Monday, March 7, 2016

Apa Yang Bestnya UniMAP ni?!

Chocolate Milk

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar? Harap korang semua sihat la ye. Kalau tak sihat, cepat cepat la jumpa doktor. Mana tahu lepas tengok je muka doktor tu, automatik sihat. Hehe. Just kidding. Result SPM dah pun keluar last week. Tahniah kepada adik-adik yang dapat result SPM tu (ternyata diriku dah tua). Apa pun result yang keluar, at least korang dah berjaya ambil SPM. Bayangkan kalau korang tak berpeluang nak ambil SPM. Jangan bersedih dan kecewa dengan result tu. Result tu bukan petanda berakhirnya perjuangan korang. Actually, SPM tu just permulaan je. Korang akan menempuh kehidupan yang sebenar apabila lepas SPM. Masa tu la, korang diuji dengan pelbagai dugaan. Yang penting, have faith and keep strong for yourself.

Adik-adik lepasan SPM mesti akan rasa confuse dengan arah tuju yang perlu diambil lepas SPM. Nad pun pernah alaminya dulu. Jangan risau la. Bincang dengan parent dan minta pendapat dari orang yang lebih tua. Maybe diorang lebih membantu. Ambil course mengikut minat. Jangan sebab nak ikut kawan atau sebab course tu popular dan glamour. Nanti takut tak boleh nak catch up pula sebab tak minat kan. So, kalau korang nak pilih untuk further study kat UniMAP pun ok je. Sebab bagi nad yang merupakan student UniMAP, universiti tu ok je walaupun tak famous mana pun dan ranking pun tak tinggi mana.

Terdapat banyak sebab mengapa UniMAP harus diambil sebagai pilihan pertama bakal pelajar. Antaranya ialah....



1. Sudah terbukti bahawa graduan UniMAP sangat dialu-alukan oleh industri. Penerimaan industri/masyarakat luar terhadap mereka dibuktikan dengan statistik yang menunjukkan bahawa peratusan graduan yang mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduasi melebihi 80% walau apa pun keadaan ekonomi negara pada masa mereka bergraduat



2. Semua program akademik yang ditawarkan diiktiraf oleh Kerajaan (KPT, MQA) dan juga badan professional (BEM/EAC)



3. Kemudahan, khususnya peralatan makmal, yang disediakan adalah bersifat ‘high end’ dan berskala industri. Ini diakui sendiri oleh anggota industri yang turut menggunakan kemudahan UniMAP dari semasa ke semasa. Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melengkapkan makmal-makmal ini, yang boleh digunakan oleh pelajar.



4. Berlainan daripada kebanyakan universiti lain, semua pelajar diberikan kemudahan penginapan di dalam kampus. Ini bermakna keselamatan dan kebajikan pelajar adalah terjamin. Terdapat sistem pengangkutan dalaman yang memudahkan pelajar bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu membayar tambang perjalanan. 



5. Kampus UniMAP terletak di kawasan yang mempunyai persekitaran kondusif untuk tujuan pembelajaran. Tiada banyak gangguan yang boleh menyebabkan tumpuan pelajar tergugat. Sebaliknya, suasana hijau sawah padi menggalakkan pelajar memberi fokus sepenuhnya kepada pelajaran



6. Pihak Universiti sentiasa mengatur pelbagai program yang bertujuan meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar. Program-program seperti ‘7 pillars + I’ adalah program-program tersusun yang diikuti pelajar sepanjang pengajian mereka di sini. Ini bermakna pelajar bukan sahaja dapat menguasai ilmu akademik, tetapi dapat juga menguasai kemahiran insaniah yang sebenarnya amat diperlukan untuk berjaya dalam bidang kerjaya kelak.



7. Staf UniMAP adalah terdiri dari mereka yang berkelayakan tinggi dalam bidang akademik dan penyelidikan. Ini dibuktikan dengan bilangan tinggi pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi dalam ekspo-ekspo tempatan dan luar negara. Malah, pelajar juga berpeluang menjalankan penyelidikan yang memungkinkan mereka menyertai pelbagai ekspo di dalam dan luar negara. Selain itu, bilangan kertas kerja yang dihasilkan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi juga membuktikan kenyataan ini. 



8. Sistem penyampaian akademik di UniMAP melibatkan ahli-ahli industri untuk turut serta memberikan kuliah dari semasa ke semasa. Ini meningkat peluang pelajar mendalami keadaan di industri walau masih berada di universiti. Selain itu, banyak lagi program yang melibatkan pihak industri diatur – juga untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar tentang suasana bekerja di industri



9. Di UniMAP terdapat komuniti antarabangsa (dari lebih 25 buah negara) yang belajar dan mengajar di sini. Ini menjadikan pembelajaran pelajar suatu pengalaman antarabangsa. Pelajar berpeluang meluaskan perspektif agar dapat menghargai adat dan budaya pelbagai masyarakat dunia. Ini amat penting memandangkan pelajar kelak akan bekerja di dalam dunia tanpa sempadan.



10. Komuniti di UniMAP adalah amat rapat dan mengambil berat hal-ehwal pelajar. Sebagai contoh, setiap pelajar mempunyai RPS (Rakan Pendamping Siswa) nya yang tersendiri, yang berperanan menjadi rakan kepada pelajar sepanjang pengajian pelajar di sini. Ini bermakna, pelajar tidak perlu risau tentang kebajikan mereka kerana ia sentiasa dijaga. 



11. UniMAP telah menjalinkan kerjasama dengan lebih dari 150 industri, institusi pengajian badan kerajaan serta NGO di Malaysia. Sementara itu di peringkat antarabangsa UniMAP telah menjalinkan kerjasama dengan lebih dari 135 negara melibatkan industri, institusi pengajian badan kerajaan serta NGO di seluruh dunia. Antara Negara tersebut adalah Bosnia, New Zealand, Afrika selatan,  Jerman, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan banyak lagi.



12. Pelajar berpeluang meneruskan bidang yang diminati. Sekiranya pelajar suka bersukan, terdapat bekas atlit negara yang bekerja di UniMAP, yang boleh menjadi mentor kepada pelajar. Sekiranya pelajar berminat dengan seni dan kebudayaan, pelajar boleh mengambil bahagian dalam acara-acara Universiti yang mengenengahkan bakat pelajar. Banyak program-program seumpama ini dijalankan, bagi memastikan minat dan bakat non-akademik pelajar diberi perhatian yang sewajarnya.

1 comment:

  1. i have a few friends dkt unimap. hehe. Goodluck untuk adik2 yang baca entry ni !.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg