tak boleh dah". Hahaha.

Luckily la dia ni jenis tak mengongkong macam setiap kali keluar pi mana-mana, kena update kat dia. No way la!!! Rimas okay. Lagi la nad nak rebel. Jenis yang understanding juga sebab bila nad moody ke pms ke apa ke, dia layan je perangai nad yang entah apa-apa ni. But, sometimes dia ni annoying nak mampuih. Clingy tetiba. Kalau ada depan mata ni, mahunya kena tarik telinga. Annoying gila.

Walaupun kitorang mempunyai perbezaan, tapi alhamdulillah still okay sampai sekarang. Gaduh pun sekejap je sebab selalunya dia yang mengalah dulu. Nad pula jenis kalau tak puas hati ke sedih ke apa, nad pendam je. Malas nak bagitahu dia. Sebabnya dah terbiasa. Lagi takut kalau kita bagitahu, tapi actually dia tak care mana pun. Sakit tahu tak. Dia okay la juga bab memasak ni. Kalau nak harapkan nad, hmmm masak yang simple simple je la yang mampu hehe. Nak tak nak, nanti kena belajar masak masakan yang berasaskan ayam sebab dia suka makan ayam. Tak habis habis dengan ayam dia 😑

Tu je la kot yang nad mampu describe pasal dia. Ni pun dah ketandusan idea. Tetiba je loading semacam. Hopefully korang tak muntah pelangi la baca semua ni. Hahaha.

Gambar waktu dia kurus. Sekarang ni dah gemuk sikit hehe

You may read this :

Tuesday, July 23, 2019

Blogger Challenge #3



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak teruskan dengan Blogger Challenge yang ketiga iaitu picture of your handwriting. Challenge ketiga ni sepatutnya nad buat semalam tapi entah kenapa la. Mood malas melanda hehe 😆

Dulu kan waktu kecik kecik dulu, nad selalu kena pantau dengan mama. Ye la, mama kan suri rumah. Lagipun dulu dua beradik je. So mama ada la masa nak check serba serbi pasal kitorang. Bila ada homework dari tadika, mama akan duduk kat tepi meja lipat tu semata-mata nak make sure yang nad siapkan homework tu. Mama quite strict waktu since dia yang jaga kitorang 24/7 kan. Kalau tulisan nad tak lawa, dia akan ketuk jari or tangan nad. Tak kisah la dengan pembaris ke apa ke. Masa dulu rotan tu ibarat benda wajib ada kat dalam rumah 😓

Bila masuk alam persekolahan, nad paling tak reti if kena tulis atas whiteboard kat depan kelas. Susah kot. Dah la tak ada line. Confirm senget benget. Bila naik sekolah menengah, setiap kali ada group presentation  nad selalu jadi orang yang kena tulis points kat kertas mahjung. Dulu presentation pakai kertas mahjung je. Tak adanya pakai slide bagai. Then mesti ada orang yang cakap 'besarnya tulisan dia'. Yes, nad admit yang tulisan nad bulat bulat dan besar. Sampaikan ustazah cakap macam tulisan komputer or macam print guna printer 😅 Nak buat macam mana. Ingat senang ke nak ubah tulisan haa. Budak kelas ingat nad pun sebab tulisan je hahaha.

Then, bila masuk universiti tu nak tak nak kena bermain dengan masa. Ada masanya tulisan tu lawa mana pun. Tapi boleh la. Asalkan boleh baca dengan jelas. Kalau ada exam yang melibatkan calculation, memang caca marba jadinya. Nak kejar masa kot. Kalau nak sangat jaga tulisan tu, ada soalan yang tak terjawab pula hehe.

Tulisan a few years ago. Subjek Communication skills waktu dip dulu

Tulisan ketika kelam kabut especially time exam

Current handwriting

You may read this : 


Saturday, July 20, 2019

Blogger Challenge #2



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gaisss! So entry kali ni nad akan teruskan dengan Blogger Challenge yang kedua which is your current relationship. Bismillah.

Current relationship

To make it short, my current relationship is single but not available. Ye ke ni single? 😏 Single la weh. Selagi belum kahwin, single la kan. Bujang trang tang tang hehe. Just kidding. Actually, nad sekarang tengah in a relationship dengan someone. Nad share ni kan, cerita sini habis sini la eh. Hihi. Nad dengan dia pun almost 2 years dah. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam je kenal dia. Ecehhh 😜

For your information, kitorang LDR (long distance relationship) tau. First time LDR. Tipu la kalau kata tak susah. Payah juga. Hanya kita yang tahu perasaan tengah LDR macam mana. Mula-mula tu nad okay je. Alaaa dulu dapat yang dekat pun, jumpa berapa kali je. So, I thought tak la susah mana sebab dah terbiasa independent. Tapi lama kelamaan tu, terseksa la jiwa raga tu. Nak tak nak kena banyakkan bersabar 😅


Nad kenal dia pun dekat social media je. Nak share dengan details, tunggu je la nad kahwin nanti. Tak tau bila entah. Doakan eh hahaha. Nad ni dah kenal dengan macam-macam orang dah sebelum tu. Kiranya macam hampir nak give up la. Then, tup tup dia pun muncul. Nad layan dia macam biasa je. Walaupun nampak la di situ macam jual mahal sikit. Main tarik tali dengan dia. Ye la. Nad pun pernah broken teruk dulu kot. Someone left me hanging. Without any reasons and explanations. Can you imagine that? Nak kata dah mati, alhamdulillah orang tu hidup je haa. Move on dah beberapa kali tapi asyik terbantut je. Benarlah kata orang. Never beg someone to stay in your life.

Sejak dari tu kan, kitorang berkawan macam biasa. Tiap hari chat. Tapi kan dia tak minta pun nombor whatsapp nad masa mula kenal tu. Tu yang nad salute tu. Dia pun try la tunjuk effort dia tu walaupun dia tak sweet mana pun. Nad selesa share something dengan dia. Nad pernah je share dengan dia pasal past nad tu. Dia yang suggest tanya sendiri kat ex nad the reason why he left me hanging. At the end, nad boleh pula tersangkut dengan dia. Crush dalam diam gitu. Tapi nad tak confess eh. Nad still main tarik tali juga. Hati batu sikit. Kesian gila kat dia. Kitorang pun tak declare apa apa pun. It just happened that way. Maybe he's my answered prayer back then. Nak sangat orang jauh kan. Amik la kau.


LDR tips 


  • Never stop communicate to each other. Communication is the key. Kalau tak puas hati ke apa ke, cakap je. Discuss elok elok. Tapi better janganlah communicate seminggu sekali je unless ada something yang tak dapat dielakkan
  • Respect each other's time. Means tak payah la nak duk texting 24/7. Dia pun nak 'me time' dia juga
  • Kalau busy, make sure inform partner. Jangan buat dia tertunggu-tunggu. Kalau dah tahu dia busy, toksah la duk call beribu kali. Takut rimas je haa. Tapi nad faham je kalau dia senyap tetiba. Means dia ada kerja la tu
  • Understanding tu perlu ada. Try faham dia jenis orang yang macam mana. Kalau dia mengadu something ke apa ke, try la faham apa yang dia sampaikan tu. Try to be in their shoes. Be a listener to them
  • Sekali sekala tu, boleh je nak clingy. Spam gambar bagai. It's up to diri masing-masing. Ada orang yang suka partner dia clingy all time. Ada yang tak
  • Say no to cheating! Never okay. Loyalty tu sangat diperlukan. Janganlah sebab partner busy, awak boleh pula berdating dengan orang lain. Mentang mentang la dia tak ada kat depan mata.  Dia busy pun untuk masa depan korang juga kan

You may read this : Blogger Challenge #1

Friday, July 19, 2019

Blogger Challenge #1



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Bertemu kembali dalam rancangan ehhh. Merepek je la dia ni hehe. Apa khabar semuanya? Kalau tak sihat, pi la klinik eh. Jangan lupa rehat secukupnya ye :)

So, based on tajuk entry kali ni, what is blogger challenge? Actually blogger challenge ni dibuat oleh Rrai, blogger yang legend ni. Siapa yang kenal pemilik blog tersebut, mesti tahu kan orangnya macam mana kan? Hehe. Dulu dia la yang busy amik tempahan design blog. Template blog nad sekarang ni pun, dia yang design. Sayang nak tukar lain. When come across to her blog, I'm extremely happy. Sebabnya kan wujudnya challenge ni. At least, ada la juga idea untuk menaip. Tak la mati kutu. Nad pun mengambil kesempatan untuk join sekali. Why not kan? Hopefully boleh la berblogging dengan konsisten lepas ni. Tak la blogging seminggu sekali je 😂

First thing first, introduction and your recent photo. Macam dalam sesi taaruf pula. Nama diberi Nurnadhira Afiqah. I have a various kind of nicknames. Not prefer to use my second name (Afiqah). Lahir pada 28 April (pre mature baby). Terlahir awal maybe sebab excited sangat nak lihat dunia kot. Unofficially graduated from Universiti Malaysia Perlis. Currently as penanam anggur yang tersangat berjaya hahaha. Obviously a job hunter. Penat la jobless. Long short story, changed from diploma in Computer Engineering to bachelor degree of Communication Engineering which is based in electronics and telecommunications. Nasib baik masih dalam school (fakulti) yang sama. Will graduate on November 2019.

Someone that can be an introvert or extrovert based on environment. Mempunyai tangan cap kayu (tiada seni) langsung. Peminat warna merah dan cream. Unicorn and mermaid lover too eventhough tak feminine mana pun. Tak suka warna pink (pakai pun terpaksa je). Anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Tak nampak macam anak sulung kan? I wish I have a brother :') Pernah dapat offer matrik dan STAM, but I turned them down. Why? Entah la. I'm not confident if I'm able to handle it.

Have insecurity of not being pretty enough, smart enough, good enough and worth enough. I don't have any driving license. My bad. Bila nak ada entah. I can be both sneakers and heels person. But most of the time, sneakers la. Pernah simpan cita-cita nak jadi flight attendant (tergelak pula bila teringat balik). But, kena la simpan je angan-angan tu. Memandangkan nad maybe akan jadi macam citer Awan Dania tu hahaha. Nasib baik sedar diri lagi. Have passion in photography and graphic design but I'm still learning.

Selfie je yang mampu. Masa ni otw pi Graduan Aspire career fair. Edit guna vsco apps je ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg