Thursday, March 10, 2016

Beauty Haul Again


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama tak menulis kat sini. Busy sikit lately ni. Kena siapkan report latihan industri. Tahu last minute pula tu. Memang stress dibuatnya. Hehe. Ok dah la cerita pasal stress tu. Karang tak habis habis pula. For now, nad nak share apa yang nad beli sepanjang bulan Februari - Mac ni. Of course la ada kaitan dengan makeup dan skin bagai. Perempuan kan. Memang fitrah nak cantik je. Tak salah pun. At least make an effort, right? Untuk diri sendiri juga. Ye ke idok? So, let's check it out apa yang nad beli sepanjang sebulan ni.

In2it Lip Treat Lip Repair Balm from Watson (Below than RM15)

Brand in2it ni nad selalu juga la usha usha bila masuk watson. Entah kenapa la rasa macam tertarik je. Murah pun murah. Sesuai dengan bajet seorang nad yang suka melagha. Banyak choice pula tu. Nad pernah try lip gloss brand ni before this. Not bad la. Best pakai lip gloss tu. Lip balm ni nad beli sebab nad perasan yang lately ni bibir nad selalu kering dan menggelupas. Buruk betul. Harga pula tak sure actual harganya. Resitnya pun entah dah terbang ke mana entah. Ada 3 colours (pink, orange, red). Nad pilih warna merah ni sebab bagi nad colour pink dan orange tu rasa macam pelik je kalau pakai.

Rupanya pun dah macam lipstick yang mahal tu. Padahal murah je


Nampak macam warnanya tak menyala sangat. Yang penting lip balm ni moist dan shiny sikit. Tak over sangat berkilat tu. Nad tak try lagi pakai lip balm ni sebab mood malas ni semakin berleluasa. Hahaha.

Silk finish lipstick Wet n Wild from Sasa (RM25 for 2pcs)

Lipstick ni nad beli sekadar nak test dan buat tambah collection je. Lagipun sebelum ni ada orang cakap brand ni bagus dan murah pula tu (penting untuk jaga bajet). Brand ni pun agak famous la juga. Bila nad try oles kat tangan, memang moist kot. Lawa je colournya. Tak macam matte lipstick yang kadang-kadang tu agak dry. Tu yang menyebabkan bibir kering dan menggelupas especially untuk orang macam nad ni. Nad beli hari tu dekat Mid Valley dengan harga 25 hinggit je untuk 2 lipstick ni. Terkejut la juga sebab actual price untuk kedua-duanya RM27.80. Rupa-rupanya ada discount 10% sempena hari wanita sedunia. Terasa beruntung la pula sebab dapat discount. Kihkih. Banyak colour yang gelap tapi tak berani nak pakai. So ambil je la colour yang cair sikit dan tak menyerlah sangat. Colour yang nad beli ialah a short affair dan breeze. A short affair tu macam pink cari gitu (kes warna pink ni dikecualikan untuk anti pink macam nad). Breeze tu macam colour nude gitu. Nad kan nude lover.

Essence Mask Sheet from Elianto (RM9.90 for 3pcs)

Mask ni memang wajib beli bagi nad. Memang plan pergi Mid Valley hari tu sebab nak beli mask ni. Sebab nad pernah try pakai yang green tea mask. Esoknya terus kecut jerawat yang datang tak diundang tanpa rasa malu tu. Hahaha. So, memang green tea mask memang wajib beli. It's really worth my penny. Dan alhamdulillah sebab still ada promo buy 2 free 1 macam hari tu. Memang happy sangat sampaikan rasa macam nak meloncat je kat outlet tu. Yang free tu nad ambil snow lotus mask. Sengaja je nak try. Lagipun promoter tu tanya sama ada kulit nad kering ke tak. Nad jawab la yang sometimes kulit nad ni kering. So, grab je la. Belum cuba belum tahu kan?


Nad perasan yang lately ni nad makin suka beli lipstick or lip balm. Padahal pakainya pun tak lagi. Macam addict je. Hahaha. Sampaikan adik nad pernah tegur "Kakak ni setiap bulan beli lipstick". Hehe. Tak boleh nak control. Chill la. Bukannya selalu. Bukannya beli kat Sephora yang boleh tahan harganya tu. 

11 comments:

  1. me too , bila nmpk lipstick ja mesti rsa nak beli satu nak tmbhkn collection ~~ huhu melagho je keje anis ni ha :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well. Biasa la kan. Perempuan memang macam tu. Haha

      Delete
  2. wow..nak kena try jugaklah mask tuuuu huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la. Best sangat sebab sejuk je bila pakai mask tu ;)

      Delete
  3. banyak betul lipstick.. bila nak pakai tu... haha.. jangan sampai exp dah la ye..

    Jalan2 sini.. Jom baca


    Apabila Laptop Masuk Workshop...> site.

    ReplyDelete
  4. Jalan2 sini dari GA Tashira. Done follow your blog #559

    ReplyDelete
  5. Lipcream nyx pun lawa.. nude colour.

    ReplyDelete
  6. ini, kalau cik en yg pakai memang muncung je mulut.. merah katakan.. hihiihi

    ReplyDelete
  7. tak berapa minat sgt dgn lipstick tapi face mask tu mmg minat lah. haha suka nak beli & kumpul byk2 tapi nak guna pulak jarang hahaha

    ReplyDelete
  8. Lama dah x pakai lipstick or lipbalm.. huhuhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg