Saturday, September 12, 2015

Buah Hati Pengarang Jantung



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Lately ni feeling nak balik rumah semakin membuak-buak. Biasa la, final year. Stress memanjang. Haha. Kalau dapat balik rumah tu, kira macam bebas dari segala tekanan. Kalau balik rumah, boleh makan sedap sedap. Eh eh. Macam kau tak makan je kat sini kan. Bersyukur la nad oii. Ok. Alhamdulillah. Hee.

Baru- baru ni adik nad send kat whatsapp gambar budak kat atas ni. Wallahi, rindu sangat kat budak ni. Rindu nak dengar dia cakap dan membebel entah apa-apa tu. Rindu nak dengar dia menangis kalau kena usik. Kakak yang jahat ni. Haha. Rindu nak rasa menyampah bila dia menggedik dan manja semacam. Tengok la gambar kat atas tu. Bajet comel la tu. Macam menggoda orang balik rumah cepat cepat je.

Tahun ni Disember nanti dia ni akan genap 2 tahun. Rasa macam kejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah besar budak ni. Dulu, merangkak. Sekarang dah pandai berlari. Berlari pun comel. Haha. Tapi dia punya manja tu ya Allah. Over sangat. Macam mana la nak dapat adik ni kalau manja memanjang. Awak tu dah layak jadi abang dah, Akif Zafran. Masa balik cuti hari tu pun, dia buat perangai mengada dia. Tetiba datang dekat dengan nad sambil hulur tangan. Rupa-rupanya minta didukung bawa sampai ke mama. Eee... mengada betul. Pandai betul dia bodek nad. Padahal sebelum ni bukannya nak sangat orang dukung dia. Tak sedar yang diri tu dah macam kampit beras. Hahaha.



Dah pandai minum air dengan sendiri sekarang ni. Dah tak tersedak-sedak lagi.



Haa.. tengok tu. Saje je kan buat orang tergoda. Hihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg